You are on page 1of 5

SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia dengan keahlian se ramai 30 orang mula bertapak di Singapura pada tahun 1910, hasil usaha F.C. Sands. Namun begitu, sebenarnya telah ada percubaan untuk menubuhkan pasukan pengakap di Pulau Pinang (1908) dan di Selangor (1909), tetapi gagal kerana tidak dapat bergerak aktif. Pasukan Pengakap di negara ini kemudian berkembang ke negeri -negeri di Tanah Melayu sehingga ke Sabah dan Sarawak. Sejarah penubuhan dan pengasas-pengasas pergerakan pen gakap di Malaysia ialah: (1) H.R. Cheesman di Pulau Pinang (1915) (2) H.R. Cheesman di Johor (1928) (3) l.R Wheeler di Perak (1926) (4) E.C.Hicks, A.G.Stuart, R.P.S.Walker, C.Bloomfield di Kedah (1922) (5) R. Brunston di Melaka (1925) (6) Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan (1925) (7) Ameen Akhbar di Selangor (1926) (8) A.J. Cracle di Terengganu (1926) (9) Y.M. Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan (1927) (10) Perlis (1931) di bawah naungan Negeri Kedah (11) Rev. Canon Thomas Cecil Alaxander di Sabah (19 13) (12) Sarawak (1915) - pengasasnya tidak dapat dikesan Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Persekutuan Budak budak Pengakap ini menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957 . Pentadbirannya juga dijalankan sendiri dengan Allahyarham Datuk Sulaiman bin Datuk Abdul Rahman menjadi Ketua Pengakap Negara pertama dan Encik Muhammad Yusof bin Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya Agungnya.
KEPENGAKAPAN DI MALAYSIA

Pergerakan Pengakap ber mula di negara ini seawal tahun 1908. Perkhemahan percubaan yang diketuai oleh Bapa Pengakap Sedunia, Lord Baden -Powell dan disertai oleh seramai 20 orang budak lelaki pada 1 Ogos 1907 di Pulau Brownsea, England itu telah mercetuskan suatu gerakan besar -besaran dalam perkembangan pergerakan Pengakap ssedunia. Benih pergerakan Pengakap mula tumbuh di Pulau Pinang pada tahun 1908, dengan tertubuhnya pasukan percubaan dan Y.M.C.A. Pada tahun 1909

pergerakan Pengakap diperkenalkan di Selangor. Pada pertengaha n tahun 1910, pergerakan Pengakap mula berkembang apabila Frank Cooper Sands mula menggerakkanya di Singapura dengan ahli seramai 30 orang. Beliau merupakan Ketua Pesuruhjaya Agung yang Pertama sehingga tahun 1948. Pahang merupakan negeri pertama di Semena njung Tanah Melayu menubuhkan pergerakan Pengakap, apabila satu pasukan dibentuk di daerah Pekan pada tahun 1912. Pada tahun 1913 Sabah menubuhkan pergerakan Pengakap dan diikuti oleh Sarawak pada tahun 1915. Kedua -kedua negeri ini bergabung dengan Ibu Pejabat Imperial di London. Hasil usaha HR. Cheesernan pada tahun 1915, pergerakan Pengakap di Pulau Pinang kembali aktif apabila Sekolah Penang Free menubuhkan sebuah pasukan yang terdiri angan anak -anak Melayu. Pada 1918, Cawangan Unit Pengakap Kelana ditub uhkan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Pada tahun 1920 Perak menubuhkan pergerakan Pengakap dan diikuti oleh Kedah pada tahun 1922, Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1925, Selangor dan Terengganu pada tahun 1926. Kelantan pada tahun 1927, Johor pada tahun 1928 dan Perlis pada tahun 1931. Kegiatan berpengakap terus mendapat perhatian apabila pada tahun 1927, Pulau Pinang mengadakan Jambori Malaya yang pertama kalinya di Rifle Range, Pulau Pinang. Sebelum kemerdekaan , Persekutuan Budak -Budak Pengakap Kawasan Malaya diwakili oleh setiap pergerakan Pengakap di negeri -negeri sebagai sebuah daerah pentadbiran Pengakap. Selepas Perang Dunia ke -2, pentadbiran ini disusun semula dengan Malaya dan Singapura menjadi dua cawangan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain. Dengan penyusunan semula pentadbiran ini, setiap negeri menjadi satu persekutuan yang terdiri dan beberapa persekutuan daerah dan persekutuan tempatan. Selaras dengan perkembangan pentadbiran negara. Persekutuan Pengakap Malaysia te lah membina sebuah Ibu Pejabat bagi mengendalikan urusan pentadbiran dan perancangan latihan dengan nama Rumah B -P yang terletak di Jalan Davidson (kini Jalan Hang Jebat). Kuala Lumpur dan telah dirasmikan pada 5 Januari 1957 sempena kejayaan Pengakap dala m merayakan 50 Tahun Kejayaan Pengakap Sedunia. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pergerakan Pengakap di Malaysia mula menempa nama sebagai sebuah Persekutuan yang mana mempunyai bidang kuasanya tersendiri dalam melaksanakan tugas dan pe ntadbiran tanpa terikat dengan Ibu Pejabat Pengakap Great Britain lagi apabila dimeterai oleh Biro Pengakap Antarabangsa (kini Biro Pengakap Sedunia ) pada 15 Ogos 1957. Pada 1 Sepetember 1957, pergerakan Pengakap di Malaysia ditadbir dengan nama Persekutu an Budak-Budak Pengakap Malaya dan menjadi ahli gabungan Biro Pengakap Antarabangsa. Dengan pembentukan persekutuan tersebut, pergerakan Pengakap di Malaysia dipimpin oleh Encik Muhammad Yusof bin Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang pertama dan tahun 1957 sehingga 1960. Rumah B -P, turut dikunjungi oleh Lady Olave isteri kepada Lord Baden Powell pada tahun

