You are on page 1of 9

EDUP3043

1.0 Penulisan Akademik

Pengurusan bilik darjah adalah amat penting kerana ia didefinisiskan


sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik
darjah. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif dan
mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan
sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya
menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik
darjah dan menyusun kerusi-meja, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala
peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih
kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Untuk melaksanakan peranan pengurus yang berkesan, peranan guru


adalah perlu tahu akan ikilm persekitaran bilik darjah dan apakah factor-faktor yang
boleh membantu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat. Terdapat
beberapa factor yang menyumbang kepada suasana tersebut. Antaranya adalah
susunan fizikal dan tempat duduk bilik darjah dan persekitaran psikososial semasa di
dalam bilik darjah. Faktor fizikal merupakan faktor utama yang mempengaruhi
suasana bilik darjah. Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran.
Susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku
rujukan, bakul sampah, papan tulis dan lain-lain akan membantu keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin murid-murid dalam
bilik darjah. Sebagai rumusan, suasana fizikal biik darjah yang boleh meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah penyusunan kerusi-meja murid
mengikut kumpulan yang sesuai akan memudahkan interaksi di antara murid dengan
murid dan guru dengan murid.

Psikososial pula merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu


dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik
darjah mempunyai ciri-ciri suasana selesa, bebas dari ancaman, perasaan diterima
dan sebagainya. Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial
yang sihat ialah pendekaan pengajaran, gaya kepimpinan gurur, bentuk komunikasi
dan corak interaksi yang beliau wujudkan di bilik darjah.

Di samping itu, guru perlu memahami murid untuk menjalinkan hubungan


yang baik dengan murid. Guru boleh menentukan aktiviti atau pengalaman yang
sesuai dengan keminatan murid. Guru juga boleh menentukan hasil pembelajaran
ang sesuai dengan murid mengikut tahap kebolehan dan keperluan mereka.
Misalnya, guru menyediakan tugasan yang pelbagai aras kerana masalah perbezaan

1
EDUP3043

individu dipandang beratkan oleh guru. Guru akan memberi perhatian yang lebih
kepada murid-murid yang lebih lemah semasa di dalam bilik darjah. Secara
langsung, ini dapat mendorong murid-murid untuk belajar dan mengambil bahahian
secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
kaedah pengajaran yang pelbagai. Contohnya mengajar dengan munggunakan ICT,
audio, video, lakonan, nyanian dan latihan amali di bengkel ataupun taman. Dengan
ini dapat menarik minat dan perhatian murid supaya mereka tidak bosan disebabkan
kaedah pengajaran guru yang selalu berada di dalam bilik darjah.

Isu tingkah laku bermasalah murid bermaksud masalah disiplin yang


ditimbulkan oleh murid-murid samasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan semasa berada di bilik darjah ataupun bengkel. Antara kesan bermasalah
yang sering ditimbulkan oleh murid-murid adalah tidak memberikan perhatian,
menganggu rakan kelas dan bercakap semasa guru mengajar di depan kelas. Hal ini
berlaku disebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik dan
tidak dapat menarik perhatian serta minat murid-murid. Guru yang gagal
menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian
muid akan menyebabkan murid-murid tersebut berasa bosan.Dengan keadaan ini,
juga perlu membuat penambahbaikkan tentang kaedah yang digunakan,
pendekatan serta aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk
memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kesan yang seterusnya adalah
murid sentiasa lewat masuk ke kelas. Hal ini disebabkan guru tidak memberikan
kasih sayang dan prihatin yang mencukupi terhadap murid-murid yang terlibat.
Sebagai seorang guru, guru perlu sentiasa mengambil perhatian serta situasi
terhadap murid yang bermasalah. Di samping itu, murid mengguanakan alatan
tangan yang berbahaya seperti pisau yang tajam, paku, penukul dan lain-lain
semasa berada di bengkel ataupun tapak penanaman. Hal ini berlaku disebabkan
guru tidak memberi pemerhatian yang tinggi semasa murid berada di bengkel
ataupun tapak penanaman. Guru perlu sentiasa mengawasi murid-murid semasa
mereka menggunakan alatan tangan yang berbahaya supaya tidak berlakunya
kecederaan. Kesan yang terakhir adalah tidak mendengar arahan dari guru.
Sesetengah murid berasa bahawa mereka telah berupaya untuk melaksanakan
sesuatu tanpa panduan ataupun arahan dari guru. Hal ini akan menyebabkan
kecedaraan serta kemalangan yang tidak diingini. Contoh murid menggunakan baja
kimia tanpa mendengar arahan yang disampaikan oleh guru, ia akan mendatangkan
kebahayaan kepada diri sendiri ataupun rakan kelas.

