You are on page 1of 16

Hormat Pengakap dilakukan apabila:

Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan
persaudaraan dan penghormatan.
Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.
Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.
Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

Cara Hormat Pengakap
Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari
telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari
menindih jari kelingking.
Makna Hormat Pengakap
Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetiaan Pengakap iaitu:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap.
Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa
maksud ahli pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud
sebagai seorang ahli pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang
Undang Pengakap. Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud
persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.


Hormat Pengakap

Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis
diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari digunakan
adalah membawa tiga pengertian:

Salam Penghormatan
Kepada ketua
Kepada bendera yang dinaikkan
Kepada lagu kebangsaan dimainkan
Kepada jenazah

Salam Biasa
Kepada pembesar-pembesar negeri atau negara
Kepada pemimpin
Kepada saudar Pengakap


Salam Persetiaan
Waktu perlantikan
Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi bahu dan tapak tangan hadapan)

Cogan Kata Pengakap (Scout Motto)
Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara
satu sama lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut:

Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout) - Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda (Boy Scout) - Selalu Sedia (Be Prepared / )
Pengakap Remaja (Rover Scout) - Pandangan Luas
Pengakap Kelana - Berkhidmat
Pengakap Budika - Berkhidmat

Cogan Kata Kumpulan Pengakap (Troop Motto)
- Kamu Untuk Kumpulan
- You For The Troop
-

COGANKATA PENGAKAP KANAK-KANAK
Cogankata yang menjadi moto Pengakap Kanak-Kanak

"BUAT HABIS BAIK"


Sejarah Pengakap Malaysia
Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia
(Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di
Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di
England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak
Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di
Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah
Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur
setelah G.M.Laidlow meninggal.
Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet,
Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R.
Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan
Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.
Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap
Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun
1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini
bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun
1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926
oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun
1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku
Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap
pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957,
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan
Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-
Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910
Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah
(tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura
(pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG
Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan
Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927
Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

Secara Ringkasnya:
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang
Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh
Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak
Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap
Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun
1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak
Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.




Sejarah Pengakap Dunia

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson
Smyth Baden- Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-
Powell dilahirkan di Bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal
dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-
Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah
anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.
Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan
tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman
persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya
seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell
bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki
berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP
telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India
dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai
penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk
menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE
yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati
terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud
Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi
Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah
memberi hadiah kepada askaraskar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan
satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku
yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi
kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika
Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan
sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda.
Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan
British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan
Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang
askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan
periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya
memperdayakan orang-orang Boer.
Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya
Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah
dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda
menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden- Powell diarahkan menubuhkan
pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau
menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah
menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907.
Seramai 21 orang budak-budak turut vserta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell
menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking
dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol.
Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara,
berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun
api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang
menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku
berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau
semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau
Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan
Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di
England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan.
Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika
Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941









LAUNG AGUNG
Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh
dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat
"Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau
Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK

1.TUJUAN
1. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan
2. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
3.Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
4. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
5. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"

2. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali kuat & nyaring).
Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia
2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat
kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela

3. PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan
membuat bulatan kecil bahu ke bahu.

4. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar
mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan.

5. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan
PKK menjatuhkan tangan mereka.

6. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit.
Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan
kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan
hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus
berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan
BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.

7. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar
"KAMU BUAT HABIS BAIK?"

8. PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK"

9. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan
tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya

You might also like