1956. Dengan kewujudan Persekutuan Tanah Melayu, Persekutuan Budak Budak Pengakap Singapura, Sarawak dan Sabah tidak lagi bergabung denga n Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya pada bulan November 1964. Berikutan pemisahan Singapura dan kerajaan Malaysia, pada bulan Ogos 1965 Persekutuan Budak-Budak Pengakap Singapura berpisah dan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia dan membentuk persekutuannyan sendiri. Persekutuan turut mendapat pengiktirafan kerajaan sebagai sebuah badan sukarela dan pertubuhan kerajaan yang berteraskan ilmu dan kemahiran. Pengiktirafan ini diberi dengan memperbadankan pergerakan Pengakap dibawah Akta Parlimen 1968 Akta No. 38, Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak Budak Pengakap Malaysia. Dengan termaktubnya akta tersebut, pergerakan Pengakap di Malaysia dinaungi oleh DYMM Seri Padu ka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Sultan-Sultan, Raja dan T.Y.T Yang Di-pertua NegeriNegeri. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia turut membentuk Dasar Pertubuhan Peraturan (DPP), dan memperkenalkan pakaian seragam baru yang bercirikan kebudayaan Malaysia menggantikan pakaian seragam lama yang terdiri daripada topi besar, baju kemeja dan seluar pendek berwarna perang. Pada tahun 1974, Kerajaan Malaysia telah meminda Akta Persekutuan dengan melucutkan perkatan budak dan mengekalkannya dengan nama Pe rsekutuan Pengakap Malaysia. Berikutan dengan perkembangan dan pembangunan dalam pergerakan Pengakap di seluruh negara, pada 1976 Persekutuan Pengakap Malaysia telah membuka keahliannya kepada wanita dan budak -budak perempuan dengan memperkenalkan satu lat ihan yang progresif dan lebih bersistematik. Pada tahun 1987, Persekutuan Pengakap Malaysia telah memperkenalkan set pakaian seragam yang baru yang lebih bercirikan kebudayaan nasional. Pakaian seragam baru ini terdiri daripada kemeja kelabu berleher cekak musang, seluar panjang biru tua dan bersongkok forage Sweden. Persekutuan turut mereka bentuk lencana -lencana baru yang lebih menarik. Persekutuan Pengakap Malaysia telah memperkenalkan satu latihan baru bagi semua pasukan di sekolah-sekolah di seluruh negara secara berperingkat dengan mempelbagaikan kegiatan dan aktiviti yang Iebih baik lagi. Hasil dan latihan tersebut satu draf skim latihan baru dibentuk dan pada tahun 1991, Persekutuan Pengakap Malaysia telah memperkenalkan Skim Program dan Latihan Uni t Pengakap Kanak-Kanak, Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Laut yang baru. Pelbagai kegiatan dan aktiviti yang baru dan menepati cita rasa ahli Pengakap masa kini turut diperkenalkan. Menerusi Rancangan Lima Tahun Persekutuan Penga kap Malaysia yang bermula pada tahun 2006 hingga 2010, Persekutuan Pengakap Malaysia turut menggariskan dua perkara utama dalam rancangan pembangunan iaitu;

Pembangunan pergerakan Pengakap yang efektif dan efisen menerusi kemasyarakatan ke arah pembentukan sebuah negara dan dunia yang lebih baik dan Pembangunan modal insan yang berteraskan Prinsip dan Undang -Undang Pengakap. Adalah diharapkan dengan adanya perancangan tersebut pada tahun 2010 Persekutuan Pengakap Malaysia akan lebih cekap pengurusannya, din amik dan berdaya maju ke arah pembentukan sebuah pergerakan yang berteraskan pendidikan yang cemerlang. Pada tahun 2009, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Persidangan Pengakap Rantau Asia -Pasifik Kali Ke-23 di Kuala Lumpur. Pemilihan tersebut adalah wajar sekali setelah sekian lama penantian Persekutuan Pengakap Malaysia untuk menjadi tuan rumah persidangan yang terbesar itu.

Rujukan: Scouting for Boys, Lord Baden-PoweIl, 1908 Koleksi Peribadi Keluarga En. Muhamad Yusof, 1957-1960 Law & Promise , Persekutuan Pengakap Malaysia, 1972 Transkrip Prinsip Berpengakap , Abdul Jalil 1998

UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, berr maruah dan mempunyai kehormatan diri. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpinpemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya. 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan sau dara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemim pin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan. 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan. 9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat. 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

You might also like