You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan

Kit pembelajaran merupakan salah satu bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Kit pembelajaran yang dihasilkan dengan menerapkan
elemen muzik, seni pergerakan dan seni visual di dalam kit pembelajaran. Hal ini
disebabkan setiap murid mempunyai kecerdasan tertentu atau lebih dikenali dengan
kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh Howard Gardner.

2.0 Refleksi

Kit pembelajaran yang dihasilkan berdasarkan Standard Pembelajaran 4.2.2 iaitu


mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah untuk menyampaikan
idea dengan bahasa badan yang kreatif. Oleh hal yang demikian, kit pembelajaran yang
dinamakan “Buku Sakti” telah dihasilkan. Kit ini difokuskan untuk murid Tahap 2.

2.1 Kekuatan
Kekuatan yang terdapat di dalam kit dihasilkan ialah dapat menarik minat pelajar.
Hal ini kerana, kit pembelajaran yang dihasilkan mempunyai warna dan gambar
yang pelbagai yang mungkin dapat menarik minat pelajar. Selain itu, Buku Sakti
ini lengkap dengan gambar yang berperingkat, sesuai dengan murid untuk
menjana idea mereka untuk membuat karangan atau ayat. Di samping itu, kit ini
juga menggunakan kos yang murah. Hal ini membolehkan guru-guru untuk
memperbanyakkan kit seperti ini untuk pengajaran di dalam kelas. Kit Buku Sakti
ini juga betujuan untuk melatih murid dalam mengenalpasti gambar yang
bersesuaian dengan ayat yang dipadankan. Saya menggunakan TMK seperti
penggunaan tablet, lcd dan computer riba untuk memantapkan lagi kesan
kepada pelajar khususnya Tahap 2. Akhir sekali, kit ini boleh dibawa ke mana-
mana kerana mempunyai saiz yang sederhana tidak terlalu besar dan tida terlalu
kecil.

2.2 Kelemahan
Kelemahan yang terdapat di dalam kit Buku Sakti ialah penggunan yang terhad.
Hal ini kerana penggunaan gambar yang kecil akan menyebabkan pelajar mudah
bosan apabila melakukan berulang kali. Seterusnya, kelemahan yang kedua
ialah terlalu besar untuk dipegang dan memerlukan sokongan seperti kerusi atau
meja untuk meletakkannya. Akhir sekali, kit ini juga tidak tahan dan tidak kalis air.
Kelemahan ini akan menyebabkan kit tersebut mudah rosak da tidak boleh
digunakan.

1
2.3 Penambahbaikkan
Penambahbaikkan yang boleh dibuat ialah, saya perlu memperbanyakkan dan
membuat pelbagai vairasi gambar supaya murid tidak bosan dan sentiasa
mencabar minda mereka. Contohnya dengan membuat 4 atau 5 set kad
bergambar mungkin dapat menggunakan secara bergilir-gilir supaya murid
berasa tidak mudah bosan. Selain itu dengan menggunakan bahan yang telah di
laminate atau menggunakan bahan kalis air seperti papan plastik yang ringan
supaya mudah dibawa kemana-mana. Di samping itu, degan mengecilkan kit
sebesar saiz A4, murid akan dapat membawanya ke mana sahaja untuk
membuat aktiviti di luar bilik darjah. Dengan menambahbaik kit pembelajaran ini,
murid akan lebih mudah untuk menggunakan kit tersebut secara berkesan.

