You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : Ke-1

Minggu Praktikum: 1

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 11 Jun 2019 hingga 14 Jun 2019

Tajuk Jurnal: Minggu Pertama di SK Danau Kota 2

1. Masalah / Peristiwa

Pada tanggal 11 Jun 2019 hingga 14 Jun 2019 merupakan minggu pertama saya
berada di Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2 sebagai guru yang menjalani
praktikum fasa satu di sini. Setelah menjalani minggu pertama di sini, begitu banyak
ilmu pengetahuan dan nasihat yang saya telah peroleh daripada pelbagai aktiviti
yang saya jalani pada minggu ini. Antaranya ialah sesi melapor diri, taklimat bersama
Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, dan guru pembimbing. Pada minggu ini
juga saya diberi peluang untuk masuk ke kelas sebagai guru ganti dan berkenalan
dengan murid-murid SK Danau Kota 2.

2. Analisis
Setelah saya analisis hasil dapatan yang saya peroleh pada minggu ini, saya dapati
bahawa guru-guru di sini sememangnya mengamalkan budaya kerja yang sihat dan
mesra. Hal ini dapat dilihat apabila hampir semua guru di sini bersikap ramah dan
gemar memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya semasa menjalani
praktikum di sini buat kali pertama. Seterusnya, Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan sekolah ini juga begitu komited dalam menjalankan tugas dan memberikan
panduan kepada saya. Guru Pembimbing saya juga seorang yang bermaklumat dan
sering memberikan saya tunjuk ajar yang berguna untuk saya supaya saya dapat
mengajar dan menguruskan bilik darjah dengan baik.
3. Kajian Lampau

Proses pembelajaran individu akan menjadi lebih baik sekiranya mereka terlibat
secara aktif (Webb, 2006). Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah suatu
proses pembelajaran menerusi refleksi perlakuan. Berdasarkan kaedah ini, segala
bentuk pengalaman yang dilalui dan dialami oleh individu atau pelajar
dipindahkan dalam bentuk pengetahuan. Jadi, guru harus belajar daripada
pengalaman sedia ada dahulu sebelum ke kelas.

4. Cadangan Tindakan Susulan

 Memaksimumkan penggunaan tempoh 12 minggu ini untuk menimba ilmu


pengetahuan sebanyak mungkin daripada warga Sekolah Kebangsaan
Danau Kota 2.
 Membuat tinjauan dan pemerhatian terhadap iklim persekolahan yang
diamalkan di sekolah ini.
 Mewujudkan hubungan yang mesra bersama pentadbir sekolah, guru-guru,
staf, ibu bapa, dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2.
 Memastikan saya mengikuti semua program yang dijalankan di Sekolah
Kebangsaan Danau Kota 2.

5. Tempoh Masa Tindakan Susulan.

Saya akan memaksimumkan penggunaan 12 minggu yang diperuntukan kepada


saya untuk menimba ilmu, menyesuaikan diri dengan budaya kerja guru,
mengenalpasti budaya belajar murid, menentukan kaedah dan teknik yang sesuai
dengan suasana bilik darjah serta memantapkan kemahiran pedagogi saya dalam
pengajaran saya di dalam kelas.
6. Rujukan

Kolb, D. A., Boyatzis, R. E., & Mainemelis, C. (1999). Experiential learning theory:
Previous research and new directions.

Mazuki Mohd Yasim., & Md. Amin Md. Taff. (2005). Kesan perkhemahan pendidikan
luar terhadap kesepaduan kumpulan. Unpublished Disertation, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Webb, L. (2006). Learning by doing. Training Journal.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

You might also like