You are on page 1of 6

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH EKSEKUTIF

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

GGGD 5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

TUGASAN INDIVIDU: ISU PENDIDIKAN

CABARAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF. MADYA DR. MOHAMED YUSOFF BIN MOHD NOR

DISEDIAKAN OLEH:

HADZRIN SYAHMI BIN NOR HASMAN

(P123688)
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA
SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN 2

3.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 3

RUJUKAN 4
1.0 PENGENALAN

Malaysia telah terjejas oleh pandemik Covid-19, jadi kerajaan telah melaksanakan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membantu menjaga keselamatan orang ramai. PKP telah
menimbulkan banyak masalah dalam sistem pendidikan negara kerana semua sekolah telah
ditutup. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menggunakan kaedah
dalam talian berbanding kaedah bersemuka bagi menambah baik pembelajaran. Cara
pengajaran baharu ini merupakan satu cabaran besar kepada pelajar, terutamanya mereka
daripada keluarga berpendapatan rendah. Tinjauan ini dijalankan untuk mengetahui apa yang
pelajar fikirkan sebagai cabaran terbesar dengan pembelajaran dalam talian. Beberapa perkara
yang mereka nyatakan termasuk kemudahan alat pembelajaran, cara pelajar melihat
pembelajaran dalam talian dan jenis aktiviti yang membantu mereka mengingati perkara yang
telah mereka pelajari.

Pandemik Covid-19 telah menjejaskan banyak sektor dalam masyarakat kita termasuk
pendidikan. Ini benar kerana semua sekolah di seluruh dunia ditutup semasa permulaan wabak.
Kebanyakan negara kini telah menggunakan kaedah pembelajaran dalam talian sebagai
menggantikan kaedah bersemuka dan Malaysia adalah salah satu daripada negara tersebut.
Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020. Revolusi
Perindustrian 4.0 (IR 4.0) telah memberi impak yang besar kepada pendidikan. Kerajaan
Malaysia telah memperuntukkan belanjawan khas bagi membantu menjayakan Dasar Digital
Malaysia. Ini termasuk perkara seperti mewujudkan infrastruktur digital dan menggalakkan
orang ramai menggunakan teknologi digital (Kamaruddin Ilias & Che Aleha Ladin, 2018).
Pendidikan Malaysia kini dipengaruhi oleh IR 4.0, hinggakan landskap inovasi dalam
pendidikan juga berubah dan berkembang dengan begitu pantas (Shahroom & Hussin, 2018).
Semasa pandemik Covid-19, masyarakat terpaksa menggunakan internet sepenuhnya untuk
mengakses bahan pembelajaran secara dalam talian.

Pembelajaran dalam talian bermaksud pelajar belajar menggunakan internet. Terdapat


banyak nama yang sinonim untuknya, seperti e-pembelajaran, pembelajaran Internet,
pembelajaran teragih, pembelajaran rangkaian, tele-pembelajaran, pembelajaran maya,
pembelajaran berbantukan komputer, pembelajaran berasaskan web dan pembelajaran jarak
jauh (Rantaian Bekalan et al., 2020). Bagaimanapun, kesemua istilah tersebut menggambarkan
cara pembelajaran yang akan berlaku dalam pelbagai kaedah tanpa mengira tempat dengan

1
menggunakan internet. E-pembelajaran boleh menjadikan pembelajaran lebih fleksibel dan
meluas (Surjono, n.d.) kerana pelajar tidak perlu datang ke suatu tempat pada waktu tertentu.
Penggunaan Internet mudah alih semakin meningkat, dan menjelang 2018 terdapat terdapat
seramai 4.3 bilion orang bergantung kepada penggunaani Internet mudah alih (Nick, 2018).

2.0 CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Antara cabaran pembelajaran atas talian adalah ketiadaan peranti ketika pembelajaran atas
talian. Pandemik Covid-19 telah menimbulkan banyak masalah dan kesulitan kepada
masyarakat, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan. Ramai ibu bapa menjadi resah
sejak kerajaan mengumumkan bahawa sekolah akan ditutup dan pembelajaran akan dilakukan
secara atas talian. Tidak semua ibu bapa boleh membeli peranti untuk setiap anak yang
bersekolah. Untuk membolehkan anak-anak mereka menyertai kelas atas talian, ibu bapa perlu
berkongsi menggunakan peranti yang mereka gunakan secara bergilir-gilir. Ini menjadi antara
cabaran pembelajaran atas talian yang terbesar dalam bidang pendidikan sepanjang Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ada pelajar ketinggalan dalam pembelajaran. Oleh itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan peranti secara percuma
terutamanya bagi pelajar yang kurang berkemampuan (Nurul Husna Hanafi, n.d.).