3.0 Refleksi Persembahan Kit

Persembahan kit terdiri daripada tiga orang satu kumpulan untuk menggabungkan kit
masing-masing supaya saling berkait antara satu sama lain. Setiap kit yang dibentang harus
mempunyai tiga aspek tersebut iaitu aspek seni pergerakan, seni muzik dan seni visual.
Penggunaan seni muzik dan pergerakan dalam aktiviti yang pertama iaitu menyanyikan lagu
berdasarkan tema yang dipilih seperti Sambutan Hari Raya dan murid-murid harus
menyanyikan lagu yang bertemakan suasana hari taya tersebut di hadapan kelas. Selain itu
kit Buku Sakti juga menggunakan aspek seni pergerakan dengan menyuruh pelajar untuk
meniru gaya yang ada di dalam gamabar sebagai contoh menyuruh pelajar untuk meniru
gaya atau melakukan lakonan sempena sambutan Hari Guru atau tema lain yang diberikan.
Seterusnya, penggunaan Buku Sakti ini juga mempunyai tujuan utamanya iaitu merangsang
minda murid-murid untuk membuat karangan berdasarkan tema yang diberi. Kit
pembelajaran ini juga bertujuan untuk menambahkan kosa kata murid-murid. Selain itu kit ini
juga boleh digunapakai berulang kali kerana gambar di dalamnya boleh dikeluarkan dan
digantikan dengan tema susunan gambar yang berlainan. Di sini, guru juga akan dapat
mengurangkan kos perbelanjaan untuk membuat kit yang baru. Aktiviti Buku Sakti ini ialah
dengan menyuruh murid memilih satu tema yang telah ditetapkan mengikut warna dan
murid tersebut hendaklah berbincang mengikut kumpulan masing-masing. Secara tidak
langsung, aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dapat dipraktikkan dari segi
perbincangan dalam kumpulan dengan menggunakan teknik aktiviti seperti round robbin,
round table dan hot seat. Sekali gus, murid akan menjadi lebih berminat untuk belajar
terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu. Seterusnya penggunaan kit pembelajaran Buku
Sakti ini juga boleh digunakan oleh guru bukan sahaja dalam bidang Bahasa Melayu atau
Sains sebagai salah satu elemen merentasi kurikulum (EMK) kerana guru-guru boleh

2
menukar gambar dalam plastik lut sinar yang disediakan di dalam buku tersebut dengan
proses fotosintesis jika digunakan untuk subjek Sains. Tambahan pula, untuk matapelajaran
Sejarah guru boleh menunjukkan gambar di mana proses perampasan Tanah Melayu oleh
Portugis kerana gambar-gambar ini boleh disusun dalam bentuk urutan dalam plastik lut
sinar.

4.0 Kesimpulan

Penggunaan kit atau BBM dalam PdP sangatlah penting bagi menyediakan suasana yang
menyeronokkan kepada murid agar murid lebih berminat untuk belajar. Selain itu, dengan
kepelbagaian BBM, PdP mampu dilaksanakan dengan mudah serta objektif setiap
pengajaran mudah tercapai. Tambahan pula, tugasan ini mendidik kita sebagai bakal guru
supaya lebih kreatif dan inovatif untuk digunapakai ketika mengajar kelak. persembahan kit
pula umpama simulasi mengajar sebagai salah satu persediaan untuk mengajar nanti.
Kesimpulannya, penyediaan dan persembahan kit sangat penting untuk dikuasai dan dilatih
kerana ianya merupakan salah satu elemen dalam Pendidikan Abad ke-21.

3
BIBILIOGRAFI

Mohammad Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni untuk Maktab dan
Universiti. Pahang Darul Makmur : PTS Publications.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Syed Ahmad. (2017). Murid dan Pembelajaran.
Selangor :Oxford Fajar Sdn Bhd.

Power, F. C., Nuzzi, R. J., Narvaez, D., Lapsley, D. K., & Hunt, T. C. (2008). Moral
Education a Handbook Volume 1 A-L. Westport, CT: Praeger.

Rahil Mahyuddin. (2000). Psikologi pendidikan untuk perguruan. Shah Alam, Selangor:
Karisma Publication Sdn. Bhd

Wacana Seni Journal Arts Discourse. Vol.4.2005. Universiti Malaysia Sarawak

Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail & Jamilah Omar. (2014). HBEF1403 Seni Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia

You might also like