You are on page 1of 8

Sabariah binti Abu Bakar

S20100708

FAKULTI PENGURUSAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT


UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

MED 7103
ACADEMIC AND PROFESIONAL WRITING

Student Name : SABARIAH BINTI ABU BAKAR ( S20100708 )

Program : Master of Education

Instructor : PROF MADYA DR. AZIAH BINTI ISMAIL

1
Sabariah binti Abu Bakar
S20100708

Academic Writing ( Tugasan 2 )

Tajuk : PENGGUNAAN GAJET DALAM PDPR : TINJAUAN TERHADAP


KESEDIAAN MURID DI SK BATU TIGA, TAPAH.

ISI KANDUNGAN. HALAMAN

SINGKATAN NAMA 3

BAB 1

1.0 PENGENALAN 4
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 4
3.0 PERNYATAAN MASALAH 5
4.0 OBJEKTIF KAJIAN 6
5.0 PERSOALAN KAJIAN 6
6.0 RUJUKAN 8

2
Sabariah binti Abu Bakar
S20100708

SINGKATAN NAMA:

PDPR – Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah

PDP – Pengajaran dan Pembelajaran

PKP – Perintah Kawalan Pergerakan

3
Sabariah binti Abu Bakar
S20100708

1.0 PENGENALAN

Landskap pendidikan telah melalui perubahan yang drastik ekoran dunia berhadapan dengan
musuh yang tidak kelihatan iaitu pandemik Covid-19. Tanggal 18 Mac 2020 merupakan satu
tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia amnya dan seluruh warga SK Batu Tiga
khususnya. Tarikh ini merupakan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020
merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes
pandemik koronavirus (COVID-19) pada 16 Mac 2020. Oleh itu, PKP dilaksanakan di
seluruh negara bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang meragut banyak nyawa dan
melumpuhkan ekonomi dunia. Pendidikan juga turut terjejas kerana pembelajaran secara
bersemuka tidak dibenarkan.

Keadaan yang berlaku, telah menggesa pelbagai pihak untuk merancang kaedah
pembelajaran di rumah perlu dilaksanakan agar pendidikan terus berjalan dengan cara dan
kaedah yang baharu. Kita tidak pernah menjangkakan fenomena ini akan berlaku, PDP yang
sebelum ini dijalankan secara konvensional perlu di ubah asas pedagoginya kepada
pembelajaran secara atas talian atau pun pembelajaran alam maya.

Kaedah pelaksanaan PDPR secara atas talian telah mengambil tempat pelaksanaan PdPc
sebelum ini. Pembelajaran atas talian dianggap pilihan terbaik dalam keadaan yang
menggugat ini. Dalam hal ini seseorang guru perlu bijak membuat perancangan pembelajaran
mereka sendiri. Perancangan guru adalah merangkumi perkara yang hendak diajar dan perlu
memahirkan diri dalam penggunaan teknologi semasa. Dalam masa yang sama, kemahiran ini
perlu dikuasai oleh murid-murid dan ibu bapa murid itu sendiri.

2.0 LATAR BELAKANG

KPM telah mengeluarkan beberapa perkeliling baru berkaitan PDPR yang perlu dilksanakan
di peringkat sekolah agar pendidikan dapat diteruskan dengan kaedah dan normal baharu.
Maka langkah permulaan yang dilakukan terhadap murid-murid di SK Batu Tiga dengan
mewujudkan kumpulan ‘Whassapp Group Kelas’ bagi menyalurkan maklumat-maklumat
yang berkaitan agar murid-murid dan ibu bapa tidak keciciran maklumat yang berkaitan PDP
yang harus mereka lalui ini.

4
Sabariah binti Abu Bakar
S20100708

Ini merupakan pelaksanan PDP yang agak asing kepada murid-murid di sekolah rendah
apabila mereka perlu belajar dari rumah dengan pengawasan daripada ibu bapa khususnya
dan pengawasan jarak jauh daripada guru-guru. Penjelasan ini secara tidak langsung
memberikan gambaran bahawa pembelajaran atas talian pastinya akan berlaku di mana sahaja
dan di dalam pelbagai keadaan.

Pengalaman PDPR ini telah membuka ruang kepada penggunaan sepenuhnya teknologi
pendidikan dan menjadikan permintaan terhadap perkhidmatan internet meningkat.
Pengalaman PDPR ini harus dilihat dari pelbagai aspek agar pelaksanaannya memberi impak
yang positif ke atas perkembangan pendidikan murid-murid di SK Batu Tiga khususnya.

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh guru ialah tiada sebarang persediaan untuk
melaksanakan PDPR yang berkesan. Begitu jua dengan penerimaan murid-murid dan ibu
bapa yang perlu memainkan peranan penting dalam menjalankan proses PDPR ini. Realiti
ketika ni adalah kesediaan murid itu sendiri dalam mendepani kaedah pembelajaran yang
asing dan janggal dalam kehidupan mereka. Sikap yang positif dan motivasi yang tinggi
perlu diterapkan terlebih dahulu dalam diri murid-murid bagi memastikan mereka bersedia
untuk belajar secara PDPR yang menggunakan pelbagai medium seperti Google Classroom
dan Google Meet.

