You are on page 1of 25

Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

SEMESTER 1 SESI 2017/2018

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


KPF4013
FALSAFAH &
PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
UNIT 10
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH

NAMA PELAJAR NO.MATRIK


NOR ANIDA BINTI AB RAHMAN L20181011070
NORHUSNA BINTI CHE OMAR L20181011054
NUR AIN NABIHAH BINTI IBRAHIM L20181011086
SITI ROKIAH BT AWANG TEH L20181011068
WAN HAFSHAH BT WAN ISHAK L20181011066
MOHD AZUARI BIN MOHAMAD L20181011093

KUMPULAN: C TARIKH SERAHAN: 23 NOVEMBER 2018

PENSYARAH: EN MOHD ARIFIN BIN GHAZALI

Siri Modul Aktiviti Pembelajaran Aktif

0
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

Sinopsis

Pendidikan adalah satu sistem dan proses yang kompleks dalam membangunkan insan
yang mencakupi keseluruhan rakyat.Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan satu
organisasi yang besar yang diwujudkan untuk mengambil tanggungjawab dalam proses
mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara.

Justeru, bagi merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun
menyusun satu sistem organisasi dan pentadbiran pendidikan yang mantap meliputi lima
peringkat iaitu peringkat pusat,negeri,daerah,sekolah dan bilik darjah.Struktur organisasi ini
pula disusun mengikut hirarki berbentuk piramid dan mempunyai aliran autoriti dan delegasi
tanggungjawab yang tersendiri bermula dari puncak sehinggalah ke dasarnya.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Oleh yang demikian,pembahagian tugas serta penetapan peranan, fungsi dan peraturan-
peraturan adalah perlu agar semua ahli-ahli organisasi memahami tanggungjawab masing-
masing.Melalui rangkaian dan cabang dalam keseluruhan organisasi inilah memerlukan
pengembelingan tenaga semua pihak serta komitmen pada tugas yang akhirnya dapat
membantu negara dalam mencapai matlamat dan halatuju pendidikan negara.

Objektif
Setelah melengkapkan aktiviti ini, pelajar dapat:
i. Menjelaskan pengertian pentadbiran dan organisasi pendidikan
ii. Membincangkan fungsi pentadbiran pada peringkat organisasi pendidikan di Malaysia.
iii. Menganalisis organisasi pendidikan peringkat negeri.
iv. Membahaskan organisasi pentadbiran pendidikan peringkat sekolah.

Kandungan Halaman

Ringkasan pemetaan kandungan. 2


10.0
10.1 Pengertian Pentadbiran & Organisasi Pendidikan. 3-6
10.2 Fungsi Pentadbiran Organisasi Pendidikan di Malaysia. 7-10
10.3 Organisasi Pentadbiran Pendidikan Peringkat Pusat. 11-12
10.4 Organisasi Pentadbiran Pendidikan Peringkat Negeri. 13-14
10.5 Organisasi Pentadbiran Pendidikan Peringkat Sekolahi. 15-16
10.6 Aktiviti Perbincangan dan rujukan. 17
10.7 Rujukan 18

1
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

10.0 Pemetaan Ringkasan Kandungan

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

2
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

10.1 Pengertian Pentadbiran & Organisasi Pendidikan

PERKARA TOKOH PENGERTIAN CONTOH


i. Chester
Organisasi I.Barnard Organisasi ialah system kerja yang Organisasi
dianggotai oleh 2 atau lebih. sekolah
James
D.Mooney Sebarang bentuk pemuafakatan atau Organisasi
kerjasama untuk capai tujuan bersama syarikat
Hollebeck
(1995) Hollebeck (1995) mengambarkan organisasi

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


sebagai penggabungan manusia dan sumber
Morgan untuk menjayakan sesuatu tujuan dan
(1986) matlamat yang tidak mampu dilaksanakan
oleh individu secara bersendirian.
Sufean
Hussin Morgan (1986) pula melihat organisasi
(2004) melalui perspektif yang berbeza, iaitu:

 Organisasi dilihat berfungsi sebagai


mesin yang mana pembangunannya
terhad dan lebih bersifat melaksanakan
fungsi rutin.
 Organisasi dilihat beroperasi seperti
makhluk hidup yang bersedia
menyesuaikan diri dengan perubahan
persekitaran. Organisasi dianalogikan
sebagai otak yang sentiasa mencari
jalan untuk meningkatkan kebolehan
dan mencari pembaharuan.
 Organisasi dilihat sebagai sistem
budaya yang mengandungi ideologi,
nilai, upacara, kepercayaan dan
amalan yang diyakini bersama.
 Organisasi adalah sebuah institusi
politik yang membentuk hierarki autoriti.
Organisasi ini berkait rapat dengan
kekuasaan, manipulasi

