You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

MPU3071 - KOKURIKULUM (OLAHRAGA)


TUGASAN 1 – UJIAN AMALI PENGURUSAN ACARA OLAHRAGA

Nama : AININ SOFEA BINTI MOHAMAD


BULIAN
No. K/P : 000607-08-0220
Angka Giliran : 2019122340002
Program : IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
Ambilan : 4 PISMP AMBILAN JUN 2019
Nama Pensyarah : DR ZALI BIN A. RAHMAN
Tarikh Hantar : 1 APRIL 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatanga Tandatangan
n
Cop
Cop
Tarikh Tarikh

1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :
Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah
Tanda tangan pelajar

..................................................................................
( )
Tarikh :
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan

2
LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA

Kejohanan olahraga tahunan (KOT) merupakan sukan yang diperkenalkan kepada


semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia. Tujuan utama pelaksanaan KOT ini ialah
untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan dan
pensyarah membimbing dan menilai sejauh mana kerjasama dan keberkesanan pengurusan
guru pelatih. Dengan itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2021. Kejohanan Olahraga
Tahunan ini telah dikelolakan oleh semua guru pelatih semester 4 yang terdiri daripada 5
opsyen iaitu RBT, BNK, PJ1, PJ2 dan PJ3 yang seramai 100 orang guru pelatih dengan
kerjasama pensyarah-pensyarah Gerko.
Kejohanan Olahraga Tahunan telah berlangsung di padang IPGKTI. Kejohanan telah
diadakan dalam dua bentuk acara, iaitu, acara padang dan balapan. Pada 30 Mac diadakan
acara padang dan pada 31 Mac pula diadakan acara balapan. Saya telah menjalankan
tugasan saya sebagai pegawai penjaga lorong bagi acara balapan bagi Kejohanan
Olahraga Tahunan kali ini bersama dengan rakan saya. Di mana, pada hari tersebut iaitu 31
Mac, kami semua telah berkumpul di astaka pada pukul 7.15 pagi. Setelah berkumpul,
pendaftaran peserta telah dijalankan oleh AJK pendaftaran. Pada masa yang sama, kami
telah diberi taklimat daripada ketua pengadil. Selepas taklimat diberi, kami semua telah
berkumpul di padang untuk menyertai aktiviti senamrobik. Aktiviti senamrobik telah pun
bermula. Setelah selesai aktiviti senamrobik, saya dan kawan-kawan saya yang bertugas
telah ke kawasan bertugas kami. Acara 100m diadakan dahulu dan diikuti dengan acara
200m dan 4X100m. Semua acara balapan telah dijalankan mengikut undang-undang dan
peraturan KOM.
Skop kerja AJK pertandingan adalah dilaksanakan sebelum kejohanan dilaksanakan.
Antara skop kerja yang perlu dilakukan ialah menyediakan peraturan pertandingan, borang
pendaftaran, dan jadual pertandingan, menentukan tarikh tutup pendaftaran, menyediakan
senarai nama/pasukan yang akan bertanding, menyediakan nombor peserta untuk peserta,
mnegadakan mesyuarat pengurus pasukan sehari sebelum pertandingan dan membuat
undian semasa mesyuarat pengurus pasukan. Persediaan kesemua skop kerja tersebut
perlu kami laksanakan seminggu sebelum berlangsungnya kejohanan. Mesyuarat juga
dilakukan bersama AJK lain untuk memastikan kejohanan berjalan dengan lancar.
Seperti di bawah dilampirkan nama AJK pertandingan yang bersama-sama
menjayakan tugasan di bawah skop kami beserta skop tugas:

3
Rajah 1. Jadual AJK Pertandingan
Di samping itu, selepas selesai semua acara selama dua hari, para guru pelatih
berserta dengan para pegawai telah berkumpul di padang bagi Majlis Penutupan Kejohanan
Olahraga. Seterusnya, majlis penyampaian hadiah telah diadakan. Pengacara majlis telah
mengumumkan pemenang bagi acara balapan dan padang. Tuan Pengarah menyampaikan
hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara balapan dan padang. Setelah majlis
penyampaian hadiah kepada pemenang acara padang dan balapan tamat, semua bernyanyi
lagu IPGM. Selepas itu, Kejohanan Olahraga Tahunan telah tamat dengan meriah dan juga
pegawai-pegawai KOT berserta dengan guru pelatih yang lain telah membersihkan kawasan
astaka dan padang. Setelah selesai membersihkan kawasan padang dan astaka, maka
berakhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan 2021 dengan jayanya.
Seterusnya, terdapat beberapa kekuatan yang dapat dikenal pasti daripada
Kejohanan Olahraga Tahunan ini. Sepanjang KOT ini, saya telah mengamalkan nilai
amanah dan jujur dalam mencatat masa para pemain. Saya juga dapat mengeratkan
hubungan silaturahim antara rakan sekelas saya dan rakan opsyen lain. Tambahan pula,
sepanjang kejohanan ini saya juga dapat mengetahui tentang peraturan-peraturan yang
perlu dipatuhi sepanjang kejohanan ini berlangsung. Saya juga mempelajari bahawa setiap
pegawai dan AJK yang bertugas harus saling berhubung dan memahami antara satu sama
lain supaya tidak berlaku pertelingkahan dan perselisihan faham yang boleh menyusahkan
dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru pelatih dan pihak lain. Di

4
samping itu, saya juga berpeluang untuk mendalami ilmu yang dipelajari di dalam kelas
secara praktikal semasa kejohanan berlangsung.
Bukan sahaja kelebihan yang saya kenalpasti, terdapat juga beberapa kelemahan
semasa menjalankan Kejohanan Olahraga Tahunan ini. Selaku AJK Pertandingan kami
menghadapi kekurangan pegawai untuk menguruskan segala persiapan serta kekangan
masa dari segi penempahan nombor peserta. Hal ini demikian kerana, memandangkan kita
dalam Pandemik Covid-19, kami terpaksa menjalankan Kejohanan Olahraga Tahunan ini
dalam jumlah yang kecil di mana kumpulan yang terlibat ialah hanya 4 PISMP yang terdiri
daripada 100 orang sahaja dan kami tidak dapat melibatkan seluruh warga IPGKTI. Selain
itu, AJK Pertandingan bagi acara balapan juga tidak membuat perancangan kerja yang rapi
yang menyebabkan suasana yang kelam kabut.
Cadangan penambahbaikan bagi masalah di atas ialah, kami telah mencari jalan
alternatif dengan mencari siswa siswi guru yang tidak mempunyai tugasan sebelum
kejohanan untuk turut membantu bersama. Cadangan penambahbaikan seterusnya ialah,
bagi Kejohanan Olahraga Tahunan pada masa hadapan khususnya bagi acara balapan,
AJK kami iaitu AJK Pertandingan perlu membuat perancangan kerja yang lebih awal dengan
membuat jadual untuk mengelakkan situasi kelam kabut.
Akhir kara, saya berasa lega dan berpuas hati dengan Kejohanan Olahraga Tahunan
2021. Kejohanan Olahraga Tahunan ini telah memberi banyak manfaat dan input yang baik
serta pengalaman yang baru kepada saya. Saya berharap agar segala pengetahuan dan
pengalaman yang saya dapat melalui Kejohanan Olahraga ini dapat digunakan pada masa
yang akan datang sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi.

Disediakan oleh, 1 APRIL 2021

…………………………
(AININ SOFEA BINTI MOHAMAD BULIAN)
AJK PERTANDINGAN
AJK KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2021
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM.

You might also like