You are on page 1of 2

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) PENDIDIKAN KHAS

AMBILAN JUN 2020/2021 IPGM

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Bilangan Jurnal : 2
Minggu : 2
Tarikh : 26 hingga 30 April 2021
Tajuk : Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

MASALAH

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang minggu ini, saya dapati mengaplikasikan


kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sukar diterapkan bagi murid berkeperluan khas. Saya
sendiri pada mulanya ingin menerapkan unsur KBAT bagi merangsang minda kreatif murid
tetapi soalan yang diberikan hanya dipandang sepi dan tiada respons dari murid.

ANALISIS

Masalah ini timbul apabila saya menggunakan soalan-soalan yang sukar difahami. Mungkin
cara dan teknik penyoalan saya yang sebelum ini digunakan untuk murid di kelas perdana
tidak sesuai dengan murid berkeperluan khas. Apa yang difikirkan oleh saya tidak sama
langsung dengan cara dan situasi di kelas pendidikan khas. Sangat jauh berbeza dengan
kelas aliran perdana. Murid di kelas pendidikan khas mempunyai pelbagai masalah
pembelajaran yang memerlukan seorang guru peka dan prihatin untuk mengajar dan
mendidik mereka supaya mereka faham dengan apa hendak kita ajar dan sampaikan
kepada mereka.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya perlu memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Ciri-ciri soalan yang baik merupakan soalan yang mempunyai unsur-
unsur KBAT. KBAT ialah satu keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah proses kitaran dari
pemikiran aras rendah (KBAR) ke pemikiran aras tinggi (KBAT). KBAT memasukkan ciri-ciri
berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif. Saya juga perlu merangsang murid untuk

SHAHRIL BIN MAHUSIN


PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) PENDIDIKAN KHAS
AMBILAN JUN 2020/2021 IPGM
menyelesaikan masalah. Saya perlu membuat pembacaan yang mendalam tentang gaya
pemikiran aras tinggi. Selain itu saya juga perlu menyediakan soalan-soalan yang dapat
merangsang minda murid dan juga mengikut tahap dan kemampuan murid-murid. Kaedah
dan teknik penyoalan saya perlu di beri dalam bentuk yang mudah dan soalan rutin semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan baharulah saya boleh mengajukan
soalan yang merangsang mereka berfikir ke aras yang lebih tinggi. Selaras dengan seruan
kerajaan guru-guru perlu mengaplikasikan gaya pemikiran aras tinggi kepada murid-murid
berkeperluan khas kerana mereka juga sebenarnya mempunyai potensi yang tinggi untuk
dicapai dari dalam diri mereka.

TEMPOH PENYELESAIAN

5 minggu (26 April hingga 28 Mei 2021)

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan meminta pandangan daripada pensyarah pembimbing dan penyelaras PPKI/guru
pembimbing untuk penerapan unsur KBAT dalam PDPC seharian. Selain itu, saya perlu
membuat kajian bagaimana contoh dan bentuk-bentuk soalan yang merangsang pemikiran
KBAT ini. Saya juga perlu memastikan soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab oleh
murid-murid. Saya juga perlu memastikan untuk kelas di masa akan datang saya perlu
menyediakan soalan KBAT yang dapat merangsang pemikiran murid dari aras yang mudah
kepada yang lebih tinggi.

KESIMPULAN

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses


pemikiran. Seseorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam
menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau
keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Oleh itu sebagai
seorang guru saya perlu merangsang pemikiran aras tinggi murid.

SHAHRIL BIN MAHUSIN

You might also like