 Organisasi adalah sebuah penjara


psikik, di mana ahli organisasi diikat
dengan tradisi dan berbangga dengan
kejayaan mereka dan tidak bersedia
untuk menerima perubahan dan lebih
selesa dengan suasana yang ada.
 Organisasi berbentuk transformasi
yang dilihat bersedia untuk berubah
dan membuat strategi untuk
menghadapi halangan-halangan
3
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

semasa perubahan.
 Organisasi adalah alat untuk
mendominasi yang membawa maksud
ahli atau kumpulan berkelakuan untuk
mencapai motif mereka dengan
mencengkam pihak lain asalkan
kepentingan atau keperluan mereka
tercapai.

Sufean Hussin (2004) pula menjelaskan


bahawa organisasi merujuk kepada struktur
penyusunan komponen-komponen atau unit-
unit yang terdapat dalam sesuatu sistem,

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


lazimnya sistem sosial. Sistem pula dikaitkan
dengan apa sahaja yang terbina daripada
rangkaian komponen-komponen atau unit-
unit yang di mana ia mempunyai sesuatu
tugas, fungsi atau matlamat. Dari aspek
sosial, institusi yang ditubuhkan oleh
masyarakat merupakan satu sistem sosial.

ii. Ibrahim Pentadbiran ialah satu unsur penting bagi Pengetua


Pentadbiran Mamat menjamin kelancaran perjalanan komponen- Sesebuah
(1993) komponen yang terdapat di dalam organisasi. Sekolah.

Pengurus
Pentadbiran berfungsi untuk menggerakkan Sesebuah
Sufean segala sumber yang meliputi sumber Syarikat
Hussin manusia dan sumber fizikal (kewangan dan
(2004) infrastruktur) secara selaras dan tersusun
bagi mencapai matlamat.

Drucker Pentadbiran diperlukan untuk mewujudkan


(1954) kesejahteraan dan keharmonian mekanisme
sosial; memandu organisasi mengharungi
masalah; dan untuk memberikan kekuatan
kepada organisasi menghadapi cabaran-
cabaran baru.

Ibrahim Mamat (1993) telah merumuskan


tafsiran mengenai pentadbiran sebagai:

 Satu proses sosial yang merangkumi


soal-soal penyelesaian masalah dan
membuat keputusan.
 Satu proses sosial yang berkaitan
dengan mengadakan,
menyelenggarakan, mengawal dan
menyatukan segala sumber manusia
dan fizikal dalam satu system yang
4
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

disepadukan untuk mencapai sesuatu


matlamat.
 Suatu tindakan mengkoodinasikan
aktiviti-aktiviti yang saling
mempengaruhi antara satu sama lain,
untuk mencapai sesuatu matlamat
dengan sebaik-baik cara yang mungkin.

Sufean Hussin (2004) memperincikan


pentadbiran sebagai proses membuat
keputusan berdasarkan ciri-ciri berikut:
 Pentadbiran ialah satu tingkah laku am
yang boleh dijumpai dalam semua

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


organisasi manusia.
 Pentadbiran ialah proses mengarah dan
mengawal penghidupan dalam
organisasi sosial.
 Fungsi pentadbiran ialah untuk
mengembangkan dan mengubahsuai
proses membuat keputusan dengan
berkesan dan sebaik mungkin.

Drucker (1954) menyatakan bahawa


pentadbiran organisasi ialah “a mean to an
end”, iaitu pentadbiran merupakan
mekanisme pengaturan sumber-sumber
untuk mencapai matlamat. Secara amnya,
fungsi pentadbiran melibatkan:
 menilai kualiti dan kuantiti hasil.
 menentukan pemilihan strategi
pelaksanaan.
 menetapkan dan melaksanakan dasar-
dasar.
 mempengaruhi imej dan prestij sesuatu
organisasi.
 menentukan iklim organisasi dan
hubungan antara manusia.
 menentukan jenis output, hala tuju dan
keutamaan yang perlu diberi perhatian.
 membantu perolehan dan penggunaan
sumbert-sumber dengan cara yang
berkesan.

iii.

5
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

Dalam pendidikan istilah yang paling sesuai


digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran
pendidikan kerana tugas kedua-duanya
terdapat dalam mana-mana Institusi
Pendidikan (Rosy Talin 2002).

