You are on page 1of 23

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

SEMESTER 1 SESI 2018/2019

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

KPF4013
FALSAFAH &
PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
UNIT 4
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


MUHD FAWWAZ BIN CHE KAMARUDIN KAMEL L20181011069
MOHAMAD RAFEQ HABIB BIN ROSDI L20181011064
NOR ADILAH BINTI ZAINAL ABIDIN L20181010952
SITI NUR HAJAR BINTI YUNUS L20181010936
ZAIHASNI BINTI MAT YAMAN L20181010950
NUR FATIMAH NADHIRAH BINTI ABDULLAH L20181010929

Siri Modul Aktiviti Pembelajaran Aktif


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL LATIHAN


 Pensyarah akan memuat naik unit modul ke Portal Myguru lebih awal sebelum tarikh sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula.
 Pelajar mesti memuat turun unit modul dan melengkapkan semua maklumat.
 Pelajar perlu membawa hardcopy unit modul yang telah lengkap dijawab semasa sesi
bersemuka (kuliah) untuk pembentangan dan perbincangan.
 Pelajar perlu memberi maklumbalas terhadap maklumat yang dibentang.
 Pelajar perlu menyemak dan membetulkan jawapan yang ditulis dalam unit modul.
 Jawapan yang telah sempurna mestilah dimuat naik ke Portal Myguru di laman Assignment.

Hasil Pembelajaran
Setelah melengkapkan aktiviti ini, anda dapat:
i. Menyatakan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
ii. Menerangkan bentuk & proses pendidikan di Malaysia.
iv. Menganalisis matlamat pendidikan intrinsik dan ekstrinsik.
v. Merumuskan cabang falsafah yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Kandungan Halaman
4.0 Sinopsis
4.1 Ringkasan pemetaan kandungan.
4.2 Falsafah Pendidikan Malaysia.
4.3 Model Konseptual Falsasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
4.4 FPK: Amalan Pendidikan Berterusan.
4.5 FPK: Proses Pelaksanaan Pendidikan.
4.6 FPK: Matlamat Pendidikan.
4.7 Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Cabang Falsafah.
4.8 Peranan guru merealisasikan FPK.

4.0 Sinopsis
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

4.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

4.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

4.2.1 Kandungan Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
( Akta Pendidikan 1996, Akta 550)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan lahir melalui suatu proses yang agak panjang iaitu
satu proses pembinaan negara dan bangsa semenjak merdeka lagi. Idea penggubalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dicetus selepas penerbitan laporan
Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara telah digubal berlandaskan
tiga ideologi iaitu, Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (RMK 3, 1976-1980) dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan (1999). Ia digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti
dengan mengambil berat keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara (KPM,
2001)

4.2.2 Elemen Pendidikan Dalam FPK

Unsur Penjelasan Contoh


Potensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu - Mempunyai
Intelek yang berkaitan dengan akal dan daya fikir seseorang. kemahiran asas 4M
Tidak dapat dinafikan, intelek merupakan unsur penting- Berfikir secara
dalam perkembangan sesuatu bidang ilmu. kreatif dan kritis.
- Mendapatkan,
meningkatkan dan
menyebarkan ilmu.
- Memanfaatkan ilmu
untuk diri dan orang.
Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu - Membentuk
Rohani yang melibatkan hubungan seseorang dengan tuhan. akhlak mulia.
Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan - Menyedari dan
individu yang murni akhlak dan insaf kepada Tuhan menginsafi
tanggung
jawab.
- Menghargai
dan mensyukuri
pemberian
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

Tuhan.

Emosi adalah berkaitan dengan jiwa dan perasaan - Perasaan tenang


Emosi seseorang dan tingkahlaku
terkawal.
- Memiliki dan
memupuk
perasaan kasih
sayang.
Potensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor - Melakukan riadah.
Jasmani yang dimiliki oleh seseorang. Ia berkaitan dengan - Menjaga kesihatan
kecergasan fizikal diri manusia. badan.

