You are on page 1of 11

NAMA: MUHAMMAD RIDZUAN

NO IC / MATRIKS: 000109-08-0455 / 2019182340155


KUMPULAN: PISMP AMBILAN JUN 2109 SEJARAH 1

SOALAN 1

Pengajaran dan pembelajaran bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem


pendidikan di Malaysia. Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) melibatkan guru
dan juga murid. Suasana PdP yang harmonis antara guru dan murid akan
menghasilkan proses PdP yang berkesan. Tujuan pengajaran dan pembelajaran
adalah untuk mendapatkan ilmu. Mengikut falsafah ilmu boleh dibahagikan kepada
tiga sudut iaitu ontologi (hakikat), epistemologi (sumber dan pengkaedahan) dan
aksilologi (nilai). Perbincangan mengenai aksiologi ilmu mengajak kita semua
memeriksa semula nilai ilmu khususnya ilmu moden.

Konsep pengajaran dan pembelajaran mempunyai tafsiran yang berbeza


antara satu sama lain. Konsep pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang
diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Tanpa penglibatan salah satu pihak
pengajaran tidak mungkin berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru. Tugas guru
ialah merancang satu pengajaran yang sistematik dengan menggunakan teknik
serta kaedah yang sesuai bagi mencipta pemahaman untuk para murid. Hasil
daripada pengajaran pula terjadinya proses belajar. Hasil daripada pengajaran
berlakulah perubahan yang secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang
eksplisit ataupun implisit [ CITATION Mok10 \l 1033 ]. Pengajaran boleh ditambahbaik
secara berterusan. Ia boleh ditambahbaik melalui penyelidikan, pengembangan ilmu,
pemantapan kemahiran dan rujukan kepada amalan profesional yang berkaitan.
Pengajaran juga merangkumi proses merekabentuk kurikulum, penyampaian
kurikulum, dan sistem penilaian pelajar. Dalam proses pengajaran, terdapat pelbagai
teknik yang boleh diaplikasikan oleh para guru. Contohnya seperti pengajaran
berpusatkan murid, guru, hasil, proses dan nilai. Secara ringkas, komponen asas
yang membentuk sesuatu proses pengajaran seharusnya mengandungi ciri-ciri
berikut iaitu guru, pelajar atau murid, kandungan, kaedah, tujuan, hasil (perubahan
yang kekal secara relatif) dan penilaian.
Manakala konsep pembelajaran pula ialah Pembelajaran adalah proses
interaksi murid dengan guru agar berlakunya proses pemerolehan ilmu dan
pengetahuan atau penguasaan kemahiran atau pembentukan sikap dan
kepercayaan pada murid. Pembelajaran seharusnya menghasilkan perubahan yang
kekal. Hal ini tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan dan
bergantung kepada keupayaan murid. Perubahan ini meupakan hasil daripada
penglibatannya dalam sesuatu pengalaman pendidikan. Abdul Rahim Abd Rashid
(2002) berpendapat bahawa skop pembelajaran sangat luas meliputi domain kognitif
(pemikiran dan minda), afektif (perasaan dan emosi) dan psikomotor (anggota fizikal
badan). Hal ini bermaksud proses pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja
dan pada bila-bila masa. Pembelajaran memerlukan kaedah dan proses dari yang
paling mudah sehinggalah kepada yang paling kompleks. Pembelajaran boleh
berlaku tanpa melalui proses pengajaran formal. Namun begitu pengajaran yang
baik akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Terdapat pembelajaran yang
tetap memerlukan proses pengajaran. Selain itu, ada kemungkinan di mana
pembelajaran yang berlaku tidak memenuhi syarat untuk mencapai kehendak
sebenar pentakrifan sistem pendidikan. Secara ringkas, komponen asas yang mesti
dipenuhi untuk menghasilkan pembelajaran ialah pelajar, perkara yang dipelajari
(bersifat kandungan atau pengalaman pembelajaran, kaedah dan hasil (perubahan
yang kekal secara relatif).
SOALAN 2

