You are on page 1of 33

Sejarah Pengakap Malaysia

0
Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

Secara Ringkasnya:

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )

2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )

3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )

4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)

5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )

6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )

7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )

8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )

9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )

10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )

11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )

12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Bagaimana segalanya bermula...


Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini.

Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys"untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya.

Mereka merupakan pasangan yang mengagumkan. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.

Di serata dunia
Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas.

Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia. Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.

Kelahiran WAGGGS
Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS. Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman.. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara. Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai "Our World News".

Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1919, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia. Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau) Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.

Perkembangan
Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord BadenPowell telah meninggal dunia pada masa itu. Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabaa dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966. Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge).

100 tahun mengubah hidup


(100 years of changing lives) Tema sambutan 100 tahun Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di dunia ialah "100 tahun mengubah hidup" (girls worldwide say "100 years of changing lives"). Tema ini dilancarkan di Persidangan Dunia Ke-33 di Afrika Selatan pada 6 - 12 Julai 2008. Logo sambutan ulang tahun ke-100 Pandu Puteri dan Pengakap Puteri ini menggabungkan warna kelima-lima rantau WAGGGS. Garis panduan penggunaan logo ini akan dikeluarkan untuk rujukan dan kegunaan Organisasi Ahli.

Hari Sambutan Ulang Tahun Ke-100 (Centenary Celebration Day)

Untuk memeriahkan aktiviti sambutan Ulang Tahun Ke-100 Pandu Puteri dan Pengakap Puteri, satu "Hari Sambutan" telah ditetapkan pada 8 April setiap tahun dari tahun 2010 hingga 2012. Ini kerana 8 April ialah hari yang ke-100 dalam satu tahun dan semua ahli digalakkan menyambutnya dengan pelbagai jenis cara seperti majlis (party), berbuat baik(good deed), 100 dan antarabangsa. Hari Sambutan Ulang Tahun Ke-100 mempunyai tema yang berbeza untuk setiap tahun sambutan.

Tahun 2010: tanam, pengenalan (plant, introduce) - ini boleh dalam bentuk pokok, tanaman makanan, bunga atau apa-apa yang melambangkan "benih perubahan" ("seed of change")

Tahun 2011: kembang, pertumbuhan (expand, grow) - pertumbuhan "benih perubahan", perkembangan tanaman yang sedia ada untuk membawa perubahan atau apa-apa yang melambangkan "pertumbuhan"

Tahun 2012: bakti, warisan, perkongsian (dedicate, pass on, share) - berbakti kepada tanaman, pencapaian anda dan kongsikan kepada masyarakat. Wariskan "hasil" ("harvest") anda secara langsung atau simbolik

Mengapa sambutan selama tiga tahun?


Pada tahun 1910, kumpulan Pandu Puteri yang pertama dimulakan di United Kingdom oleh Robert dan Agnes Baden-Powell. Menjelang tahun 1912, Pandu Puteri dan Pengakap Puteri telah diperkenalkan di banyak negara di serata dunia. Kami akan mengadakan sambutan selama tiga tahun sempena kelahiran Pergerakan ini dari tahun 2010 hingga 2012. Banyak negara telah memulakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri antara tahun 1910 dan 1912. Antaranya ialah: 1910: Canada, Denmark, Finland, New Zealand, Poland, South Africa, Sweden, United Kingdom 1911: Australia, Bangladesh (then part of India), India, Ireland, Netherlands, Pakistan (then part of India) 1912: Cyprus, Italy, Norway, United States of America, Zimbabwe Acara Lain sempena Sambutan 100 Tahun Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Forum Wanita Muda Sedunia Young Women's World Forum (YWWF)

