You are on page 1of 11

PENDEKATAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

BAGI MENINGKATKAN PENGLIBATAN GURU DALAM KEGIATAN


KOKURIKULUM DI SEKOLAH
Muhamad Sauki Razali
Wan Shamsuddin Wan Mohd Salleh
Purusothman Vellaithan
Hjh Hajar Muhamad
Mazuin Adnan
Jabatan Pengurusan Kurikulum & Kokurikulum
Institut Aminuddin Baki

ABSTRAK
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji pendekatan-pendekatan latihan
dalam perkhidmatan (LADAP) di sekolah bagi meningkatkan motivasi penglibatan
guru dalam gerak kerja kokurikulum. Kajian tinjauan ini menggunakan
persampelan bertujuan kepada 248 peserta Program Kelayakan Profesional
Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (National Profesional Qualification for
Educational Leaders (NPQEL) yang sedang mengikuti kursus tersebut di Institut
Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasil perbincangan dalam
ePembelajaran dan pembentangan kumpulan semasa sesi latihan Sub Modul
Pengurusan Kokurikulum oleh para peserta disusun mengikut tema, dan
disesuaikan dengan Participation Motivation Instrument (PMI), sebelum
ditadbirkan kepada responden. Analisis statistik deskriptif menunjukkan
pendekatan LADAP yang dapat meningkatkan kemahiran kokurikulum guru
(min=4.58, sisihan piawai=0.53) dan peluang untuk guru bekerja secara berpasukan
(min=4.51 sisihan piawai=0.54) merupakan strategi yang sangat penting untuk
dilaksanakan. Pendekatan lain penting dijalankan semasa sesi LADAP
kokurikulum di sekolah kepada para guru mengikut keutamaan ialah peluang untuk
pembebasan tenaga (min=4.29, sisihan piawai=0.60), meningkatkan kecergasan
diri (min=4.23, sisihan piawai=0.62), mengeratkan hubungan persahabatan
(min=4.17, sisihan piawai=0.70), member pengalaman yang menyeronokkan
(min=4.09, sisihan piawai=0.70), dan situasi, suasana serta persekitaran yang
sesuai (min=3.93, sisihan piawai=0.72). Peningkatan status diri serta pengiktirafan
merupakan kaedah dan pendekatan yang sederhana penting dalam sesi LADAP
kokurikulum di sekolah dengan skor min=3.78 dan sisihan piawai=0.81. Skor min
penglibatan keseluruhan kokurikulum bagi pendekatan-pendekatan yang telah
dicadangkan untuk dilaksanakan dalam sesi LADAP adalah tinggi (min=4.20,
sisihan piawai=0.53). Sehubungan dengan itu, adalah penting untuk melaksanakan
pendekatan LADAP kokurikulum di sekolah dengan memberi penekanan terhadap
pembangunan ilmu dan kemahiran serta meningkatkan semangat kerjasama
kalangan guru bagi menjamin penglibatan berterusan mereka dalam kegiatan
tersebut.

