You are on page 1of 23

GGGE1153

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN


SEMESTER II SESI 2021/2022

TAJUK
KEBERKESANAN SERTA CABARAN PEMBELAJARAN
ATAS TALIAN BAGI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI DI MALAYSIA

PENSYARAH
DR HAZRATI BINTI HUSNIN

NAMA NO. MATRIKS


NUR’ AIN MAISARAH BINTI BAHRIM A186169
NOORSYAHLEEN BINTI ZULKAFLI A186132
NURUL HANNAH FAJRIAH BINTI ASMADI A186549
HANIS SOFIAH BINTI HISAMUDIN A186359
ISI KANDUNGAN

ABSTRAK ................................................................................................................................ 1
1.0 PENGENALAN............................................................................................................. 1
2.0 KAJIAN LITERATUR ................................................................................................ 2
3.0 METODOLOGI ............................................................................................................ 4
4.0 DAPATAN KAJIAN..................................................................................................... 6
Bahagian A ............................................................................................................................ 6
Bahagian B ............................................................................................................................ 9
Bahagian C .......................................................................................................................... 10
Bahagian D .......................................................................................................................... 14
5.0 PERBINCANGAN ...................................................................................................... 18
6.0 RUMUSAN .................................................................................................................. 20
RUJUKAN .............................................................................................................................. 20
1

ABSTRAK

Wabak virus Covid-19 yang melanda Malaysia sangat memberi kesan kepada seluruh rakyat
Malaysia. Kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh
Malaysia telah memberi kesan kepada semua pihak. Antaranya ialah pelajar-pelajar yang
sedang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi. Disebabkan arahan yang dikeluarkan
oleh kerajaan, pelajar-pelajar ini perlu menjalani pembelajaran secara atas talian. Walaupun
sebelum ini mereka menuntut ilmu secara bersemuka, pelajar-pelajar ini perlu menghadapi dan
menangani cabaran untuk belajar di atas talian di rumah mereka masing-masing. Tujuan kajian
ini dijalankan ialah untuk menyelidik dan mengenalpasti keberkesanan pembelajaran di atas
talian semasa pandemik COVID-19 berlaku serta isu-isu umum dan isu-isu emosi yang
kebarangkalian dihadapi. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan borang ‘Google
Form’ ke atas 50 orang pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Hasil yang kami
dapati ialah keberkesanan daripada segi pemahaman pelajar adalah kurang berkesan namun
kemahiran pensyarah serta interaksi antara pelajar dan pensyarah berada di tahap yang baik. Di
samping itu, secara keseluruhannya isu-isu berkaitan internet, alat peranti dan kemahiran
pelajar menggunakannya adalah kurang dalam kalangan responden. Namun begitu, responden
mengaku bahawa mereka menghadapi isu-isu yang berkait dengan emosi mereka sepanjang
pandemik COVID-19 ini berlaku.

Katakunci: keberkesanan; isu-isu umum; isu emosi; pembelajaran atas talian;

1.0 PENGENALAN

Pada tahun 2019,dunia dikejutkan dengan kedatangan virus baharu yang berasal
daripada Wuhan,China.Virus ini yang mana dikenali sebagai Virus Korona atau lebih spesifik
lagi sebagai Covid-19 menjadi lebih serius apabila virus ini diisytiharkan sebagai pandemik
global pada 11 Mac 2020.Malaysia juga tidak terkecuali daripada dijangkiti oleh virus
tersebut.Krisis pandemik Covid-19 yang melanda dunia menyebabkan masyarakat perlu
menerima gaya hidup secara noma baharu untuk mengelakkan daripada penyebaran virus
termasuklah inovasi dalam system Pendidikan negara.Setelah kerajaan mengarahkan
penutupan semua institusi Pendidikan termasuk sekolah,kolej dan universiti selaras dengan
2

pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran terjejas.

Namun demikian,untuk mengelakkan daripada ketinggalan dalam aktiviti pengajaran


dan pembelajaran, kerajaan memirkan inisiatif melalui kaedah baharu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran iaitu secara dalam talian dan tidak dikecualikan juga pelajar institut pengajian
tinggi (IPT).