Pada bulan Oktober 2010, Girlguiding UK (Pandu Puteri United Kingdom), dengan kerjasama WAGGGS, akan menjadi Tuan Rumah untuk Forum Wanita Muda Sedunia (YWWF) yang pertama. Forum ini akan membincangkan isu yang berkaitan dengan wanita muda dari seluruh dunia dan akan memberi tumpuan kepada Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Millennium Development Goals). Kami berharap YWWF akan membantu membentuk satu visi global untuk Pandu Puteri dan Pengakap Puteri. Maklumat lanjut tentang Young Women's World Forum (hyperlink)

Forum Wanita Muda Sedunia tahun 2011 dan 2012

Young Women World Forums in 2011 and 2012 Pada tahun 2011, Forum Wanita Muda Sedunia (YWWF) akan diteruskan di semua Pusat Dunia dan ini diakhiri dengan Forum yang dianjurkan oleh Girl Scouts of the USA (Pengakap Puteri Amerika Syarikat) pada tahun 2012. Kelima-lima rantau WAGGGS akan menyambut Persidangan Rantau pada tahun 2010, manakala Edinburgh akan menjadi Tuan Rumah Persidangan Dunia Ke-34 pada tahun 2011. Acara lain akan diumumkan. Lencana Sambutan 100 Tahun Lencana 100 Tahun ini akan dijual di laman web WAGGGS. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri perlu melakukan aktiviti tertentu untuk mendapatkannya. Selamat tiga tahun ini, satu lencana akan dikeluarkan pada setiap tahun. Apabila genap tiga lencana iaitu lencana 2010, 2011 dan 2012, ahli boleh memakainya secara kolektif dengan adanya tambahan satu lencana untuk melengkapkannya menjadi satu segiempat (seperti di gambar). Lencana ini boleh dipakai secara individu (lencana untuk setiap tahun) atau secara bersama.

Cenderamata Sambutan 100 Tahun


Cenderamata sempena Sambutan 100 Tahun Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di dunia kini dijual di laman web WAGGGS iaitu http://www.wagggs-shop.org/index.php/en/1/Centenary/33 Dapatkan cenderamata terhad ini hari ini!

Jadi Duta Sambutan 100 Tahun


Wakili Organisasi Ahli anda untuk mempromosikan Sambutan 100 Tahun ini! Inilah peluang anda untuk memberi sumbangan dan pendapat anda dalam mempromosikan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Antarabangsa di negara anda. Setiap Organisasi Ahli perlu mencadangkan dua orang Duta Sambutan 100 Tahun. Salah seorang perlulah berumur bawah 25 tahun dan seorang lagi perlulah memegang jawatan sebagai ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Keduadua ahli ini mestilah dari kalangan ahli aktif WAGGGS.

Latar Belakang PPPM


Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri yang bercorak pendidikan bukan formal.

Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia. Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti Pandu Puteri relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia. PROGRAM Pandu Puteri yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :

Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Sentiasa bersopan santun Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program Pandu Puteri juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia. PROGRAM Pandu Puteri juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN. RANCANGAN Pandu Puteri yang bersesuaian disediakan di semua peringkat pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan.

Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan

Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta Pemimpin

Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali

Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia. Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts WAGGGS). Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah Duke of Edinburghs Award atau kini dikenali sebagaiInternational Award Association.

Misi & Visi


Misi & Visi Misi "Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa." Visi "Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk wanita, remaja, dan dewasa."

Nilai-nilai Teras
PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa:

Integriti Kejujuran Hormat-menghormati Tolerasi Kasih Sayang Bantu-membantu

Elemen Program Pandu Puteri

Perkembangan Jasmani

Perkembangan Emosi

Perkembangan Kerohanian

Perkembangan Kognitif

Asas Program Pandu Puteri

Perkembangan Diri, Sahsiah dan Intelek

Minat dan Hobi

Gaya Hidup Sihat

Khidmat

Kaedah Program Pandu Puteri


1. 2. 3. 4. 5. 6. Komitmen melalui Persetiaan & Undang-Undang (Commitment Through Promise & Law) Perkembangan Kendiri Berterusan (Progressive Self Development) Pembelajaran melalui Pengalaman (Learning by Doing) Sistem Berkumpulan (Through The Patrol System) Khidmat Masyarakat (Service in The Community) Aktiviti Luar (Outdoor Activities)

7. 8.

