You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG, 42100 KAPAR, SELANGOR MINIT MESYUARAT PERKHEMAHAN MENINGKATKAN KEYAKINAN, MOTIVASI DAN DISIPLIN

DIRI MURID 5 MAJU & 5NEKAD 2012 Bil. 01 Tahun 2012 Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran : : : : : 20 September 2012 12.30 tengah hari 1.50 petang Bilik Gerakan Pn. Norazah bt Ramzan 23 orang

Guru yang hadir : 1. Pn. Norazah bt Ramzan 2. Tn. Hj. Shamsul Maarif b. Hj. Md Sirat 3. Tn. Hj. Ghazali b. Ariffin 4. Pn. Norlian bt Abas 5. Pn. Sarima Niza bt Ibrahim 6. Pn. Normah bt Saliman 7. Pn. Rosidah bt Parmin 8. Pn. Munaliza bt Ishak 9. En. Badrul Akmal b. Ishak 10. En. Sobri b. Samsi 11. Pn. Noraini bt Rahim 12. Pn. Yushida bt Usuludin 13. En. Saipul Bahri b. Subir 14. Pn. Wan Samiha bt Wan Yaakob 15. Pn. Khairul Marsdhiah bt Abd. Kadir 16. Cik Nor Shahly bt Mohyedin 17. Pn. Izyani bt Nawawi 18. Cik Sarah Alwani bt Md. Salleh 19. Pn. Jun Najmah bt Mohd Khalil 20. Pn. Shuhaida Azira bt Abd Aziz 21. Pn. Juliana bt Che Husin 22. En. Aminuddin b. Mohammaed Saai 23. Tn. Hj. Karim bin Ahmad Hadir Bersama Guru yang tidak hadir : Tiada : Tiada

- Pengerusi - Guru Besar SK Rantau Panjang - GPK Kokurikulum

1.0

Kata alu-aluan daripada Pengerusi Mesyuarat 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memberikan salam. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir. 1.2 Pengerusi menjemput En. Sobri b. Samsi membacakan doa.

2.0

Ucapan Guru Besar SK Rantau Panjang ( Tn. Hj. Ahmad Shamsul Maarif b. Hj. Md Sirat) 2.1 Tn. Haji Ahmad Shamsul mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir untuk sesi taklimat Perkhemahan Keyakinan, Motivasi dan Disiplin Diri Murid Tahun 5 Maju dan 5 Nekad. pada kali ini. 2.2 Beliau juga menyatakan bahawa terdapat enam orang guru yang belajar di bawah Program PPG akan mengadakan perkhemahan di sekolah ini. Guruguru tersebut daripada SK Rantau Panjang, SK Kapar dan Sk Meru 2. 2.3 Beliau menyatakan bahawa guru-guru tersebut belajar di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas, Institut Perguruan Kampus Teknik dan Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu. 2.4 Beliau juga mengingatkan AJK dan Urusetia agar mengawasi keselamatan murid-murid dengan baik. Tindakan: AJK & Urusetia

3.0

Pembentangan Kertas Kerja. (Pn. Norazah bt Ramzan- pengerusi Program) 3.1 Perkhemahan Keyakinan, Motivasi dan Disiplin Diri Murid Tahun 5 Maju dan 5 Nekad.akan diadakan pada ketetapan berikut : 3.1.1 Tarikh : 27 & 28 September 2012 3.1.2 Hari : Khamis dan Jumaat 3.1.3 Masa : 7.20 pagi hingga 1.10 tengahari Khamis & 7.20 pagi hingga 11.20 pagi Jumaat. 3.2 Anggaran peserta yang menyertai pertandingan ini seramai 56 orang. (Murid Tahun 5 Maju dan 5 Nekad) 3.3 Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan : 3.4 Anggaran perbelanjaan sebanyak RM 600.00. Sumber kewangan diperolehi daripada sumbangan pelajar-pelajar Program PPG seramai enam orang. 3.5 Hadiah akan diberikan kepada kumpulan terbaik dan peserta terbaik lelaki dan perempuan. 3.6 Pn. Norazah b. Ramzan berharap semua guru dapat memberikan kerjasama yang baik supaya program ini dapat berjalan dengan lancar. Tindakan : Guru yang terlibat

3.7

Ketua-ketua AJK Pelaksana : Kem Komanden Urusetia / Hadiah Pendaftaran Riadah dan aktiviti Persembahan Disiplin dan Kebersihan Minuman/makanan Murid & Guru Keselamatan & Kecemasan Jurugambar PA Sistem Dokumentasi Solat /Kerohanian/ Tazkirah Motivasi & Sahsiah - Pn. Rosidah bt Parmin - Pn. Norazah bt Ramzan - Pn. Norlian bt abas - Pn. Shuhaida Azira bt Abd Aziz - Pn. Normah bt Saliman - En. Aminuddin b. Muhammad Saai - Pn. Munaliza bt Ishak - Pn. Sarima Niza bt Ibrahim - En. Saipul Bahri b. Subir - Tn. Hj Karim b. Ahmad - Pn. Normah bt Saliman - En. Sobri b. Samsi - En. Badrul Akmal b. Ishak

3.10 Minuman dan makanan murid serta guru disediakan oleh pihak kantin. Minuman guru air mineral.

4.0 Hal-Hal lain 4.1 Borang kebenaran penjaga untuk menyertai aktiviti kokurikulum telah diberikan kepada guru kelas untuk diedarkan kepada murid-murid. Borang tersebut hendaklah dikumpulkan semula dan diserahkan kepada Setiausaha atau pengerusi program sebelum atau pada pagi khamis sebelum program perkhemahan bermula. Tindakan : Guru Kelas 5 N & 5M

4.2

Tn. Hj. Ghazali b Ariffin (GPK Kokurikulum) mengingatkan supaya hanya murid yang sihat sahaja menyertai perkhemahan ini. Semua guru yang menjadi urusetia hendaklah memberikan kerjasama dalam kerja berpasukan. Tindakan : AJK & Urusetia

5.0

Penutup 5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.50 petang dengan ucapan terima kasih kepada semua guru yang memberikan komitmen yang baik untuk menjayakan perkhemahan ini.

Tarikh

: 21 September 2012

Disediakan Oleh, .. (SARIMA NIZA BT IBRAHIM) Setiausaha Perkhemahan IPG Kampus Bahasa Melayu

Disemak Oleh, .. (Ghazali b.Ariffin ) GPK Kokurikulum SK Rantau Panjang

Diperakukan Oleh, .. (Ahmad Shamsul Maarif b Hj. Md. Sirat) Guru Besar, SK Rantau Panjang. SK Kapar

You might also like