2
EDUP3043

Modal Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner. Modifikasi tingkah laku ini
adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku murid-
murid melalui aplikasi pelaziman. Beliau menggunakan prinsip peneguhan yang
menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini.
Elemen-elemen tersebut adalah berkaitan peneguhan iaitu peneguhan positif,
peneguhan negative, dendaan dan penghapusan. Peneguhan positif merupakan
perolehan sesuatu atau hasil yang menyenangkan dan menyeronokkan setelah
sesuatu tingkah laku itu ditunjukkan seperti pujian, hadiah dan penghargaan.
Berdasarkan ahli psikologi tingkah laku, apabila peneguhan positif diberikan,
kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu diulangi adalah tinggi.

Peneguhan negatif pula merupakan satu keadaan apabila murid bertingkah


laku yang wajar diterima, ia tidak akan disakiti atau didenda. Guru boleh menyatakan
lebih awal kepada murid. Contohnya, ‘Cikgu mahu kamu mencuba untuk menjawab,
walaupun jawapannya salah kamu tidak akan didenda, apa yang penting adalah
kamu mencuba’. Dengan ini, motivasi berjaya disampaikan kepada murid oelh guru.

Dendaan pula merupakan hukuman yang diberikan kepada murid sekiranya


tingkah laku yang tidak diingini sehingga menjejaskan perjalanan kelas seperti
menganggu rakan, membuat bising dan sebagainya. Dendaan yang diberi bukan
sesuatu yang menyakit tetapimenyedarkan murid dan telah diperbincangkan ketika
membina peraturan dan prosedur bilik darjah pada awal tahun dan hanya akan
dilaksanakan setelah memberi amaran sekurang-kurangnya dua kali.

Penghapusan dilaksanakan dengan mentiadakan sesuatu yang


menyenangkan akibat daripada perlakuan murid yang tidak diingini. Sekiranya murid
melakukan kesalahan di bilik darjah, guru boleh membatalkan rancangan seperti
bermain, ke perpustakaan, ke bilik computer. Murid akan berasakan kehilangan
suasana yang menyeronokkan.

Skinner mencadangkan tiga bentuk modifikasi tingkah laku mengikut


prosedur operan dengan menggunakan peneguhan iaitu kawalan kendiri, ekonomi
token dan biofeedback. Namun begitu biofeedback sukar dilaksanakan kerana
memerlukan alat yang dapat mengesan tekanan darah, kadar denyutan nadi, tahap
tekanan, suhu badan dan sebagainya. Seperkara lagi, tidak semua salah laku dapat
dikesan menggunakan alat biofeedback kerana sesetengah murid tidak akan rasa
bersalah sehingga mengalami perubahan denyutan nadi atau tekanan darah.
Mungkin mereka menganggap apa yang dilakukan itu adalah betul.

3
EDUP3043

Langkah-langkah intervensi perlu diambil oleh guru untuk memastikan


disiplin murid-murid serta proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
ataupun bengkel dapat dikawal. Antara langkah-langkah intervensi yang boleh
diambil oleh guru adalah bimbingan dan kauseling kepada murid. Shertzer & Stone
(1992) menyatakan bahawa bimbingan merupakan suatu proses yang membantu
individu memahami diri mereka dan dunia mereka.Konsep bimbingan dengan
kaunseling seakan sama namun terdapat perbezaan di antara ke duanya. Bimbingan
merupakan  satu proses untuk membantu individu memahami diri dan
persekitarannya. Proses yang dilalui adalah berperingkat peringkat untuk mencapai
matlamat yang ditentukan. Matlamat akhir ialah untuk mengubah pemikiran, emosi
dan tingkahlaku yang lebih positif agar individu berkenaan memperolehi
kesejahteraan di dalam kehidupan mereka. Kaunseling pula adalah satu proses
pertolongan yang dibimbing oleh kaunselor. Bimbingan ini akan memberikan celik
akal kepada klien untuk membuat keputusan sendiri. Keputusan tersebut adalah
bermatlamat agar klien dapat memperbaiki diri dari aspek yang lemah ke arah
perubahan yang lebih positif.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan teknik modifikasi tingkah laku untuk
mengawal disiplin kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif
kepada yang positif. Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara
menguruskan disiplin bilik darjah. Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku
bermasalah sama ada negatif atau positif. Tujuan penggunaan modifikasi tingkah
laku adalah mengubah tingkah laku negatif atau salah laku murid yang dikesan
dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif menyelesaikan tingkah laku
bermasalah yang berlaku demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan
kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (rujukan Psikologi Pendidikan
untuk Kursus diploma Perguruan Semester 3, Mok Soon Sang).