Perkembangan keempat-empat unsur iaitu intelek, - Kemahiran dan


Menyeluruh rohani, emosi dan jasmani hendaklah dilakukan secara nilai diperlukan
menyeluruh bagi membolehkan penguasaan ilmu, oleh manusia
kemahiran dan nilai dalam memenuhi
pelbagai keperluan
kehidupannya
Keempat-empat unsur juga hendaklah hubungkaitkan - Dapat berfikir
Bersepadu antara satu dengan yang lain dan dikembangkan secara kritis dalam
secara bersepadu bukannya satu persatu. menyelesaikan
masalah dan dapat
mengawal emosi
dengan baik.

Keseimbangan adalah penting bagi memastikan tiada - Bersyukur dengan


Seimbang mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih nikmat yang diterima
tetapi pada masa
yang sama sedia
berhadapan dengan
cabaran dan
rintangan yang
dihadapi

Aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlu - Sentiasa tenang


Harmoni diseimbangkan bagi membolehkan manusia menjalani dalam menangani
kehidupan dengan harmonis; seterusnya membentuk seriap masalah yang
keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan berlaku.
damai.
4.3 Model Konseptual Falsasafah Pendidikan Kebangsaan

i. INTELEK ii. ROHANI

v. ILMU vi. TANGGUNGJAWAB


PENGETAHUAN DAN DAN SUMBANGAN
AKHLAK MULIA KEPADA MASYARAKAT

iv. JASMANI iii. EMOSI

Komponen Huraian
i. Intelek Potensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang
berkaitan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki oleh
seseorang.

ii. Rohani Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang
melibatkan hubungan seseorang dengan tuhan.

iii. Jasmani Potensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki


oleh seseorang. Ia berkaitan dengan kecergasan fizikal diri
manusia.

iv. Emosi Emosi adalah berkaitan dengan jiwa dan perasaan seseorang.
Pembangunan emosi dititik beratkan kerana emosi
mempengaruhi seseorang dalan tingkahlaku dan tindakannya.

v. Ilmu penegtahuan Orang yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta
dan akhlak mulia mengetahui nilai baik dan buruk.

vi. Kepercayaan dan Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan
kepatuhan kepada alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya
Tuhan dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan.

vii. Insan yang Insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang
seimbang & harmonis berilmu pengetahuan, bertenaga dan berakhlak mahir,
mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan
fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta
kematangan emosi dan sosial.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

4.4 FPK: Amalan Pendidikan Berterusan

4.4.1 Pengertian Pendidikan Berterusan

Tokoh Pengertian
Plato (427-347 SM) Suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.

Aristotle (384-322 SM) Pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal
bertujuan memberikan peluang kepada setiap warganegara
untuk mencapai kebahagian hidup.

Jean Jacques Rousseou Sebagai satu proses berterusan yang bermula dari masa kanak-
(1712-1778 M) kanak di mana segala kebolehan semulajadi lahir dengan
sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi.

Al-Ghazali (1982 M) Merupakan proses bagi melatih akal jasmani dan moral individu
agar menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat.

4.4.2 Jenis Pendidikan Berterusan: Ciri-ciri & Contoh

Kriteria Pendidikan Informal Pendidikan Formal Pendidikan


Nonformal
Peringkat Awal Sekolah Dan Pengajian Lepas Sekolah
Tinggi

Pengajaran Keluarga dan Guru terlatih, pedagogi Ahli yang pakar


masyarakat

Pembelajaran Tiada pembelajaran Seragam, berjadual, Berjadual


teks

Institusi Tidak rasmi: rumah, Rasmi: bangunan dan Rasmi dan tidak rasmi:
masyarakat kelas, sekolah agensi kerajaan dan
swasta