Dalam konteks pentadbiran pendidikan,


Rosy Talin Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan
(2002). pentadbiran pendidikan sebagai satu daya
menyeluruh untuk memandu, mengawal dan
menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling
Kamarudd berkaitan, ke arah pencapaian matklamat Sekolah,
in Kachar pendidikan. PPD, JPN

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


(1990) dan
Pentadbiran
Beliau berpendapat pentadbiran pendidikan Kementerian
Organisasi
Abdul merupakan satu proses perkhidmatan yang Pelajaran
Pendidikan
Rahman melibatkan proses perancangan pendidikan, Malaysia
Arshad pengelolaan pendidikan, pengurusan
(2007) kakitangan pendidikan, pengarahan
pendidikan, penyelarasan pendidikan,
penyediaan belanjawaan pendidikan dan
penilaian pendidikan.

Merujuk kepada kenyataan Abdul Rahman


Arshad (2007), pentadbiran pendidikan di
Malaysia adalah berbagai tahap yang
bermula pada peringkat pusat, negeri, daerah
dan sekolah.

Rumusan:

 Organisasi merupakan satu penyelarasan unit sosial yang mengandungi dua atau
lebih individu yang memainkan peranan untuk mencapai matlamat bersama.
 Pentadbiran pula berperanan sebagai satu unsur penting bagi menjamin kelancaran
perjalanan komponen-komponen yang terdapat di dalam organisasi. Pentadbiran
berfungsi untuk menggerakkan segala sumber yang meliputi sumber manusia dan
sumber fizikal (kewangan dan infrastruktur) secara selaras dan tersusun bagi
mencapai matlamat.
 Organisasi pentadbiran pendidikan merupakan satu organisasi yang besar yang
diwujudkan untuk mengambil tanggungjawab kepada proses mengurus dan
mentadbir sistem pendidikan negara bagi mencapai matlamat pendidikan yang telah
ditetapkan.

6
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

10.2 Fungsi Pentadbiran Organisasi Pendidikan di Malaysia

10.2.1 Peringkat organisasi


FUNGSI PERINGKAT ORGANISASI ALIRAN
PENTADBIRAN AUTORITI
Top
i.Menteri Pelajaran
Eksekutif ii.Ketua Pengarah
Pusat iii.Timbalan Ketua
Pengarah

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


b)Pengurusan Peringkat Negeri (pengarah
pendidikan negeri

c)Penyeliaan Peringkat Daerah


(pegawai pendidikan daerah)

d) Teknikal Peringkat Sekolah


(pentadbir sekolah)

e) Peringkat Bilik Darjah Down


Pelaksanaan (guru-guru)

10.2.2 Fungsi Pentadbiran Pendidikan

FUNGSI KETERANGAN CONTOH


Sistem pendidikan di negara ini dapat Menteri Pelajaran,
dilaksanakan dengan berkesan dan cemerlang,
Menteri Pelajaran dibantu oleh dua orang Timbalan Timbalan Menteri,
Menteri, Setiausaha Parlimen dan seorang
Setiausaha Politik. Pada peringkat pentadbiran Setiausaha Parlimen
Kementerian Pelajaran, Ketua Setiausaha (KSU)
merupakan pegawai utama yang Setiausaha Politik
Eksekutif
bertanggungjawab untuk melancarkan jentera
pentadbiran dan tugas-tugas Kementerian
Pelajaran.

KSU dibantu oleh dua Timbalan Ketua Setiausaha


(Pengurusan dan Pembangunan), Ketua Pengarah
Pelajaran dan tiga Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran (Bahagian Dasar Pembangunan
7
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

Pendidikan, Bahagian Operasi Pendidikan dan


Bahagian Profesionalisme Pendidikan) dan Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia. Tugas dan
tanggungjawab utama Ketua Pengarah Pelajaran
ialah melapor atau memberi taklimat kepada KSU
dan Menteri Pelajaran mengenai perkara-perkara
yang berkaitan dengan perkhidmatan pelajaran.

Tugas dan tanggungjawab pentadbiran harian


Kementerian Pelajaran terletak pada Timbalan
Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran. Menteri Pelajaran bertanggungjawab
secara terus kepada Parlimen (Dewan Rakyat).

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Bagi melicinkan jentera pentadbiran Kementerian
Pelajaran dan bagi melaksanakan dasar serta
program pendidikan yang lebih kemas dan
sistematik, Kementerian Pelajaran telah
mewujudkan bahagian-bahagian dalam organisasi
pentadbirannya.