Seterusnya adalah kaedah Pastoral Care. Pastoral care merupakan satu


bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan peribadi dan
sosail murid-muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas
seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral., pengurusan tingkah laku
dan sokongan emosi kepada murid. Murid diberikan pendidikan yang menyeluruh
serta berfokus kepada pembangunan diri dan disiplin kendiri dari guru. Fokus kepada
pendekatan berpusatkan murid secara individu, memotivasikan murid untuk
mempunyai insiatif dan inovasi untuk mendapatkan hasil yang maksimum di dalam

4
EDUP3043

aktiviti pembelajaran. Penerapan nilai murni merentasi kurikulum. Dengan ini, guru
dapat memahami masalah pelajar serta mendapat bimbingan kearah yang positif.

Terapi murid-murid juga merupakan satu intervensi yang sesuai untuk


menangani tingkah laku bermasalah murid di dalam kelas ataupun bengkel. Menurut
Kamus Perubatan Mosby dalam Rifa Hidayah (2014), terapi membawa maksud
rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit
dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Manakala dalam
konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu
seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-
kemahiran yang tertentu. Terapi dalam konteks pendidikan kebiasaannya akan
diaplikasikan dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Guru bimbingan dan
kaunseling (GBK) akan menggunakan kaedah terapi sebagai intervensi dalam sesi
kaunseling khususnya dalam fasa penerokaan dan fasa rawatan untuk membantu
pelajar mengetahui tentang emosi, perasaan dan tingkah laku mereka serta memberi
celik akal kepada mereka untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi
khasnya pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang rendah, mereka memerlukan
khidmat terapi untuk meningkatkan konsep kendiri mereka ke arah yang positif (Rifa
Hidayah, 2014). Terapi seni merupakan suatu bentuk terapi yang melibatkan
integrasi media warna, pensil dan sebagainya dalam lukisan sebagai satu proses
untuk seseorang individu meluahkan segala perasaan, konflik yang dialami serta
keperluan dalaman dan seterusnya boleh membantu individu itu sendiri untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Terapi seni sering kali diaplikasikan oleh
guru bimbingan dan kaunseling untuk murid-murid di sekolah yang menghadapi
masalah tetapi tidak dapat diluahkan masalah tersebut secara verbal semasa sesi
kaunseling. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak sememangnya sangat berminat
terhadap lukisan dan apabila mereka melukiskan sesuatu pada kertas lukisan,
mereka tidak menyedari bahawa hasil lukisan mereka tersebut merupakan sesuatu
yang terpendam dalam hati mereka dan diluahkan secara spontan melalui lukisan.
Walapun terapi seni tersebut mempunyai banyak kebaikan kepada pelajar-pelajar
sekolah, namun ianya turut mempunyai limitasi ketika pelaksanaannya kepada
pelajar sekolah.

Kesimpulannya, guru harus memahami konsep pengurusan masalah disiplin


bilik darjah di samping mengenal pasti peranan yang perlu dimainkan oleh guru
dalam menangani masalah disiplin. Untuk memastikan proses P&P berjalan dengan
lancar seperti yang dirancang, guru perlu memahami situasi bilik darjah dan latar
belakang murid yang hendak diajar. Langkah-langkah pencegahan dan intervensi

5
EDUP3043

perlu diambil untuk membantu guru dalam menghadapi masalah disiplin di dalam
bilik darjah. Dengan pengurusan bilik darjah yang lancar, guru dapat memastikan
murid-murid mendapat peluang untuk memperoleh hasil pembelajaran yang
dirancangkan.  

2.0 Rujukan

Adilah Mohammed Shafie. (2012). Konsep Bimbingan dan Kaunseling. Dipetik pada
22 Ogos 2019 daripada https://www.slideshare.net/kaktus89/bimbingan-dan-
kaunseling

Bahagian Pendidikan Guru (2002). Unit 2 : Pengurusan bilik darjah. Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Farah Elriani. (2012). Pengurusan Disiplin Bilik Darjah. Dipetik pada 22 Ogos 2019,
daripada https://www.slideshare.net/farahimya/pengurusan-disiplin-bilik-darjah
12148349.

