You are on page 1of 4

EDUP3053 2019182340155

SOALAN 1

Media dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘media’ yang berasal daripada
perkataan Latin yang bermaksud ‘perantara’; iaitu antara guru dan pelajar. Dengan
perkataan lain, ‘media’ merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada
penyampai kepada penerima. Media pengajaran pula ialah saluran yang membawa
maklumat daripada guru kepada pelajar. Terdapat pelbagai jenis media dan diantaranya
ialah radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, slaid dan lain-lain. Media pengajaran
digunakan untuk menyalurkan fakta, konsep dan prinsip (atau mesej atau kandungan)
daripada pengirim iaitu guru kepada penerima iaitu pelajar. Sebagai seorang guru rendah,
saya perlulah mengoptimumkan penggunaan media pengajaran di dalam kelas supaya
pengajaran dan pembelajaran (PdP) menjadi lebih berkesan. Oleh itu, jenis media
pengajaran yang boleh saya aplikasikan di dalam kelas ialah jenis media tayang bergerak.

Bagi mengoptimumkan penggunaan media pengajaran di dalam kelas, antara


perkara yang perlu saya lakukan ialah menggunakan media tayang bergerak yang sesuai
dengan objektif pengajaran. Pemilihan media pengajaran sangat bergantung kepada objektif
pelajaran. Guru tidak boleh menggunakan sesuatu media pengajaran seperti video semata-
mata untuk menunjukkan bahawa banyak menggunakan bahan bantuan mengajar telah
digunakan di dalam kelas. Sebaliknya guru perlulah memastikan video yang telah dipilih
mempunyai kaitan dengan kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) subjek yang mereka ajar. Contohnya, guru yang ingin mengajar topik Zaman Air
Batu dalam DSKP Sejarah Tahun 4 perlulah memilih video yang mempunyai tema zaman air
batu. Hal ini bagi memastikan murid dapat mempelajari topik tersebut melalui video yang
ditayangkan oleh guru.

Seterusnya, bagi mengoptimumkan penggunaan media pengajaran di dalam kelas,


perkara lain yang perlu saya lakukan ialah menyesuaikan media tayang bergerak dengan
stail pembelajaran murid. Satu aspek penting dalam penggunaan media tayang bergerak
ialah mengetahui ciri-ciri pelajar. Dengan mengetahui siapa murid, guru dapat
menyesuaikan media tayang bergerak yang digunakan dengan murid mereka. Stail
pembelajaran ditafsirkan sebagai cara yang paling selesa bagi seseorang itu mempelajari
sesuatu. Terdapat tiga jenis stail pembelajaran yang lazim terdapat dalam kalangan murid-
murid iaitu stail pembelajaran visual, stail pembelajaran auditori dan stail pembelajaran
kinestetik. Sebagai contoh, guru yang ingin mengajar topik Tokoh Terbilang Kesultanan
Melayu Melaka dalam DSKP Sejarah Tahun 4 boleh menggunakan animasi bergerak
mengenai Paramswara. Penggunaan animasi bergerak ini dapat membantu ketiga-tiga jenis
EDUP3053 2019182340155

stail pembelajaran murid. Hal ini kerana animasi bergerak melibatkan penggunaan visual,
audio dan pergerakkan yang menarik.

Selain itu, bagi mengoptimumkan penggunaan media pengajaran di dalam kelas,


perkara lain yang perlu saya lakukan ialah memastikan kaedah pengajaran yang sesuai
untuk dilaksanakan. Pemilihan medium untuk media tayang bergerak ini juga bergantung
kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Sebagai contoh, jika
kaedah mengajar melibatkan keseluruhan kelas, mungkin televisyen atau projektor LCD
boleh digunakan sebagai medium tayangan filem untuk ditonton atau didengar oleh semua
pelajar dalam kelas. Sebaliknya, jika kaedah mengajar memerlukan setiap pelajar terlibat
dalam pengajaran dan pembelajaran, penggunaan komputer di makmal komputer mungkin
lebih sesuai untuk murid sebagai medium membuat latihan dan catatan sambil menonton
filem. Hal ini kerana jika penggunaan medium tidak sesuai dengan kaedah pengajaran, sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mungkin tidak dapat dicapai.