Kerjasama Aktif antara ahli dewasa dan remaja (Active Cooperation Between Young and The adults) Simbolisme (Symbolism)

Tentang PPPM Tujuan PPPM

o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o

Latar Belakang PPPM Persetiaan Pandu Puteri Piagram Misi & Visi Nilai-nilai Teras Objektif Am Bendera PPPM Asas Program Pandu Puteri Elemen Program Pandu Puteri Kaedah Program Pandu Puteri Perlembangan Matlamat Matlamat Perutusan Perutusan 2013 Carta Organisasi Kepimpinan Lembaga Eksekutif Kebangsaan Yang Di Pertua Cawangan Ketua Pesuruhjaya Cawangan Staf Ibu Pejebat Statistik Keahlian Sejarah Penaung-penaung Di Raja Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia
ANDA DI SINI: PENGENALAN TENTANG PPPM

Latar Belakang & Sejarah


Tuesday, 30 November 1999

LATAR BELAKANG PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T SEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang

pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf Puteri Cemerlang dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat

seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.

Visi dan Misi


Tuesday, 30 November 1999

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :

Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.

Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

MISI PPIM

Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.

Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.

Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Objektif

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun Pergerakan Puteri Islam Malaysia menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara ahli-ahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan institusi pengajian tinggi, maka Pergerakan Puteri Islam Malaysia menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keprihatinan diri masing-masing seperti berikut:Objektif di Peringkat Sekolah

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-

1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang

Taat kepada Allah, Raja dan Negara Berilmu Berakhlak mulia Berbakti kepada masyarakat

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa. 1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat. 1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua. Objektif di Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Kerajaan dan Swasta)

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan, disamping memperkukuhkan segala apa yang termaktub di dalam 4.1 di atas adalah juga untuk:2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:

Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara. Menguasai berbagai bidang ilmu. Berakhlak mulia.

Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat.

2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan. 2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara. 2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat. 2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.

Objektif di Peringkat Luar Sekolah (Skuad Puteri)

3.1 Untuk membimbing ahli-ahli Skuad Puteri malalui satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu mereka melalui daya usaha sendiri, untuk mengembangkan kemampuan supaya dapat menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Dengan cara ini, puteri berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat. 3.2 Untuk membantu ahli-ahli Skuad Puteri membuat penyesuaian dan sosioekonomi dengan keadaan persekitaran 3.3 Mengalami kesulitan-kesulitan yang menggangu klien atau masalah yang dihadapi oleh klien supaya memahami keperluan klien dan seterusnya memberi bantuan. 3.4 Bagi membentuk sifat-sifat sosial yang positif dan menggalakkan puteri berfikiran secara rasional. 3.5 Membiasakan diri ahli puteri dengan budaya kerja berdisplin yang maksima agar mencapai matlamat perkembangan kendiri yang munasabah. 3.6 Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan puteri ke tahap yang paling optima. 3.7 Mewujudkan serta merapatkan perhubungan yang sihat di antara ahli-ahli Skuad dengan masyarakat atau kelompok klien yang siknifikan, untuk menyelami dan mengenalpasti keperluan kedua-dua belah pihak. 3.8 Menggalakkan integrasi masyarakat melalui kerja-kerja yang ditangani bersama untuk warga Malaysia demi keutuhan Negara tercinta.

