You are on page 1of 20

P

H
A
R
A
SEJ

P
A
K
A
G
N
E

SEKAWAN: MERAH
MUHAMMAD IZZAT BIN IBRAHIM
HUSNI NAEEM BIN GHANI
CHEN SHI HUI

SEJARAH PENGASAS

Robert Stephenson Smyth BadenPowell BP


atau Lord Baden-Powel

SEJARAH
Beliau dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde
Park, London.
Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang
pensyarah di Universiti Oxford, London. Beliau meniggal dunia
ketika BP berusia 3 tahun
Ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama
W.T. Smyth.
Semasa kecil beliau sudah berminat untuk hidup di luar rumah dan
alam semula jadi
Bersama abang-abangnya beliau pernah berjalan dan berkhemah di
beberapa tempat di England.
Pengalaman itu mengajarnya sikap bekerjasama dan mematuhi
peintah.

Selepas tamat pengajian di Charterhouse, beliau


menduduki peperiksaan pemilihan tentera dan
berjaya dengan cemerlang.
Semasa dalam ketenteraan BP ditauliahkan pangkat
Leftenen Muda dan mula bertugas di merata-rata
tempat, termasuklah di India dan Afghanistan pada
tahun 1986.
BP juga pernah dihantar bertugas di Benua Afrika
untuk menamatkan peperangan di Ashanti, Ghana.
Ketika di situ BP mendapat gelaran IMPEESA yang
bermaksud Serigala Yang Tidak Pernah Tidur kerana
keberanian dan kecekapannya ketika berhadapan
dengan musuh.

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP


BP telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion
askar berkuda untuk ke Afrika Selatan (Bandar
Mafeking).
Dalam peperangan ini BP menggunakan kanak-kanak
sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar
di medan peperangan.
Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah
mendorong BP untuk menubuhkan pergerakan Pengakap.
BP telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Aids to Scouting (Bimbingan
Pengakap) pada tahun 1907.
Beliau menganjurkan satu perkhemahan pengakap
pertama di Pulau Brownsea, England pada tahun 1907
dan beliau sebagai Scout Master atau Pemimpin
Pengakap.

Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku lagi


bertajuk Scouting for Boys (Pengakap untuk Kanak-Kanak)
yang memuatkan segala pengalaman beliau semasa bertugas
di Afrika dan India serta perkhemahan pertama pengakap di
Pulau Brownsea.
Buku itu telah menarik ramai kanak untuk menyertai
pengakap, oleh itu BP menubuhkan Pengakap Kanak-kanak.
Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa
lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak
kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau
untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap
sepanjang hayatnya.
Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulankumpulan Pengakap turut mengambil bahagian dalam
mempertahankan negara England

Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak


perkhemahan yang pertama di dunia yang dikenali sebagai
Gillwell Park di London yang berfunsi sebagai tempat latihan
ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung.
Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah
berkumpul di London menghadiri jambori dunia pertama.
Jambori itu diadakan di Richmond Park Olympia, London,
pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi
Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World.
Mengenangkan jasa yang diberikan, Baden Powell telah
dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England
iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell.
1937, semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke Kenya
(Afrika) bersama isterinya Lady Baden Powell. BP meninggal
dunia pada Januari 1941.

SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA


Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan
Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya)
apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan
Pengakap Kanak-Kanak (cubs) diSingapura pada
tahun 1910 (Dua tahun setelah BP mengasaskan
Pergerakan ini di England).
1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak
Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M.
Hashim dan EncikA.Z.Alsagoff, juga di
Singapura. Negeri Melayu yang pertama
memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang
(Pekan)oleh G.M.Laidlow.

Ringkasan Pertubuhan Pengakap Malaysia.