PENDAHULUAN
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (National
Profesional Qualification for Educational Leaders- NPQEL) merupakan satu inisiatif
latihan dalam perkhidmatan bagi kepimpinan dan pengurusan pendidikan anjuran
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dalam tempoh bersemuka selama 6 minggu,
peserta didedahkan kepada 7 modul latihan yang dijalankan dalam 3 fasa di Institut
Aminuddin Baki (IAB). Tujuh modul latihan tersebut ialah Asas Kepimpinan dan
Pengurusan Pendidikan, Dasar dan Hala Tuju, Instruksional dan Pencapaian, Mengurus
Perubahan dan Inovasi, Sumber dan Operasi, Hubungan Sesama Manusia serta
Keberkesanan Kendiri (IAB 2012).
Pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus sekolah secara strategik pula didedahkan
kepada para peserta dalam Modul Asas Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan yang
merangkumi 4 fasa utama iaitu fasa halatuju, fasa formulasi, fasa operasi dan fasa
penilaian. Seterusnya, pengetahuan dan kemahiran tersebut diaplikasi sepenuhnya dalam
Sub Modul Pengurusan Kokurikulum. Dalam modul ini, para peserta melalui gerak kerja
kumpulan akan bersama-sama mengenalpasti isu, kekangan dan permasalahan yang
dihadapi oleh sekolah masing-masing dalam menguruskan kegiatan kokurikulum.
Selepas itu, cadangan dan pendekatan yang bersesuaian dihasilkan melalui sesi
perbincangan ePembelajaran dan perbengkelan kumpulan semasa sesi bersemuka, untuk
dijadikan strategi oleh para peserta NPQEL mengatasi permasalahan kokurikulum
tersebut.
MODUL PENGURUSAN KOKURIKULUM NPQEL
Pendekatan modul latihan pengurusan kokurikulum yang dijalankan kepada para peserta
NPQEL ini adalah selaras dengan:
1. Perakuan 175 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran 1979 memperakukan bahawa kokurikulum di sekolah dapat dijayakan
sepenuhnya sekiranya guru-guru yang mengendalikan kegiatan-kegiatan itu
mengetahui akan tugas mereka serta menjalankan tugas itu dengan penuh minat,
jujur dan dedikasi. Guru-guru berkenaan hendaklah sentiasa sedar akan objektifobjektif yang hendak dicapai menerusi kegiatan-kegiatan kokurikulum. Pada
masa kini sebab utama guru-guru kurang berminat mengendalikan kegiatan
kokurikulum ini kerana khidmat mereka dalam bidang ini amnya tidak diberi
pengiktirafan (KPM 1989).
2. Cadangan penyelesaian Pelan Tindakan Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Tahun 2013 bagi mengatasi kekerapan guru meninggalkan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) kerana terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Pendekatan yang
dicadangkan ialah; 1. Merancang takwim yang lengkap untuk semua aktiviti
kokurikulum bagi melindungi masa intruksional, 2. Pelaksanaan aktiviti
kokurikulum hendaklah seiring/ mengambil kira kandungan kurikulum, 3.
Mengadakan kursus dan bengkel pelaksanaan aktiviti kokurikulum, 4.
Mewajibkan semua guru terlibat dalam aktiviti kokurikulum secara berkala dan
sistematik (KPM 2013).

Pengurusan Kokurikulum merupakan sub modul kepada Modul Instruksional dan


Pencapaian dilaksanakan selama 4 jam secara bersemuka dan 2 jam e-Pembelajaran di
dalam Fasa 2 Program NPQEL. Dalam fasa hala tuju kokurikulum, perbincangan
pensyarah dan peserta berkisar tentang mandat, matlamat, objektif dan fungsi
kokurikulum bagi menentukan misi dan visi pengurusan kokurikulum sekolah yang jelas.
Fasa formulasi kokurikulum pula membincangkan isu, cabaran, aspek perundangan dan
prosedur yang perlu diambilkira dalam merancang gerak kerja tersebut. Seterusnya, fasa
operasi kokurikulum memberi tumpuan kepada pembangunan kurikulum (syllabus)
latihan kokurikulum berdasarkan pendidikan luar & rekreasi, 42 kali minimum setahun
pelaksanaan sesi latihan kokurikulum, latihan dalam perkhidmatan (LADAP)
kokurikulum dan penyeliaan gerak kerja tersebut oleh pengurus kokurikulum sekolah.
Akhir sekali, fasa penilaian membincangkan kegiatan kokurikulum di dalam Pentaksiran
Berasaskan Sekolah dan Penilaian Markah 10% Kokurikulum (Muhamad Sauki & Wan
Shamsuddin 2011).