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang


telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindakbalas dalam
situasi yang diperlukan. Contohnya seperti menyelesaikan masalah dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya. Octavia (2020) berpendapat
bahawa ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan
penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam
otaknya. Selain itu ingatan juga boleh ditafsirkan sebagai sebagai pemprosesan
maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Oleh
yang demikian, huraian tersebut dapat mentafsirkan bahawa ingatan boleh
disimpulkan sebagai proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat,
memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika
diperlukan. Ingatan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ingatan ikonik, ingatan
jangka masa pendek dan ingatan jangka masa panjang [ CITATION Azi053 \l 1033 ].
Ingatan ikonik boleh ditafsirkan sebagai ingatan yang melibatkan pendaftaran
rangsangan hanya buat satu jangka masa yang amat pendek dan ringkas. Proses ini
tidak melibatkan pembelajaran berlaku kerana masa yang diambil untuk mendaftar
rangsangan fizikal tersebut amat pendek dan ringkas. Ingatan jangka masa pendek
pula boleh ditafsirkan sebagai ingatan yang melibatkan penyimpanan bahan di
dalam ingatan untuk beberapa saat atau minit sahaja dan jarang sekali lebih
daripada itu. Sebagai contoh, jika kita diberitahu nombor telefon seseorang, kita
akan ingat nombor tersebut buat beberapa saat dan apabila tumpuan tidak diberikan
kepadanya, ia akan hilang. Manakala ingatan jangka masa panjang pula boleh
ditafsirkan sebagai melibatkan ingatan yang boleh disimpan beberapa minit
hinggalah bertahun-tahun lamanya. Bahan-bahan yang disimpan ini boleh dapat
kembali daripada ingatan bila-bila masa sahaja. Ingatan seperti bahan yang
dipelajari di sekolah, kawan-kawan sekolah rendah, kucing belaan semasa kecil dan
huruf serta nombor yang telah pelajari selama ini semuanya disimpan dalam
ingatan jangka masa panjang.

Proses lupaan pula boleh merupakan suatu proses yang bertentangan


dengan proses ingatan. Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat dan
mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yang telah dialami [ CITATION Kam11 \l
1033 ]. Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi atau
pengamatan idea-idea yang telah dipelajari. Lupaan juga boleh dibahagikan kepada
tiga jenis iaitu keusangan atau hilang kesan ingatan, lupaan gangguan dan lupaan
terdesak. Keusangan atau hilang kesan ingatan ialah proses di mana otak akan
melupai maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang kerana faktor
keusangan. Keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan
jangka panjang diingat kembali. Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan otak
akan mudah melupakannya. Lupaan gangguan pula ialah gangguan yang berlaku
kepada maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Contohnya, proses
pembelajaran yang baru mengganggu proses lpembelajaran yang sebelumnya atau
yang lama. Lupaan terdesak pula ialah lupaan yang disebabkan oleh gangguan
emosi individu yang mendesaknya untuk melupakan maklumat yang tersimpan
dalam ingatan jangka panjang. Antara faktor yang mendorong kepada lupaan ialah
minat. Sesuatu perkara yang tidak diminati oleh seseorang itu akan memudahkan
lagi proses lupaan. Contohnya jika seorang pelajar tidak meminati sunjek sejarah
sudah pasti dia akan mudah lupa fakta sejarah.

Tugas seorang guru ialah membantu murid mengangani masalah lupaan dan
meningkatkan proses ingatan dalam proses pembelajaran. Masalah murid lupa apa
yang mereka pelajari di sekolah bukanlah lagi satu perkara yang asing. Apabila
seorang guru dapat mengatasi masalah ini sudah pasti proses PdP yang berkesan
dapat diwujudkan. Oleh itu, guru perlulah mengenalpasti kaedah sesuai yang dapat
diaplikasikan di kelas. Antara kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk
membantu murid meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan ialah guru perlu
menekankan tentang pemahaman konsep. Hal ini bermakna guru perlulah
menekankan kepada pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan
fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan
belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap [ CITATION Her12 \l 1033 ]. Mengajar
untuk memahami pemahaman lebih efektif berbanding mengajar untuk menghafal
fakta. Sebagai contoh dalam subjek Sains topik haba, guru perlulah menekankan
konsep haba dengan jelas agar murid dapat memahaminya dengan baik. Guru
perlulah memberikan pemahaman mengapa haba lebih mudah diserap oleh logam
berbanding kayu. Apabila murid memahami konsep dengan jelas sudah pasti murid
tidak akan menghadapi kesukaran untuk menghafal buku sebelum peperiksaan.
Murid juga dapat meningkatkan proses mengingat.

Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan kaedah mengajar dengan
menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih mudah diingati
oleh murid [ CITATION Lid17 \l 1033 ]. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar
yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka, seterusnya membentuk
konsep yang betul. Alat bantu mengajar merupakan alat yang paling efektif dalam
memembentuk kefahaman murid. Hal ini kerana melalui alat bantu mengajar, murid
akan dapat melihat dan memproses sesuatu peristiwa sejarah dengan lebih jelas
dan efektif. Sebagai contoh, dalam subjek sejarah terdapat banyak peristiwa dan
fakta yang perlu diingati. Oleh itu, menghafal fakta melalui buku sahaja bukanlah
sesuatu kaedah PdP yang begitu efektif. Guru sejarah perlulah mencipta satu alat
bantu mengajar atau kit pembelajaran yang melibatkan gambar, video dan audio
bagi meningkatkan lagi proses pemahaman murid terhadap sesuatu peristiwa
sejarah. Secara tidak langsung, melalui cara ini sudah pasti guru akan dapat
meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan dalam proses pembelajaran.

Guru juga digalakkan untuk menggunakan teknik motivasi yang sesuai


supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran. Motivasi ialah rangsangan
yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai
sesuatu matlamat termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah laku. Menurut
Woolfolk (1990), motivasi ialah kuasa dalaman yang membangkit, mengarah dan
mengawal tingkah laku serta minat manusia. Oleh itu, seorang guru juga perlulah
bertindak sebagai seorang motivator kepada murid-murid. Antara contoh galakkan
yang boleh diaplikasikan oleh guru ialah mendorong pelajar dengan memberi
ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta
mengurangkan ingatan mereka. Melalui cara ini sudah pasti guru akan dapat
meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan dalam proses pembelajaran.

Seterusnya guru juga perlulah membentuk suatu iklim pembelajaran yang


kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum aktiviti pembelajaran
dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh keberkesanan hasil
pembelajaran dan seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan [ CITATION Azi053 \l
1033 ]. Hal ini bermakna guru perlulah mempelajari teknik untuk mengawal situasi di
dalam kelas. Suasana kelas yang tidak terkawal dan hura hara akan menyebabkan
pelajar berasa cemas seterusnya akan menyebabkan meraka gagal memperolehi
pemahaman. Apabila guru telah menguasai teknik untuk mengawal suasana kelas
sudah pasti keaadaan kelas yang terkawal akan dapat diwujudkan. Sebagai contoh,
jika dalam satu kelas terdapat seorang murid yang nakal dan sering menganggu
rakan maka suasan pembelajaran yang efektif tidak akan dapat dicapai. Oleh itu,
guru tersebut perlulah mengaplikasikan teknik yang tleah dipelajari untuk mengawal
kelas dalam kelas tersebut agar murid nakal tersebut tidak akan mengganggu
rakannya yang lain yang ingin belajar. Dengan cara itu, murid kelas tersebut dapat
menumpukan perhatian di dalam kelas dan meningkatkan proses ingatan dan
mengurangkan proses lupaan dan meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan
dalam proses pembelajaran.
SOALAN 3

Motivasi ialah rangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat


seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat termasuk mengubah sikap,
minat dan tingkah laku. Menurut Woolfolk (1990), motivasi ialah kuasa dalaman
yang membangkit, mengarah dan mengawal tingkah laku serta minat manusia.
Motivasi wujud kerana adanya keperluan fisiologi dan psikologi yang timbul. Tahap
motivasi sesorang itu tidak tetap. Tahap motivasi akan berubah secara positif atau
negatif berdasarkan keadaan persekitaran seseorarng itu. Faktor seperti minat,
keyakinan diri dan keinginan untuk berjaya akan mempengaruhi motivasi seseorang.
Contohnya apabila sesorang murid meminati peristiwa sejarah maka ia akan
menjadi motivasi untuk murid tersebut mempelajari subjek sejarah di sekolah. Setiap
orang mempunyai faktor yang berbeza yang mempengaruhi motivasi mereka.
Motivasi juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Antara ciri-ciri motivasi ialah wujud
akibat keperluan fisiologi atau psikologi, tidak diwarisi, tidak wujud secara semula
jadi, dan suatu dorongan untuk mencapai matlamat aras motivasi berkadar langsung
terus mengikut kadar keinginan.

Motivasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu motivasi ekstrintik dan
motivasi instriktik [ CITATION Lid17 \l 1033 ] . Motivasi ekstrintik merujuk kepada motivasi
yang wujud daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu
untuk melakukan sesuatu aktiviti. Motivasi ini boleh dirangsang dalam bentuk pujian,
hadiah, pengiktirafan, insentif dan sebagainya. Manakala motivasi instrintik pula
merujuk kepada motivasi yang wujud secara semula jadi yang bersifat dalaman.
Motivasi ini terdiri daripada dorongan serta minat untuk melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan ganjaran. Terdapat juga motivasi intrinsik yang diperoleh melalui
pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan seperti amalan membaca
buku cerita dan bermain alat muzik.