Kurikulum Tidak rasmi Rasmi, kebangsaan, Tidak rasmi


berstruktur

Penilaian Tiada penilaian Rasmi dan kebangsaan Tiada penilaian

Pengiktirafan Tiada pengiktirafan Perjawatan seperti sijil, Sijil penyertaan


Diploma, Ijazah.
4.5 FPK: Proses Pelaksanaan Pendidikan

Proses Keterangan & Contoh


i. Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah proses
Mendidik adalah pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai
satu usaha murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir
berterusan. serta berahlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara
berterusan sepanjang hayat. Ia bermula daripada pendidikan asas dalam
peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di
sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak
dan remaja, dan diteruskan di peringkat selepas institut pendidikan
tinggi, tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara
kendiri berbentuk ICT , secara on-line dan melalui media massa.
Pendidikan sepanjang hayat membolehkan kita menghadapi dan
menangani pelbagai pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan
k-ekonomi dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Justeru itu,
pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
ii. Menurut kajian, setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan
Mendidik ke arah potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahir.
mengembangkan Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri. Fungsi
potensi murid. pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu
supaya mencapai tahap cemerlang. Potensi dibahagikan kepada empat
unsur iaitu intelek, jasmani, emosi dan rohani. Unsur intelek memberi
tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir seperti menguasai kemahiran asas
3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ia juga menekankan
penguasaan kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan
ilmu pengetahuan, berfikiran secara kritis dan kreatif serta dapat
memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain termasuklah
kemajuan negara. Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, tumpuan
diberikan kepada kesihatan tubuh badan individu seperti menjaga
kesihatan tubuh badan diri atau melakukan riadah dengan sempurna. Ia
juga menekankan penggunaan bakat dan kemahiran manipulatif dengan
cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari, untuk kepentingan
masyarakat dan meningkatkan daya pengeluaran demi memberi
sumbangan kepada kemajuan negara. Perkembangan unsur emosi
memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat iaitu
memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki
perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaan yang muhibbah,
kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran menilai dan
menghargai keindahan dan kesenian. Dalam perkembangan unsur
rohani, tumpuan diberikan kepada sifat kejiwaan iaitu mempunyai
perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta, menghargai dan
mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk dan membina
disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.
iii. Fokus mendidik terhadap individu murid merupakan antara proses
Fokus mendidik pelaksanaan pendidikan. Ia bertujuan untuk memastikan ilmu
terhadap individu pengetahuan dapat disampaikan secara berkesan dan efektif. Setiap
murid. guru perlu memberi perhatian dan keutamaan kepada tugas mereka
sebagai pendidik. Pelajar akan mendapat kesan atau implikasi negatif
jika perhatian mendidik tidak diberikan oleh guru. Antara kesan negatif
tersebut ialah pembentukan akhlak yang buruk, wujudnya sikap
pentingkan diri dalam kalangan pelajar, tidak mendapat kecemerlangan
dalam pelajaran dan hal-hal lain.
iv. Perkembangan potensi individu tidak akan sempurna jika dilakukan
Mendidik secara secara berasingan. Ia harus diperkembangkan secara menyeluruh dan
bersepadu & bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan,
menyeluruh. bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti
kokurikulum harus juga diberi penekanan disamping kurikulum akademik
yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu
hendaklah diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara
mengintegrasi bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu
sama lain.
v. Proses pelaksanaan pendidikan seterusnya ialah mendidik melibatkan
Proses mendidik komponen intelek, rohani, emosi dan jasmani murid. Intelek ialah
melibatkan keupayaan atau kekuatan mental yang berkaitan dengan akal dan daya
komponen fikir yang dimiliki. Contoh intelek ialah kemahiran berfikir aras tinggi.
intelek, rohani, Rohani ialah perkara berkaitan jiwa yang melibatkan hubungan
emosi, jasmani seseorang individu dengan Penciptanya. Contoh rohani ialah mensyukuri
murid. nikmat pemberian tuhan. Emosi pula ialah perkara berkaitan perasaan
yang boleh mempengaruhi tingkah laku atau tindakan seseorang. Contoh
emosi ialah tenang dan tingkah laku terkawal. Jasmani merujuk kepada
kebolehan psikomotor yang wujud dalam diri seseorang. Ia juga boleh
ditakrifkan sebagai kecergasan fizikal yang dimiliki seseorang. Contoh
jasmani ialah beriadah dan bersukan.
vi. Insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu
Pendidikan pengetahuan, bertenaga dan berakhlak mahir, mempunyai kepercayaan
mestilah kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan
membangunkan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. Selain itu, insan
pelajar secara yang seimbang dan harmonis memiliki potensi diri yang telah
seimbang dan diperkembangkan secara menyeluruh dan bersepadu ke tahap optimum.
harmonis. Di samping itu, insan ini juga adalah individu yang memiliki kesedaran
dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara.
Individu ini akan sentiasa berikhtiar dan berusaha menyelesaikan
masalah yang dihadapi, dan melaksanakan tangungjawab sebagai
anggota masyarakat yang berguna demi kemajuan diri, keluarga, bangsa
dan negara.
vii. Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam
Pendidikan sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya dan hukum-
mestilah hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh
berpaksikan kepada Tuhan dengan memikul amanah dan bertanggungjawab kepada
kepercayaan dan Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya. Maka,
kepatuhan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan seperti
kepada Tuhan. mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan
oleh Penciptanya, mengetahui hukum dan fenomena alam adalah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta, menyedari manusia dijadikan