Rajah 1: Sesi Perbincangan & Perbengkelan Isu Kokurikulum


Dalam fasa formulasi, sebelum pemimpin sekolah menetapkan matlamat, objektif, key
performance indicators (KPI) dan sasaran gerak kerja kokurikulum sekolah, adalah perlu
bagi mereka mengenalpasti isu-isu strategik berkaitan kegiatan kokurikulum di sekolah
masing-masing seperti yang ditunjukkan Rajah 1. Menurut Bryson & Alston (1996);
Bryson (2003), mengenalpasti isu-isu strategik adalah merupakan jantung kepada proses
perancangan strategik sekolah (Hairuddin & Muhammad Bustaman 2007). Tambahan
pula, isu-isu strategik tersebut menjelaskan apakah bidang-bidang yang sangat penting
dan kritikal, serta kesannya kepada kejayaan misi dan visi sekolah dalam mencapai
matlamat yang diinginkan, khususnya melalui kegiatan kokurikulum.

Dalam sesi pembentangan pula, antara isu-isu dan permasalahan yang sering dihadapi
dalam pengurusan kokurikulum di sekolah masing-masing termasuklah tiada sokongan
dari pengurusan sekolah dan ibu bapa, kurangnya penglibatan guru dan murid, kekangankekangan lain di antaranya: masa, kewangan, prasarana serta kemudahan. Isu-isu dan
permasalahan pengurusan kokurikulum yang dibincangkan dalam sesi latihan adalah
selari dengan dapatan-dapatan kajian dan penulisan berkaitan kegiatan kokurikulum di
sekolah oleh Azizah (1990); Mohd Suzli (1997); Ab. Halim (1998); Mohd Amin (2006)
dan Anuar Din et al. (2008).
Perbincangan seterusnya adalah usaha-usaha yang seharusnya dijalankan oleh pihak
sekolah dalam meningkatkan penglibatan guru dalam gerak kerja kokurikulum.
Pembangunan profesionalisme guru adalah amat penting kerana telahpun disebut di
dalam Perakuan 175 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran, bahawa kegiatan kokurikulum di sekolah dapat dijayakan sepenuhnya
sekiranya guru-guru yang mengendalikan kegiatan-kegiatan itu mengetahui akan tugas
mereka serta menjalankan tugas itu dengan penuh minat, jujur dan dedikasi (KPM 1989).
Tambahan lagi, dalam KPM (2013), pihak pengurusan sekolah juga perlu mengadakan
kursus dan bengkel pelaksanaan aktiviti kokurikulum dalam MMI. Ini berikutan dari
semua guru adalah wajib terlibat dalam aktiviti kokurikulum secara berkala dan
sistematik.
MASALAH PENGLIBATAN GURU DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM
Maklumat awal yang diperoleh melalui sesi perbengkelan ialah, pembangunan
profesionalisme guru berkaitan bidang kokurikulum dan hal ehwal murid kurang diberi
perhatian oleh pihak sekolah berbanding bidang akademik. Begitu juga tiada ataupun
kurangnya sesi penyeliaan oleh pentadbir sekolah dalam gerak kerja tersebut. Keadaan
ini akhirnya menimbulkan persepsi dalam kalangan guru bahawa kegiatan kokurikulum
tidaklah begitu penting untuk dilaksanakan. Menurut Mohd Amin (2006), satu kenyataan
yang tidak dapat disangkal ialah majoriti masyarakat termasuk warga pendidik masih
tetap menganggap aktiviti kokurikulum bukanlah sesuatu yang bersifat akademik dan
tidak sepenting aktiviti kurikulum. Sementara itu, Mohd. Suzli pada tahun 1997, telahpun
mendapati bahawa kebanyakan guru tidak mempunyai kemahiran dalam aktiviti
kokurikulum. Begitu juga Azizah (1990), yang mejalankan kajian untuk mengenal pasti
masalah-masalah yang terdapat di dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum turut
mendapati perkara yang sama iaitu; 1. guru kurang berminat, 2. guru tidak mempunyai
kemahiran. Perkara ini sebenarnya telah lama diakui dalam Perkara 175 di dalam KPM
(1989), yang menegaskan sebab utama guru-guru kurang berminat mengendalikan
kegiatan kokurikulum ini kerana khidmat mereka dalam bidang ini amnya tidak diberi
pengiktirafan.
Isu tentang kurangnya penglibatan guru dalam gerak kerja kokurikulum di sekolah
merupakan cabaran paling utama yang perlu dihadapi, dan diatasi oleh para peserta
NPQEL apabila menjadi pengurus serta pemimpin di sekolah masing-masing. Menurut
Aslian (2012), berdasarkan kajian tentang masalah ketidakhadiran murid dalam kegiatan
kokurikulum, faktor guru merupakan antara penyebab dan punca masalah tersebut sukar
ditangani, seperti juga yang terdapat dalam dapatan-dapatan kajian yang dijalankan
(Zainab 2003; Mastura 2010). Berhubung perkara tersebut, Atan (1991) telahpun

