You are on page 1of 16

Kumpulan Sembilan

Muhd Kuzaimi
Muhd Kahfi
Anc Veyron
Muhd Azman Aidil
Mohd Qusyairy

Persekutuan Pengakap
Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu


pertubuhan beruniform sukarela untuk para belia dan beliawanis.
Ianya sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu
Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the
Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di
bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini,
hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang
dikuatkuasakan melalui akta Parlimen.

Sejarah Pengakap
Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert
Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada
31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di
tanahair seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British.
Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910
oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England.
Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah
Melayu dan Borneo.

Robert BadenPowell

Sir Frank Cooper


Sands

Kronologi penubuhan pasukan pengakap


di negeri-negeri
Negeri

Tarikh
1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di
YMCA Pulau Pinang
1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya

Pulau Pinang

dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H


dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R
Cheeseman

Kuala Lumpur dan Selangor

1910, ditubuhkan diVictoria Institution(dahulunya di


dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw
1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga

Pahang

beliau meninggal.
1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet

Sabah

Sarawak

1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil


Alexander di Sandakan
1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil
Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching

Kedah

1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S


Walker dan C W Bloomfield diKolej Sultan Abdul Hamid

Perak

1926, oleh L R Wheeler diKolej Melayu Kuala Kangsar

Melaka

1926, dibawa oleh R Brunstone

Negeri Sembilan

1926, juga oleh R. Brunstone

Terengganu

1927, ditubuhkan oleh A J Gracle

Kelantan

Johor

Perlis

1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di


Maktab Sultan Ismail

1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini


Maktab Sultan Abu Bakar)

1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara

LIFE
CHANGING
ADVENTURE

Keahlian dan peringkat


umur pengakap
Keunikan pengakap sebagai unit beruniform yang asal ialah
ia menerima ahli dari berbagai lapisan masyarakat. Asal
saja seseorang itu menerima prinsip-prinsip yang
terkandung di dalam Persetiaan Pengakap dan Undangundang Pengakap, beliau boleh menyertai pergerakan ini.
Keahlian yang bersifat universal ini memupuk perpaduan
antara ahli tanpa mengira bangsa, budaya dan fahaman
agama. Keahlian pengakap juga tidak dihadkan oleh faktor
usia. Malah seseorang itu boleh menjadi pengakap hingga
akhir usia dan dari inilah timbul ungkapan "Sekali
Berpengakap, Teruskan Berpengakap". Anggota-anggota
pergerakan pengakap pula dibahagikan mengikut beberapa
peringkat umur seawal 10 tahun hinggalah dewasa.
Pengakap
Malaysia

Pengakap Kanak-kanak (bahasa


Inggeris: Cub Scout), untuk mereka
yang berumur 10 hingga 12 tahun,
lazimnya pelajar tahun 4 hingga tahun
6. Motto Pengakap Kanak-kanak
ialah Buat Habis Baik.

Pengakap Muda ataupun Junior


Scout, untuk yang berusia 13 hingga
15 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga
tingkatan 3. Cogankatanya ialah Selalu
Sedia.

Pengakap Remaja atau Senior


Scout untuk anak-anak muda tingkatan
4 dan 5. Mottonya ialah Pandang
Luas.

Pengakap Kelana (Rover Scout)


untuk ahli-ahli dewasa lepasan sekolah
dan tiada had umur. Terdapat juga dua
kumpulan latihan kelana yang ditadbir
setaraf negeri iaitu Kumpulan Latihan
Malaysia (KLM) dan Kumpulan Latihan
Kelanasiswa Malaysia (KLKM). KLM
dikhususkan bagi penuntut-penuntut
Institut Pendidikan Guru (IPG)
manakala KLKM untuk penuntutpenuntut di universiti, politeknik dan
kolej universiti. Motto pergerakan
kelana ialah Berkhidmat.

Pengakap
Malaysia

Ketua - Ketua Pesuruhjaya


Negeri
Negeri

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

Johor

Haji Yaacob bin Abdul Karim

Kedah

Haji Ismail bin Ku Ishak

Kelantan

Haji Adnan bin Hassan Nordin

Melaka

Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif

Negeri Sembilan

Hamdan bin Haji Mohd Nor

Pahang

Dato' Haji Lias bin Mohd Nor

Perak

Haji Ahmad Azam bin Abdul Majid

Perlis

Haji Rahim bin Mohamed

Pulau Pinang

Haji Zulkafli bin Kamaruddin

Sabah

Datuk Dr. Haji Awang Zainie bin Haji Suntim

Selangor

Haji Ishak bin Mohd Jonid

Sarawak

Sudaryo bin Osman

Terengganu

Haji Che Soh bin Muda

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dato' Dr. Elli bin Mohd Tahir

Wilayah Persekutuan Labuan

Hong Heng Chee

Kumpulan Latihan Malaysia (KLM/IPGM/KPM)

Mohd Radzi bin Johari

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM)

Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad

Epolet Kelana
Epolet pemimpin dan pesuruhjaya mengandungi
susunan lengkar beserta warna latar bagi
menunjukkan pangkat seseorang. Warna hijau dan
kuning digunakan oleh penaung dan penaung
diraja. Warna merun pula untuk menteri-menteri dan
ahli-ahli kerajaan. Biru tua adalah untuk susunan
pegawai-pegawai pemimpin dan pesuruhjaya
manakala ungu untuk susunan jurulatih. Bagi ahli
kelana yang belum mendapat manik kayu,
dikhususkan kepada mereka untuk memakai epolet
seperti penolong pemimpin dengan latar belakang
merah. Epolet ini mempunyai perkataan "KELANA"
tertulis di atasnya.

Jamboree
Malaysia mengadakan banyak jambori kebangsaan semenjak 1966. Setiap negeri
mengambil giliran menjadi hos, dan hanya Perlis dan Selangor yang masih belum
melakukannya. Daftar pelbagai jambori kebangsaan dan tahun ia diadakan adalah
seperti berikut :
1966 - Penang (Ketua Kem - Tan Sri Wong Pow Nee)
1970 - Melaka
1974 - Johor
1978 - Sarawak
1982 - Kelantan
1986 - Pahang
1989 - Perak
1992 - Sabah
1997 - Terengganu
2002 - Kedah
2006 - Negeri Sembilan
2011 - Terengganu
2013 - Johor
2016 - KuaLa Lumpur
Pada tahun 2008, jambori bagi meraikan 100 tahun pengakap di Malaysia telah
diadakan pada Ogos 2008, menyaksikan penyertaan pengakap dari seluruh Malaysia
termasuk negara Asia Pasifik.

Alamat surat-menyurat
Persekutuan Pengakap Malaysia
The Scouts Association of Malaysia
Rumah B-P
4 Jalan Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur

Phone: +60 (3) 2078-0836 / 2070 6978


Fax: +60 (3) 2070-9057
email: pengakap@scouts.my
URL: http://www.pengakapmalaysia.org

You might also like