You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUBANG

KG. MELAYU SUBANG,


40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL

KERTAS KERJA

KARNIVAL MEMANAH 2017

TARIKH:
20/03/2017
21 JAMADIL AKHIR 1438

TEMPAT:
PADANG SERBAGUNA

ANJURAN:
KELAB MEMANAH SMK SUBANG
1.0 PENDAHULUAN

Aspek jasmani adalah salah satu komponen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh
yang demikian Karnival Memanah ini merupakan satu usaha untuk menyokong usaha Satu
Sukan Satu Murid. Perlaksanaan program ini juga merangkumi nilai-nilai semangat kesukanan,
kepimpinan dan kerjasama antara semua murid.

2.0 MATLAMAT

Karnival Memanah ini dirancang untuk melahirkan murid yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu juga, ia turut dirancang untuk menggalakkan
murid bersukan dan mengeratkan silaturrahim sesama murid, selain mengasah bakat murid
dalam bidang sukan memanah.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam sukan khususnya sukan
memanah.
3.2 Mengembangkan dan mengenalpasti murid yang berpotensi dalam sukan memanah.
3.3 Melatih murid untuk merancang, melaksanakan dan menguruskan aktiviti.
3.4 Membentuk kerja sepasukan dalam kalangan ahli kelab memanah antara senior dan
junior.
3.5 Memupuk rasa cinta, sayang dan bangga menjadi murid SMK Subang.

4.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 Perbincangan dijalankan antara ahli jawatankuasa kelab memanah 2017.


4.2 Perlantikan dan mesyuarat jawatankuasa diadakan untuk membincangkan tentang
perlaksanaan program.
4.3 Pengerusi memberi taklimat aktiviti dan taklimat keselamatan kepada murid tentang
perlaksanaan karnival.
4.4 AJK yang terlibat mengendalikan urusan pendaftaran peserta ( mengisi dan
menghantar borang penyertaan), membuat jadual perlawanan, mengadili pertandingan,
dan melaksanakan aktiviti-aktiviti mengikut tentatif.
4.5 Jawatankuasa menyediakan tempat, bantuan teknikal, dan bantuan tenaga pengadil/
penjaga garisan.
4.6 Pertandingan dijalankan selama 4 jam.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Bil Perkara Jumlah


01. Pelajar Lelaki 30
02. Pelajar Perempuan 30

Jumlah Keseluruhan 60

5.0 PENGISIAN

5.1 Taklimat ringkas

5.2 Senaman

5.3 Kursus Memanah

5.4 Mini Tournament

6.0 JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL SUKAN MEMANAH

PENAUNG : PN. ZAWIAH BINTI YAHYA ( PENGETUA)


PENASIHAT : 1. PN. AZIZAH BINTI CHE NAWI (GPK HEM)
2. PN. ROS NITA BINTI TAJUDDIN (GPK KOKUM)

PENYELARAS : PN ROSNAH BINTI ABDUL HAMID


AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : ABDUL RASHID BIN ROSLAN AFANDI ( 5 BETA )


NAIB PENGERUSI : HAIKAL HAZIQ BIN GHAZALI ( 5 ICT )
SETIAUSAHA : MAIMUNATUN NAWAR BT. MOHD YAZAN ( 5 KAA )
PENOLONG : MARSYA BT. AHMAD NAJAD ( 5 KAA )
BENDAHARI : SARAH BINTI SAIFUL RIZAL ( 5 KAA )
P. BENDAHARI : QURRATUL AYUNI BINTI IMRAN ( 5 KAA )

AJK PERTANDINGAN
1. ANIS AWATIF BINTI JAMALUDDIN ( 5 KAA )
2. NUR AFIQAH DAYANA BINTI AZMAN ( 5 KAA )

AJK PERALATAN
1. ABDUL RASYID BIN ROSLAN AFANDI ( 5 BETA)
2. SARAH BINTI SAIFUL RIZAL ( 5 KAA )

AJK KESELAMATAN
1.ZULFATI QISTINA BINTI ZULKAIRNAIN ( 5 ELEKTRON )
2.HAIKAL HAZIQ BIN GHAZALI ( 4 ICT )

AJK KEBERSIHAN
1.WAN ADLINA BINTI WAN AHARIFUDZILLAH ( 3 BAKTI )
2. MUHD DANISH BIN SAIFUL RIZAL ( 3 EHSAN )

DOKUMENTASI
1. QURRATUL AYUNI BINTI IMRAN ( 5 KAA )
7.0 TENTATIF PROGRAM
TARIKH / MASA AKTIVITI TEMPAT
8.30 9.00 SENAMAN PADANG SERBAGUNA

9.00 10.00 KURSUS MEMANAH PADANG SERBAGUNA

10.00 10.30 REHAT PADANG SERBAGUNA

10.30 12.00 MINI TOURNAMENT PADANG SERBAGUNA

12.00 12.30 PENUTUP PADANG SERBAGUNA

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

7.1 PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


HARGA (RM)

1. MAKANAN 77 RM 115.50

2. MINUMAN 77 RM 77.00

3. ARROW DAN BOWS 10 SET (DARI


KELAB)

JUMLAH RM 192.50
9.0 SUMBER KEWANGAN

YURAN PENYERTAAN PESERTA:

60 ORANG X RM10 = RM600

10.0 PERALATAN-PERALATAN LAIN

BIL. PERKARA KUANTITI CATATAN

1. Alat pembesar suara 1 -

2 Wisel 1 -

3. Peti pertolongan cemas 1 -

11.0 PENUTUP

Kelab Memanah SMK Subang berharap agar segala aktiviti yang telah dirancang
dalam kertas kerja ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar dalam usaha melahirkan yang
berpotensi, berketrampilan dan serba boleh. Semoga mendapat sokongan padu dari semua
pihak.

DISEDIAKAN OLEH:

(MAIMUNATUN NAWAR BINTI


MOHD. YAZAN)
SETIUSAHA KELAB MEMANAH
TARIKH: 028.03.2017
DISEMAK OLEH:

(PN. ROSNAH BINTI ABDUL HAMID)


GURU PENASIHAT KELAB MEMANAH
SMK SUBANG

DISEMAK OLEH:

(PN. ROS NITA BINTI TAJUDDIN)


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SMK SUBANG

DISAHKAN OLEH:

(PN. ZAWIAH BINTI YAHYA)


PENGETUA SMK SUBANG
TARIKH:

You might also like