Eksekutif Jumlah bahagian tersebut bergantung kepada


keperluan sistem pendidikan di Malaysia. Setiap
bahagian bertanggungjawab terus kepada
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
(TKPPM).

JPN berperanan menjalankan fungsi-fungsi Pengarah Pendidikan


khusus: Negeri
i. Pengurusan, penyeliaan, penyelarasan dan
pengawasan program-program pendidikan pada
peringkat bahagian, daerah dan sekolah.
Pengurusan ii. Memastikan dasar-dasar pendidikan memenuhi
hasrat dan matlamat yang termaktub dalam Akta
Pelajaran 1996.
iii. Memastikan kemajuan dan kecemerlangan
setiap aktiviti yang dijalankan pada peringakt
sekolah.
iv. Agensi penghubung yang menyalur
maklumbalas: tahap pencapaian dan masalah
berhubung kurikulum, kokurikulum, pembangunan
dan sumber daerah dan sekolah kepada KPM.
v. Menyelaras pentadbiran: perjawatan, kewangan,
pembangunan fizikal dan sumber manusia.
vi. Menyelia program & projek: buku teks, bantuan
kewangan/ makanan, sukan, kurikulum & media
pendidikan.
vii. Melaksana & menyelia rancangan
pembangunan pendidikan peringkat negeri.
viii. Menasihat KPM.

Organisasi pendidikan peringkat daerah bagi Pegawai Pendidikan

8
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

setiap negeri diketuai Pegawai Pendidikan Daerah Daerah


yang memainkan peranan khusus seperti berikut:
i. Mewakili JPN pada peringkat daerah kelolaannya
ii. Memberi khidmat nasihat kepada pengetua/guru
besar di sekolah-sekolah di daerah
pentadbirannya.
iii. Membantu sekolah dari aspek perkembangan
kurikulum.
iv. Memberi maklumat kepada JPN berkaitan
Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran.
v. Mengenalpasti program pembangunan
professional guru-guru.
vi. Membantu menguruskan peperiksaan awam.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


vii. Menguruskan kemasukan dan pertukaran
pelajar.
viii. Mengawal etika dan disiplin staf di sekolah-
sekolah.

Pentadbiran sekolah dibawah pimpinan seorang Pengetua


pengetua telah menjadi suatu bidang yang
memerlukan pengetahuan, kecekapan, Guru Penolong Kanan
pengalaman mengajar dan mentadbir yang tinggi. Pentadbiran
Antara bidang tugas guru penolong kanan
pentadbiran berperanan dalam melaksana dan Guru Penolong Kanan
menjalankan segala tugas dan tanggungjawab HEM
Teknikal pengetua semasa ketiadaanna di sekolah. Dari
sudut pentadbiran pula, GPK1 berperanan dalam
membantu bagi menentukan beban tugas guru dan
kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan
saksama.
Bidang-bidang tugas GPK HEM dari sudut
pentadbiran adalah mengurus dan mengemas kini
semua buku rekod pendaftaran murid di
sekolahnya. Antara peranan GPKK meliputi
perancangan, pelaksanaan, pengawalseliaan dan
pembangunan berterusan murid-murid dalam
aspek sukan, permainan, badan beruniform, kelab
dan persatuan serta penyertaan dalam aktiviti
anjuran daerah, negeri dan kebangsaan.

Proses penambahbaikan sekolah seringkali Guru –Guru


melibatkan pelaksanaan aktiviti dan program yang
berbeza daripada yang dibuat pada masa lalu.
Pelaksanaan Oleh demikian, peranan guru ialah berhadapan
dengan pengurusan perubahan. Kepimpinan guru
diperlukan untuk mengurus proses perubahan.

9
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

10.2.3 Aliran Autoriti Dalam Pentadbiran Organisasi Pendidikan

i. Aliran Autoriti (Top  Down)

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

10
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

ii. Aliran Autoriti (Bottom  Up)

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

11
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

10.3 Organisasi Pentadbiran Pendidikan Malaysia

10.3.1 Carta Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Menteri Pendidikan

Timbalan Menteri Timbalan Menteri


Pendidikan (I) Pendidikan (II)

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

12
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

10.3.2 Jawatan & Tanggungjawab

Jawatan Tanggungjawab
- Berkuasa untuk membuat keputusan ke atas semua dasar
pendidikan.
Menteri Pendidikan
- Diberi kuasa memberi arahan am dan arahan khas

- Membantu menteri pendidikan melaksanakan dasar dasar yang


Timbalan Menteri
dijalankan dengan sempurna
Pendidikan I & II

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


- Melancarkan jentera pentadbiran dan tugas-tugas di bawah
Ketua Setiausaha kementerian pendidikan.