Pengaplikasian motivasi dari perspektif kognitif menekankan bahawa tingkah


laku dipengaruhi oleh daya manusia berfikir tentang diri mereka dan persekitaran.
Bentuk tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang diterangkan berdasarkan empat
pengaruh. Pengaruh pertama ialah keperluan untuk membina sesuatu asas
pengetahuan yang teratur dan konsisten. Keperluan kedua ialah harapan seseorang
untuk menyempurnakan tugasan dengan jayanya. Keperluan ketiga pula ialah
faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan seseorang sama ada menghasilkan
kejayaan atau kegagalan. Keperluan terakhir ialah kepercayaan seseorang terhadap
kebolehan kognitif.

Dari perspektif kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahu secara
intrinsik, bermotivasi, dan suka meneroka untuk menyelesaikan masalah serta
membantuk tingkah laku bagi menyesuaikan diri [ CITATION Azi053 \l 1033 ]. Justeru
kaedah untuk memotivasikan murid dalam konteks  PnP ialah guru harus
meransang naluri ingin tahu murid dan menyokong kebolehan murid untuk berjaya.
Terdapat dua jenis teori Kognitif iaitu Teori Atribusi Weiner dan Teori Ekspektasi x
Nilai.

Teori Atribusi Weiner merupakan teori kontemporari yang berpengaruh


terhadap implikasi motivasi akademi, Weiner menegaskan bahawa murid akan
bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Penekanan tertumpu 
kepada persepsi murid yang mempengaruhi  cara mereka mentafsirkan kejayaan
atau kegagalan hasil usaha sendiri dan turut mempengaruhi kecenderungan murid
untuk mengulangi tingkah laku yang sama [ CITATION Her12 \l 1033 ]. Menurut Weiner,
atribut atau kualiti karakter  seseorang wujud  dalam tiga dimensi iaitu, Lokus
bermaksud lokasi sesuatu penyebab berada. Satbiliti iaitu penyebab boleh berubah
atau tidak berubah. Akhir sekali ialah kawalan iaitu sejauh mana murid bertanggung
jawab atas kejayaan atau kegagalan mereka dalam mengawal situasi pembelajaran
yang dilalui. Terdapat empat faktor yang mempengaruhi motivasi dalam pendidiklan 
berasaskan perspektif  kognitif iaitu kebolehan, usaha dengan lokusnya ada dalam
diri murid, nasib dan aras kesukaran sesuatu tugasan dengan lokusnya di luar
kawalan murid.

Teori kedua ialah Teori Ekspektasi x Nilai. Menurut Victor H. Vroom manusia
pada kebiasannya dimotivasi untuk melaklukan sesuatu berdasarkan apa-apa yang
kita anggap sebagai impak ke atas tindakan kita. Kita akan mengkaji ganjaran yang
timbul hasil daripada tindakan yang kita ambil. Seterusnya kita bertindak mengikut
cara yang akan membawa kejayaan dan pemberian  ganjaran yang paling besar.
Teori Ekspektasi x Nilai menjelaskan bahawa motivasi adalah gabungan antara dua
elemen penting iaitu nilai dan ekspetasi [ CITATION Mok10 \l 1033 ] . Hal ini bermakna,
motivasi merupakan fungsi ekspetasi seseorang untuk mencapai matlamat dan nilai
yang diletakkan pada matlamat tersebut. Motivasi adalah hasil daripada harapan
dan nilai. Jika kedua-dua elemen ini tidak ada, maka tidak akan wujud motivasi ke
arah pencapaian matlamat. Dua konsep penting dalam teori motivasi oleh Victor
yang pertama nilai tugasan yang dipersepsikan atau dipersoalkan. Nilai ini
berdasarkan kepercayaan kognitif peribadi setiap individu termasuk matlamat, nilai,
dan minat. Konsep yang kedua ialah ekspektasi iaitu kepercayaan tentang
kemampuan  peribadi dan kebolehan individu terhadap tugasan.