menyatakan bahawa tanpa penyertaan dan kerjasama guru sepenuhnya, keberkesanan


sekolah, khususnya dalam gerak kerja kokurikulum, tidak dapat dicapai di mana suasana
kejayaan serta sokongan positif tidak dapat dihasilkan. Dalam perbincangan berkaitan
kegiatan kokurikulum, Abu Bakar (1991) turut mempunyai pendapat yang sama,
menegaskan bahawa guru-guru yang terlatih dalam kokurikulum dan terlibat secara aktif
dalam kegiatan tersebut merupakan salah satu faktor utama kepada penyertaan para
pelajar di sekolah (Anuar et al. 2008).
Sementara itu, Ab. Halim (1998) menegaskan proses pembelajaran dan pengajaran dalam
aktiviti kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung. Aktiviti
kokurikulum lebih menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat,
peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Keberkesanan pelaksanaan gerak kerja
kokurikulum, sukan dan permainan di sekolah pula bergantung sepenuhnya kepada
keadaan guru yang dipertanggungjawabkan dengan tugas tersebut untuk melaksanakan
gerak kerja berkenaan berdasarkan kepada kemahiran & kebolehan bermain, kebolehan
mengurus, kepegawaian dan kejurulatihan guru terbabit. Tambahan lagi, konsep
keseimbangan dalam melaksanakan program kurikulum dan kokurikulum hanya dapat
dijayakan dengan adanya komitmen seluruh warga pendidik, para pelajar dan masyarakat
sekitar. Oleh itu, komitmen semua pihak khususnya warga pendidik ditagih agar tidak
berlaku pengabaian atau kepincangan dalam melaksanakan program kokurikulum (Mohd
Amin 2006). Sehubungan dengan itu, di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1
Tahun 1985, telah ditegaskan penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi
memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah (KPM 2011).

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan-pendekatan dalam LADAP
bagi meningkatkan motivasi penglibatan guru di dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji:
1. Pendekatan-pendekatan LADAP kokurikulum guru.
2. Tahap pendekatan-pendekatan LADAP kokurikulum guru.
3. Tahap motivasi penglibatan keseluruhan kokurikulum guru.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan-persoalan kajian ini adalah:
1. Apakah pendekatan-pendekatan LADAP untuk meningkatkan tahap motivasi
penglibatan guru dalam kegiatan kokurikulum di sekolah?
2. Apakah tahap pendekatan-pendekatan LADAP kokurikulum untuk
meningkatkan tahap motivasi penglibatan guru?
3. Apakah tahap motivasi penglibatan kokurikulum guru berdasarkan
pendekatan-pendekatan LADAP tersebut?

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN


Rajah 2 di bawah menunjukkan kerangka konseptual bagi kajian ini. Isu-isu dalam sesi
perbengkelan (rujuk Rajah 1) dan ePembelajaran dikumpulkan dan disusun mengikut
tema. Kemudian, kajian-kajian lepas berkaitan gerak kerja kokurikulum, sukan dan
kegiatan fizikal disesuaikan menjadi kerangka konsepsual kajian seperti di bawah:
PENDEKATAN LADAP

KESERONOKAN
KEMAHIRAN
KECERGASAN
BEBAS TENAGA

NPQEL
Kohort 31010
Ambilan 12011
Ambilan 22012

PENGLIBATAN
KOKURIKULUM
GURU

KERJA PASUKAN
PERSAHABATAN
SITUASI
STATUS/
PENGIKTIRAFAN

Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian Pendekatan LADAP Kokurikulum