Timbalan Ketua - Membantu pentadbiran tugas-tugas harian ketua setiausaha


Setiausaha

- Melapor dan memberi taklimat kepada ketua setiausaha dan


Ketua Pengarah
menteri pelajaran mengenai perkara-perkara yang berkaitan
Pendidikan
perkhidmatan pelajaran.

Timbalan Pengarah
- Membantu melicinkan pentadbiran harian ketua setiausaha.
Pendidikan

Timbalan Ketua - Bertanggungjawab melancarkan bahagian-bahagian dalam


Pengarah organisasi pentadbirannya.
Pendidikan

10.4 Organisasi Pentadbiran Pendidikan Peringkat Negeri


13
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

10.4.1 Carta Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Ketua Sektor

Pegawai Pendidikan
Daerah

10.4.2 Jawatan & Tanggungjawab

Jawatan Tanggungjawab
Pengarah - Penasihat utama menteri pelajaran berhubung dengan dasar
14
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

pendidikan negara.
- Mentadbir, melaksana dasar-dasar dan arahan kementerian
Pendidikan Negeri pelajaran Malaysia.
- Melaksanakan program dan projek penel di semua peringkat.

Timbalan
- Membantu pengarah pelajaran negeri melicinkan dan
Pendidikan
melaksanakan tugas-tugasnya
Pelajaran
- Menyelia dan mengurus hal-hal berkaitan pengurusan sekolah
Ketua Sektor seperti sekolah menengah,sekolah rendah,teknik dan vokasional
Pengurusan serta prasekolah.
Sekolah - Mengembangkan,meningkatkan serta memantapkan pengurusan

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


sekolah yang sistematik,berkualiti serta berterusan.

- Meningkatkan kompetensi dan pengalaman semua pegawai.


Ketua Sektor - Memberi bimbingan secara berterusan kepada pengurus sekolah
Pengurusan untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah
Akademik - Mengindoktrin pemikiran pengurus sekolah bagi menzahirkan jati
diri sebagai pemimpin instruksional.

- Bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendali semua jenis


peperiksaan di bawah lembaga peperiksaan Malaysia dan
Ketua Sektor
kementerian pelajaran Malaysia.
Penilaian &
- Mengurus dan mengendali pendaftaran calon-calon peperiksaan
Peperiksaan
- Bertanggungjawab menyedia surat Pelantikan Petugas
peperiksaan setelah mendapat senarai cadangan dari PPD.

Ketua Sektor - Meningkatkan kualiti pendidikan islam secara berkesan bagi


Pendidikan islam melahirkan individu yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

- Memperkasakan kepimpinan sekolah menengah dan rendah ke


Ketua Sektor
arah melonjakkan kecemerlangan pendidikan.
Jaminan Kualiti
- Memastikan pengurusan organisasi dilaksanakan dengan
berkualiti dan berkesan.

- Menyelaraskan program pengkomputeran.


Ketua Sektor Unit
- Memberi sokongan kepada sistem aplikasi data untuk sistem
ICT
pengurusan sekolah.

- Sebagai wakil JPN pada peringkat daerah kelolaannya.


Pegawai - Mengawal etika dan memberi nasihat kepada guru besar
Pendidikan Daerah - Membantu dalam aspek kurikulum contohnya menyediakan
kursus dan sebagainya.

10.5 Organisasi Pentadbiran Pendidikan Peringkat Sekolah

15
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

10.5.1 Carta Organisasi Peringkat Sekolah

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

10.5.2 Jawatan & Tanggungjawab

Jawatan Tanggungjawab
Pengetua/Guru - Pelaksana dasar peringkat sekolah

16
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

- Mengurus pendidikan dan halatuju sesebuah sekolah


- Merancang kewangan serta menyediakan anggaran belanjawan
Besar
sesebuah sekolah.

- Mengambil alih tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua


- Membantu pengetua mengurus dan mentadbir sekolah.
Guru Penolong - Memastikan pelaksanaan semua kursus engajian yang
Kanan Pentadbiran ditetapkan Kementerian Pendidikan
- Menyelaras segala program kurikulum sekolah.