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )


2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di
Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925)
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926)
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915)

Dipercayai, jumlah keseluruhan anggota pergerakan


pengakap sehingga 1928 ialah seramai 85,000 orang.
Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di
seluruh Semenanjung Tanah Melayu, termasuk
Singapura disatukan di bawah satu persekutuan
dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Kawasan Malaya dan diletakkan di
bawah Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great
Britain.
Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Kawasan Malaya telah menjadi satu badan bebas dan berasingan
dan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak


Pengakap Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan
taraf menjadi satu cawangan penuh kepada
Persidangan Pengakap Sedunia dan seterusnya
diterima menjadi anggota Kawasan Asia Pasifik
Pada tahun 1964, selepas Malaysia diwujudkan,
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan
Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan BudakBudak Pengakap Malaysia meliputi Pergerakanpergerakan Budak-Budak Pengakap Semenanjung
Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak

Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia yang


dianggotai 14 Majlis Pengakap Negeri, termasuk
Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun
1972) tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun
1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 - Akta
Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974.
Akta ini telah menggugurkan perkataan BudakBudak yang terdapat pada nama Persekutuan BudakBudak Pengakap Malaysia, lalu dikenali dengan nama
baru sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia
(PPM).

Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974 .

Maka inilah diperbuat Undang-undang oleh Duli Yang Maha Mulia


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut :
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap
Malaysia 1974.
2. (1)
Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang
diperbadankan di bawah Seksyen 3(1) Akta (Perbadanan)
Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968. (kemudian
daripada ini disebut persekutuan itu) hendaklah selepas akta ini
berkuat kuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap
Malaysia dan semua sebutan di dalam akta ini dan mana-mana
undang-undang bertulis lain mengenai persekutuan ini hendaklah
ditaksirkan sewajarnya

TUJUAN PENUBUHAN
Memelihara serta menyemarakkan Semangat
Pengakap di kalangan Pengakap Raja dan Pengakap
di semua Peringkat
Meninggikan taraf pencapaian Pengakap di semua
peringkat dari segi pengetahuan, kemahiran dan
perkhidmatan kemasyarakatan dengan daya upaya
yang telah diperolehi melalui Pengakapan
Menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat dan
negara di dalam sebarang bidang yang terdaya
sesuai dengan prinsipdan dasar Pengakap
Mengurus dan menjalankan Kumpulan Terbuka
Menjalankan tugas-tugas lain selaras dengan
objektif penubuhan PPM.

ISTIADAT-ISTIDAT
DALAM PENGAKAP

DEFINISI
Istiadat bermaksud peraturan atau cara-cara
melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan
dalam pengakap.
Terdapat beberapa istiadat penting dalam
pengakap seperti:
-Istiadat Laung Agung
-Istiadat Melantik Ahli Pengakap
-Istiadat Meningkat Naik
-Istiadat Penyampaian Lencana
-Istiadat Bendera
-Hormat Pengakap
-Isyarat dan jabat Pengakap

ISTIADAT LAUNG AGUNG


Merupakan tradisi dlm istiadat Pengakap Kanakkanak dan telah digunakan di seluruh dunia.
Menunjukkan bahawa pengakap telah membuat
Sehabis baik.
Sebagai menandakan permulaan atau tamat
sesuatu perjumpaan yg dirancang.
Sebagai acara bagi menghormati tetamu yg
datang ke sesuatu PEK.
Melahirkan semangat setia kawan, perpaduan
serta membina disiplin.
Sebagai simbolik utk menyatakan bahawa PKK
membuat Sehabis baik.

ISTIADAT MELANTIK PENGAKAP

Seseorang yg ingin menjadi ahli pengakap peru


disahkan terleih dahulu melalui satu istiadat
khas yang menyerupai dengan istiadat yang
dijalankan dlm kalangan ahli pengakap dunia
yang lain.

ISYARAT PENGAKAP
Melafaz persetiaan pengakap.
Ketika istiadat melantik ahli baharu dijalankan.
Mmeperbaharui persetiaan pengakap.
Mengganti hormat jika tidak bertopi.
Sebagai isyarat berdiri tegak.

JABAT/ BERSALAM DALAM


PENGAKAP
Berjabat tangan ata bersalam dalam pengakap
adalah merupakan tanda prsaudaraan dan
lambang kepercayaan.
Ada dua situasi berjabat tangan/ salam dalam
pengakap, iaitu:
-Salam dengan tangan kanan
-Salam dengan tangan kiri

You might also like