You are on page 1of 8

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA

Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell) Pergerakan


Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya
BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral
pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu
satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah
mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907.
Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan
pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde
Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden
Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang
profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada
seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai
tujuh orang adik beradik. Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa
beliau berumur tiga tahun.
Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau
pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama
dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya
supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.
Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse
England dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan,
lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat
pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford.
Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan
seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki
Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta
ditempatkan di India pada tahun 1876.
Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah
Pasukan ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah
dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu, dan
beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan
untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa
yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau
diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana
keberanian dan kecekapannya.
Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel.
Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri
Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat
genting, dan Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion
askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan
bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang
mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada

13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak


British datang menembusi kepungan musuh.
Pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau
telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan
menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan
kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk
seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap.
Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi
Major Jeneral yang termuda. Kesan daripada bantuan kanak-kanak di
bandar Mafeking, beliau telah mula merangka rancangannya pada tahun
1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku "Aids to
Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam
buku tersebut.
Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk
memeriksa satu pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas
pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang dengan
Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk
mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole
Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau
merupakan "Scout Master" atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan
tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolongpenolong Baden Powell. Perkhemahan tersebut telah memberi daya
penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini semula buku
"Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys". Buku ini merupakan pandu
asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga
diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata
dunia.
Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada
beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang
hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau
berpangkat Leftenan Jeneral.
Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan
Pengakap turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara
England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut.
Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak
perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai
Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli
dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.
Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di
London menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di
Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis
negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di

Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan


menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World.
Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga
apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi
dua juta orang. Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah
dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan
diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan
penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of
Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.
Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat
dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia.
Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames
pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau
bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat
kepada dunia Pengakap selama 33 tahun.
Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau
disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya.
Batu nisan beliau turut diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World,
born February 22nd 1857, died January 8th 1941." Logo Pengakap dan
pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah
diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah
yang bermaksud "Gone Home".
Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan
membantu di dalam kerja-kerjamu.

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP MALAYSIA


Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di
England, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sand
telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua
pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura.
Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah
menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak melayu yang tahu
berbahasa Inggeris di Singapura. Negeri Melayu yang mula-mula
menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan, yang
ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka
pergerakan paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927
barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya di asas
pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran Pahang.
Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh
seorang ahli pendidik yanh masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free
School pada tahun 1915. Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun
dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Persuruhjaya
Pengakap Malaya.
Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di
Maktab Melayu Kuala Kangsa oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi
sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap.

Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahun 1922.


Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker
dan C.W. Bloomfield.
Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan
kedatangan Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama
ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor
Bharu.
Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh
Brunstone.
Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan
pengakap dan orang yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah
Ameen Akhbar.
Ini di ikuti oleh pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun
1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku
Temenggong.Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan
pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.
Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan
pada tahun 1915.
Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi
terhenti pergerakan pengakap sehingga tahun 1930.
Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu
meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah
pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya
dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great
Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi
persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada
dengan persekutuan pengakapnya.
Apabila Malaya mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan
pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya
bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi
besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila
Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan
Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap
Malaysia.
Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala
Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di
dirikan denga belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada
tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang
ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap
seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala
gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia

SEJARAH PENGAKAP SARAWAK


Sejarah Pengakap di Sarawak bermula pada tahun 1915 apabila
Pengetua Sekolah Hockien Free (sekarang tapak Sekolah Rendah Chung
Hua Kuching No.1), Mr. Cox, menubuhkan Kumpulan Pengakap yang
pertama dengan melatih beberapa orang muridnya di dalam ilmu
Pengakapan. Pada masa yang sama Mr. Currey dari S.P.G. Mission Kuching
juga menubuhkan pasukannya di sekolah St. Thomas.
Cara pengelolaan Pergerakan pada masa itu juga berbeza dengan
yang ada sekarang, tambahan pula Pergerakan merupakan pertubuhan
bebas dan belum dikenali sepenuhnya. Segala latihan yang diadakan itu
mengikut kepandaian dan pengalaman pemimpin itu sendiri berdasarkan
buku yang dibawa dari England, tempat asal Pengakap. Walaupun pada
mulanya jumlah Pengakap agak kecil, namun Pergerakan berjaya
melangkah ke hadapan setahun demi setahun. Pada tahun 1940
Persatuan Pengakap Sarawak telah menjadi ahli cawagan Ibu Pejabat

Pengakap Great Britain. Secara langsung Persatuan Pengakap di negeri ini


mempunyai tempat untuk mendapatkan sumbangan and kemudahan
yang perlu. Beberapa langkah bagi mendedahkan ilmu Pengakapan
dilaksanakan termasuk Perkhemahan Ketua Patrol Pertama diadakan di
Santubong pada tahun 1950. Pergerakan Pengakap di Sarawak
berkembang dalam abad 50-an dan 60-an bila kerajaan kolonial memberi
perhatian sepenuhnya terhadap Pergerakan sebagai satu daripada
institusi latihan kanak-kanak.
Bagi menyediakan Pemimpin untuk melatih Pengakap. Kursus
Manikayu Pertama telah diadakan di Santubong, Kuching pada 9-17 Ogos
1958. Pada awalnya cuma kanak-kanak dari sekitar bandar Kuching yang
belajar di sekolah yang tertentu sahaja yang menjadi ahli Pengakap.
Selepas tahun 50-an usaha mengembangkan Pergerakan telah
dilancarkan dan bandar Miri memulakan Pergerakan Pengakap dalam
tahun 1952, diikuti oleh bandar Sibu dua tahun kemudian. Gabenor British
di Sarawak pada masa itu telah melantik Mr. R.H. Hickling sebagai Ketua
Pesuruhjaya yang pertama. Sejak itu, perkembangan Pergerakan
Pengakap mula dirasai dan pihak kerajaan kemudian telah melahirkan
minat di dalam persekutuan ini dan berusaha meluaskannya ke seluruh
negeri dengan bantuan Jabatan Pelajaran.
Kemudian Mr. G.W. Stevents yang didatangkan dari England dilantik
sebagai
Pesuruhjaya
Pengelola untuk Sarawak, Sabah dan Brunei. Beliau ditempatkan di
Jabatan Pelajaran Kuching. Perkhemahan Pengakap Berpatrol Sarawak
yang pertama diadakan pada tahun 1962 di Sibu untuk mengumpulkan
Pengakap dari seluruh negeri di samping memberi mereka kesempatan
bergaul dan bertukar-tukar fikiran dalam hal Pengakapan. Dengan
wujudnya Malaysia pada tahun 1963, Persatuan Pengakap Sarawak
menarik diri sebagai cawagan Ibu Pejabat Pengakap Great Britain dan
terus menjadi cawagan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Dari
dahulu hingga sekarang, Pergerakan Pengakap Sarawak telah secara
langsung membimbing beribu-ribu ahlinya dalam ilmu Pengakapan dan
setengahnya telah menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang.
Sarawak telah menjadi tuan rumah Jambori Malaysia ke-4 pada
tahun 1978, dan pada tahun 1984 Pengakap Sarawak mencatat sejarah
apabila Sulaiman bin Haji Daud dilantk sebagai Ketua Pengakap Negara.
Pergerakan Pengakap negeri Sarawak telah menyambut Ulang Tahun ke80 pada 1995 ini dan pelbagai acara telah diadakan. Pengakap negeri
Sarawak mempunyai 25,000 orang ahli Pengakap dari 600 kumpulan
seluruh negeri, termasuk tiga kumpulan KLM (MPBL, MPR dan MPS) dan
tujuh Kumpulan Kelana.

You might also like