You are on page 1of 3

Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Dalam Talian Dengan Murid

Sekolah Rendah

Jurnal Dunia Pendidikan: Vol. 3, No. 3, 250-264, 2021

Berdasarkan jurnal yang dikarang oleh Nur Hanisah Ahmad Saifudin dan Mohd Isa Hamzah,
terdapat beberapa perkara yang boleh diulas. Perkara tersebut ialah isi penting artikel, teori atau
model yang digunakan dan cadangan untuk penambahbaikan artikel.

Jurnal ini merupakan satu penulisan berilmiah mengenai cabaran PDPR dalam talian di
kalangan murid sekolah rendah. Penulis juga bersetuju bahawa PDPR dalam talian juga bukan
sahaja memberi cabaran kepada murid, bahkan guru dan ibu bapa juga turut terkesan dengan
kaedah pembelajaran ini. Hal ini kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan suatu terma dan proses
yang baharu dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa yang dapat menggalakkan pemikiran
secara kreatif dan kritis.

Pengajaran dan pembelajaran di rumah dalam talian bukanlah satu fenomena yang baharu
tetapi mula diaplikasikan pada tahun 2020 berikutan penularan Covid-19 dan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Secara tidak langsung ianya menjadi satu anjakan langkah
dalam strategi pendidikan masa kini yang sesuai dengan peralihan zaman yang dunia tanpa
sempadan. Implikasinya, pemgamalan PDPR masih lagi diteruskan hingga kini bagi segelintir
guru atau institusi walaupun pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi dalam menghadapi
PDPR pada peringkat awalnya.

Penulis mengutarakan dua isu yang penting iaitu isu kognitif dan kecerdasan pelbagai
bagi murid sekolah rendah dalam tulisan jurnal ilmiah ini. Murid sekolah rendah adalah kanak-
kanak yang merupakan kanak-kanak Tahun 1 sehingga Tahun 6 yang berumur 7-12 tahun.
Merujuk kepada teori Piaget, kanak-kanak ini berada di tahap pra-operasional dan operasional
konkret serta operasional formal yang mana mempunyai kemahiran kognitif tertentu dalam
memahami informasi sebagai bentuk pengetahuan yang diperoleh semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) dalam talian. Menurutnya, dalam fasa ini, kanak-kanak
mempunyai kemampuan yang terhad untuk menilai, berkongsi atau menghargai pandangan
orang lain. Hal ini menjadi cabaran kepada guru dalam membina bahan pengajaran yang lebih
kreatif dan penyampaian yang sesuai supaya PDPR berlangsung dengan lebih menarik, seronok,
tidak membosankan murid untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai.

Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner pada tahun 1993.
Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat
iaitu Kecerdasan Verbal-Linguistik, Kecerdasan Logik- Matematik, Kecerdasan Fizikal-
Kinestatik, Kecerdasan Visual-Spatial, Kecerdasan Muzikal-Ritma, Kecerdasan Intrapersonal,
Kecerdasan Interpersonal dan Kecerdasan Naturalis. Semestinya, ianya menjadi cabaran juga
kepada guru dalam mempelbagaikan kreativiti dan aktiviti dalam PDPR dengan penggunaan
teori kecerdasan pelbagai ini. Kecerdasan ini telah memberi pengaruh kepada pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kecenderungan murid akan dilihat kepada penguasaan
lebih terhadap beberapa kecerdasan yang dominan kepada mereka. Bahkan, kecerdasan ini juga
mempengaruhi emosi pembelajaran mereka yang mana memberi kesan kepada gerak balas
mereka dalam proses PDPR yang dilaksanakan. Guru memerlukan teknik yang sesuai dalam
mencipta bahan pengajaran yang mudah untuk difahami dan diikuti oleh murid. Lebih-lebih lagi,
guru harus mengfokuskan kepada murid sekolah rendah yang masih memerlukan bahan
pengajaran yang senang dan mudah diikuti kerana tiada bimbingan guru di sisi.

Oleh itu, dari satu sudut, golongan ibubapa atau penjaga turut menghadapi cabaran
dalam pembelajaran PDPR anak- anak mereka. Ibu bapa perlu memastikan capaian internet yang
stabil untuk membolehkan anak-anak mereka dapat mengikuti kelas. Salah satu cabaran yang
tidak dapat dielakkan jika mereka menghadapi gangguan capaian internet sekiranya berada di
kawasan pedalaman. Bagi sesetengah ibu bapa, bertambah lagi cabaran bila ianya menjadi satu
bebanan bagi mereka kerana mereka juga perlu bekerja dari rumah dan pada masa yang sama
berkongsi capaian internet dan gajet dengan anak-anak serta mengorbankan masa untuk
memantau pembelajaran anak-anak dalam PDPR.

Penambahbaiikan dalam pelaksanaan PDPR amatlah perlu bagi mengelakkan tekanan


kepada guru, ibu bapa dan anak-anak. Terdapat beberapa cadangan yang diutarakan penulis
dalam pengendalian PDPR sekolah rendah. Antaranya ialah penggunaan aplikasi dalam talian,
teknik pembelajaran gamifikasi dan Pengaplikasian Model Penglibatan Ibu Bapa Epstein (2001).
Pelbagai aplikasi yang menarik dan mudah dapat digunakan oleh guru seperti Kahoot, Quizziz
dan sebagainya. Eipstein mencadangkan model impak model tumpang tindih, yang menekankan
kepada tanggungjawab bersama antara sekolah, keluarga, dan masyarakat bagi mencapai visi dan
tujuan bersama dalam proses pengembangan dan pembelajaran anak.

Penerimaan pendidikan norma baharu secara dalam talian semakin diterima oleh murid
dan guru. Namun begitu, kerjasama daripada semua pihak akan menjadikan PdPR dalam talian
mampu menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia seterusnya menghasilkan murid-murid
yang berkualiti dan cemerlang. Cabaran PdPR ini tidak hanya ditangani secara bersendiri tetapi
ianya memerlukan kerjasama semua pihak. Guru, ibu bapa, murid dan pentadbiran kerajaan perlu
memikul tanggungjawab ini dalam memastikan PdPR dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
secara tidak langsung mencapai hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013- 2025).

You might also like