Dalam konteks masalah yang dinyatakan,pelajar institut pengajian tinggi telah


mempraktikkan pembelajaran atas talian sudah sekian lama sejak negara dilanda pandemik dan
ini menimbulkan idea untuk penyelidik mengkaji keaadaan dan pendapat pelajar institut
pengajian tinggi dalam pembelajaran atas talian.Penyelidik mendapati bahawa kebanyakan
pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mengalami impak yang sama setelah sekian lama belajar
secara atas talian.Penyelidik juga ingin menyelidik tentang masalah-masalah yang dihadapi
ketika belajar secara atas talian dan keberkesanan pembelajaran atas talian dalam kalangan
pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

2.0 KAJIAN LITERATUR

Berikutan pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia baru-baru ini, Malaysia telah
menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai salah satu usaha bagi memutuskan
rangkaian jangkitan virus tersebut. Sektor pendidikan merupakan salah satu sektor yang amat
terkesan dengan pelaksanaan PKP ini memandangkan kesemua institusi pendidikan diarahkan
untuk ditutup menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilaksanakan secara
atas talian. Perubahan secara drastik daripada pembelajaran secara konvensional kepada
pembelajaran atas talian mungkin menyebabkan para pelajar sukar untuk menyesuaikan diri
dengan norma kehidupan baharu serta kurang bersedia untuk belajar sepenuhnya secara atas
talian. Sebagai contoh menurut kajian oleh Ahmad Al-Munzir dan Mansur (2020) tahap
kesediaan pelajar Kolej Komuniti Lahad Datu bagi menghadapi pembelajaran atas talian adalah
rendah bagi kebanyakkan item kajian contohnya daripada segi pengetahuan, kaedah dan
kemahiran menggunakan alat peranti dan aplikasi.

Memandangkan pembelajaran atas talian adalah satu perkara yang baharu untuk
majoriti pelajar IPT, maka keberkesanannya penting untuk dititik beratkan. Berdasarkan
3

sebuah kajian keberkesanan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Hulu
Langat yang dijalankan oleh Siti Azura, Suzana dan Zulkurnain (2021), hasil dapatan mereka
menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi di mana sebanyak 63.9% responden berpendapat
bahawa keseluruhan pembelajaran dalam talian memberikan kesan yang baik. Begitu juga
dengan kajian yang telah dilakukan oleh Pangayan, Foo dan Atang (2021) berkenaan
keberkesanan kaedah pembelajaran atas talian ke atas kursus terpilih, dapatan kajian
menunjukkan bahawa kaedah ini adalah berkesan dan majoriti pelajar berpuas hati dengan
pembelajaran dalam talian kerana mereka menikmati akses berterusan ke atas bahan dalam
talian, fleksibiliti untuk belajar mengikut keupayaan mereka sendiri, suasana yang selesa dan
keupayaan untuk bercakap dengan bebas.

Walaupun tidak dinafikan pengajaran di atas talian memberikan manfaat kepada


penggunanya, permasalahan yang mungkin dihadapi oleh para pelajar masih perlu dikenal
pasti. Capaian internet adalah antara isu utama yang perlu diberi perhatian memandangkan di
negara kita masih sukar untuk mendapatkan liputan internet yang baik terutamanya di kawasan
luar bandar dan pendalaman. Selain itu, isu kemudahan juga amat penting kerana mungkin
terdapat keluarga yang tidak berkemampuan untuk menyediakan alat peranti. Mahathir dan
Wardatul (2021) telah menemu bual 10 orang pelajar IPTA mengenai cabaran pembelajaran
atas talian dan hasil mendapati terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh responden
sepanjang pembelajaran atas talian dan salah satunya ialah kemudahan internet yang terhad.
Selain itu, sebuah kajian oleh Nor Sahara dan Zulkarnain (2021) mendapati bahawa terdapat
pelajar yang tidak mendapat sokongan dari aspek kemudahan fizikal seperti laptop dan
komputer disebabkan faktor sosioekonomi keluarga.

Melihat kepada kajian Ahmad Al-Munzir dan Nassir (2020) pula, mereka mendapati
bahawa pelajar berhadapan dengan cabaran capaian internet yang rendah, tidak mempunyai
kemudahan alat peranti yang sesuai serta kurang kemahiran menggunakan aplikasi
pembelajaran atas talian. Seterusnya, dalam sebuah kajian cabaran pembelajaran atas talian
kepada mahasiswa Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dijalankan
oleh Nurul Farhana dan Nurul Jannah (2021), mereka menemukan bahawa bebanan tugasan
meningkat merupakan cabaran yang terbesar kerana kebanyakan pensyarah menggantikan
peperiksaan akhir dengan tugasan tutorial, tugasan berkumpulan, kuiz, video, dan macam-
macam lagi. Dalam kajian yang sama juga, pengkaji mengenalpasti bahawa ada mahasiswa
menghadapi kesukaran berkomunikasi bersama rakan kuliah di atas talian bagi
membincangkan tugasan yang diberikan.
4