- Mengambil alih tugas pengetua dan guru kanan pentadbiran


semasa ketiadaannya.
Guru Penolong
- Bertanggungjawab kepada pengetua dalam soal
Kanan Hal Ehwal

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


kurikulum,kokurikulum,disiplin dan kaunseling pelajar
Murid
- Memastikan keselamatan pelajar di sekolah.

- Merancang, melaksana dan mengawalselia dalam pembangunan


Guru Penolong berterusan para pelajar dalam aspek sukan, permainan,
Kanan Kokurikulum persatuan dan badan beruniform.

- Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran.


- Menyelaras rancangan pelajaran tahunan.
Guru Kanan Bidang
- Menyediakan soalan-soalan peperiksaan yang akan dijalankan.

- Memastikan RPT dan HSP selaras mengikut subjek masing-


masing.
Guru Panitia - Merancang dan memutuskan program pelaksanaan aktiviti
kecemerlangan tahunan.

- Bertanggungjawab sebagai pendidik,pembimbing dan pengajar


di dalam bilik darjah dan bersedia dengan proses perubahan.
- Sebagai pemimpin /pemotivasi dan penggerak kepada guru-guru
lain bagi meningkatkan prestasi sekolah serta melaksanakan
Guru tugas dengan baik dan berkesan.
- Berperanan penting dalam memberi kesedaran kepada diri
sendiri, pelajar, masyarakat serta memiliki pekerti mulia yang
dapat menjadi contoh kepada semua.

- Menyelia kakitangan bukan guru.


Staf Sokongan - Menyimpan dan mengawal stok/harta benda sekolah.
(Pembantu Tadbir) - Menjalankan kerja-kerja perhubungan awam.

- Menuntut ilmu,mengadaptasi ilmu yang dipelajari.


Pelajar - Aktif dalam kurikulum dan kokurikulum.

10.6 Aktiviti Perbincangan

17
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

UNIT SOALAN

10.1 Jelaskan pengertian pentadbiran dan


organisasi pendidikan

10 10.2 Bincangkan fungsi pentadbiran pada


peringkat organisasi pendidikan di
Organisasi & Malaysia.
Pentadbiran

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Pendidikan 10.3 Analisiskan organisasi pendidikan
Malaysia peringkat negeri

10.4 Bincangkan struktur organisasi dan


fungsi pentadbiran pendidikan
peringkat sekolah

SKEMA JAWAPAN ESEI

18
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

10.1 Jelaskan pengertian pentadbiran dan organisasi pendidikan

Pentadbiran ialah satu unsur penting bagi menjamin kelancaran perjalanan komponen-
komponen yang terdapat di dalam organisasi. Pentadbiran berfungsi untuk menggerakkan
segala sumber yang meliputi sumber manusia dan sumber fizikal (kewangan dan infrastruktur)
secara selaras dan tersusun bagi mencapai matlamat. Pentadbiran diperlukan untuk
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian mekanisme sosial; memandu organisasi
mengharungi masalah; dan untuk memberikan kekuatan kepada organisasi menghadapi
cabaran-cabaran baru.

Hollebeck (1995) mengambarkan organisasi sebagai penggabungan manusia dan sumber


untuk menjayakan sesuatu tujuan dan matlamat yang tidak mampu dilaksanakan oleh individu

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


secara bersendirian. Sufean Hussin (2004) pula menjelaskan bahawa organisasi merujuk
kepada struktur penyusunan komponen-komponen atau unit-unit yang terdapat dalam sesuatu
sistem, lazimnya sistem sosial. Sistem pula dikaitkan dengan apa sahaja yang terbina daripada
rangkaian komponen-komponen atau unit-unit yang di mana ia mempunyai sesuatu tugas,
fungsi atau matlamat. Dari aspek sosial, institusi yang ditubuhkan oleh masyarakat merupakan
satu sistem sosial.

10.2 Bincangkan fungsi pentadbiran pada peringkat organisasi pendidikan di Malaysia.

Drucker (1954) menyatakan bahawa pentadbiran organisasi ialah “a mean to an end”, iaitu
pentadbiran merupakan mekanisme pengaturan sumber-sumber untuk mencapai matlamat.
Secara amnya, fungsi pentadbiran melibatkan menilai kualiti dan kuantiti hasil., menentukan
pemilihan strategi pelaksanaan, menetapkan dan melaksanakan dasar-dasar., mempengaruhi
imej dan prestij sesuatu organisasi, menentukan iklim organisasi dan hubungan antara
manusia, menentukan jenis output, hala tuju dan keutamaan yang perlu diberi perhatian dan
membantu perolehan dan penggunaan sumbert-sumber dengan cara yang berkesan.