METODOLOGI KAJIAN
Menurut Mohd Majid (2005), kajian tinjauan yang sering dijalankan dalam penyelidikan
ialah tinjauan sekolah dan tinjauan komuniti. Oleh itu, kajian yang menggunakan
rekabentuk kajian tinjauan ini menggunakan persampelan bertujuan kepada 248 peserta
NPQEL yang terdiri dari 3 kumpulan seperti Jadual 1.
Jadual 1: Pecahan Responden Mengikut Kumpulan
Kumpulan
Kohort 3 2010
Ambilan 1 2011
Ambilan 2 2012
Jumlah

Bilangan
84
66
98
248

Peratus
33.87
26.61
39.52
100

Para pengkaji terlibat secara langsung sebagai pensyarah, pensyarah team teaching, dan
fasilitator dengan para peserta semasa sesi latihan Sub Modul Pengurusan Kokurikulum
dijalankan. Hasil-hasil pembentangan berkenaan isu penglibatan guru dalam kegiatan
kokurikulum dan ePembelajaran oleh para peserta dikumpulkan dan dibandingkan
dengan kerangka konseptual kajian yang disesuaikan dari Model Motivasi Penglibatan
Wann (1997). Kemudian, satu set soalselidik berteraskan lapan dimensi motivasi
penglibatan yang diadaptasi dari Participation Motivation Inventory (PMI) oleh Gill,

Gross & Huddleston pada tahun 1983, ditadbirkan kepada para responden (Gill 2000).
Analisis deskriptif digunakan ke atas data-data yang diperoleh bertujuan untuk
memerihalkan data berkenaan dengan menggunakan skor min dan sisihan piawai bagi
mengukur pilihan pendekatan LADAP guru oleh para responden. Perbincangan hasil
kajian mengenai tahap kepentingan kaedah dan pendekatan LADAP adalah berdasarkan
kepada 7 tahap pembahagian skor min yang dipilih para responden dalam melaksanakan
LADAP guru di sekolah.
DAPATAN KAJIAN
Analisis deskriptif data kajian mendapati kaedah dan pendekatan untuk meningkatan
pengetahuan dan kemahiran guru serta peluang untuk guru bekerja secara berpasukan
dalam kegiatan kokurikulum semasa sesi LADAP sekolah merupakan strategi yang
sangat penting (min=4.58, sisihan piawai=0.53) dan (min=4.51 sisihan piawai=0.54).
Kaedah dan pendekatan lain yang dianggap penting dijalankan semasa sesi LADAP
kokurikulum di sekolah kepada para guru mengikut keutamaan ialah peluang untuk
pembebasan tenaga (min=4.29, sisihan piawai=0.60), meningkatkan kecergasan diri
(min=4.23, sisihan piawai=0.62), mengeratkan hubungan persahabatan (min=4.17,
sisihan piawai=0.70), pengalaman yang menyeronokkan (min=4.09, sisihan
piawai=0.70), dan situasi, suasana serta persekitaran yang sesuai (min=3.93, sisihan
piawai=0.72). Peningkatan status diri serta pengiktirafan merupakan kaedah dan
pendekatan yang sederhana penting dalam sesi LADAP sekolah dengan skor min=3.78
dan sisihan piawai=.81. Skor min keseluruhan motivasi penglibatan kokurikulum guru
berdasarkan pendekatan-pendekatan yang telah dicadangkan, untuk dilaksanakan dalam
sesi LADAP adalah tinggi (min=4.20, sisihan piawai=0.53).
Jadual 3: Skor Min Tahap Kepentingan Pendekatan Dalam LADAP Kokurikulum
Strategi
Kemahiran

Pasukan

Tenaga

Kecergasan

Persahabatan

Keseronokan
Situasi

Kohort 3 2010
Min
Sisihan
Piawai
Min
Sisihan
Piawai
Min
Sisihan
Piawai
Min
Sisihan
Piawai
Min
Sisihan
Piawai
Min
Sisihan
Piawai
Min

