You are on page 1of 5

Sejarah Pengasas Pengakap

Pengasas Pengakap: Lord Baden Powell


Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di
sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu
dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden - Powell.
Bapanya bernama Reverend H.G. Baden - Powell, iaitu
seorang mahaguru di Universiti Oxford. Ibunya ialah seorang
Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang
adik-beradik. Pada usia 3 tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah
beliau

dalam

pemeliharaan

ibunya.

Beliau

sangat

gemar

kepada

penghidupan di luar rumah.


Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanakkanak. BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar
ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat
pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903. Dalam satu serangan terhadap
Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan
menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak-kanak yang
tinggal di bandar yang diserang itu. Kepantasan dan kecekapan kanak-kana
kini meninggalkan kesan yang amat mendalam pada hati BP dan pada tahun
1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu
perkhemahan percubaan di PulauBrown seabagi kanak-kanak lelaki. Melalui
kejayaan perkhemahan di PulauBrown seaitu, pada tahun 1908, BP telah
mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.
BP menanam semangat taat kepada tuhan, Raja dan Negara.
Kejayaan ini tidak ditangdingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya.
Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah aduan antara bagi kecekapan
dan tatatertib yang mengembangkan dasar-dasar asas seorang manusia.
Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik
menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia. Pada tahun 1937, sewaktu
berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya, Lady Baden Powell, seorang
yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja
mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya,
meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin

di sebuah kampung yang aman, dengan pemandangan yang indah, hutan


yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh salji, di situlah BP
berehat setelah lama berbakti kepada dunia. Buku Scouting For Boys
dijadikan kitab untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima
ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini keserata
dunia kecuali negara-negara komunis. Pergerakan pengakap telah memberi
peluang kepada muda-mu di mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan
telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada
mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang
janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah
kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di
kalangan masyarakat biasa.
Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah seperti 'Baron' dan
telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima
Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalamla panganini sehingga
berumur 80 tahun. Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia
untuk menyaksi

kan sendiri kegiatan pengakap dan

pandu

puteri.

Seumurhidupnya, BP telah berusaha menwujudkan kegembiraan kepada


orang lain melalui pergerakan pengakap. Oleh yang demikian, adalah menjadi
kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakapa pabila pada 8
Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh
kehormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.

Sejarah Penubuhan Pengakap


Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea,
England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk
budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan
oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang
Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan
pertempuran.
Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia.

Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau


telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui
penerbitan buku "Scouting For Boys" yang dikarang oleh beliau sendiri.
Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang
British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam
masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan.
Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui
beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori
Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Di sinilah
beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan
British menganugerahkan "Lord Baden Of Gillwell" kepada beliau. Banyak
pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan
beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941,
beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut
ulang tahun ke-84.

Sejarah Penubuhan Pengakap di Malaysia


Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di
Singapura di mana pengasasnya adalah F.C Sands, seorang peneroka
British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang(1908)
dan Selangor(1909) tetapi gagal. Bermula di sini, Pergerakan Pengakap
telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan
Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada
ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di
negeri-negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura (1910)
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang (1915) dan Johor (1928)

3. I.R Wheeler di Perak (1926)


4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka (1925)
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan (1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor (1926)
8. A.J Cracle di Terengganu (1926)
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan (1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah (1931)
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah (1913)
12. Sarawak (1915)
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas
Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah
menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember
1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama
kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia di mana dianggotai Tanah
Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun
Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap
Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Tujuan penubuhan Pengakap di Malaysia


Tujuan Penubuhan Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia telah
dinyatakan di dalam Perkara 1- Penubuhan, Pendaftaran, Pentadbiran
(O.R.A) Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia yang telah dibuat oleh
Majlis Pengakap Negara Malaysia yang menjalankan kuasa-kuasa yang
diberikan oleh Akta Parlimen Akta No. 38 tahun 1968; Akta Persekutuan
Budak-Budak Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 dengan pindaan
Akta Parlimen Akta No. 143 tahun 1974; Akta Persekutuan PengakapPengakap Malaysia 1974 dan semakan Akta Parlimen Akta No. 409 tahun
1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968:
1. TUJUAN PENUBUHAN
PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA MALAYSIA (SELEPAS INI DISEBUT
PPRM) ditubuhkan dengan tujuan:
1.1 Memelihara serta menyemarakkan Semangat Pengakap di kalangan
Pengakap Raja dan Pengakap di semua Peringkat;

1.2 Meninggikan taraf pencapaian Pengakap di semua peringkat dari segi


pengetahuan, kemahiran dan perkhidmatan kemasyarakatan dengan daya
upaya yang telah diperolehi melalui Pengakapan;
1.3 Menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara di dalam
sebarang bidang yang terdaya sesuai dengan prinsip dan dasar Pengakapan;
1.4 Membantu Persekutuan Pengakap Malaysia (selepas ini disebut "PPM")
peringkat Daerah/Negeri/Negara di dalam menjalankan pentadbiran dan
aktiviti;
1.5 Mengurus dan menjalankan Kumpulan Terbuka; dan
1.6 Menjalankan tugas-tugas lain selaras dengan objektif penubuhan PPM.

Rujukan:
https://sites.google.com/site/theperakkingsscoutbrotherhood/matlamat-dantujuan
http://qberscout.blogspot.com/2008/02/sejarah-pengasas-pengakap-lordbp_07.html
http://www.scribd.com/doc/55637091/Sejarah-Pengasas-Pengakap
http://jeffrey518.tripod.com/

You might also like