You are on page 1of 5

PENULISAN JURNAL

ISU REFLEKSI
SOKONGAN IBU BAPA TERHADAP PDPR
Ahmad Nazirul Bin Azmi Solah
PDPP Pendidikan Islam

Masalah
Pada minggu kesepuluh PDPr secara atas talian, Pada minggu ini, suka saya
ingin memfokuskan isu di mana kurangnya sokongan ibu bapa terhadap PdPr yang
dijalankan oleh guru. Masalah ini dilihat apabila guru melakukan kelas secara atas
talian menggunakan kaedah segerak atau tidak segerak menunjukkan bilangan
murid kekal dan tidak menunjukkan peningkatan kehadiran murid ketika kelas PdPr
walaupun PdPr ini telah dilaksanakan dari Mac 2020 lagi.

Analisis Masalah
Isu di mana kurangnya sokongan ibu bapa terhadap PdPr ini bukanlah
perkara biasa yang dialami oleh guru malah ia melibat semua guru di mana ibu bapa
tidak memberi sokongan dan dorongan dalam PdPr yang akan dilaksanakan oleh
guru kepada anaknya. Ibu bapa dan bertanggungjawab dalam memberikan
pendidikan agama, iman dan akhlak memandangkan kedudukan institusi
kekeluargaan sebagai pendidikan pertama kepada anak-anak (Mohammd
Fadzia Termizie et. al. , 2021: Yahaya 2017). Ini menunjukkan bahawa ibu bapa
perlu bertanggunjawab terhadap pendidikan anak-anak ketika di rumah.

Latar belakang sosioekonomi murid dan keluarga bukanlah menjadi


penghalang kepada pembelajaran di rumah murid kini di mana pelbagai inisiatif yang
telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menyokong pendidikan murid ketika di
rumah. Perkara disokong oleh Irma Yanti Mahamud et. al. (2018) di mana latar
belakang sosioekonimi murid tidak lagi menjadi penghalang kepada kejayaan
seseorang murid tetapi bergantung kepada keupayaan keluarga murid itu untuk
menyediakan suasana menggalakkan pembelajaran di rumah serta dorongan
motivasi terhadap kejayaannya pada masa akan datang. Berdasarkan analisis
regresi daripada Zulkidli Abd. Hamid et. al. (2011) menunjukkan bahawa penglibatan
ibu bapa secara keseluruhan memberi sumbangan ke atas pencapaian akademik
murid sedangkan pendapatan bapa memainkan peranan dalam kedua pemboleh
ubah iaitu penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar.

Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa faktor kekangan masa telah


menyebabkan ibu bapa semakin kurang peka akan peranan mereka dan lebih
kepada membiarkan anak mereka belajar di rumah tanpa bimbingan dan
pemantauan (Irma Yanti Mahamud et. al. 2018: Lareau, 2000; Abd. Razak & Noraini,
2011). Kekangan masa di mana ibu bapa sibuk bekerja dan menguruskan hal
keluarga menyebabkan dorongan dan motivasi yang diberikan kepada anak
berkaitan pendidikan tidak menjadi keutamaan. Hal ini di teguhkan di mana
penglibatan ibubapa dalam memberi sokongan kepada anak-anak adalah sangat
penting dan memberi kesan yang positif dalam mempertingkatkan kejayaan anak-
anak sepanjang proses pembelajaran samada secara langsung ataupun tidak
langsung (Norhaida Shaarani et. al., 2015: ) Jeynes, 2005; Soo, 2000).

Kemahiran teknologi menjadi salah satu sebab ibu bapa kurang memberi
sokongan ketika murid ketika PdPr. Ini disebabkan oleh kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) kurang mahir untuk diguna oleh ibu bapa
menyebabkan anak dan murid tidak hadir PdPr yang dijalankan oleh guru. Oleh itu
merujuk artikel dalam Harakahdaily.net menyatakan bahawa pengetahuan dan
kemahiran berkaitan teknologi PdPr ini bukan hanya penting kepada murid dan guru,
malah ibu bapa dan ahli keluarga lain kerana PdPr melibatkan berbagai kaedah
(Zaid Adhar, Januari 27, 2021).

Cadangan
Untuk menangani masalah ini, saya telah mengenal pasti beberapa langkah
yang boleh diambil. Antara kaedah-kaedah yang dapat saya cadangkan ialah:

a. Kaedah 1:
Saya akan sentiasa memberi peringatan kepada ibu bapa melalui aplikasi group
Whatsapp kelas saya sebelum memulakan pengajaran.
b. Kaedah 2:
Saya juga menyokong dan mendorong ibu bapa turut bersama dalam kelas PdPr
yang dilaksanakan.

c. Kaedah 3:
Saya akan memberi respon setiap persoalan daripada ibu bapa sama ada berkaitan
pembelajaran dan TMK yang digunakan ketika PdPr dilaksanakan.

Tempoh
12 - 16 Julai 2021 (Seminggu)

Tindakan Susulan
Berdasarkan masalah yang dihadapi di mana kurangnya sokongan ibu bapa
terhadap PdPr menyebabkan murid tidak menghadiri kelas PdPr dan melaksanakan
latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, guru telah berusaha dengan pelbagai
kaedah dalam memberi kesedaran kepada ibu bapa dengan sentiasa mengingatkan
tentang kelas PdPr dan latihan yang diberikan oleh guru agar ibu bapa cakna akan
kelas PdPr dan prestasi pendidikan anak-anaknya.

