You are on page 1of 2

PENDEKATAN OBJEKTIVISME-ISL 1RBT310514.01.

2009
PENDEKATAN OBJEKTIVISME
Objektivisme dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P)
Objektivisme berpegang kepada fahaman yang melihat objek dan nilai (kualiti) wujud
dengantersendiri (Bednar, Cunningham,Duffy & Perry, 1992). Realiti luar bebas
daripada minda danpengetahuan manusia. Pada pandangan Objektivisme, realiti luar
adalah sama bagi semua manusia.Walau bagaimanapun, perbezaan persepsi terhadap
realiti luar wujud antara manusia kerana manusiamempunyai bias, pandangan dan
pilihan sendiri yang berbeza-beza. Untuk berfikiran objektif, manusiaharus
mengenepikan bias, pandangan dan pilihan sendiri dengan berfikir secara logik dan
saintifik.Pendekatan objektivisme dalam P&P sealiran dengan behaviorisme.
Fahamanbehaviorisme beranggapan bahawa tingkah laku manusia dibentuk secara
luaran dan dipengaruhi faktor persekitaran (Skinner, 1953). Tingkah laku ialah
rangkaian ransangan dan gerak balas. Tingkah lakumanusia berlaku secara
penyesuaian (
adaptation
) dan penerimaan maklumat berlaku secara pasif.Behaviorisme mengenepikan faktor
warisan baka, jiwa dan mental. Pendekatan pembelajaranterbatas kepada perubahan
dalam tingkah laku yang boleh dilihat. Behaviorisme memberi penekanankepada
peneguhan terhadap tingkah laku untuk mencapai tahap kemahiran seperti yang
dianjurkan olehSkinner (1974) tanpa mengira kefahaman atau pemikiran logik
seseorang.
Peranan guru
Guru-guru berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan menguruskan pelajar.
Pelajar dianggap menerima pengetahuan secara pasif. Pendekatan objektivisme
mengenepikan keperluan untukmemberi fokus kepada bagaimana proses pelajar
berfikir (Wilson, Teslow dan Taylor, 1999). Gurumemberi tumpuan kepada isi
kandungan dan aktiviti peneguhan bagi tujuan mencapai objektif yangditentukan.
Penyediaan bahan pengajaran dan penilaian adalah mengikut satu piawai tertentu dan
tidakpelbagaiAhli objektivisme juga berpendapat bahawa guru harus berperanan
sebagai pengawal kelas.Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan. Sekiranya ingkar mereka akan diberikan hukuman atau
didenda oleh guru tersebut


PENDEKATAN OBJEKTIVISME-ISL 1RBT310514.01.2009
Objektivisme dalam pendidikan
Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma
objektivisme.Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam
pendidikan.Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang
perlu diajar dan siapayang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya
mengetahui segala-galanya. Inimenyebabkan ramai murid tidak dapat melihat
keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak`pakar'. Model autoritarian ini
menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan gurusangat penting
dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala
jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan
berpengetahuanluas.Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan
paradigma objektivisme. Dalampengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada
dia dapat memberikan jawapan yang dikehendakioleh penggubal soalan. Mereka juga
dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalantentang apa yang
dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak
sebenarnyamenguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji
kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal
soalan sahaja.Ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai
pengawal disiplin kelas.Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan. Mereka yangingkar akan didenda

You might also like