untuk memajukan alam atau menyedari manusia bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri dan seterusnya melakukan
kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan

4.6 FPK: Matlamat Pendidikan

4.6.1 Matlamat Intrinsik


(Perkara yang mesti setiap warganegara dalam diri mereka)

Matlamat Intrinsik Keterangan


Individu yang mempunyai ilmu pengetahuan bukan hanya untuk
kegunaan sendiri, tetapi untuk disebarkan kepada masyarakat supaya
ianya mampu dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat itu.
Semua tersebut hendaklah ilmu yang memberikan manfaat dan tidak
membawa kemudaratan kepada semua. Banyak ilmu yang telah
Warganegra yang disalahgunakan lantas membawa kepada kehancuran individu dan
berilmu pengetahuan negara. Diantara sifat individu yang gemarkan ilmu ialah sentiasa
berfikiran luas dan terbuka, banyak membaca, sering menghadiri
seminar majlis ilmu dan memanfaatkan ilmu untuk diri sendiri dan
orang lain. Warganegara Malaysia sepatutnya menjadikan menuntut
ilmu itu sehingga ke akhir hayat supaya menjadi contoh baik buat
generasi akan datang.
Warganegara yang Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa
berketerampilan rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengan cekap
dan sempurna. Rakyat Malaysia yang berketerampilan merupakan
rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan
berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang
dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

dalam perlaksanaan tugasnya secara cekap dan sempurna.


Akhlak merupakan aset utama seseorang individu itu untuk
mencapai kesempurnaan. Ianya lebih bernilai daripada ilmu
kerana seseorang yang memiliki ilmu yang banyak tetapi tidak
berakhlak adalah satu keaiban yang besar bagi orang tersebut.
Manakala seseorang yang hanya memiliki ilmu yang sedikit
Warganegara yang
tetapi mempunyai akhlak yang mulia dianggap sangat bernilai
berakhlak
dan berharga dalam masyarakat. Setiap individu haruslah
memiliki keperibadian mulia. Antara akhlak yang mulia ialah
mengamalkan nilai-nilai murni seperti tingkah laku baik,
berdisiplin, perkataan yang baik dan bersopan santun dalam
setiap gerak geri dan percakapan.
Menjadikan seseorang warganegara yang bertanggung jawab sangat
penting dalam sesebuah negara supaya segala tugasan yang
dilakukan oleh mereka dilakukan dengan baik dan sempurna. Setiap
Warganegara yang
individu haruslah memiliki sikap amanah, produktif dan berintegriti
bertanggungjawab
dalam menjalankan tugasnya. Individu yang bertanggung jawab akan
sentiasa mematuhi undang-undang negara dan menjalankan tugas
dengan bersih, cekap dan amanah.
Kesemua hasil gabungan elemen di atas boleh menghasilkan individu
yang sejahtera dirinya. Hal ini dapat membawa kepada kehidupan
Warganegara yang yangsempurna, aman dan bahagia. Apabila kesejahteraan diri terhasil
sejahtera diri maka ia juga mampu untuk mewujudkan hubungan baik dengan
orang lain, berfikiran tenang dan waras serta mempunyai jiwa dan
naluri yang sihat.
4.6.2 Matlamat Ekstrinsik
(Sumbangan yang boleh diberikan oleh setiap warganegara)

Matlamat Ekstrinsik Keterangan


Sumbangan kepada Melahirkan institusi kekeluargaan yang sejahtera, cemerlang dan
keluarga harmoni.

Sumbangan kepada Melahirkan masyarakat yang sejahtera, makmur, bersatu padu dan
masyarakat aman.