Di samping cabaran-cabaran yang telah disebutkan, isu-isu yang berkaitan dengan


emosi atau motivasi pelajar semasa pembelajaran atas talian juga perlu dipandang berat.
Keadaan yang memaksa pelajar untuk berkurung di rumah dan menghadap rutin sama setiap
hari kemungkinan besar boleh mengakibatkan ketidakstabilan emosi yang boleh
mempengaruhi fokus dan motivasi pelajar. Perkara ini dapat dilihat melalui kajian Wan Fathul
Hakim, Zulkhairi dan Zambri (2021), sejumlah 78% daripada 173 responden bersetuju bahawa
mereka berasa stres dengan aktiviti pembelajaran atas talian. Persekitaran di rumah atau kolej
serta rasa keseorangan juga turut menjadi penyumbang besar terhadap stres pelajar. Selain itu,
sebanyak 33.5% responden pula mengakui bahawa mereka tidak dapat fokus sewaktu
mengikuti kuliah harian. Kajian oleh Nur Farhana dan Nurul Jannah (2021) yang mempunyai
sebanyak 302 responden menunjukkan hasil dapatan bahawa sejumlah 88 orang bersetuju dan
154 orang sangat bersetuju bahawa mahasiswa merasa kurang motivasi diri kerana tiada push
factor merupakan satu cabaran kepada pembelajaran dalam talian kalangan mahasiswa.

3.0 METODOLOGI

Rekabentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan pendekatan kualitatif


melalui soal selidik secara atas talian yang dibangunkan di ‘Google Form’ sebagai kaedah
pengumpulan data. Borang soal selidik bagi mengumpul data adalah diedarkan secara rawak
dan responden terdiri daripada mana-mana pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia yang
mengikuti pembelajaran dalam talian sebagai mod pembelajaran sewaktu pandemik COVID-
19. Seramai 50 responden telah mengisi soal selidik ini secara atas talian melalui pautan
https://forms.gle/CA5QKqbUhvtpuZYU7.

Instrumen kajian dibahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian


A mengandungi maklumat demografi responden, bahagian B mengandungi 5 soalan berkaitan
persepsi pelajar terhadap keberkesanan pembelajaran dalam talian, bahagian C mengandungi
5 soalan berkaitan isu-isu umum yang dihadapi pelajar semasa mengikuti pembelajaran dalam
talian dan bahagian terakhir iaitu bahagian D mengandungi 5 soalan tentang cabaran atau isu
daripada segi emosi yang dihadapi pelajar.

Dapatan kajian ini dianalisis dengan huraian deskriptif bagi melihat frekuensi dan
peratus bagi setiap bahagian dalam instrumen. Bagi bahagian C dan D, min akan turut diambil
kira di samping peratus dan frekuensi. Skala Likert 5 Mata digunakan sebagai mengenal pasti
5

tahap persetujuan responden bagi setiap pernyataan. Tahap persetujuan yang digunakan adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 manakala interpretasi skor min bagi kajian ini dirujuk
dari Mesheta dan Norazah (2020) seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 2.

Jadual 1: Skala Likert 5 Mata

Nombor Tahap Persetujuan


1 Sangat Setuju
2 Setuju
3 Sederhana
4 Tidak Setuju
5 Sangat Tidak Setuju

Jadual 2: Skala Skor Min dan Interpretasi

Skor Min Tahap Interpretasi Skor Min


1.00 – 2.00 Rendah Sangat Setuju
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah Setuju
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi Tidak Setuju
4.01 – 5.00 Tinggi Sangat Tidak Setuju
6

4.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian A
Bahagian ini mengandungi data demografi responden

Rajah 1: Jantina Responden


Berdasarkan Rajah 1 di atas,seramai 50 orang responden yang terlibat dalam tinjauan
ini. 28% daripada jumlah peratusan responden ialah lelaki iaitu sebanyak manakala 72%
daripada jumlah peratusan ialah perempuan. Hal ini menunjukkan bahawa seramai 14 orang
responden lelaki dan 36 orang responden perempuan telah mengambil bahagian dalam kajian
ini. Faktor jantina tidak mempengaruhi kajian ini kerana target responden ialah pelajar institut
pengajian tinggi (IPT).

Rajah 2: Umur Responden


Berdasarkan Rajah 2 di atas, daripada 50 orang responden yang telah dikaji, seramai 14
orang pelajar daripada kalangan umur 18-20 tahun yang mana mewakili sebanyak 28%.
Seterusnya, 68% daripada jumlah peratusan mewakili pelajar institusi pengajian tinggi
7

daripada kalangan umur 21-23 tahun iaitu seramai 34 orang manakala pelajar institusi
pengajian tinggi yang berumur 24-26 tahun dan 27 tahun dan ke atas masing -masing mewakili
sebanyak 2% iaitu pelajar berumur 24-26 tahun adalah seorang sahaja dan pelajar berumur 27
tahun dan ke atas juga adalah seorang.

Rajah 3: Pendidikan Responden

Rajah 3 menunjukkan peringkat pengajian responden yang terlibat dalam tinjauan ini.
Peringkat responden terdiri daripada Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Kepujian dan Doktor
Falsafah. 20% daripada keseluruhan peratusan mewakili pelajar daripada peringkat Diploma
iaitu seramai 10 orang responden. Selain itu, seramai 31 orang responden daripada peringkat
pengajian Ijazah yang mana seramai 31 orang manakala 18% mewakili responden daripada
tahap pendidikan Ijazah Kepujian iaitu seramai 9 orang. Jumlah peratusan bagi tahap
pendidikan responden ialah 100%. Daripada rajah 3, menunjukkan tiada responden daripada
peringkat Asasi dan Doktor Falsafah.

