You are on page 1of 8

SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

Selepas dua tahun pengakap diasas oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan untuk anakanak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura.

Selepas itu, Pergerakan Pengakap mula berkembang pesat di seluruh Tanah Melayu. Setiap negeri termasuk Borneo mempunyai sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap. Berikut merupakan senarai pengasas pergerakan pengakap di seluruh Tanah Melayu dan Borneo.

TAHUN 1910 1915 1928 1926 1922

NEGERI SINGAPURA PULAU PINANG JOHOR PERAK KEDAH

PENGASAS F.C. SANDS H.R CHEESMAN H.R CHEESMAN I.R WHEELER E.C HICKS A.G STUART R.P.S WALKER C. BLOOMFIELD

1925

MELAKA

R. BRUNNSTONS

TAHUN 1925

NEGERI NEGERI SEMBILAN

PENGASAS BIRD SMITH ROGER SMITH

1926

SELANGOR

AMEEN AKHBAR

1926
1927

TERENGGANU
KELANTAN

A.J GRACIE
Y.M TENGKU AHMAD TEMENGGUNG

1913

SABAH

REV CANON THOMAS CECIL ALEXANDER

1915

SARAWAK

Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiaptiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia.

Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan denga belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.

You might also like