Sumbangan kepada Negara bertambah maju, sejahtera dan aman serta negara dipandang
negara tinggi oleh negara-negara lain.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

4.7 Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Cabang Falsafah

Metafizik:
- Membincangkan perkara yang
berkaitan dengan jiwa, roh dan
kehidupan.
- Menjawab persoalan yang LOGIK
tidak dapat diselesaikan secara
saintifik.

MENYELURUH
Epistemologi: Intelek

SEIMBANG
Membincangkan tentang teori

HARMONI
Rohani
ilmu pengetahuan. Asal usul

Emosi
pengetahuan. Bagaimana
memperoleh ilmu pengetahuan
berkenaan dengan Jasmani
kesahihaannya.
BERSEPADU
Aksiologi:
(Teori nilai) terdapat dua nilai
iaitu nilai etika (tingkah laku)
dan nilai estetika ( nilai
kesenian atau kecantikan.

Rajah menunjukkan Cabang Falsafah


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

4.8 Peranan Guru Merealisasikan FPK


Ketuhanan

Profesional Pengajaran

PENDIDIKAN
Perundingan Penyelidikan

Peranan Guru Keterangan Contoh


Antara peranan guru yang utama adalah guru Guru-guru boleh
Ketuhanan berperanan untuk memastikan murid-murid menerapkan kepada
sedar dan percaya kepada Tuhan dan pelajar dengan perkara
bersyukur dengan pemberian Tuhan. Ia berikut secara landsung
sesuai dengan saranan rukun negara iaitu tau tidak langsung:
kepercayaan kepada Tuhan. Ia penting untuk -Mengakui wujudnya
menghasilkan individu yang berakhlak terpuji Pencipta
dan berperibadi mulia. Hal ini seterusnya -Mengakui manusia dan
dapat membentuk individu, keluarga, alam dijadikan oleh
masyarakat dan negara yang makmur dan Pencipta
harmoni. -Mengetahui bahawa
hukum dan fenomena alam
adalah peraturan yang
ditetapkan oleh Pencipta
-Melakukan kebaikan dan
menghindari kejahatan
-Menyedari bahawa
manusia dijadikan untuk
memakmurkan alam
-Mengikuti dan
mengamalkan ajaran
agama
-Dan sebagainya.

Untuk perjalanan pdp yang baik mestilah Sebagai contoh Shulman


Pengajaran guru memiliki kemahiran, pengetahuan dan (1986), telah mengariskan
nilai yang tinggi dapat memudahkan beberapa jenis
perjalanan dan pelaksanaan proses pengetahuan yang mesti
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dihayati dan dikuasai untuk
seterusnya dapat melahirkan pelajar yang menjadi guru profesional:
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

cemerlang. Jika tahap kemahiran, I. Pengetahuan


pengetahuan dan nilai yang dimiliki guru tentang pedagogi
adalah rendah, maka penghasilan pelajar umum
yang cemerlang adalah sukar. Hal ini akan II. Pengetahuan
memberi impak negatif kepada individu, tentang kandungan
keluarga, masyarakat dan negara. subjek
III. Pengetahuan
tentang pedagogi
kandungan subjek
IV. Pengetahuan
tentang kurikulum
V. Pengetahuan
tentang pelajar
VI. Pengetahuan
tentang konteks
pendidikan
VII. Pengetahuan
tentang matlamat,
tujuan dan nilai
pendidikan
Salah satu peranan guru mestilah melakukan Guru membuat
Penyelidikan penyelidikan untuk memastikan berlakunya rancangan pengajran.
mutu atau kualiti pengajaran yang tinggi. Ia Rancangan pengajaran
boleh dilakukan dengan membuat persediaan harian merupakan salah
awal dan rapi sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran.Penyelidikan satu strategi untuk
juga dapat membantu guru untuk mengesan membantu guru dalam
kelemahan dan kekuatan proses pengajaran melakukan persedian yang
dan pembelajaran. Jadi, penyelidikan adalah sistematik. Seseorang guru
penting dalam usaha untuk merealisasikan juga harus peka dengan
matlamat pendidikan. tingkah laku setiap
pelajarnya.

