You are on page 1of 6

KERTAS KERJA:

PAMERAN BAHAN BANTU MENGAJAR


PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS
TARIKH:
25 JULAI 2014
TEMPAT:
BILIK GERAKAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)
RANTAU ,NEGERI SEMBILAN
ANJURAN:
GURU-GURU PELATIH IPG KAMPUS RAJA MELEWAR,
SEREMBAN
DENGAN KERJASAMA:
GURU PEMULIHAN DAN WARGA SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN (TAMIL) RANTAU, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA:
PAMERAN BAHAN BANTU MENGAJAR
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 2014
1

Pendahuluan
Pameran ini merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim
dan hubungan kekeluargaan antara guru-guru . Tujuan pameran bahan bantu
mengajar ini diadakan adalah untuk memperkenalkan pelbagai jenis bahan bantu
mengajar yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk membantu guru semasa
P&P dan menjadi panduan kepada guru-guru di sekolah dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan berjaya. Hasil daripada pameran
ini membolehkan guru menilai semula pengajaran mereka. Seterusnya akan
meningkatkan

lagi

mutu

pengajaran

guru-guru

ke

tahap

yang

lebih

membanggakan.
Pameran ini juga mampu membantu guru-guru menggunakan bahan
bantu mengajar yang bersesuaian dengan kemahiran yang diajar. Penggunaan
bahan

bantu

mengajar

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran

dapat

menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal serta berperanan sebagai daya


penarik penting kepada seseorang murid.
Semoga pameran ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan yang telah
sedia terjalin agar lebih rapat lagi. Pihak Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Rantau dengan ini mengambil langkah mengadakan beberapa program untuk
melaksanakan objektif- objektif berikut.
2

Objektif
i. Mendedahkan kepada guru berhubung kepentingan bahan bantu
mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam
ii.

bilik darjah.
Mempamerkan bahan-bahan pengajaran yang telah dihasilkan untuk

iii.

murid pendidikan pemulihan.


Mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM) bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
dalam bilik darjah.

iv.

Membantu para guru dalam membina dan mengetahui cara menggunakan


bahan bantu mengajar.

Rasional
Pameran Bahan Bantu Mengajar ini dapat membolehkan seseorang individu
menjana idea dan pengetahuan mereka tentang kepentingan bahan bantu
mengajar secara mendalam. Sekali gus program ini dapat memenuhi komponen
internship PISMP yang telah diberikan. Secara khususnya, Pameran Bahan
Bantu Mengajar ini mempunyai empat matlamat yang utama iaitu:

Memupuk kesedaran dalam kalangan guru tentang kepentingan bahan

bantu mengajar.
Membolehkan para guru mengetahui cara membina bahan bantu
mengajar dan bahan yang boleh digunakan untuk menarik minat pelajar

untuk belajar tanpa rasa bosan.


Membolehkan para guru mengetahui cara untuk mengendalikan bahan
bantu mengajar dan mengetahui langkah menggunakan bahan bantu

mengajar dengan betul.


Memberi pendedahan kepada guru supaya berfikiran kritis dan kreatif
dalam menghasilkan bahan bantu mengajar serta membuat refleksi
kendiri

akan kekuatan dan kelemahan serta mengambil tindakan

penambahbaikan secara berterusan dalam menghasilkan bahan bantu


mengajar.
4

Penganjur
Guru-guru pelatih IPG Kampus Raja Melewar, Seremban dengan kerjasama
guru pemulihan dan warga Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Rantau.

Tarikh
25 Julai 2014

Tempat
Bilik Gerakan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Rantau , Negeri Sembilan

Kumpulan Sasaran
Semua guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Rantau.

Jawatankuasa Pelaksana

JAWATANKUASA INDUK
PAMERAN BAHAN BANTU MENGAJAR
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 2014
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Bendahari

:
:
:
:

En. Joseph William (Guru Besar)


Pn.Radha (GPK 1)
En. Prabagaran Renganathan
En, Santhaana Barath Muniandy

AJK KERJA:
Persiapan Tempat
Fotografi dan Video
Cenderamata
Dokumentasi

:
:
:
:

En.Hemanathan Harikrishnan
En.Santhaanabarath Muniandy
En. Prabagaran Renganathan
En. Hemanathan Harikrishnan

Tentatif program
TENTATIF PROGRAM
PAMERAN BAHAN BANTU MENGAJAR
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 2014
HARI / MASA

25 JULAI 2014
Jumaat
(10.00pagi 1.00petang)

AKTIVITI

Perasmian Pameran Bahan Bantu Mengajar Pendidikan


Pemulihan.
Pameran bermula
Pemberian bookmark kepada setiap guru

10

Anggaran Perbelanjaan

Bil

Perkara

Perbelanjaan (RM)

Bahan untuk bina BBM

RM 25.00

Printing

RM 15.00

Bookmark

RM 10.00
JUMLAH

11

RM 50.00

Penutup
Program ini dapat memberikan pendedahan tentang kepentingan bahan bantu
mengajar kepada semua guru. Semoga pameran ini dapat mencapai matlamatmatlamat yang telah ditetapkan serta dijayakan dengan sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh ;
.........................................
(En. Prabagaran Renganathan)
Setiausaha
Pameran Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Pemulihan Khas 2014
SJK (T) Rantau.
Disahkan oleh;
...............................................
(Pn.Radha )
Guru Penolong Kanan 1
SJKT Rantau

Diluluskan oleh;
.........................................
(En. Joseph William)
Guru Besar
(SJKT) Rantau

You might also like