Ambilan
2011
4.44 4.60

1 Ambilan
2012
4.70

2 Skor
Tahap
Keseluruhan
4.58
sangat tinggi
0.53

0.66 0.49

0.37

4.39 4.51

4.60

4.51

0.63 0.51

0.47

0.54

4.14 4.32

4.39

4.29

0.73 0.49

0.53

0.60

4.08 4.23

4.37

4.23

0.75 0.50

0.52

0.62

4.01 4.22

4.28

4.17

0.72 0.59

0.73

0.70

3.88 4.11

4.25

4.09

0.76 0.69

0.61

0.70

3.69 3.94

4.13

3.93

sangat tinggi

tinggi

tinggi

tinggi

tinggi
tinggi

Sisihan
Piawai
Min
Status
Sisihan
Piawai
Min
Penglibatan
Keseluruhan Sisihan
Piawai

0.70 0.69

0.70

0.72

3.66 3.68

3.96

3.78

0.83 0.77

0.80

0.81

4.04 4.20

4.33

4.20

0.60 0.46

0.47

0.53

sederhana tinggi

tinggi

PERBINCANGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pendekatan-pendekatan yang dicadangkan
peserta NPQEL dalam pelaksanaan LADAP bagi meningkatkan motivasi penglibatan
guru dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Hasil analisis menunjukkan terdapatnya 2
pendekatan yang SANGAT PENTING dilaksanakan dalam latihan kepada para guru
iaitu; 1. membangunkan kemahiran, dan 2. kerjasama berpasukan untuk meningkatkan
penglibatan mereka dalam kegiatan kokurikulum. Antara pendekatan lain yang
PENTING digunakan dalam sesi LADAP guru di sekolah adalah seperti berikut; 1.
Peluang untuk pembebasan tenaga, 2. Peningkatan kecergasan diri, 3. Hubungan
persahabatan, 4. Pengalaman yang menyeronokkan, dan 5. Situasi, suasana dan
persekitaran yang sesuai.
Menurut Anuar et al. (2008), Abu Bakar pada tahun 1991 menegaskan bahawa guru-guru
yang terlatih, dan terlibat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum merupakan faktor
penentu kepada penyertaan para pelajar disekolah. Tambahan lagi, Jamalullail dan Azhar
(2008) mendapati bahawa faktor pendedahan kursus dan latihan kepada para guru
mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap keberkesanan pelaksanaan pengurusan
kokurikulum di sekolah. Selain itu, pendekatan LADAP yang memberi penekanan dalam
aspek kerja berpasukan bukan sahaja dapat meningkatkan penyertaan guru dalam bidang
kokurikulum, malahan bidang lain termasuklah akademik dan hal ehwal murid.
Semangat kerjasama melalui pendekatan LADAP dapat mewujudkan hubungan erat dan
rangkaian sosial di kalangan guru-guru. Kerjasama kalangan ahli kumpulan guru-guru
tersebut membentuk ciri-ciri seperti budaya, trademark dan disiplin kerja dalam
menyelesaikan sesuatu tugasan. Menurut Tarricone & Luca (2002), kejayaan kerjasama
kumpulan mempunyai 6 ciri iaitu komited mencapai matlamat kumpulan, interdependent,
kemahiran interpersonal, komunikasi terbuka maklumbalas positif, komposisi rakan
kumpulan yang bertepatan dan komited terhadap proses berkumpulan, kepimpinan dan
akauntabiliti.
Menurut Allender et al. (2005) pula, golongan dewasa, iaitu para guru, merasakan
perkongsian, sokongan yang timbul dari penyertaan mereka di dalam kegiatan fizikal
seperti dalam gerak kerja kokurikulum dan sukan, merupakan motivasi untuk
meneruskan gaya hidup aktif tersebut. Keseronokan dan rangkaian sosial yang terhasil
melalui penyertaan di dalam aktiviti sukan merupakan motivasi penglibatan terpenting
bagi golongan dewasa berumur 18 hingga 50 tahun. Mereka juga turut merasakan
kebersamaan dengan rakan dan menemui kenalan baru, melalui penglibatan dalam
kegiatan fizikal, seperti penterjemahan semula peranan mereka di dalam rangkaian
hubungan sesama sendiri. Pendapat ini turut disokong oleh Seabra et al. (2007) yang
menegaskan penyertaan golongan dewasa dan lebih berusia dalam kegiatan fizikal adalah