Seterusnya, suasana yang kurang kondusif. Keluarga yang mempunyai kediaman yang
selesa pastinya tidak akan menghadapi masalah ini. Lain pula bagi mereka yang tinggal di
rumah sempit dan terpaksa berkongsi bilik dengan adik-beradik lain semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Cabaran untuk pelajar yang menggunakan alatan pembelajaran dalam talian
adalah sukar untuk mengingati semua yang telah dipelajari. Tambahan pula, apabila mereka
mengambil peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini adalah penting untuk
mengingati semua maklumat yang telah dipelajari. Jika rumah bising, atau bilik belajar tidak
selesa, pelajar sukar untuk fokus semasa sesi e-pembelajaran. Sesetengah ibu bapa seperti tidak
memahami dan memberi tugasan rumah ketika anak perlu menyertai kelas atas talian. Jika
dibiar berlarutan, pelajar pasti akan berasa tertekan dan tidak lagi berminat untuk belajar (Nurul
Husna Hanafi, n.d.).

Selain itu, cabaran pembelajaran atas talian adalah kemahiran guru dalam menggunakan
teknologi digital. Segelintir warga pendidik di Malaysia tidak begitu mahir dalam bidang
teknologi kerana mereka sudah berusia dan belum didedahkan dengan teknologi digital terkini.
Guru perlu mengambil berat semasa melaksanakan pembelajaran atas talian bagi memastikan

2
bahan mereka lengkap dan menarik minat pelajar. Ini mengambil sedikit masa bagi guru yang
kurang mahir dengan aplikasi dalam talian untuk mencipta bahan yang berkesan dan menarik.
Namun begitu, kesungguhan dan rasa tanggungjawab para guru di Malaysia ini harus dipuji
kerana mereka tetap berusaha untuk belajar cara menggunakan aplikasi digital yang ada demi
menyampaikan ilmu kepada para pelajar (Nurul Husna Hanafi, n.d.).

Akhir sekali, sikap pelajar ketika sesi pembelajaran atas talian merupakan antara salah satu
cabarannya. Sesetengah pelajar tidak memberi perhatian apabila guru mengajar secara atas
talian. Baru-baru ini viral kisah seorang guru yang sedang menunggu pelajar untuk menyertai
sesi pembelajaran atas talian, tetapi tiada sesiapa yang muncul. Pelajar tersebut tidak mengikut
disiplin untuk menuntut ilmu dengan baik. Ini menyebabkan pihak sekolah dan warga pendidik
berasa kecewa. Selain itu, segelintir pelajar memilih untuk menyertai kelas dalam talian seperti
Ada juga dalam kalangan pelajar yang sengaja tidak menghidupkan kamera Google Meet,
Zoom atau Webex hanya bagi memastikan mereka memenuhi kehadiran kelas. Ada juga dalam
kalangan pelajar yang sengaja tidak menghidupkan kamera kerana mereka melakukan kerja
lain semasa kelas dijalankan.

Terdapat beberapa pelajar yang suka mengarut dan tidak serius semasa kelas atas talian
dijalankan untuk menarik perhatian pelajar lain. Ini akan melambatkan proses pembelajaran
dan mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi. Jadi, para pelajar seharusnya memberi
kerjasama yang baik sepanjang pembelajaran atas talian dijalankan dan guru juga harus bersifat
tegas terhadap pelajar agar mereka kekal berdisiplin (Nurul Husna Hanafi, n.d.).

3.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya, pelajar bersedia dan mempunyai motivasi yang baik dalam
menerima konsep pembelajaran atas talian, tetapi masih terdapat beberapa perkara yang perlu
diusahakan supaya proses pembelajaran berjalan lancar. Sebagai contoh, pelajar perlu
menyesuaikan diri dengan pembelajaran atas talian, dan bukannya hanya bergantung pada
interaksi bersemuka seperti sebelum ini. Ini kerana pelajar sering mengalami kesukaran untuk
memahami apa yang disampaikan, dan ini boleh memberi kesan negatif kepada pembelajaran
mereka. Kemudahan dan prasarana pembelajaran perlu disediakan dengan lengkap dan baik
supaya tidak berlakunya kerencatan dalam proses pembelajaran (Rantaian Bekalan et al.,
2020).

3
RUJUKAN

Kamaruddin Ilias, & Che Aleha Ladin. (2018). Pengetahuan Dan Kesediaan Revolusi
Industri. The Online Journal of Islamic Education, 6(2).

Nurul Husna Hanafi. (n.d.). 4 Cabaran Pembelajaran Atas Talian Di Malaysia.

Rantaian Bekalan, P., Seberang Perai, P., Pinang, P., Aziz Ishak, A., & Zuraina Mir Ahmad
Talaat, A. (2020). Pembelajaran atas Talian: Tinjauan terhadap Kesediaan dan
Motivasi dalam kalangan pelajar Diploma Logistik dan (Vol. 2, Issue 4).
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Shahroom, A. A., & Hussin, N. (2018). Industrial Revolution 4.0 and Education.
International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(9).
https://doi.org/10.6007/ijarbss/v8-i9/4593

Surjono, H. D. (n.d.). The Effects of Multimedia and Learning Style on Student Achievement
in Online Electronics Course Adaptive e-learning View project LdesV, computer-
operated video: overcoming students’ difficulties in understanding automotive starting
system; Improving students’ mastery on automotive electrical system using automotive
electrical multimedia View project. https://www.researchgate.net/publication/274077687

You might also like