You are on page 1of 7

Sejarah Pengakap Malaysia

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926

Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis. Secara Ringkasnya: 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 ) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing golongan remaja secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah agar remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini diasaskan pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang merupakan "Bapa Pengakap Sedunia".

Sejarah awal
Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral. Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides") pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell. Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia. Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis. Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan, di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers (Afrikaner), yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis, yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya. Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada 1899) menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja. Pada 1906, Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai

Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja. Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour, Dorset, England. Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan. Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys' Brigade. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap). F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain. Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia Pertama

Robert Baden-Powell
Robert Stephenson Smyth Baden-Powell (22 Februari 1857 - 8 Januari 1941) merupakan pengasas dan bapa Pergerakan Pengakap Dunia.

Kehidupan awal
Dilahirkan di Paddington, London, Baden-Powell merupakan anak ke enam daripada lapan anak kepada Profesor Savilian yang mengajar geometri di Oxford. Ayahnya meninggal ketika beliau berusia tiga tahun. Selepas menghadiri Sekolah Tinggi Bukit Ros (Rose Hill School), Tunbridge Wells, BadenPowell dianugerahkan dengan biasiswa bagi sekolah awam Charterhouse. Pengenalannya kepada kemahiran pengakap adalah menjejak dan memasak haiwan serta mengelak guru dalam belukar yang berhampiran, yang juga merupakan kawasan larangan. Beliau juga bermain piano dan violin, mampu melukis dengan baik dengan menggunakan kedua belah tangan ("ambidextrous"_), dan gemar berlakon. Percutian dihabiskan dengan ekspedisi belayar atau berkanu dengan saudaranya.

Kerjaya Ketenteraan
Pada tahun 1876, Baden-Powell memasuki Hussars Ke-13 di India. Pada tahun 1895 dia bertugas dengan khidmat khas di Afrika dan pulang ke India pada tahun 1897 untuk mengetuai 5th Dragoon Guards. Baden-Powell berlatih dan mengasah kemahiran pengakapnya dengan puak Zulu pada awal 1880-an di jajahan Natal Afrika Selatan di mana regimentnya ditempatkan dan namanya disebut-sebut dalam komunikasi. Kemahirannya mengkagumkan dan dia kemudiannya dipindahkan ke perkhidmatan rahsia British. Dia sering mengembara sebagai pengumpul rama-rama, memasukkan plan kemudahan ketenteraan kedalam lukisan kepak rama-ramanya.

Baden-Powell kemudiannya diletakkan sebagai pegawai perisikan selama tiga tahun di Mediterranean ditempatkan di Malta. Dia kemudiannya mengetuai kempen ketenteraan yang berjaya di Ashanti, Afrika, dan pada usia 40 dilantik untuk mengetuai 5th Dragoon Guards pada tahun 1897. Beberapa tahun kemudian, dia menulis buku panduan ringkas bertajuk "Aids to Scouting", ringkasan kepada ceramah yang dia berikan berkenaan peninjau ketenteraan, untuk membantu melatih rekruit. Menggunakan buku ini dan kaedah lain,dia mampu melatih mereka untuk berfikir sendiri, menggunakan dayausaha sendiri, dan untuk terus hidup dalam belukar. Baden-Powell kembali ke Afrika Selatan sebelum Perang Boer dan terlibat dalam beberapa pertempuran melawan Zulu. Dilantik pada masa Perang Boer kepada pangkat kolonel, dia bertanggung jawab untuk organisasi pasukan peneroka untuk membantu tentera biasa. Ketika menyelia,dia terperangkap dalam pengepongan Mafeking, dan dikelilingi oleh tentera Boer yang melebihi 8,000 orang. Walaupun mempunyai bilangan yang lebih kecil, garrison itu berjaya bertahan dalam pengepungan selama 217 hari, dan kebanyakannya kejayaan itu dikatakan hasilbeberapa muslihat strategi bijak yang dilaksanakan oleh Baden-Powell yang bertindak sebagai komander garrison. Periuk api palsu ditanam, dan tenteranya diperintah untuk berlakun mengelak pagar kawat olok-olok (tidak wujud) apabila bergerak antara parit kubu. Baden-Powell melaksanakan kebanyakan kerja peninjauan secara peribadi dan membina pasukan kanak-kanak asli untuk membawa perutusannya ke sekeliling ; BadenPowell amat kagum dengan keberanian mereka dan kesungguhan mereka yang ditunjukkan ketika melaksanakan tugas dan ini menyebabkan dia mengingatinya. Pengepungan itu terbubar oleh Pembebasan Mafeking pada 16 Mei 1900. Dilantik sebagai Major-General, Baden-Powell menjadi wira kebangsaan England. Selepas menguruskan pasukan polis Afrika Selatan Baden-Powell balik ke England untuk bertugas sebagai Inspector General pasukan Berkuda "Cavalry" pada tahun 1903.