Guru bertindak sebagai pemimpin, Contohnya, dalam


Perundingan pembimbing dan pendorong. Guru menjadi berhadapan dengan
perunding mewakili pelbagai pihak. pelajar bermasalah
Kemahiran interaksi dan sosial diperlukan disiplin, kemahiran
oleh guru untuk menjadi seorang perunding berhubung,
yang baik. Rundingan yang baik dapat berkomunikasi,
membantu kelancaran perjalanan pendidikan. menangani masalah dan
Sebagai contoh, guru berunding dengan ibu menyesuaikan diri perlu
bapa pelajar mengenai masalah kesalahan ada bagi guru untuk
disiplin anak mereka di sekolah. Rundingan menghasilkan satu
yang baik akan menyebabkan ibu bapa rundingan yang baik
tersebut memperoleh motivasi dan yang member kesan ynag
seterusnya mengambil tindakan ke atas anak baik kepada pelajar
mereka seperti hukuman dan nasihat. tersebut.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

keprofesional merujuk kepada pendidik yang Sebagai contoh, menepati


Profesional mempunyai kriteria tertentu bersesuaian waktu, berpakaian kemas,
dengan tuntutan kerjaya perguruan. Guru menghormati rakan
profesional perlu mendalami kandungan setugas yang lain dan
pelajaran secara terperinci, mempelbagaikan sebagainya.
kaedah pengajaran, memperkembangkan
potensi pelajar secara berterusan dan
sebagainya. Guru juga perlu memiliki tahap
disiplin yang tinggi. Hal ini disebabkan
perbuatan dan sikap guru akan menjadi
contoh ikutan kepada pelajar.

Melalui pendidikan yang lengkap dan Contohnya, antara


Pendidikan sempurna adalah tugas utama seorang guru. perkara yang perlu
Pendidikan yang sempurna akan dilakukan oleh guru
menghasilkan pelajar yang memiliki ialah:
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang -sentiasa mengemas kini
tinggi. Hal ini seterusnya dapat melahirkan ilmu-ilmunya mengikut
modal insan yang mampu memberi perkembangan semasa.
sumbangan kepada masyarakat dan negara
dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, -mempunyai kemahiran
sosial, politik dan sebagainya melangkaui pelajar.

-Mendidik adalah
kecekapan utama bagi
seorang guru

4.9 Glosari
Aksiologi Berkaitan dengan nilai etika dan estetika.

Emosi Perkara berkaitan perasaan yang boleh mempengaruhi tingkah laku atau
tindakan seseorang.

Generalisasi Kemampuan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan yang dimiliki ke


dalam ruang lingkup yang lebih luas.

Intelek Keupayaan atau kekuatan mental yang berkaitan dengan akal dan daya fikir
yang dimiliki.

Jasmani kebolehan psikomotor dan kecergasan fizikal yang wujud dalam diri
seseorang.

Logik Rasional bagi sesuatu perkara, kejadian atau tindakan.

Metafizik Berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan.

Motivasi Kemahuan untuk mendapatkan sesuatu perkara.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

Potensi Kemampuan, kesanggupan, kekuatan dan daya yang boleh dikembangkan


lagi kepada bentuk yang lebih besar.

Reproduksi Proses menemukan kembali pengetahuan yang pernah diterima oleh pelajar.

Rohani Perkara berkaitan jiwa yang melibatkan hubungan seseorang individu dengan
Penciptanya.

4.10 Penilaian
4.10.1 Aktiviti Kreatif

2.M 1.E

2.P

1.R 3. I

Menegak

1. Matlamat Falsafah Pendidkan Kebangsaan terbahagi kepada matlamat intrinsik


pendidikan dan matlamat .....................................

2. Unsur emosi merangkumi kemantapan emosi dan .................... untuk menghadapi


pelbagai jenis masalah.