Rajah 4: Institusi Responden


8

Berdasarkan Rajah 4 di atas, sebanyak 50% iaitu separuh daripada jumlah peratusan
merupakan pelajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu seramai 25 orang. Selain itu,
12 orang responden yang terlibat dalam tinjauan ini merupakan pelajar daripada Universiti
Teknologi Mara yang mana mewakili sebanyak 24%. Seterusnya, responden daripada
Universiti Kuala Lumpur juga terlibat dalam tinjauan ini yang mana mewakili sebanyak 14%
iaitu seramai 7 orang manakala Universiti Putra Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia , Politeknik, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan
University of Cyberjaya masing-masing mewakili 2% dariapda jumlah peratusan yang mana
seramai seorang setiap institut pengajian tinggi.

Rajah 5: Keberadaan Responden Semasa Pandemik

Berdasarkan Rajah 5 di atas menunjukkan keberadaan semasa responden ketika


pandemik COVID-19. Sebanyak 72% daripada jumlah peratusan responden bersama keluarga
ketika pandemik COVID-19 berlaku yang mana seramai 36 orang. Seterusnya, seramai 3 orang
pelajar yang berada di rumah sewa ketika pandemik berlaku yang mana mewakili sebanyak
6% dan sebanyak 22% responden yang berada dia asrama atau kolej kediaman institut
pengajian masing masing iaitu seramai 11 orang.
9

Bahagian B
Bahagian ini mengandungi 5 item kenyataan berkenaan persepsi pelajar ke atas pembelajaran
atas talian. Kesetujuan responden hanyalah berdasarkan jawapan Ya atau Tidak.

Jadual 3: Keberkesanan Pembelajaran Atas Talian

Bil Item Ya Tidak


1 Saya berpendapat bahawa saya lebih mudah memahami
pembelajaran yang disampaikan melalui atas talian berbanding
22% 78%
pembelajaran secara bersemuka.

2 Walaupun tidak dapat melakukan kerja-kerja amali


(eksperimen, bengkel, dll.), saya masih dapat memahami teori
serta cara pembuatannya hanya melalui pembacaan dan 60% 40%
penontonan video.

3 Saya sering menonton kembali rakaman video pembelajaran di


luar waktu kelas untuk sepenuhnya memahami apa yang telah 88% 12%
diajar.
4 Pensyarah amat mahir dalam menggunakan pelbagai aplikasi
atas talian serta alat peranti dalam proses pengajaran. 76% 24%

5 Saya merasakan pembelajaran atas talian memudahkan saya


berinteraksi dengan pensyarah untuk bertanyakan soalan 25% 25%
tentang sesuatu perkara.

Berdasarkan jadual di atas, sebanyak 78% daripada jumlah peratusan iaitu seramai 39
orang responden tidak bersetuju pembelajaran atas talian lebih mudah difahami daripada
pembelajaran secara bersemuka manakala sebanyak 22% iaitu bersamaan dengan 11 orang
responden bersetuju pembelajaran atas talian lebih mudah difahami berbanding pembelajaran
secara bersemuka. Bagi item soalan kedua, seramai 30 orang responden iaitu sebanyak 60%
daripada jumlah peratusan memilih ya manakala seramai 20 orang yang mana sebanyak 40%
memilih tidak.

Seterusnya, seramai 44 daripada 50 orang responden yang terlibat bersamaan dengan


88% daripada jumlah peratusan akan menonton semula rakaman video pembelajaran untuk
lebih fahami apa yang telah diajar dan sebanyak 6 orang iaitu 12% memilih tidak. Di samping
itu, seramai 38 orang iaitu sebanyak 76% daripada jumlah peratusan responden bersetuju
bahawa pensyarah amat mahir dalam penggunaan aplikasi-aplikasi atas talian manakala
seramai 12 orang iaitu 24% tidak bersetuju. Akhir sekali bagi item soalan yang kelima,
peratusan responden yang memilih ya dan dan tidak adalah sama iaitu masing-masing
menunjukkan 25% iaitu seramai 25 orang responden bagi setiap pilihan.
10

Bahagian C
Bahagian ini mengandungi tahap persetujuan responden terhadap item-item soalan yang
berkenaan dengan isu-isu umum pembelajaran atas talian yang kemungkinan dihadapi oleh
pelajar. Tahap persetujuan responden adalah berdasarkan Skala Likert 5 Mata seperti dalam
Jadual 1.

