You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA, KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM FASA 1

NAMA PELAJAR SYAZWANI IZZATI BINTI DAIFUL BAHARI

KURSUS & AMBILAN SEJARAH 3 AMBILAN JUN 2019

MAJOR SEJARAH

MINOR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

NAMA PENSYARAH PENYELIA PUAN ZAIMAH BINTI ABDULLAH

NAMA GURU PEMBIMBING PUAN AZIAH BINTI ABDUL LATIFF

MINGGU 1

TARIKH 28/6/2021 – 2/7/2021

TAJUK PENGLIBATAN MURID DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

1.0 MASALAH/ISU/PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN


(Penglibatan murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR))

Pembelajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diperkenalkan untuk murid


sekolah rendah dan menengah membawa kesan yang amat besar terhadap
pembelajaran murid memandangkan mereka perlu bergantung sepenuhnya kepada
kemampuan peranti elektronik dan jaringan internet bagi memastikan mereka dapat
mengikuti pembelajaran yang baik. Hal ini bermakna peluang pembelajaran bagi setiap
murid di sekolah tidak lagi sama memandangkan terdapat dalam kalangan murid yang
tidak mampu untuk mempunyai gajet peribadi untuk tujuan pembelajaran.

2.0 ANALISIS MASALAH (PUNCA DAN KESAN)

Berdasarkan pemerhatian saya, penglibatan murid sepanjang minggu pertama


dalam kelas PdPR kurang memuaskan. Hal ini kerana, hanya 8-10 orang murid daripada
30 orang murid yang melibatkan diri dalam PdPR dan menghantar tugasan yang
diberikan kepada saya melalui aplikasi WhatsApp. Kebanyakannya murid tidak memiliki
telefon pintar peribadi dan berkongsi peranti tersebut dengan ibu bapa yang berkongsi
pada waktu pagi. Ini merupakan salah satu punca murid tidak dapat mengikuti kelas
PdPR dan menghantar tugasan dengan sebaiknya. Sekolah Kebangsaan Bunut
Rendang juga merupakan sebuah sekolah sederhana, iaitu murid-muridnya terdiri
daripada keluarga yang sederhana dan ramai di antara mereka yang ibu bapa pulang
kerja pada waktu malam. Maka, murid hanya boleh melakukan tugasan pada waktu
malam apabila ibu bapa pulang ke rumah.

3.0 KAJIAN LAMPAU (LITERATUR REVIEW) TERHADAP ISU

Dalam kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian (Online
Learning) membabitkan reponden merangkumi ibu bapa kepada 893,331 murid, KPM
mendapati 36.9 peratus murid tidak mempunyai peranti bagi membolehkan mereka
mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Dr
Radzi Md Jidin, dapatan kajian menunjukkan enam peratus murid memiliki komputer
peribadi, 9.3 peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus murid memiliki tablet dan
46.5 peratus murid memiliki telefon pintar (Berita Harian, 2020). Beliau juga menyatakan
bahawa akses kepada teknologi yang terhad disebabkan oleh ketiadaan peranti
menyebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan 'home-
based learning' agak terhad. Jika situasi ini berterusan, murid akan menghadapi
kesukaran untuk mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran
yang diikuti.

4.0 CADANGAN

Oleh itu, saya telah mengenalpasti beberapa langkah yang boleh diambil untuk
menangani masalah ini. Antara langkah-langkah yang dapat saya cadangkan ialah:

Langkah 1:

Saya akan menambahkan lebih banyak ilmu berkaitan ICT dan meneroka lebih banyak
jenis-jenis medium pengajaran yang boleh guru gunakan semasa kelas PdPR
berlangsung.

Langkah 2:

Saya juga akan memilih cara pengajaran yang terbaik seperti menayangkan video,
menggunakan web-web untuk latihan dan permainan seperti Wordwall, Quizziz,
Powtoon, Liveworksheet dan sebagainya. Ini akan membuatkan murid tidak bosan dan
boleh belajar sambil bermain di rumah.

Langkah 3:

Saya boleh membuat senarai nama murid yang menghantar tugasan, beserta nama
murid yang masih belum menghantar tugasan. Saya juga boleh menghantar pesanan
WhatsApp secara peribadi kepada ibu bapa murid yang masih belum menghantar
tugasan untuk segera melaksanakannya bagi membolehkan saya memberikan markah
dan mentaksir anak mereka

5.0 TEMPOH PENYELESAIAN

1 minggu.

6.0 TINDAKAN SUSULAN


Saya telah menjalankan tindakan susulan dengan kadar yang segera agar lebih
ramai murid melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Hal
ini bagi membolehkan murid supaya tidak ketinggalan dan berupaya untuk
menambahkan ilmu walaupun dalam situasi pandemik ini. Guru perlu segera
memperbaiki kelemahan dalam pengajaran dan menjadikannya lebih menarik. Guru juga
harus memastikan murid-murid lebih peka dengan pelajaran dan tugasan untuk hari
tersebut dengan memberikan pujian dan ganjaran (Muhamad Idhan Md Razak, 2020).

7.0 KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Setelah beberapa hari tindakan susulan dilaksanakan, terdapat perkembangan


positif yang ditunjukkan oleh murid terutamanya dari segi pelaksanaan tugasan dan juga
penglibatan murid. Awalnya hanya 8-10 orang murid yang terlibat dalam kelas. Namun
begitu, setelah menjalankan langkah-langkah tersebut, penglibatan murid semakin
meningkat iaitu 15 daripada 20 orang murid. Ini adalah suatu peningkatan yang positif
dan diharapkan agar peningkatan ini berterusan untuk masa yang akan datang.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kelas PdPR bukanlah suatu perkara yang mudah. Kebanyakan


murid sama ada sekolah di bandar, atau di luar bandar, kebanyakannya mempunyai
masalah yang sama iaitu penglibatan murid dalam kelas secara atas talian. Ini
merupakan perkara yang sukar untuk dikawal kerana setiap murid mempunyai masalah
yang berbeza. Ada di antara mereka yang berkongsi telefon pintar dengan kakak dan
abangnya dan ada juga menggunakan telefon pintar ibu bapa mereka. Tidak dinafikan
musim pandemik ini yang menyebabkan semua institusi pendidikan ditutup, murid-murid
tidak kira peringkat umur perlu belajar secara atas talian. Sebagai seorang guru, kita
hanyalah perlu lakukan yang terbaik untuk anak-anak murid walaupun menghadapi
pelbagai kekangan dan dugaan agar ilmu itu boleh disampaikan kepada mereka dengan
sebaiknya.
9.0 RUJUKAN

Muhamad Idhan Md Razak. (2020). COVID-19: Pembelajaran atas talian suatu keperluan ke
arah menuju Malaysia maju. Diakses pada 27 Februari 2021 di
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pembelajaran-atas-talian-
suatukeperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496

Mohd Nasaruddin Parzi. (Julai 16, 2020). Tiada peranti sukarkan pembelajaran dalam talian.

Berita Harian Online. Bahan diakses pada 27 Februari 2021, daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/711421/tiada-peranti-sukarkan-
pembelajaran-dalam-talian
Pandangan / komen guru pembimbing

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………….

Tarikh: ……………………………………………. Tandatangan: ………………………………


Nama: Puan Aziah binti Abdul Latiff

Pandangan / komen pensyarah pembimbing

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………….

Tarikh: ……………………………………………. Tandatangan: ………………………………


Nama: Puan Zaimah binti Abdullah

You might also like