You are on page 1of 2

Kepentingan Perlembagaan

Berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuahnegara

Menentukan rangka dan bentuk pentadbiran

Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusanserta kelicinan pentadbiran


dan pemeritahan kerajaan

Menjamin taat setia rakyat

Menjmin hak asasi dan kebebasan rakyat

Peranan Yang di Pertuan Agong menjaga danmemelihara hak istimewa serta


kedudukan orang melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak serta tidak
dipersoalkan

Menjamin kerjasama di antara kerajaan Pesekutuandan Kerajaan Neger

Menjadi rujukan dalam menggubalkan undang-undang

Menjamin kedudukan hak istemewa orang melayu danbumputera di Sarawak dan


Sabah tidak dipersoalkan

Tujuan Perlembagaan

1) Untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil

2) Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah

3)Mengawal pergerakkan kerajaan dan rakyat

4) Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah

5) menjamin riwayat negara bangsa

6) Menjamin keamanan dan kestabilan negara


Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan

1. Mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan.

2. Perlembagaan Persekutuan adalah perlembagaan yang bertulis yang dikanunkan dalam


sebuah buku.

3. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual.


Perkara adalah untuk mentakrifkan hak dan kewajipan pemerintah atau warga negara
secara kasar. Manakala Jadual pula berfungsi menerangkan secara terperinci mengenai
sesuatu perkara itu.

4. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang utama dan tertinggi.


Ini bermaksud undang-undang yang berlawanan dengannya hendaklah terbatal dengan
sendirinya.

5. Perlembagaan Persekutuan adalah perlembagaan beraja berasaskan demokrasi


berparlimen di mana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi
Persekutuan.

6. Memperuntukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan


namun negara kita tetap menjamin kebebasan beragama.

7. Perlembagaan Persekutuan bersifat ketat dan sukar dipinda.


Pindaan yang hendak dibuat tidak sama dengan pindaan akta-akta lain yang diluluskan oleh
Parlimen. Perkara 159 memperuntukkan bahawa beberapa peruntukan yang hendak dipinda
hendaklah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu dan mendapat sokongan majoriti dua
pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

8. Terdapat pengasingan kuasa (dibahagikan kepada tiga cabang pentadbiran iaitu


Perundangan, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama,
tiada satupun yang lebih tinggi daripada yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan
tanggungjawab yang berbeza tanpa percanggahan kepentingan.)

9. Perlembagaan Persekutuan juga menentukan kuasa-kuasa perundangan dan kuasa-kuasa


pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri melalui tiga senarai yang dipanggil Senarai
Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

10. Perlembagaan Persekutuan turut memperuntukkan kebebasan asasi.


Bertujuan menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari segi undang-undang.
Peruntukan ini menjelaskan dengan nyata mengenai jaminan perlindungan yang diberikan
kepada setiap warganegara dan orang-orang lain dalam negara ini.

You might also like