Rajah 6: Gangguan Semasa Kelas Akibat daripada Capaian Internet


Berdasarkan rajah di atas, sebanyak 10% iaitu 5 orang adalah sangat tidak setuju
tentang gangguan internet yang tidak cukup laju ketika kelas sedang dijalankan tidak manakala
sebanyak 30% responden iaitu seramai 15 orang responden memilih tidak setuju. Selain itu,
seramai 11 orang responden iaitu sebanyak 22% memilih sederhana setuju dan seramai 12
orang bersamaan dengan 24% daripada jumlah peratusan responden memilih setuju. Terakhir,
seramai 7 orang iaitu sebanyak 14% memilih sangat setuju dengan kenyataan ini.

Rajah 7: Kemudahan Alat Peranti yang Mencukupi


11

Rajah di atas menunjukkan seramai 20 orang responden memilih sangat tidak


setuju iaitu sebanyak 40% daripada jumlah peratusan .Seterusnya seramai 17 orang
memilih sangat tidak setuju yang mana bersamaan dengan 34% dan seramai 6 orang
iaitu sebanyak 12% memilih sederhana setuju. Selain itu, sebanyak 8% iaitu seramai 4
orang responden meilih setuju dan seramai 3 orang memilih sangat setuju iaitu
sebnayak 6%.

Rajah 8: Kemahiran Menggunakan Alat Peranti dan Aplikasi


Menurut rajah di atas,sebanyak 38% daripada jumlah perausan iaitu seramai 19 orang
meilih sangat tidak setuju dan sebanyak 28% yang mana seramai 14 orang responden memilih
tidak setuju.Selain itu, sebanyak 14% yang mana seramai 7 orang responden memilih
sederhana setuju dan 14% bersamaan dengan 7 orang responden memilih
setuju.Terakhir,sebanyak 6% iaiu seramai 3 orang memilih sangat setuju.

Rajah 9: Jumlah Tugasan yang diberi Pensyarah

Berdasarkan rajah di atas, seramai 7 orang responden iaitu sebanyak 14% memilih
sangat tidak setuju tentang peningkatan tugasan daripada pensyarah berbanding biasa.
12

Seterusnya, seramai 9 orang yang mana sebanyak 18% memilih tidak setuju manakala seramai
6 orang iaitu sebanyak 12% meilih sederhana setuju. Selain itu, seramai 9 orang iaitu sebanyak
18% memilih setuju dan seramai 19 orang responden iaitu sebanyak 38% memilih sangat
setuju.

Rajah 10: Pembahagian dan Pembuatan Tugasan Berkumpulan

Rajah di atas menunjukkan sebanyak 14% daripada jumlah peratusan iaitu seramai 7
orang responden adalah sangat tidak setuju manakala sebanyak 18% iaitu seramai 9 orang
memilih tidak setuju. Seterusnya, sebanyak 28% yang mana seramai 14 orang memilih
sederhana setuju dan sebanyak 20% iaitu seramai 10 orang memilih setuju. Selain itu, sebanyak
20% iaitu seramai 10 orang responden memilih sangat setuju.
13

Jadual 4: Isu-isu Umum Pembelajaran Atas Talian

Bilangan Responden

Bil Item Sangat


Sangat Tidak Min
Setuju Sederhana Tidak
Setuju setuju
Setuju
1 Kelas kerap terganggu kerana saya tidak mempunyai
7 11 12 15 5 3.00
capaian internet yang cukup laju
2 Saya tidak mempunyai alat kemudahan mencukupi seperti
komputer peribadi atau perlu berkongsi peranti dengan ahli 3 4 6 17 20 3.94
keluarga yang turut belajar atas talian.
3 Saya kurang mahir menggunakan alat dan aplikasi seperti
(Google Meet, Microsoft Teams, Zoom, Webex dan lain- 3 7 7 14 19 3.78
lain) yang digunakan untuk pembelajaran dalam talian
4 Saya merasakan jumlah tugasan daripada pensyarah
10 10 14 9 7 2.86
meningkat berbanding biasa.
5 Saya berpendapat pembahagian dan pembuatan tugas untuk
19 9 6 9 7 2.52
tugasan berkumpulan adalah lebih sukar dilaksanakan.
14

Min dalam Jadual 4 menunjukkan tahap persetujuan kesemua 50 responden secara


keseluruhan. Bagi item 1, min terkumpul adalah di tahap sederhana rendah iaitu 3.00
menunjukkan responden setuju bahawa kelas mereka sering terganggu akibat capaian internet
yang tidak cukup laju. Item 2 dan item 3 pula mempunyai min di tahap sederhana tinggi
menandakan responden tidak bersetuju dengan kedua-dua kenyataan tersebut. Maka,
kebanyakan responden mempunyai alat peranti yang mencukupi dan mahir menggunakan alat
peranti dan aplikasi-aplikasi yang terlibat. Seterusnya, item 4 dan 5 pula berada di tahap
sederhana rendah dengan min masing-masing iaitu 2.86 dan 2.52. Ini menunjukkan bahawa
secara keseluruhan, responden setuju bahawa jumlah tugasan daripada pensyarah adalah lebih
banyak berbanding sewaktu pembelajaran secara bersemuka dan menurut mereka,
pembahagian dan pelaksanaan tugasan berkumpulan adalah sukar sewaktu pembelajaran atas
talian.

