You are on page 1of 3

Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, 81930 Bandar Penawar, Johor Minit Mesyuarat Perkhemahan Perdana Siri 2 Tarikh

Hari Tempat Masa : : : : 17 Julai 2013 Khamis Bilik Mesyuarat Olimpik 2.00 petang

Kehadiran: Tn. Hj. Jaafar bin Hassan En. Amir Hamzah bin Mohamad En. Mohd Faisal bin Mustapha En. Zulkefli bin Mohd Aris En. Amir Hamzah bin Mohamad En. Mohd Shahril bin Abdullah En. Mohd Razali bin CheLlah En. Mohd Saupi bin Samingan En. Mohd Zulhusni bin Zulkipli En. Mohd Rizal bin Sarip En. Mohd Faris bin Jasma En. Mohd Sufian bin Tokiman En. Effy Haridth bin Rozhan En. Mohd Aizulddin bin Ariffin En. Daing Mohd Fazlee bin Tokeh Cik Amira Arjuna binti Ab. Hamid Cik Noor Hasniie Faline binti Nordin Pn. Nurulliyana binti Ismail Cik Noor Murni binti Ab. Sukor Cik Haslina binti Edros Pn. Aizha binti Abu bakar Pn. Revathy A/P Muniandy Pn. Noor Atiyah binti Mohamad Shafie Cik Maznah binti Ghazali Pn. Zuraida binti Zulkapli Pn. Farah Wahida binti Hj. Abd. Aziz Pn. Noor Mazni binti Kadot Pn. Noor Masithah binti Mohd Noor Cik Amardev kaur A/P Gurdev Singh Pn. Nurziana binti Che Hashim Pn. Nurul Huda binti Zolkapli Tidak Hadir: En. Mohd Norafizan bin Khairon- Cuti rehat Cik Nor Shahila binti Harun- Hal kecemasan Cik Norizan binti Nassir Mesyuarat perdagangan

1.

Ucapan Aluan Tuan Pengerusi Majlis 1.1 Pengerusi majlis, Tuan Hj. Jaafar bin Hassan memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab. 1.2 Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih di atas kesudian guru-guru untuk hadir ke mesyuarat kali ini. 1.3 Seperti yang diketahui, mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan perkhemahan perdana siri 2 yang akan diadakan pada 21hb hingga 23hb Jun 2013. Diharapkan guru-guru yang telah dipilih dapat terlibat dengan serius di dalam siri perkhemahan kali ini. 1.4 Seterusnya pengerusi majlis menyerahkan majlis mesyuarat kepada En. Amir Hamzah bin Mohamad (Penyelaras Badan Beruniform KRS) Makluman kepada semua guru yang hadir

2.

Menyemak Jadual Aktiviti Perkhemahan Perdana Siri 2 2.1 En. Amir bertanyakan kepada guru-guru yang telah terpilih tetapi tidak dapat menyertai perkhemahan ini. (Cik Nor Shahila-Kursus Bahasa Melayu, En. Zulkefli bin Md. Aris- mengiringi pelajar untuk perlawanan ragbi) 2.2 Untuk makluman semua guru, Karnival Sains & Teknologi peringkat daerah Kota Tinggi turut diadakan pada tarikh yang sama dengan Perkhemahan Perdana ini. Maka ramai guru mata pelajaran sains & matematik yang akan terlibat membawa peserta keluar bertanding. 2.3 Bilangan peserta perkhemahan yang terlibat ialah seramai 42 orang daripada tingkatan 4 manakala 51 orang daripada tingkatan 5. Bilangan peserta ini akan berubah sekiranya ada pelajar yang terlibat dengan pertandingan. 2.4 Pn. Nor Masithah (ketua jawatankuasa aktiviti pertolongan cemas) memberi cadangan agar memanggil tenaga luar untuk memberikan taklimat bagi sesi pertolongan cemas kerana mereka lebih arif akan hal tersebut. 2.5 Tn. Hj. Jaafar memberi respon bahawa Pn. Nor Masithah boleh berbuat demikian dan ada peruntukan bagi tujuan tersebut. 2.6 Cik Noor Murni (ketua jawatankuasa makanan) mencadangkan agar makanan ditempah. 2.7 Tn. Hj. Jaafar memberi respon supaya jawatankuasa makanan perlu memasak. Jika sukar, masak menu yang mudah dan ringkas sahaja. 2.8 En. Amir Hamzah memaklumkan kepada jawatankuasa pengangkutan supaya menempah sebanyak 2 buah bas dan memastikan ada guru pengiring yang akan menaiki bas tersebut sewaktu pergi dan balik. 2.9 En. Amir Hamzah memaklumkan kepada jawatankuasa makanan agar sentiasa memastikan air minuman untuk pelajar sentiasa ada sepanjang aktiviti perkhemahan. Bagi sesi memasak pula, jawatankuasa makanan dibenarkan untuk mengambil beberapa orang pelajar untuk membantu. 2.10 Tn. Hj. Jaafar mengingatkan agar khemah pelajar perempuan perlulah dipasang berdekatan dengan lampu bagi tujuan keselamatan.

2.11

2.12

2.13

Tn. Hj. Jaafar juga mencadangkan supaya pelajar-pelajar membuat persembahan yang menggunakan tema yang di luar kebiasaan mereka lakukan sebelum ini. Fikirkan tema yang sesuai contohnya tema P.Ramlee. Tn. Hj. Jaafar juga mengingatkan kepada guru-guru yang akan bertugas night guard untuk berkawal dengan baik kerana pada sesi perkhemahan perdana siri 1, terdapat laporan bahawa ada orang luar yang merayau-rayau di kawasan sekitar tapak perkhemahan pada waktu malam. Tn. Hj. Jaafar mengaharapkan agar semua guru yang terlibat dapat bekerjasama membantu menjayakan perkhemahan kali ini dan sentiasa menjaga keselamatan para pelajar. Makluman dan tindakan untuk semua jawatankuasa

3.

Hal-hal lain 3.1 Tn. Hj. Jaafar memaklumkan satu mesyuarat unit kokurikulum & sambutan hari koperasi akan diadakan pada Isnin, 17 Jun 2013 jam 2.00 petang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.20 petang

Disediakan Oleh : .................................................. (Nurul Huda binti Zolkapli) Setiausaha Kokurikulum Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

Disahkan Oleh : .................................................. (Tn. Hj. Jaafar bin Hassan) Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

You might also like