Pulang ke England
Selepas pulang, Baden-Powell mendapati buku panduan ketenteraannya "Aids to Scouting" telah menjadi jualan paling laris, dan telah digunakan oleh para guru dan organisasi remaja. Selepas kembali dari perjumpaan dengan pengasas Boys' Brigade, Sir William Smith, BadenPowell mengambil keputusan untuk menulis kembali Aids to Scouting agar bersesuaian dengan pembaca remaja, dan pada tahun 1907, Baden-Powell membuat satu perkhemahan di pulau Brownsea bersama dengan 22 orang budak lelaki yang mepunyai latar belakang berbeza, untuk menguji sebahagian daripada ideanya. Buku "Scouting for Boys" kemudiannya diterbitkan pada tahun 1908 dalam enam ansuran. Kanak-kanak remaja membentuk "Scout Troops" secara spontan dan pergerakan Pengakap bermula tanpa disengajakan, pada mulanya pada peringkat kebangsaan, dan kemudiannya pada peringkat antarabangsa. Pergerakan pengakap berkembang secara seiring dan harmoni bersama Boys' Brigade. Pergerakan Pandu Puteri kemudiannya diasaskan pada tahun 1910 di bawah kelolaan saudara perempuan Baden-Powell Agnes Baden-Powell. Walaupun dia mampu menjadi Field Marshal, Baden Powell membuat keputusan untuk bersara daripada tentera pada tahun 1910 mengikut nasihat Raja Edward VII, yang

mencadangkan bahawa lebih baik Baden-Powell berkhidmat kepada negaranya dengan mempromosi pergerakan Pengakap. Pada Januari 1912 Baden-Powell bertemu bakal isterinya Olave Soames di atas kapal penumpang (Arcadia) dalam perjalanan ke New York untuk memulakan Lawatan Pengakap Dunia "Scouting World Tours". Olave berusia 23, Baden 55, dan mereka berkongsi tarikh lahir. Mereka bertunang pada September tahun yang sama, menjadi berita utama. Untuk mengelak gangguan pihak akhbar, mereka melangsungkan perkahwinan secara rahsia pada 30 Oktober 1912. Ketika pecah perang Dunia I pada tahun 1914, Baden-Powell menawarkan dirinya kepada Jabatan Perang "War Office". Tiada tanggung jawab diberikan kepada beliau, kerana, seperti yang dikatakan oleh Lord Kitchener : "dia boleh mendapatkan beberapa jeneral division dengan mudah tetapi tidak tidak dapat mencari orang yang mampu meneruskan usaha baik Boy Scouts." Khabar angin menyatakan Baden-Powell terbabit dalam perisikan dan pihak perisikan mengambil langkah untuk menanam dan menggalakkan mitos tersebut. Baden-Powell dikurniakan jawatan Baronet pada tahun 1922, dan bergelar Baron BadenPowell, dari Gilwell dalam County Essex, pada tahun 1929, Gilwell Park menjadi tapak latihan Ketua Pengakap Antarabangsa. Baden-Powell dilantik ke Order of Merit dalam sistem penghormatan British pada tahun 1937, dan dianugerahkan 28 gelaran dari negara asing. Dibawah usaha gigihnya pergerakan Pengakap dunia berkembang. Pada tahun 1922 terdapat hampir sejuta pengakap dalam 32 negara; pada tahun 1939 jumlah pengakap melebihi 3.3 juta orang. Tidak lama selepas berkahwin, Baden-Powell berhadapan dengan masalah kesihatan, dan mengalami beberapa serangan penyakit. Pada tahun 1934 prostatenya dibuang, dan pada tahun 1939 dia berpindak ke sebuah rumah yang dibinanya di Kenya, negara yang pernah dilawatinya untuk berehat. Dia meninggal di Kenya, di Nyeri, berhampiran Gunung Kenya, pada 8 Januari , 1941. Pergerakan Pengakap dan Pandu Puteri meraikan 22 Februari sebagai hari B-P, tarikh lahir bersama Robert dan Olave Baden-Powell, untuk memperingati dan meraikan jasa Ketua Pengakap dan Ketua Pandu Puteri dunia.

You might also like