untuk mewujudkan hubungan sosial sesama sendiri. Begitu juga Susan Butt (1995)
menurut Gill (2000), yang menjelaskan Motivasi Sosial merupakan tahap ketiga motivasi
sukan dari empat tahap Model Butts. Gill seterusnya menyatakan dalam kajian-kajian
awal penglibatan para remaja hingga golongan dewasa melibatkan diri dalam kegiatan
fizikal kerana terdapatnya peluang untuk melegakan tekanan. Begitu juga ruang untuk
para remaja ini untuk meningkatkan kecergasan diri melalui pengekalan bentuk badan
dengan senaman. Selain itu, mereka ini melibatkan diri dalam kegiatan fizikal kerana
kegiatan tersebut merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan di samping
persekitaran yang sesuai seperti pendekatan jurulatih, kelengkapan dan kemudahan yang
lengkap.
Akhir sekali, para responden berpendapat, kepentingan pendekatan untuk meningkatkan
status dan pencapaian diri dalam LADAP adalah sederhana. Dapatan ini berbeza dengan
kebanyakan literatur motivasi penglibatan individu dalam kegiatan fizikal yang
mendapati faktor pengaruh seperti ganjaran, hadiah, kemenangan turut merupakan
dorongan penting seseorang individu melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. Namun
demikian, bagi peringkat penglibatan kokurikulum yang lebih tinggi dari peringkat
sekolah, pengiktirafan dan status mungkin merupakan pendekatan dan dorongan yang
penting seperti dicadangkan Cantal et al. (1996) di dalam (Tajul Arifin 2007).
RUMUSAN DAN CADANGAN
Pendekatan latihan bidang kokurikulum perlu menumpukan kepada peningkatan
pengetahuan dan kemahiran para guru dalam kegiatan ini. Selain itu, penumpuan latihan
juga perlu menitikberatkan pendekatan ke arah pembentukan gerak kerja berpasukan.
Bagi pengurus sekolah, sebagai seorang pemimpin instruksional, mereka amat
memerlukan kedua-dua kemahiran ini untuk berperanan samada sebagai coach, penyelia,
perunding dan penasihat kepada para guru di sekolah khususnya dalam bidang
kokurikulum. Bagi guru pula, pembangunan kedua-dua aspek ini akan meningkatkan
profesionalisme mereka bukan sahaja dalam gerak kerja kokurikulum, malahan bidangbidang lain seperti akademik dan hal ehwal murid. Guru-guru yang mahir dan kerja
secara berpasukan akan mewujudkan sekolah yang lebih baik dan berkesan. Menurut
Tarricone & Luca (2002), secara umumnya kumpulan yang bekerjasama dalam satu
kumpulan lebih berjaya dalam mencapai sesuatu matlamat. Akhir sekali, satu kajian
terhadap Modul Pengurusan Kokurikulum di IAB juga perlu dibuat samada modul sedia
ada telahpun mengaplikasikan pendekatan-pendekatan ini dalam setiap sesi latihan.