Selain itu, ketika pendemik Covid-19 kini, kebanyakan ibu bapa bekerja di
rumah. Justeru itu, saya mendorong ibu bapa dalam bersama melibatkan diri
dengan PdPr yang dilaksanakan dan sekiranya terdapat persoalan dan kemusykilan
boleh bertanya dan saya akan membimbing ibu bapa sama ada persoalan tersebut
berkenaan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) atau Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK).

Di samping itu, guru juga menggalakkan ibu bapa dalam membimbing dan
mendorong ibu bapa dalam membantu murid dalam PDP kerana merujuk statistik
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) menyatakan bahawa 52 peratus masa
murid dihabiskan di rumah dan komuniti manakala hanya 15 peratus sahaja di
sekolah (Asyraf Ab Latif & Norazilawati Abdullah, 2016). Ini menunjukkan ibu bapa
mempunyai banyak masa dalam membimbing dan mendorong murid.
Kesimpulan
Konklusinya, isu sokongan ibu bapa terhadap PdPr menjadi salah satu sebab
kepada kehadiran dan pelaksanaan latihan yang diberikan oleh guru kepada murid
untuk diselesaikan. Sebagaimana yang termaktub dalam Laporan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013 - 2025) dalam anjakan
kesembilan menekankan bahawa kerjasama guru dengan ibu bapa melalui inisitif
PPPM 2013-2025 dalam Program Pemantapan Sarana Ibu Bapa ialah dengan
menyediakan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak,
komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak yang boleh
membawa kepada kemenjadian murid (Asyraf Ab Latif & Norazilawati Abdullah,
2016). Hal ini juga di sokong oleh Mohammd Fadzia Termizie et. al. (2021) yang
memetik daripada Mohammad Johdi Salleh (2009) menyatakan bahawa kejayaan
seseorang murid adalah daripada komitmen ibu bapa dalam memberikan pendidikan
di rumah.

Hasilnya dapat kita lihat apabila murid kita telah bersedia, maka PDP yang
dirancang oleh guru dapat dilaksanakan dengan lancar. Seterusnya murid dapat
mencapai objektif yang telah diingini dan memberi pengetahuan dan pengalaman
yang bermakna kepada murid. Perkara ini bertepatan dengan Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang ke-2 (SKPMg2) dalam standard yang kelima iaitu
kemenjadian murid bukan sahaja dalam aspek akademik dan kokurikulum sahaja,
akan tetapi ia melibatkan sahsiah murid yang unggul dalam mendepani dunia yang
penuh pancaroba ini.
Rujukan

Asyraf Ab Latif & Norazilawati Abdullah. (2016). Penilaian Keberkesanan Program


Sarana Ibu Bapa Dalam Meningkatkan Pencapaian Murid dalam Mata
Pelajaran Sains Sekolah Rendah dengan Menggunakan Model Penilaian
CIPP. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI. Vol. 9. 1394-7176.
file:///C:/Users/Naz%20Pc /Downloads/2466-Article%20Text-4835-1-10-
20190715.pdf
Irma Yanti Mahamud. Norlizah Che Hassan. Fathiyah Mohd Fakhruddin. (2018).
Penglibatan Ibu Bapa Dalam Aktiviti Pembelajaran Anak Di Rumah dan
Hubungan dengan Pencapaian Akademik Murid Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK). E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. Vol. 5, No. 1, pp 42 –
62. http://rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2018/04/IRMA-YANTI-42-
62.pdf
Mohammd Fadzia Termizie. Rujizan Mohd, Ahmad Zamri. (2021). Tahap Sokongan
Ibu Bapa Dalam Membantu Pembelajaran Murid B40 Di Sekolah Luar
Bandar. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 3. No 1. 707 – 717. Diakses di laman
sesawang http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12965
Norhaida Shaarani. Muhammad Firdaus Muhammad Sabri. Nor Rosmawati Abdul
Karim. Farah Mohd Shahwahid & Haliyana Tonot. (2015). Mengkaji
Hubungan Sokongan Ibu Bapa Terhadap Prestasi Akademik Pelajar Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Prooceeding of the 2nd
International Conference on Management and Muamalah (2ndICoMM). E-
ISBN: 978-967-0850-25-2.
http://conference.kuis.edu.my/icomm/2nd/download/IC%20043.pdf
Zaid Adhar. (Januari 27, 2021). PdPR: Apa peranan ibu bapa? [Web Log Post].
Diakses di laman sesawang HarakahDaily. https://harakahdaily.net/index.php
/2021/01/27/pdpr-apa-peranan-ibu-bapa/.
Zulkidli Abd. Hamid. Jamilah Othman. Aminah Ahmad. Ismi Arif Ismail. (2011).
Hubungan Antara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian Akademik Pelajar
Miskin di Negeri Selangor. Jurnal of Islamic and Arabic Education. Institut
Pengajian Sosial, Universiti Putra Malaysia. 3(2). 31 – 40. Diakses di laman
sesawang http://journalarticle.ukm.my/3161/1/34.pdf

You might also like