Matlamat
Tuesday, 30 November 1999

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :

Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

< Prev

Seterusnya >

Matlamat
Tuesday, 30 November 1999

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :

Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

< Prev

Seterusnya >

Keberhasilan PPIM mewujudkan laman ini dengan harapan dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh ahli-ahli PPIM malah oleh semua lapisan masyarakat sebagai media informasi bukan sahaja internal malah media kreativiti kaum muslimah yang ingin menyalurkan karya. Selain daripada mengenal dan mendekati pergerakan ini dengan lebih jelas, kami mengharapkan juga pelbagai kalangan dapat menyumbang sebarang info yang boleh dikongsi bersama dengan tujuan dan harapan bahawa apa jua eksplorasi ide mengangkat bahan yang actual,factual dan releven kepada masyarakat masakini demi terciptanya pemberdayaan dan hubungan yang sinergis di kalangan wanita muslim Negara ini. PPIM juga punya wawasan dan kepedulian terhadap berbagai persoalan sosial dan penurunan nilai-nilai etika dan agama di kalangan masyarakat.Harapan kami adalah untuk menjalin hubungan silaturrahim dan mewujudkan kerjasama dengan mana-mana individu atau badan bagi menangani bersama tantangan dan pemberdayaan atau pengupayaan di kalangan kaum muslimah.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Persatuan Bulan Sabit Malaysia

Malaysian Red Crescent PBSM

Jenis

Pertubuhan bukan untung

Industri Ditubuhkan Ibu pejabat

Kesihatan 1948 Kuala Lumpur, Malaysia

Produk

Bantuan kemanusiaan

Laman web

http://www.redcrescent.org.my

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

Sejarah[sunting]
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

PBSM di peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG MERAH. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALNG MERAH.Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan

perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera. Hasil daripada pengalaman tersebut,beliau telah menerbitkab buku bertajuk " Kenangan Di Solferino". Dengan bantuan beberapa orang yang berminat,Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu merereka yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut. Pada tahun 1876,ketika berperang dengan Rusia,Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam. Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan ( Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910 ,beliau telah meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan. PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH DAN PBSM 1. KEMANUSIAAN - berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan

serta memupuk persefahaman,persahabatan,kerjasama dan kedamaian antara manusia. 2. KESAKSAMAAN - memberi bantuan tanpa membezakan bangsa,kaum,agama,darjat atau perbezaan politik. 3. BERKECUALI -tidak menyebelahi mana-mana pihak. 4. KEBEBASAN - diberi kuasa untuk bertindak secara bebas. 5. PERKHIDMATAN SUKARELAWAN - satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan. 6. BERSATU - hanya terdapat satu PBSM atau PALANG MERAH di dalam sesebuah negara. 7. KESEJAGATAN - PBSM adalah sebuah pergerakan antarabangsa. SEJARAH PBSM DI MALAYSIA Apabila Malaysia terbentuk pada September 1963,PERSATUAN PALANG MERAH MALAYSIA telah diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Persatuan Palang Merah Malaysia ( Perbadanan ) Akta 1965 ( Akta No.47 tahun 1965 ).

Pada tahun 1975 nama dan lambang persatuan ini telah ditukar kepada PERSATUAN BULAN SABIT MERAH dan kebenaran untuk menggunakan lambang BULAN SABIT MERAH yang berlatarbelakangkan putih dan perkataan BULAN SABIT diletakak hak kepada persatuan.
SEJARAH PENUBUHAN KRS Kadet Remaja Sekolah telah diasaskan penubuhannya oleh Ustaz Mohd. Thani bin Sha'ban dari SMK Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan berunifom kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal selain mempunyai akhlak yang mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam sebagai cara hidup ( ad-Deen ).

Mulai 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya SM. Taman Tun Dr. Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazila Abdul Ghani, SM Seri Titiwangsa dipimpin oleh Encik Anuar bin Abdul Aziz dan SMA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor dipimpin oleh Encik Abu Hassan Morad. Pada 1993, sebanyak 53 buah sekolah dari seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah KPM telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini, tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dan hasilnya, satu jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM). Walaubagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada pengarah-pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Y Bhg Datuk Dr Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum dan jantina. Upacara pelancaran KRS peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di SMK Raja Abdullah.

SEJARAH PENUBUHAN KRS DAN TKRS


SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I

dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS) Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS ) Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan

nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

You might also like