You are on page 1of 3

ANGKA GILIRAN : 2018242340112 EDUP3063

Soalan 3

Bank item merupakan pengumpulan soalan-soalan ujian yang disimpan secara


sistematik untuk kegunaan ujian pada masa hadapan. Himpunan item-item soalan
diklasifikasikan mengikut kategori yang ditetapkan seperti tahun, mata pelajaran,
tajuk, aras kesukaran, objektif pengajaran serta ciri-ciri lain (Gronlund,1998).
Sebelum item-item ujian dimasukkan ke dalam bank item, perlu dipastikan bahawa
item tersebut dibina mengikut jadual spesifikasi ujian (JSU). Apabila sudah
dipastikan semua item memenuhi kriteria yang ditetapkan serta telah diuji barulah
dimasukkan ke dalam bank item, dikodkan dan disimpan. Penyimpanan bank item
sekolah akan diurus, diselia dan dikemaskini oleh panitia sekolah. Apabila
diperlukan, sebahagian atau kesemua item akan dikeluarkan dan digunakan bagi
ujian tersebut. Bank soalan selalunya disimpan dalam bentuk sistem perisian atau
sistem fail berbentuk softcopy supaya lebih memudahkan guru untuk mencarinya.
Namun, pembentukan bank item memberikan impak kepada seseorang guru dari
segi kebaikan dan kekurangannya.

Kebaikan yang dapat dilihat dalam pembentukan bank item ini ialah, ianya
mampu menjimatkan masa guru kerana proses pembinaan ujian mengambil masa
yang lama kerana perlu dibina skema jawapan, membina jadual spesifikasi ujian,
membina soalan dan pelbagai langkah lagi yang perlu dilaksanakan untuk membina
satu kertas ujian yang lengkap. Namun, dengan wujudnya pembentukan bank item,
guru tidak perlu tergesa-gesa hendak menyiapkan soalan ujian kerana item-item
sudah pun siap dibina dan dirintiskan. Guru hanya perlu memilih item yang sesuai
mengikut ujian yang akan dilaksanakan. Sebagai contoh, jika terdapat ujian
tergempar yang perlu dilakukan atau terdapat murid yang perlu mengulangi
peperiksaan kerana tidak dapat hadir atas sebab tertentu, guru boleh mengambil
soalan dalam bank item tersebut tanpa perlu membina soalan ujian yang baharu
kepada murid tersebut. Ini akan lebih memudahkan kerja guru pada masa hadapan.

Selain itu, bank item juga membantu memastikan item yang sama tidak akan
diulangi dalam tahun yang berturut-turut. Guru yang hendak membina soalan ujian
akan memeriksa dahulu item adakah ianya sudah dibina ataupun belum. Ini adalah
untuk mengelakkan berlakunya pengulangan soalan yang sama. Seterusnya, soalan
yang berbeza perlu dibina untuk menambahkan lagi kepelbagaian variasi dari segi

1
ANGKA GILIRAN : 2018242340112 EDUP3063

jenis-jenis bentuk soalan dan sebagainya. Seorang penggubal soalan mempunyai


lebih fleksibiliti dalam pembinaan dan mereka bentuk ujian. Penggubal soalan bank
item mempunyai banyak masa untuk berfikir dan membina soalan yang lebih
berkualiti kerana tidak perlu terburu-buru kerana soalan ini akan disimpan didalam
bank item terlebih dahulu dan bukannya terus diberi kepada murid untuk dijawab
pada masa yang tertentu.

Kelebihan bank item yang seterusnya ialah, bank item membenarkan guru
untuk berkongsi item yang disediakan sesama guru yang lain. Guru lain boleh
memberi pandangan dan nasihat terhadap kekurangan atau kelebihan item yang
dibina. Oleh itu, setiap guru dapat mempelajari dan memperbaiki kekurangan yang
dilakukan oleh mereka.

Dalam setiap kelebihan pasti ada kekurangannya. Salah satu kekurangan


bank item ialah, proses pembinaan dan pengurusannya agak rumit kerana item
tersebut perlu sentiasa dikemaskini. Seterusnya akan mudah berlaku pembocoran
kertas soalan kerana item yang disediakan adalah lebih awal dan mudah didapati
oleh guru.

Kesimpulannya, Guru juga perlu mempunyai kemahiran dan mengetahui


domain kognitif Taksonomi Bloom untuk membantu guru membina soalan yang
berkualiti dan bermutu serta mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

2
ANGKA GILIRAN : 2018242340112 EDUP3063

RUJUKAN

Ahmad, A. (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka

Airasian. P. W. (2005). Classroom Assessment: Concepts and Applications:


Boaton. McGraw Hilss.

AMusliha Salma Mohd Radzi. (2010). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui
pembelajaran berasaskan masalah. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.

Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Janjong Malim: Quantum
Books

Boon, P. Y., Lee, L. H., & Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran Dalam
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hecht, J.T. (1974) The Development and Structure of Professional


ExaminationsPlanned for National Use

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan.
Selangor: Kayazano Enterprise.

Mohd Hazim. (2016). Pentaksiran Pendidikan: Teori dan praktis ke arah transformas
sistem pendidikan negara. Kuala Lumpur: Kentaimas Jati Sdn. Bhd.

You might also like