Bahagian D
Bahagian ini mengandungi tahap persetujuan responden mengenai isu-isu berkaitan emosi
yang kemungkinan dihadapi sepanjang pembelajaran atas talian semasa pandemik COVID-19.

Rajah 11: Kesukaran untuk Fokus dalam Kelas


Berdasarkan rajah di atas, sebanyak 28% daripada jumlah peratusan iaitu seramai 14
orang memilih sangat setuju, manakala sebanyak 26% iaiu seramai 13 orang memilih setuju.
Seterusnya, sebanyak 24% iaitu seramai 12 orang responden memilih sederhana setuju dan
sebanyak 16% iaitu seramai 8 orang responden memilih tidak setuju. Terakhir, sebanyak 6%
iaitu seramai 3 orang memilih sangat tidak setuju.
15

Rajah 12: Motivasi Responden


Menurut rajah di atas, peratusan responden yang memilih sangat setuju dan setuju ialah
sama iaitu masing-masing sebanyak 24% iaitu seramai 12 orang manakala seramai 13 orang
iaitu sebanyak 26% responden memilih sederhana setuju. Selain itu, sebanyak 18% yang mana
seramai 9 orang memilih tidak setuju dan seramai 4 orang iaitu sebanyak 8% memilih sangat
tidak setuju.

Rajah 13: Kesukaran untuk Menyiapkan Tugasan


Rajah di atas menunjukkan seramai 14 orang responden iaitu sebanyak 28% daripada
jumlah peratusan memilih sangat setuju. Seterusnya, bilangan peratus yang memilih setuju,
sederhana setuju dan tidak setuju adalah sama yang mana masing-masing 22% iaitu seramai
11 orang responden manakala seramai 3 orang iaitu sebanyk 6% memilih sangat tidak setuju.
16

Rajah 14: Tekanan Akibat Pelaksanaan Tugasan Kumpulan yang tidak Efektif
Berdasarkan rajah di atas, sebanyak 32% iaitu seramai 16 orang responden memilih
setuju dan sebanyak 34% iaitu seramai 17 orang responden yang mana bilangan paling tinggi
memilih setuju. Seterusnya,sebanyak 16% iaitu seramai 8 orang memilih sederhana setuju
manakala sebanyak 8% yang mana seramai 4 orang responden memilih tidak setuju. Akhir
sekali, sebanyak 10% bersamaan dengan 5 orang responden memilih sangat tidak setuju.

Rajah 15: Perasaan Sunyi yang Dihadapi


Rajah di atas menunjukkan peratusan yang paling tinggi ialah 30% iaitu seramai 15
orang responden memilih sangat setuju manakala sebanyak 18% iaitu seramai 9 orang memilih
setuju. Seterusnya,sebanyak 22% iaitu seramai 11 orang memilih sederhana setuju dan
sebanyak 12% yang mana seramai 6 orang memilih tidak setuju. Terakhir, sebanyak 18%
bersamaan dengan 9 orang memilih sangat tidak setuju.
17

Jadual 5: Isu-isu Berkenaan Emosi yang Dihadapai Semasa Pembelajaran Atas Talian

Bilangan Responden
Sangat
Bil Item Sangat Tidak Min
Setuju Sederhana Tidak
Setuju Setuju
Setuju
1 Saya sukar untuk fokus terhadap sesuatu perkara yang 14 13 12 8 3 2.46
diajarkan oleh para pensyarah.
2 Saya berasa tidak bermotivasi dan cenderung untuk 12 12 13 9 4 2.62
menangguhkan kerja yang diberikan oleh pensyarah.
3 Saya sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh 14 11 11 11 3 2.56
pensyarah kerana perlu melakukan tugas-tugas di rumah
pada waktu yang sama.
4 Saya berasa tertekan apabila tugasan-tugasan berkumpulan 16 17 8 4 5 2.30
tidak dapat dilaksanakan dengan efektif.
5 Saya berasa sunyi kerana tidak dapat bersosial secara fizikal 15 9 11 6 9 2.70
dengan rakan-rakan.
18

Berdasarkan Jadual 5, min bagi setiap item berada di tahap sederhana rendah iaitu di
antara 2.01 – 3.00. Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, responden bersetuju
bahawa mereka berhadapan dengan gangguan emosi sepanjang waktu pembelajaran atas talian.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa rata-rata responden sukar untuk fokus dalam kelas, tidak
bermotivasi, cenderung untuk menangguhkan tugasan yang diberi pensyarah serta sukar untuk
menyiapkan tugasan-tugasan tersebut kerana perlu melakukan tugas-tugas di rumah pada
waktu yang sama. Responden juga berasa tertekan apabila tugasan kumpulan tidak dapat
dilakukan secara efektif dan akhir sekali mereka berasa sunyi apabila tidak dapat bersosial
secara fizikal.