Menurut Kamaruddin Kachar (1990), mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai satu daya
menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling
berkaitan, ke arah pencapaian matlamat pendidikan. Beliau berpendapat pentadbiran
pendidikan merupakan satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan
pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan
pendidikan, penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian
pendidikan.

10.3 Analisiskan organisasi pendidikan peringkat negeri

Organisasi pendidikan peringkat negeri diketuai oleh pengarah pendidikan negeri sebagai
penasihat utama menteri pelajaran berhubung dengan dasar pendidikan negara. Selain itu,
beliau mentadbir, melaksana dasar-dasar dan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia malah
melaksanakan program dan projek penel di semua peringkat. Manakala, timbalan pendidikan
pelajaran pula membantu pengarah pelajaran negeri dalam melicinkan dan melaksanakan
tugas-tugasnya. Di bawah pengelolaan timbalan pendidikan, terdapat beberapa sektor yang
bertindak sebagai pembantu dalam melicinkan pentadbiran di mana sektor pengurusan sekolah
bertindak dalam menyelia dan mengurus hal-hal berkaitan pengurusan sekolah seperti sekolah
menengah, sekolah rendah, teknik dan vokasional serta prasekolah di samping
mengembangkan, meningkatkan serta memantapkan pengurusan sekolah yang sistematik,

19
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

berkualiti serta berterusan. Seterusnya, ketua sektor pengurusan akademik bertindak


meningkatkan kompetensi dan pengalaman semua pegawai, memberi bimbingan secara
berterusan kepada pengurus sekolah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran
sekolah serta mengindoktrin pemikiran pengurus sekolah bagi menzahirkan jati diri sebagai
pemimpin instruksional. Selain itu juga, ketua sektor penilaian dan peperiksaan
bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendali semua jenis peperiksaan di bawah
lembaga peperiksaan Malaysia dan kementerian pelajaran Malaysia di samping mengurus dan
mengendali pendaftaran calon-calon peperiksaan dan bertanggungjawab menyedia surat
pelantikan petugas peperiksaan setelah mendapat senarai cadangan dari PPD. Seterunya,
ketua sektor pendidikan islam meningkatkan kualiti pendidikan islam secara berkesan bagi
melahirkan individu yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia. Manakala, ketua sektor
jaminan kualiti bertanggungjawab memperkasakan kepimpinan sekolah menengah dan rendah

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


ke arah melonjakkan kecemerlangan pendidikan dan memastikan pengurusan organisasi
dilaksanakan dengan berkualiti dan berkesan. Juteru itu, Ketua sector unit ICT menyelaraskan
program pengkomputeran dalam memberi sokongan kepada sistem aplikasi data untuk sistem
pengurusan sekolah. Akhir sekali, pegawai pendidikan daerah sebagai wakil JPN pada
peringkat daerah kelolaannya dan mengawal etika dan memberi nasihat kepada guru besar
serta membantu dalam aspek kurikulum contohnya menyediakan kursus dan sebagainya.

10.4 Bincangkan struktur organisasi dan fungsi pentadbiran pendidikan peringkat sekolah

Struktur organisasi dan fungsi pentadbiran pendidikan peringkat sekolah ialah pengetua atau
Guru Besar sebagai pelaksana dasar peringkat sekolah dalam mengurus pendidikan dan
halatuju sesebuah sekolah serta merancang kewangan serta menyediakan anggaran
belanjawan sesebuah sekolah. Manakala tugas Guru Penolong Kanan Pentadbiran berperanan
mengambil alih tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua, membantu pengetua mengurus
dan mentadbir sekolah, memastikan pelaksanaan semua kursus engajian yang ditetapkan
Kementerian Pendidikan dan menyelaras segala program kurikulum sekolah.

Selain itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang mengambil alih tugas pengetua dan
guru kanan pentadbiran semasa ketiadaannya, bertanggungjawab kepada pengetua dalam soal
kurikulum, kokurikulum, disiplin dan kaunseling pelajar serta memastikan keselamatan pelajar di
sekolah. Di samping itu, Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertindak merancang, melaksana
dan mengawal selia dalam pembangunan berterusan para pelajar dalam aspek sukan,
permainan, persatuan dan badan beruniform.

