You are on page 1of 3

SEJARAH PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Sedikit benar negara-negara di Asia yang telah membuat kemajuan yang begitu banyak dan
dengan sebegitu cepat seperti Malaysia dalam tempoh 60 tahun yang lalu. Masa-masa dahulu
adalah masa yang menggembirakan, penuh dengan berbagai-bagai sukaran dan bahaya.

Bagi menunjukkan setakat mana berPengakap itu disukai ramai, ialah dengan adanya
sekurang-kurangnya satu kumpulan Pengakap ditiap-tiap bandar dan kampung di negeri ini.
Sebabnya Pergerakan ini telah berkembang dengan derasnya, tidaklah payah dicari jauh-jauh.
Pengakap tiba di negeri ini dari awal 1910 lagi, dua tahun selepas dimulakan di Great Britain
oleh Lord Baden Powell.

Seorang daripada peneroka di Great Britain, Encik F.C. Sands telah datang ke
Singapura dalam tahun 1910 dan memulakan penubuhan pasukan pertama dijajahan ini.

Bermula dengan dua pasukan Seramai 30 orang ahlinya di Singapura, Pergerakan ini
merebak keseluruh Malaysia dan pada hari ini mempunyai pengikut lebih dari 65000 orang
terdiri daripada Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap, Pengakap Kelana dan Pemimpin-
Pemimpin Pengakap.

Semenjak itu kemajuannya adalah tetap dan Pengakap telah beransur-ansur muncul di
negeri yang dahulunya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pasukan Pengakap yang pertama
bagi budak-budak Melayu yang tahu bahasa Inggeris telah ditubuhkan dalam tahun 1919
dibawah pimpinan Kapten N. M. Hashim dan Encik A. Z. Alsagoff.

Pahang adalah negeri yang pertama sekali di negeri ini mengalu-alukan Pengakap
apabila satu pasukan telah ditubuhkan di Pekan oleh Encik G. M. Laidlaw tetapi apabila dia mati
satu apapun tiada dibuat beberapa tahun. Pengakap dihidupkan semula hanya dalam tahun
1927 oleh Encik H. R. Hertslet yang kemudiannya diikuti oleh Encik Wheeler dan Encik Frisby
dari Pejabat Pelajaran Pahang.

Pengakap telah dimulakan di Pulau Pinang oleh seorang ahli pendidik yang masyhur
iaitu Encik H. R. Cheeseman. Pasukan Pengakap yang pertama telah didaftarkan dalam tahun
1915 di Sekolah Free, Pulau Pinang. Sungguhpun telah difahamkan bahawa satu pasukan
percubaan telah diadakan dari awal 1908 lagi. Pasukan Pengakap yang pertama sekali
disekolah Melayu adalah dimulakan di Pulau Pinang.

Encik Cheeseman adalah “nyawa Pergerakan” di Pulau Pinang dimana beliau telah
memimpin Pergerakan itu selama 13 tahun sebelum bertukar ke Johor dalam tahun 1928. Pada
satu masa, beliau adalah Penolong Pesuruhjaya bagi Malaya dan semasa dalam jawatan itu dia
telah memainkan peranannya yang penting dalam membina Pergerakan itu di seluruh negeri.
Dia telah dianugerahkan pingat Silver Wolf dalam tahun 1927.

Pemimpin-pemimpin Pengakap yang lain-lain yang terkemuka di Pulau Pinang yang


telah memberi perkhidmatan kepada Pergerakan ini ialah Allahyarham Encik S.M. Zainal
Abidin, Encik Khoo Sim Teong, Encik Oon Hoot Ewe dan Encik Basha Merican. Kedua-dua
Encik S. M. Zainal Abidin dan Encik Khoo Sim Teong yang menjadi Penolong Pesuruhjaya
Daerah bagi Pulau Pinang dalam tahun 1930 telah mula sebagai rekrut dalam tahun 1915 dan
1916 masing-masingnya.

Sumber maklumat sejarah dipetik dari buku Undang-undang & Persetiaan terbitan 1965 yang
disunting oleh J. Victor Morais, S.B.St.J

Segala imej adalah hakmilik Jabatan Penerangan Malaysia.

You might also like