5.0 PERBINCANGAN

Merujuk kepada hasil dapatan kajian yang diperoleh di akhir proses, responden
sebanyak 38 orang iaitu 76 peratus mengaku mengalami kesukaran untuk memahami silibus
pembelajaran dan minoriti sahaja yang mampu memahami secara atas talian. Sudah tentu misi
dan visi mana-mana institusi pengajian tinggi, sederhana, mahupun rendah menetapkan
bahawa ilmu yang dipelajari di institusi tersebut dapat digunapakai di kemudian hari,
terutamanya para siswazah yang akan menjadi tenaga profesional kelak setelah tamat tempoh
pengajian yang ditetapkan.. Walaupun begitu, sebanyak 86 peratus iaitu 43 orang mengaku
bahawa mereka akan merujuk kembali video pembelajaran yang telah direkodkan. Hal ini
menunjukkan bahawa responden berinisiatif untuk memahami topik pembelajaran dan
berusaha untuk memahami teori serta konsep asas yang diajarkan oleh para pensyarah
mengikut topik-topik yang telah dipelajari. Jika dilihat dan diukur pengorbanan masa yang
dilimpahkan dan dibahagikan oleh para responden bagi mendapatkan segulung ijazah, ataupun
diploma, sambil terpaksa membahagikan masa bersama keluarga yang bersama setiap masa,
tentu sekali akan menjadi pembaziran sekiranya usaha tidak mendatangkan hasil. Oleh itu, para
pensyarah haruslah mencari inisiatif untuk menarik minat para pelajar untuk sentiasa fokus di
dalam kelas dan bukanlah hanya sekadar membaca secara langsung daripada slide semata-
mata.

Seterusnya, beralih kepada penggunaan medium atas talian. majoriti responden iaitu 15
orang daripada mereka berpendapat bahawa mereka kerap mengalami masalah capaian
internet. Hal ini tentu sekali menjejaskan kualiti pembelajaran dan menyebabkan para pelajar
19

sukar untuk memberi tumpuan semasa menjalani kelas atas talian. Menteri Komunikasi dan
Multimedia, 2018 , turut menegur tentang permasalahan ini dan kini, setelah beberapa tahun,
Menteri Ekonomi terkini telah memperuntukkan RM700 juta dana bagi membangunkan
infrastruktur di Kelantan namun begitu, kerajaan masih belum mampu untuk mencapai 100
peratus rangkaian internet di Kelantan - 93.15 peratus bagi rangkaian 4G, 95.98 peratus pula
3G dan 97.14 peratus untuk 2G .

Melihat dari segi kemampuan para responden untuk memiliki peranti elektronik seperti
computer riba, dan telefon pintar, ianya adalah tidak menjadi satu permasalahan bagi mereka.
Hal ini boleh dilihat di dapatan kajian, majoriti sebanyak 20 orang responden menafikan
bahawa mereka tidak mempunyai peranti yang mencukupi. Namun bergitu, terdapat tiga dan
empat responden yang memilih ‘sangat setuju’ dan ‘setuju’ bahawa mereka tidak mempunyai
peranti elektronik yang mencukupi dan terpaksa mengambil giliran untuk menggunakan
peranti elektronik tersebut. Perkara ini haruslah tidak diambil remeh oleh kerajaan kerana
golongan yang kurang berkemampuan iaitu B40 haruslah dibantu agar dapat mencegah jurang
ekonomi antara pihak atasan dan bawahan. Jika hal ini dibiarkan berleluasa dan lama tanpa
mengagihan kewangan dan bantuan yang cukup dan dengan strategi yang baik, ekonomi negara
akan menjunam dan kadar inflasi akan meningkat seiring waktu.

Akhir sekali, emosi dan pembahagian masa yang sempit membuatkan para responden
menjadi tertekan. Bukan itu sahaja, bagi kedua-dua pertanyaan di dalam borang soal selidik
bagi kesukaran untuk fokus semasa dalam kelas atas talian dan kesukaran untuk menyiapkan
tugasan kerana terpaksa menyiapkan kerja rumah, responden memberi maklum balas secara
majoriti sangat bersetuju, dengan masing-masing berjumlah sama iaitu 14 orang. Hal ini tidak
dapat dinafikan kerana, sering kali timbul di kaca televisyen, mahupun di peranti pintar
menunjukkan kes bunuh diri bagi pelajar IPT semakin meningkat. Para pelajar merasa tertekan
kerana tekanan kerja rumah dan kerja-kerja kajian yang diberikan oleh pensyarah adalah sangat
banyak. Tanpa kefahaman orang sekeliling, jalan ini menjadi jalan buntu buat mereka dan
akhirnya mereka memilih jalan yang mudah iaitu menamatkan nyawa mereka sendiri. Oleh itu,
sokongan dan dorongan oleh masyarakat sekeliling adalah sangat penting untuk kestabilan
emosi para pelajar dalam meneruskan tanggungjawab mereka.
20