Hamzah, Haliza; Samuel, Nesamalar Joy;.(2008). Pengurusan Bilik Darjah dan


Tingkah Laku. Shah Alam : Oxford FajarSdn.Bhd.

Nurshafieyah Ardinie. Jenis perkhidmatan bimbingan yang disediakan di sekolah.


Dipetik pada 22 Ogos 2019 daripada
https://www.academia.edu/9399312/bimbingan_dan_kaunseling_-_sem_7.

Sang, M.s. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Penerbitan
Multemedia Sdn.Bhd.

6
EDUP3043

3.0 Lampiran (Sebelum, semasa dan selepas kerja kursus)

Chim Min Yew


3 Pismp RBT

Isnin, Julai 22, 2019

6 p.m.

Pada petang ini, iaitu pukul 3 petang, saya dan rakan kelas saya telah
menerima taklimat berkaitan tugasan bagi pengkhususan elektif iaitu subjek
EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku daripada pensyarah kami.
Beliau telah menjelaskan tentang kehendak setiap tugasan kepada kami. Tugasan
ini adalah akan diterapkan ke dalam tugasan-tugasan kami yang dipanggil NPDL
(New Pedagogies for Deep Learning dimana ia telah mengutamakan Pembelajaran
Bermakna 6C iaitu sahsiah, kewarganegaraan, kolaboratif, komunikasi, kreativiti dan
pemikiran kritis.

Saya berasa amat gementar kerana NPDL ini adalah sesuatu perkara yang
baharu kepada saya. Saya juga berasa tidak bersabar untuk mencuba pedagogi
baharu ini dalam menjalankan tugasan kerja kursus saya. Saya berasa ia akan
menjadi satu pengalaman yang amat istimewa kepada saya dan NPDL ini akan
mendatangkan banyak manfaat kepada semua siswa-siswi di Institut Pendidikan
Guru.

7
EDUP3043

Rabu, Ogos 14, 2019

7.50 p.m.

Sebelum memulakan tugasan ini, saya telah membaca dan memahami


soalan-soalan dan kehendak-kehendak kerja kursus untuk mengelakkan kesilapan
semasa melaksanakan tugasan tersebut.

Pada mulanya, saya mencari maklumat yang berkaitan dan berguna melalui
internet, buku dan bertanya kepada pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan saya.
Selepas itu, saya mengenal pasti isu tingkah laku bermasalah murid yang berlaku di
dalam bilik darjah ataupun bengkel semasa prose P&P Reka Bentuk Teknologi
dijalankan. Saya telah membuat perhatian serta temua bual dengan guru bidang
RBT semasa menjalani Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK(C) Choong
Hwa, Gurun, Kedah. Melalu permerhatian dan temu bual dengan guru bidang, saya
telah menganal pasti isu tentang masalah disiplin yang ditumbulkan oleh murid-murid
semasa prose P&P dijalankan di kelas ataupun bengkel.

Saya berasa amat gembira semasa mengumpul maklumat untuk tugasan ini
di sekolah kerana saya dapat merasaikan persekitaran pembelajaran dan bergaul
rapat dengan guru-guru lain serta guru besar di SJK(C) Choong Hwa. Ini telah
menimbakan ilmu yang baru terhadap pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid
yang berkesan.

8
EDUP3043

Isnin, Ogos 19, 2019

5.15 p.m.

Selepas menyiapkan tugasan ini, saya berasa amat bersyukur dan ingin
mengucaokan terima kasih kepada pensarah-pensyarah dan rakan-rakan yang telah
menghulurkan bantuan kepada saya semasa saya menghadapi masalah dalam
melaksanakan tugasan ini.

Saya telah mendapat banyak ilmu tentang pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku seperti konsepnya, isu bermasalah murid dalam kelas, peranan guru
dan intervensi yang sesuai bagi menangani masalah murid dengan menggunakan
modal pengurusan disiplin yang sesuai dan berkesan. saya percaya bahawa ia akan
berguna semasa saya menjadi guru.

Saya berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
lancar dalam masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah saya. Pada pendapat saya,
kursus ini amat bermanfaat kepada semua guru pelatih apabila ‘diposting’ ke
sekolah.

Akhirnya, saya berharap bahawa NPDL ini dapat diteruskan dan diberi
peluang yang lebih banyak untuk mempelajarinya. Saya mempercayai bahawa
melalui NPDL ini dapat melahirkan warganegara yang mahir dan holistik pada masa
yang akan datang.

You might also like