You are on page 1of 3

ANGKA GILIRAN : 2018242340112 EDUP3063

Soalan 2

Kemahiran berfikir aras tinggi adalah kemahiran yang memerlukan pelajar


mengorganisasikan pemikiran berdasarkan keupayaan untuk menghuraikan,
menterjemahkan, mencipta, merefleksikan dan menghubungkaitkan dengan situasi
semasa. Di antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) ini adalah melalui berfikir aktif, melihat konteks persekitaraan
berdasarkan persepektif yang berbeza dan menyusun setiap idea dengan teratur
(Sukiman Saad et al, 2013). Pentaksiran portfolio pula ialah alat penilaian yang
digunakan untuk mendokumentasikan pembelajaran pelajar melalui satu siri koleksi
evidens pencapaian dan hasil kerja pelajar. Guru boleh memasukkan unsur KBAT
ke dalam soalan tugasan yang diberikan seperti dalam soalan ujian, kuiz, projek
mahupun soalan portfolio.

Terdapat pelbagai cara penggubal soalan dapat memastikan soalan yang


dibina mampu mencungkil KBAT dalam diri pelajar. Antaranya ialah, guru boleh
membina soalan berdasarkan situasi sebenar dalam kehidupan harian iaitu situasi
yang berlaku diluar bilik darjah mereka. Hal ini adalah untuk mendorong pelajar
untuk mengaitkan masalah tersebut dengan dunia realiti dan pelajar mampu
menggunakan hasil pembelajaran mereka untuk menyelesaikan masalah. Soalan ini
terdapat dalam aras Taksonomi Bloom dimana pelajar diminta untuk
mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan harian bagi menyelesaikan
masalah KBAT tersebut.

Selain itu, guru juga boleh membina soalan yang mempunyai pelbagai tahap
atau aras pemikiran kognitif pelajar. Soalan ini boleh dikaitkan dengan menguji aras
menganalisis, menilai, mencipta, mengaplikasi dan sebagainya. Hal ini adalah untuk
mengundang pelbagai bentuk respons dan jawapan daripada pelajar itu sendiri
kerana jika soalan yang bersifat fakta atau berkait dengan buku sahaja pelajar tidak
akan membuka fikiran mereka untuk berfikir di luar kotak maka guru perlu membina
soalan KBAT dari pelbagai aras. Contoh yang dapat dilihat dalam portfolio proses
ialah semasa pembelajaran pelajar menggunakan aras menilai dalam memberi
pandangan terhadap rakan sebaya.

Seterusnya, penghasilan soalan oleh guru untuk mencungkil KBAT pelajar


ialah dengan memberikan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran

1
ANGKA GILIRAN : 2018242340112 EDUP3063

inferens dan penaakulan kritikal. Hal ini adalah untuk memberi sedikit petunjuk dan
maklumat yang secukupnya kepada pelajar bagi merangsang idea dalam fikiran
mereka. Contohnya, bagi portfolio produk, pelajar diminta untuk mencipta puisi yang
berkaitan dengan sesuatu perkara secara kreatif dan inovatif namun guru perlu
memberikan sedikit rangsangan seperti gambar atau petikan untuk memberi peluang
pelajar mengembangkan lagi idea mereka sepanjang pembinaan puisi tersebut.

Di samping itu, untuk mencungkil KBAT pelajar, item yang digunakan tidak
boleh berulang. Soalan yang dihasilkan perlulah berbeza setiap tahun dan bahan
yang dirujuk oleh guru bukanlah dariada modul, buku teks atau buku kerja. Ini
adalah untuk menggalakkan pemikiran pelajar supaya lebih meluas dan tidak terikat
dalam skop itu sahaja. Sebagai contoh, jika guru menggunakan item yang berulang,
murid akan merujuk dan mengambil skema jawapan yang lepas dan dimasukkan ke
dalam portfolio produk mereka. Ini menyebabkan pelajar menjadi malas untuk
berfikir. Maka, portfolio yang dihasilkan akan menjadi kurang berkualiti dan akan
dimasukkan ke dalam pportfolio penilaiannya supaya pelajar dapat membuat refleksi
terhadap pembelajarannya.

Kesimpulannya,untuk memastikan pelaksanaan pentaksiran KBAT lebih


berkesan, guru hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran berkaitan.
Guru perlu mempunyai perspektif baharu dalam pentaksiran iaitu tidak semata-mata
berfokuskan peperiksaan bagi melahirkan murid yang berdaya fikir aras tinggi untuk
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu.

2
ANGKA GILIRAN : 2018242340112 EDUP3063

RUJUKAN

AMusliha Salma Mohd Radzi. (2010). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui
pembelajaran berasaskan masalah. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.

Boon, P. Y., Lee, L. H., & Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran Dalam
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014), Buku Dasar Elemen Kemahiran


Berfikir Aras Tinggi (Pentaksiran). Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum

Mohd Hazim. (2016). Pentaksiran Pendidikan: Teori dan praktis ke arah transformas
sistem pendidikan negara. Kuala Lumpur: Kentaimas Jati Sdn. Bhd.

Othman, A. (2016). Pengetahuan, Kemahiran dan Amalan Guru Membina Item


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Instrumen Pentaksiran
Pembelajaran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.

Rajendran, Nagappan. (2001). Teaching Higher-Order Thinking Skills in Language


Classrooms: The Need For Transformation Of Teaching Practice.Paper
presented at the 9thInternational Conference on Thinking, Auckland, New
Zealand.

Sukiman Saad, Noor Shah Saad, Mohd Uzi Dollah. (2013) : P engajaran Kemahiran
Berfikir : Persepsi dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Bilik Darjah : Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik
Malaysia, Tanjung Malim ; Universiti Pendidikan Sultan Idris.

You might also like