BIBLIOGRAFI
Ab. Halim Abdul Rahim. 1998. Pengurusan kokurikulum. Siri Pendidikan Perguruan.
Cetak ulang. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Allender, S., Cowburn, G. & Foster, C. 2006. Understanding participation in sport and
physical activity among children and adults: a review of qualitativestudies. Oxford
Journals.http://her.oxfordjournals.org/cgi /content/full/21/6/826 [17 Januari 2008].
Anuar Din, Mohamad Nizam Nazarudin, Malinjah Mahsar, Mohd Sofian Omar Fauzee &
Marjohan Jamalis. 2008. Pengurusan kokurikulum dan hubungannya dengan

penyertaan pelajar sekolah menengah. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan


Pendidikan. 18 (1): 53-79.
Aslian bin Pios. 2012. Masalah ketidakhadiran murid Orang Asli dalam kegiatan
kokurikulum di sebuah sekolah Orang Asli di Petaling Jaya: Faktor dan cadangan
penyelesaian. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. 24 (2): 79-90.
Atan Long. 1991. Pendidik dan pendidikan. Siri Pendidikan Fajar Bakti. Cetak ulang.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Azizah Nordin. 1990. Mengenal pasti masalah-masalah dalam pelaksanaan aktiviti
kokurikulum di tiga buah sekolah menengah di Daerah Gombak. Tesis Sarjana,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Gill, D.L. 2000. Psychological Dynamics Of Sports And Exercise. Ed. ke-2. University of
North Carolina: Human Kinetics.
Hairuddin Mohd Ali & Muhammad Bustaman Abdul Manaf. 2007. Perancangan
Strategik Pembangunan Sekolah. Memperkasa dan melonjak kecemerlangan
institusi pendidikan. Ed. 2. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.
Institut Aminuddin Baki. 2012. Panduan pelaksanaan program kelayakan profesional
pemimpin pendidikan kebangsaan (NPQEL). Kamaruzaman Moidunny, Gucharan
Singh Bishen Sigh, Aziah Samichan & Siti Anidah Mahadi (pnyt.). Genting
Highlands: Institut Aminuddin Baki.
Jamalullail Abdul Wahab & Azhar A. Kadir. 2008. Kajian faktor-faktor keberkesanan
pelaksanaan pengurusan kokurikulum daripada persepsi Guru Penolong Kanan
Kokurikulum sekolah menengah Daerah Hulu Langat, Selangor. Jurnal
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. 18 (1): 21-36.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Pelan Tindakan Melindungi Masa Instruksional.
Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid
Belajar.http://www.moe.gov.my/jpwpkl/download/SJK/2013/05%20Lampiran%20
A%20-%20Pelan%20Tindakan%20MMI.pdf [15 Februari 2013]
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Surat Pekeliling Ikhtisas Yang Berkaitan Dengan
Aktiviti Luar Bilik Darjah (Sukan & Kokurikulum), Pakaian Murid Dan Surat
Siaran Pengurusan Kokurikulum 1971-2010. Cetakan Pertama. Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1989. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979. Kerajaan Malaysia.
Mohd Amin Dawam. 2006. Hala tuju pelaksanaan konsep keseimbangan program
kurikulum dan kokurikulum. Pendidik Oktober: 53-55.
Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Suzli Abdullah. 1997. Permasalahan aktiviti ko-kurikulum di Sekolah-sekolah


Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan Daerah Pasir Mas. Tesis Sarjana,
Universiti Utara Malaysia. http://eprints.uum.edu.my/418/1/ Mohd._ Suzli_ bin_
Abdullah. pdf [29 Mei 2009]
Muhamad Sauki Razali & Wan Shamsuddin Wan Mohd Salleh. 2011. Modul
Pengurusan Kokurikulum. Kursus Program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (National Profesional Qualification for Educational
Leaders (NPQEL), Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tajul Arifin Muhamad. 2007. Hubungan orientasi matlamat, gaya tumpuan dan
kebimbangan dengan pencapaian pemain golf remaja di Malaysia. Tesis Dr.
Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tarricone, Pina & Luca, Joe. 2002. Succesful teamwork: a case study. HERDSA: 640646. Edith Cowan University, Perth.
Seabra, A.F., Mendonca, D.M., Thomis, M.A., Peters, T.J., & Maia, J.A. 2007.
Associations between sport participation, demographic and socio-cultural factors
in Portuguese children and adolescents. The European Journal of Public Health
2008 18(1):25-30.
Wann, D.L. 1997. Sport Psychology. New Jersey: Prentice Hall.

You might also like