Melintang

1. Empat unsur penting berkaitan potensi individu ialah jasmani, emosi, .................... dan
intelek.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

2. Salah satu cabang Falsafah Pendidkan Kebangsaan

3. Matlamat intrinsik Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

4.10.2 Latihan Esei & Objektif

Jadual 1: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Aras Kognitif
Topik Jumlah
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Penilaian Reka cipta
Kandungan Falsafah 1
1 1 1
Pendidikan (S1)
Kebangsaan. (S2) (S1) 2
Model dan amalan
FPK
Bentuk & proses 1
pendidikan yang 1
disarankan FPK. (S3)
1 1 1
Matlamat FPK
(S2) (S3) 1
1
Peranan guru 1 1 (S5) 2
menjayakan FPK (S4) (S4) 1 2
(S5)
Jumlah Soalan Objektif 2 1 1 1 5

Jumlah Soalan Esei 1 2 2 5

Latihan Esei
(Bina 5 soalan esei & skema jawapan)

1. Berdasarkan pernyataan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,


analisiskan cabang falsafah dan elemen-elemen pendidikan yang terkandung di dalamnya.

2. Berdasarkan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bincangkan bentuk dan proses


pendidikan yang sewajarnya dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Keberhasilan pendidikan yang bersifat intrinsik patut diberi fokus utama berbanding
ekstrinsik. Hujahkan.

4. Bahaskan peranan guru ke arah memastikan matlamat pendidikan Malaysia tercapai.

5. Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru untuk memastikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. Berikan tiga contoh kemahiran beserta huraian.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

Latihan Objektif
(Bina 5 soalan objektif & skema jawapan)

ARAHAN: Berikut ialah 5 soalan aneka pilihan. Jawan SEMUA soalan.

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah suatu usaha pemurnian daripada

A. Falsafah Pendidikan Malaysia


B. Falsafah Pendidikan Negara
C. Falsafah Pendidikan Persekutuan
D. Falsafah Pendidikan Nasional

2. Antara berikut, yang manakah matlamat intrinsik pendidikan?

I. Sejahtera diri.
II. Berakhlak.
III. Potensi.
IV. Profesional.

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

3. Sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan institusi pendidikan di negara ini.
Kedua-dua institusi ini merupakan jenis pendidikan

A. Nonformal.
B. Informal.
C. Formal.
D. Tradisional.

4. Guru mendalami kandungan pelajaran dengan menyertai kursus-kursus yang disediakan


oleh kementerian pendidikan.
Kenyataan di atas merujuk kepada peranan guru dalam

A. Profesional.
B. Perundingan.
C. Penyelidikan.
D. Pengajaran.

5. Aspek ketuhanan diletakkan pada kedudukan tertinggi dalam peranan guru


merealisasikan matlamat pendidikan tercapai. Hal ini kerana

A. Untuk menghormati rukun negara Malaysia yang pertama iaitu kepercayaan


kepada Tuhan.
B. Untuk membentuk sahsiah baik yang merupakan tunjang kepada pembentukan
masyarakat dan negara harmoni.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

C. Untuk mewujudkan keseimbangan dan perpaduan dalam masyarakat Malaysia


yang majmuk.
D. Untuk menunjukkan perbezaan antara sistem pendidikan Malaysia dengan sistem
pendidikan negara lain.

JAWAPAN

1) Jawapan aktiviti Kreatif

Menegak
1. EKSTRINSIK
2. PERASAAN

Melintang
1. ROHANI
2. METAFIZIK
3. ILMU

2) Jawapan Objektif
1.B
2.A
3.C
4.D
5. B

3) Jawapan esei

1. Cabang falsafah terbahagi kepada tiga iaitu metafizik, epistemology dan aksiologi.

- Metafizik : ialah cabang falsafah yang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan


alam, jiwa, roh dan kehidupan. Elemen pendidikan yang terkandung di dalamnya adalah
berkaitan dengan masalah hakikat manusia di mana pelajar dapat mengetahui
kelemahan dan potensi yang ada dalam diri mereka. Selain itu, ia juga menjadi
persoalan utama apabila pelajar mula meneroka alam sekelilingnya.

-epistemologi: Epistemologi merupakan cabang falsafah yang membincangkan tentang


teori ilmu pengetahuan. Epistemologi membahaskan secara terperinci tentang segenap
proses untuk memperoleh pengetahuan iaitu asal usul pengetahuan, bagaimana
seseorang boleh memperoleh pengetahuan berkenaan serta kesahihannya.

-aksiologi : Aksiologi juga dikenali sebagai teori nilai di mana cabang falsafah ini
membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai. Nilai ini dikategorikan
kepada dua iaitu nilai etika dan nilai estetika.

