You are on page 1of 10

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEK.

RENDAH

Pengertian dan Konsep Pentaksiran Pengujian Penilaian Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

PENTAKSIRAN BM SR
PENGENALAN Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian konsep penting Mempunyai perkaitan dalam proses p&p Proses sistematik

PENTAKSIRAN BM SR
PENTAKSIRAN Duduk bersama dengan pelajar dan membuat pengesahan bahawa respon adalah sama dengan apa yang diharapkan Semua proses atau aktiviti sistematik untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan sebagai maklum balas untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Dari segi definisinya pula, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan (David Lambert dan David Lines, 2000)

PENTAKSIRAN BM SR
PENTAKSIRAN Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.

PENTAKSIRAN BM SR
PENTAKSIRAN Seterusnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap penaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bag tujuan tertentu.

PENTAKSIRAN BM SR
PENTAKSIRAN Seterusnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap penaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bag tujuan tertentu.

PENTAKSIRAN BM SR
PENILAIAN Berikutnya pula adalah berkaitan dengan penilaian. Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Beliau juga turut menyatakan bahawa penilaian ini boleh dianggap sebagai process delineating iaitu mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan. Popham (1975) turut memberikan pandangan berkaitan dengan penilaian. Beliau menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran tentang nilai fenomena pendidikan. Manakala Gay (1985) pula berpendapat bahawa:.

PENTAKSIRAN BM SR
PENILAIAN Penilaian boleh diertikan sebagai proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

PENTAKSIRAN BM SR
PENGUKURAN Definisi bagi pengukuran pula adalah suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciriciri tertentu.

PENTAKSIRAN BM SR
PENGUJIAN Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970): Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

You might also like