Berdasarkan kedua-dua perspektif teori kognitif berkaitan motivasi ini jelaslah


bahawa guru memainkan peranan yang signifikan dalam meningkatkan motivasi
murid-murid di dalam pembelajaran. Lantaran itu, guru perlu memastikan bahawa
murid-murid akan sentiasa bermotivasi dalam mempelajari ilmu-ilmu baharu yang
diberikan kepada murid. Hal ini demikian agar para murid mampu menguasai dan
mengembangkan ilmu tersebut sehingga membolehkan mereka mencapai kejayaan.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu anak
murid mereka meningkatkan motivasi.

Berdasarkan teori Atribusi Weiner, antara peranan yang perlu dilakukan oleh
para guru dalam meningkatkan motivasi anak murid mereka ialah guru perlu
membantu dan memberi nasihat untuk murid mempercayai bahawa mereka ialah
kompenten. Sebagai contoh, guru perlulah menasihati anak murid mereka bahawa
kegagalan jarang berlaku. Kegagalan yang mereka mungkin disebabkan oleh nasib
dan usaha yang tidak mencukupi. Nasihat daripada guru akan menggalakkan murid
untuk berusaha  dan melipat gandakan usaha agar kegagalan tersebut tidak akan
berlaku  pada masa hadapan. Guru juga perlulah sentiasa mendorong murid
berusaha dan meyakinkan bahawa mereka boleh berjaya agar mereka tidak akan
mudah putus asa dalam berusaha.

Selain itu, guru perlu melakukan sesuatu agar murid tidak gagal berulang kali
supaya murid berasa tidak kompenten. Tindakan yang perlu dilakukan oleh guru
ialah guru perlu membantu murid untuk memahami bahawa tingkah laku mereka
akan membawa kepada kejayaan atau kegagalan. Sebagai contoh, guru perlulah
menjelaskan kepada anak murid meraka bahawa jika mereka ingin berjaya maka
mereka perlulah mengubah sikap supaya menjadi lebih rajin berusaha. Apabila guru
merangsang dan mengubah konsep kendiri murid dan memfokuskan usaha sebagai
faktor kejayaan sudah pasti para motivasi murid akan dapat ditingkatkan.

Berdasarkan teori Ekspektasi x Nilai pula seseorang guru perlulah


merangsang murid untuk menghargai nilai pendidikan sebagai satu cara untuk
meningkatkan taraaf hidup murid. Hal ini bermakna guru perlu menjelaskan anak
murid mereka iaiatu melalui pendidikan mereka akan dapat meningkatkan atau
mengubah taraf hidup mereka kepada yang lebih baik daripada sekarang. Melalui
cara ini sudah pasti para murid akan berasa lebih bersemangat dalam menuntut
ilmu. Sebagai contoh, di dalam satu kelas ada seorang murid yang datang daripada
keluarga yang kurang berkemampuan. Murid tersebut kurang bermotivasi dalam
belajar di dalam kelas kerana kekurangan yang dia perlu hadapi di rumah. Melalui
situasi ini guru perlulah menasihati dan menjelaskan kepada murid tersebut bahawa
jika dia belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan pekerjaan yang baik maka
sudah pasti dia akan dapat mengubah taraf hidup keluarganya. Nasihat daripada
guru tersebut akan meningkatkan nilai pendidikan melalui persepsi murid tersebut
dan secara tidak langsung motivasi murid tersebut akan dapat ditingkatkan.

Selain itu guru juga boleh menggunakan kaedah ‘role model’. Kaedah ini
merupakan satu kaedah untuk menunjukkan kepada murid-murid bahawa semua
orang boleh berjaya melalui usaha yang berterusan. Hal ini bermaksud guru perlulah
memberi semangat berkenaan nilai pendidikan dengan membawa model yang telah
berjaya untuk dikongsi kejayaan yang telah mereka perolehi. Para murid sudah tentu
akan berasa teruja kerana mereka dapat melihat bukti maujud dengan mata mereka
sendiri berbeza dengan penceritaan guru di dalam kelas. Sebagai contoh, guru
perlulah menjemput seorang bekas murid sekolah tersebut yang telah berjaya dan
guru perlulah memberi penekanan bahawa murid tersebut bahawa yang berjaya kini
ialah murid yang tidak cemerlang pada masa dahulu. Secara tidak langsung meraka
akan menjadi lebih yakin terhadap diri mereka dan akan terus berusaha
meningkatkan usaha . Melalui cara tersebut sudah pasti motivasi murid yang kurang
cemerlang sekarang akan dapat ditingkatkan secara efektif.
 
 
 
 
 
 
 

You might also like