6.0 RUMUSAN

Arahan kerajaan untuk menjalankan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh


Malaysia sangat memberi kesan dan impak yang besar terhadap para pelajar yang sedang
menuntut pengajian di institut pengajian tinggi. Sepanjang pembelajaran atas talian semasa
pandemik berlaku, pelajar menghadapi cabaran untuk belajar. Selain itu, pembelajaran atas
talian juga turut memberi kesan dan impak kepada pelajar-pelajar yang sedang meneruskan
pembelajaran di institut pengajian tinggi di Malaysia. Kajian ini juga turut menunjukkan sama
ada pembelajaran di atas talian berkesan atau pun tidak kepada pelajar. Seramai 50 orang
responden telah mengambil bahagian menjawab borang soal selidik menerusi google form.
Responden ini terdiri daripada para pelajar institusi pengajian tinggi. Antara salah satu dapatan
yang diperolehi ialah seramai 35 orang responden merasakan bahawa mereka sukar memahami
sesuatu pembelajaran yang diajar di atas talian berbanding secara bersemuka. Selain itu juga,
proses pembelajaran di atas talian dapat dijalankan dengan lebih baik jika para pelajar ini
mempunyai rangkaian internet yang baik dan memudahkan mereka untuk belajar di atas talian.
Kajian ini untuk menjawab adakah pembelaran di atas talian ini berkesan ataupun tidak dan
untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi mereka. Suasana sekeliling, rangkaian internet
yang laju, mahir menggunakan aplikasi adalah perkara yang penting untuk memudahkan
seseorang pelajar itu untuk belajar di atas talian dengan baik.

RUJUKAN

Ahmad Al-Munzir Ridzuan & Mansur Nassir. (2020). Kajian Tinjauan Impak Pandemik
COVID-19 Terhadap Tahap Kesediaan Pelajar Kolej Komuniti Lahad Datu bagi
Pembelajaran Secara Atas Talian. Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat
Kebangsaan (SPSH2020). (pp. 11 – 20). Kolej Komuniti Masjid Tanah.

Mahathir Yahaya & Wardatul Hayat Adnan. (2021). Cabaran pelajar melalui kaedah
pembelajaran atas talian: kajian institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Journal of
Media and Information Warfare, 14(1), 11 – 20.
21

Mesheta Mohd Noor & Norazah Abdullah. (2020). Persepsi Majikan Terhadap Pelajar Kolej
Komuniti Jempol semasa Menjalani Latihan Industri. BITARA International Journal
of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(4), 26 – 35.

Nor Sahara Mesman & Zulkarnain Abd. Majid. (2021). Kajian Kesediaan Pelajar Mengikuti
Pembelajaran dalam Talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Membendung COVID-19 Fasa 2. International Journal of Education and Pedagogy
(IJEAP), 3(1), 195 – 202.

Nur Farhana Abdul Rahman & Nurul Jannah Rosli. (2021). Cabaran dan Impak Pembelajaran
dalam Talian kepada Mahasiswa Pengajian Islam UKM Semasa Pandemik COVID-
19. International Conference on Islam, Development and Social Harmony In Southeast
Asia. (pp. 481 – 497).

Pangayan, V. B., Foo, J. & Atang, C. (2021). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran dalam
Talian ke atas Kursus Terpilih Bagi Komponen Kesenian dan Kebudayaan Pusat
Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah. Gendang Alam,
11(2), 220 – 229.

Siti Azura Abu Hassan, Suzana Zainol Abidin & Zulkurnain Hassan. (2021). Keberkesanan
Pembelajaran dan Pengajaran dalam Talian (e-Pembelajaran) Terhadap
Pembelajaran Pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal Of
Humanities Technology And Civilization (IJHTC), 2(10), 1-14.

Syaherah Mustafa, Kerajaan Komited Tingkat Capaian Internet Luar Bandar, Jun 26, 2021,
Berita Harian, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/832315/kerajaan
-komited-tingkat-capaian-internet-luar-bandar

Wan Fathul Hakim W Zamri, Zulkhairi Zainol Abidin & Zambri Harun. (2021). Cabaran
Pembelajaran Era Pandemik: Simptom Stres di Kalangan Pelajar Program
Kejuruteraan Mekanikal UKM. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning
in Higher Education, 13(2), 113 – 135.

You might also like