Akhir sekali, bagi mengoptimumkan penggunaan media pengajaran di dalam kelas,


perkara lain yang perlu saya lakukan ialah memastikan media tayang bergerak yang
digunakan menarik. Pemilihan media tayang bergerak yang menarik amat penting bagi
memastikan murid-murid tidak berasa bosan dengan media yang ditayangkan. Jika murid-
murid berasa bosan sudah pasti mereka akan sukar untuk fokus di dalam kelas. Apabila
murid-murid sudah hilang fokus satu perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan sudah pasti tidak akan dicapai. Oleh itu, bagi mengelakkan murid berasa bosan
semasa perlaksanaan PdP, saya perlu memilih media tayang bergerak yang mempunyai
warna yang menarik, audio yang ceria dan bertenaga serta diselitkan dengan animasi
bergerak.
EDUP3053 2019182340155

SOALAN 2

Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh
masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka.
Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. Antara
karya-karya yang layak mendapat perlindungan harta intelek ialah karya sastera, karya
muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi siaran dan karya terbitan. Karya-karya di atas
adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walau
bagaimanapun, perlindungan hak cipta hanya boleh diberikan kepada ekspresi idea dan
tidak kepada idea, prosedur, kaedah pengendalian atau konsep matematik. Oleh itu,
sebagai seorang pelajar yang terlibat dengan penggunaan pelbagai kategori karya hak
cipta, saya perlulah mengelakkan diri daripada perbuatan pelanggaran hak cipta.

Terdapat pelbagai pertimbangan yang perlu saya lakukan bagi mengelakkan


perbuatan perlanggaran hak cipta. Antaranya ialah saya perlu memastikan karya hak cipta
yang saya rujuk hanya untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran sahaja dan bukannya
untuk mendapatkan keuntungan. Hal ini kerana menurut Akta Hak Cipta 1987, di antara
perbuatan pelanggaran hak cipta termasuklah penjualan, penyewaan dan pengedaran apa-
apa salinan langgaran karya-karya berhakcipta dengan cara perdagangan, mendedahkan
dan menawarkan untuk jualan atau sewaan. Oleh itu, bagi mengelakkan diri saya terlibat
dengan perlanggaran hak cipta saya perlulah memastikan bahan telah saya cipta melalui
bahan yang saya rujuk tidak digunakan untuk tujuan komersial dan jualan.

Seterusnya, pertimbangan lain yang perlu saya lakukan bagi mengelakkan


perbuatan perlanggaran hak cipta ialah saya perlu menggunakan bahan-bahan yang tidak
mempunyai status hak cipta yang tepat atau dikenali sebagai ‘open sources’. Dengan
menggunakan bahan yang tidak mempunyai status hak cipta yang tepat atau ‘open sources’
saya tidak perlu risau dikenakan apa-apa tindakan hak cipta. Hal ini dikatakan demikian
kerana, bahan ‘open sources’ ini merupakan satu bahan yang terbuka untuk sesiapa sahaja
ambil dan rujuk untuk tujuan pendidikan ataupun komersial. Saya tidak mungkin akan
dikenakan tindakan pelanggaran hak cipta kerana bahan-bahan tersebut lazimnya tidak
didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Apabila sesuatu bahan
itu tidak didaftarkan di bawah MyIPO tiada tindakan yang akan digunakan kepada saya
apabila saya mengambil bahan tersebut.
EDUP3053 2019182340155

Selain itu, pertimbangan lain yang perlu saya lakukan bagi mengelakkan perbuatan
perlanggaran hak cipta ialah saya perlu mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk
menggunakan bahan asal hak cipta terpelihara. Hal ini bermakna saya perlu menghubungi
pemilik hak cipta sesuatu bahan yang saya rujuki. Pada kebiasaanya buku yang didaftarkan
hak cipta akan turut disertakan dengan nama pemilik hak cipta serta e-mail beliau. Tujuan
menghubungi pemilik hak cipta ini adalah untuk meminta izin dan mendapatkan
mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk menggunakan bahan asal hak cipta terpelihara
miliknya. Apabila sesuatu persetujuan telah dicapai hasil daripada perbincangan saya
dengan pemilik hak cipta tersebut maka satu kontrak yang lengkap perlulah dihasilkan bagi
menandakan satu persetujuan telah dicapai. Setelah kontrak termetrai maka saya boleh
menggunakan hak cipta tersebut untuk kepentingan saya tanpa perlu merisaukan
perlanggaran hak cipta.

Akhir sekali, pertimbangan terakhir yang perlu saya lakukan bagi mengelakkan
perbuatan perlanggaran hak cipta ialah saya perlu memberi penghargaan yang sewajarnya
kepada pemilik hak cipta bahan yang saya telah rujuki. Pada kebiasannya, penghargaan
diberikan dalam bentuk menyertakan nama pengkarya sebagai rujukan di dalam hasil
penulisan yang telah kita hasilkan. Sebagai contoh, jika saya menghasilkan satu penulisan
akedemik, saya perlu menyatakan nama pengkarya yang telah saya rujuki di dalam
penulisan yang saya hasilkan. Selain menyatakan nama penulis di dalam penulisan, saya
juga perlu menyatakan nama penulisa dan bukunya yang saya rujuk pada bahagian rujukan.
Oleh itu, saya perlu menggunakan format rujukan American Psychological Association
(APA). APA ialah gaya rasmi dalam menyenaraikan sumber rujukan (references) dan citasi
(citation).

You might also like