Seterusnya, Guru Kanan Bidang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran,


menyelaras rancangan pelajaran tahunan dan menyediakan soalan-soalan peperiksaan yang
akan dijalankan. Selain itu, Guru Panitia memastikan RPT dan HSP selaras mengikut subjek
masing-masing dan merancang dan memutuskan program pelaksanaan aktiviti kecemerlangan
tahunan. Manakala guru bertanggungjawab sebagai pendidik,pembimbing dan pengajar di
dalam bilik darjah dan bersedia dengan proses perubahan. Guru juga sebagai pemimpin atau
pemotivasi dan penggerak kepada guru-guru lain bagi meningkatkan prestasi sekolah serta
melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan dan berperanan penting dalam memberi

20
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

kesedaran kepada diri sendiri, pelajar, masyarakat serta memiliki pekerti mulia yang dapat
menjadi contoh kepada semua.

Akhir sekali, Staf Sokongan atau Pembantu Tadbir dalam menyelia kakitangan bukan guru,
menyimpan dan mengawal stok atau harta benda sekolah dan menjalankan kerja-kerja
perhubungan awam. Seterusnya, pelajar yang menuntut ilmu, mengadaptasi ilmu yang
dipelajari serta aktif dalam kurikulum dan kokurikulum.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

SOALAN OBJEKTIF

21
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

1. Seorang tokoh menyatakan bahawa oganisasi ialah penggabungan manusia dan


sumber untuk menjayakan sesuatu tujuan dan matlamat yang tidak mampu
dilaksanakan oleh individu secara bersendirian.Siapakah beliau?

A. Morgan (1986)
B. Ibrahim Mamat (1993)
C. Hollebeck (1995)
D. Drucker (1954)

2. Siapakah yang bertanggungjawab di bawah fungsi pentadbiran organisasi pendidikan di


Malaysia bagi bahagian penyeliaan?

A. Menteri pelajaran

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


B. Pegawai pendidikan daerah
C. Pengetua sekolah
D. Pegawai pendidikan negeri

3. Antara berikut, yang manakah bidang tugas seorang pengetua?

A. Menyelaras rancangan pelajaran tahunan.


B. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang ditetapkan Kementerian
Pendidikan
C. Mengambil alih tugas guru penolong kanan pentadbiran semasa ketiadaannya
D. Merancang kewangan serta menyediakan anggaran belanjawan sesebuah sekolah.

4. Dalam organisasi ada struktur / kedudukan tertentu, dari atas hingga ke bawah. Yang
manakah antara berikut bukan tujuan sesuatu organisasi tersebut?

A. Menghasilkan produktiviti
B. Memantau tugas golongan atasan
C. Bajet keseluruhan
D. Senang melaksanakan tugas

5.
-Menyelaras program
pengkomputeran
-Memberi sokongan kepada
sistem aplikasi data untuk
sistem pengurusan sekolah

Berdasarkan pernyataan di atas, sektor manakah yang bertanggungjawab dalam melaksanakan


tugas di atas?

A. Ketua Sektor Unit ICT


B. Ketua Sektor Pendidikan Islam
C. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
D. Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan

22
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

SKEMA JAWAPAN
OBJEKTIF
1. C
2. B
3. D
4. B
5. A

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

10.7 Rujukan

23
Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

Ab. Aziz Yusuf (2003). Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi. Kuala Lumpur.
Pearson (M) Sdn. Bhd.
Abdul Shukor Abdullah. (1991). Pengurusan Organisasi,: Perspektif, Pemikiran dan
Teori. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Shukor Abdullah. (2004). Ucaptama: Kepimpinan unggul tonggak bidang
Pendidikan cemerlang. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan Ke 12, pada 6 – 9 Disember 2004, Anjuran
Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.
Noordin Yahya dan Shariffudin Ismail (2004), “Tingkah laku Kepimpinan Pengetua
Dan Hubungannya Dengan tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi,
Di Beberapa Buah sekolah Terpilih”. Kertas kerja yang dibentangkan dalam

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 pada 6-9
Disember 2004.
Alimuddin Haji Mohd Dom (2006). Outstanding Leaders: Membina Sekolah
Cemerlang. Selangor: Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi
Berita Harian.(Ogos 2005).Beban Tugasan Guru Sekolah Kian Meningkat.
Arkib Berita Harian. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/bh-arkib_html.
Carian News Archive (Articles Since 1991). Navigasi pada tarikh 4 Jun 2008.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010. KPM: Putrajaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. KPM:
Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.

https://www.slideshare.net/aliahmad1990/54-pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah

http://eprints.utm.my/29961/1/MohamadNajibAbdul2004_PembangunanOrganisasiDiMalaysiaProjekPe
ndidikan.pdf

24

You might also like