Beberapa permasalahan yang dapat dikenal pasti seperti lingkungan kediaman yang tidak
kondusif, kekurangan teknologi multimedia, kekurangan kemahiran kepenggunaan alatan
ICT, capaian internet yang kurang memuaskan dan ketiadaan peranti elektronik yang sesuai
bagi keluarga yang kurang berkemampuan. PDPR juga memberi tekanan kepada ibu bapa
dan murid-murid untuk mengikuti pembelajaran yang berjadual apabila ibu bapa perlu keluar
bekerja. Kurangnya keyakinan dalam diri murid-murid untuk mengikuti PDPR apabila
kurangnya kawalan dan pengawasan ibu bapa di rumah. Dalam masa yang sama juga,
kebimbangan ibu bapa terhadap penyalahgunaan gajet dalam kalangan anak-anak turut
memberi kesan yang negatif lantaran faktor kematangan murid-murid yang masih mentah.

5
Sabariah binti Abu Bakar
S20100708

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk memastikan sejauh mana kesediaan murid-murid SK Batu Tiga
dalam menguasai penggunaan gajet seperti penggunaan komputer riba, telefon pintar,
komputer meja, tablet dan lain-lain peranti semasa proses pembelajaran PDPR.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Kebergantungan kejayaan proses PDPR bergantung kepada kesediaan murid-murid tersebut


sama ada dari segi persediaan secara mental dan fizikal. Sejauh manakah murid-murid SK
Batu Tiga bersedia dengan kemudahan gajet atau peranti sepanjang proses PDPR itu
berlangsung?. Bagi ibu bapa yang mempunyai bilangan anak-anak di sekolah rendah yang
melebihi bilangan tiga orang anak, adakah perlu berkongsi penggunaan gajet dalam kalangan
anak-anak dengan ibu bapa itu sendiri?

Tidak semua ibu bapa bekerja dari rumah, masih terdapat ibu bapa yang perlu keluar bekerja
dalam tempoh PKP, dalam permasalahan ini, anak-anak yang mengikuti PDPR tidak dapat
mengikutinya lantaran tiada gajet atau peranti yang boleh digunakan, bagaimanakah pihak
kerajaan memandang akan isu ini?

Begitu juga dengan lokasi penempatan yang menghadapi masalah capaian internet yang
kurang baik. Adakalanya capaian internet begitu sukar sekali, sekaligus menjadikan proses
PDPR agak terganggu dan membosankan murid-murid dan juga ibu bapa. Guru perlu
merancang kaedah PDPR luar talian seperti penyediaan modul, pembelajaran berasaskan
projek dan lain-lain medium yang sesuai dan menarik minat murid. Dalam hal ini,
bagaimanakah guru boleh memastikan modul yang telah di sediakan itu sampai ke tangan
murid-murid dan mereka menyiapkannya dalam tempoh masa tertentu? Kepelbagaian kaedah
PDPR ini, bukan untuk membebankan murid-murid, tetapi tidak lain dan tidak bukan
hanyalah untuk memastikan pendidikan tidak berlaku keciciran dan kerencatan. Malahan,
dalam hal ini, masih lagi kedengaran rungutan pelbagai pihak yang menggesa agar
pembelajaran bersemuka dapat dipercepatkan.

6
Sabariah binti Abu Bakar
S20100708

Pertimbangan keseluruhan terhadap kesediaan murid SK Batu Tiga juga meliputi tingkah
laku, keyakinan diri, dorongan ibu bapa, sikap dan motivasi, kawalan kendiri dan
kemudahan-kemudahan sokongan perlu diperhalusi. Banyak persoalan yang timbul dari frasa
ini, adakah murid-murid SK Batu Tiga benar-benar bersedia dalam penggunaan gajet sama
ada dari segi kemahiran dan kemudahannya.

Kebimbangan ibu bapa juga terhadap penyelewengan penggunaan gajet oleh anak-anak
semasa PDPR juga memberi kesan terhadap kesediaan untuk pembelajaran di rumah. Proses
ini perlu kepada pengawasan dan kawalan dari ahli keluarga itu sendiri. Dalam hal ini,
bagaimanakah cara terbaik bagi mengatasi anak-anak dari salah guna gajet kepada
penggunaan yang lebih bermanfaat dan berkualiti.

7
Sabariah binti Abu Bakar
S20100708

6.0 RUJUKAN

Ahmad Johari , S., & Norbaizura , S. (2010). Perlaksanaan E-Pembelajaran Dikalangan


Pelajar Fakulti Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.

Ahmad Khairuddin , M., Haikal Anuar, A., Daniella , M., Najwa Afiqa , R., & Nazuha , S.
(2018). Kefungsian Keluarga Dan Perkaitannya Dengan Motivasi Pencapaian: Satu
Kajian Di Kementerian Sumber Manusia. Jurnal Psikologi Malaysia, 1-13.

Faridah , C., & Afham Zulhusmi, A. (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif
Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Principles of
Marketing. ONLINE JOURNAL FOR TVET PRACTITIONERS, 1-11.

M. Kaviza. (2020). Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom


Sebagai Platform Pembelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 108-115.

Mohd Zulhasnan, M., Fadli, B., & Sharifuddin, R. (2019). Kesediaan Pelajar dalam M-
Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Kolej Komuniti Tawau, Sabah.
Journal of Life Long Learning, 103-111.

Norliza, A. (2013). Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) Untuk Tujuan Pembelajaran


Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan UTHM.

Abdul Aziz Ishak, Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat (2020). Pembelajaran atas Talian:
Tinjauan terhadap Kesediaan dan Motivasi dalam kalangan pelajar Diploma Logistik dan
Pengurusan Rantaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia
Pendidikan, 68-82.

Zawiah Bahrom. (2020). Pedagogi Norma Baharu: Cabaran dan Hikmah. Jurnal Refleksi
Kepemimpinan. Jilid III.

You might also like