2. Proses pendidikan yang sewajarnya dilaksanakan adalah pendidikan yang berterusan


sepanjnag hayat, pendidkan yang boleh memperkembang potensi jasmani, emosi, rohani
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

danintelek individu dan pendidikan yang mengembangkan potensi secara mnyeluruh dan
bersepadu. Hal ini penting bagi melahirkan insane yang seimbang dan harmonis, percaya
kepada Tuhan, rakyat Malysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklhlak muia,
bertanggungjawab serta menjadi rakyat Malaysia yang boleh member sumbnagan.

3. Matlamat intrinsik ialah perkara bersifat dalaman dan kendiri yang mesti wujud dalam diri
setiap warganegara. Berperanan memperkembangkan individu dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Nilai-nilai murni yang telah terbina di dalam diri seseorang individu akan
membuahkan hasil yang besar kepada individu tersebut. Setelah individu tersebut dipenuhi
dengan matlamat yang dirancangkan, maka akan terbinalah individu yang sejahtera dan
sempurna dirinya lantas lebih bersedia untuk memanfaatkan keluarga, masyarakat dan
negara. Matlamat yang kedua ialah matlamat ekstrinsik merupakan matlamat luaran yang
terhasil daripada suatu sistem. Matlamat ini dalam erti kata lain merupakan sumbangan
yang boleh diberikan oleh setiap individu sebagai warganegara kepada penghasilan negara
yang makmur dan sejahtera. Elemen-elemen dalam matlamat ekstrinsik tidak akan dapat
terhasil tanpa wujudnya unsur-unsur murni di dalam matlamat intrinsik yang telah
dibincangkan. Gabungan daripada individu, keluarga dan masyarakat yang lengkap dengan
semua unsur tersebut akhirnya akan berjaya menghasilkan negara yang aman dan
sejahtera.

4. Dalam usaha untuk merealisasikan matlamat pendidikan, guru memainkan peranan yang
penting. Guru adalah barisan hadapan dan tunjang utama bagi merealisasikan matlamat
pendidikan. Antara peranan guru yang utama adalah guru berperanan untuk memastikan
murid-murid sedar dan percaya kepada Tuhan dan bersyukur dengan pemberian Tuhan. Ia
sesuai dengan saranan rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Ia penting untuk
menghasilkan individu yang berakhlak terpuji dan berperibadi mulia. Hal ini seterusnya
dapat membentuk individu, keluarga, masyarakat dan negara yang makmur dan harmoni.
Kedua, Untuk perjalanan pdp yang baik mestilah guru memiliki kemahiran, pengetahuan
dan nilai yang tinggi dapat memudahkan perjalanan dan pelaksanaan proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Jika tahap
kemahiran, pengetahuan dan nilai yang dimiliki guru adalah rendah, maka penghasilan
pelajar yang cemerlang adalah sukar. Hal ini akan memberi impak negatif kepada individu,
keluarga, masyarakat dan negara. Ketiga, Salah satu peranan guru mestilah melakukan
penyelidikan untuk memastikan berlakunya mutu atau kualiti pengajaran yang tinggi. Ia
boleh dilakukan dengan membuat persediaan awal dan rapi sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengajaran harian merupakan salah satu
strategi untuk membantu guru dalam melakukan persedian yang sistematik. Penyelidikan
juga dapat membantu guru untuk mengesan kelemahan dan kekuatan proses pengajaran
dan pembelajaran. Jadi, penyelidikan adalah penting dalam usaha untuk merealisasikan
matlamat pendidikan..

5. Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru untuk memastikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. Berikan tiga contoh kemahiran beserta huraian.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraiannya

a) Menguasai dan menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
b) Kemahiran merancang yang berkesan di mana guru boleh mengenalpasti strategi
pengajaran dan pembelajaran, merancang bahan pembelajaran yanh sesuai serta alat
bantu yang sesuai.
c) Kemahiran mengurus persekitaran pengajaran dan pembelajaran.

Carian Maklumat

Buku Panduan FPK


http://www.ppk.smkdpk.com/bsk/bpanduan/fpk.pdf

Guru dan Cabaran Pendidikan Abad ke 21.


http://www.padu.edu.my/files/Buletin_Anjakan_Bil_5-2015_(Final).pdf

You might also like