You are on page 1of 25

Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Malaysia

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada tahun
1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura,
sehingga tahun 1956. Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala
Lumpur.Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan
remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran
dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat
sejagat.Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang
dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan
remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak
pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan
perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan
remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.
Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan
Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk
memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan
program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri
dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk
perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja. Untuk mencapai tujuan
murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang
mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan
kepanduan seluruh dunia.
PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang
Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :
Boleh dipercayai o Sentiasa taat dan setia
Suka menolong orang lain
Bersahabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
Sentiasa bersopan santun
Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
Sentiasa menurut perintah
Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
Sentiasa berjimat cermat
Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri,
sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program
kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani,
emosi, kerohanian dan kognitif.
Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui
PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang
menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.
Matlamat
"Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program
Pandu Puteri yang berkualiti"

Objektif Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang


1 berkualiti di peringkat Cawangan
Objektif Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh
2
Objektif Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli
3
Objektif Meningkatkan prestasi pemimpin
4
Objektif Meningkatkan jumlah ahli
5
Objektif Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan
6 memantapkan struktur dan pengurusan
Objektif Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan
7

Matlamat PPPM 2
"Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk
membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka
sepenuhnya"

Objektif
Menonjolkan imej moden
1
Objektif Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan
2 (Belia)
Objektif Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan-kerajaan (Wanita)
3
Objektif Menjadikan Pandu Puteri sebagai pergerakan pendidikan
4
Objektif Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang
5 unggul
Objektif Mempromosikan kewujudan Pandu Puteri di rantau Asia Pasifik
6
Objektif Menghebahkan sumbangan ahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga
7 dunia

Matlamat PPPM 3
"Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang
mengukuhkan dana persatuan"

Objektif Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja
1 dan dewasa
Objektif Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya
2 faedah program Pandu Puteri kepada wanita remaja dan dewasa
Objektif Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan
3 kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan
Objektif Agar bekas ahli atau tokoh Pandu Puteri memainkan peranan yang berkesan
4 dalam memupuk semangat Pandu Puteri dalam pembangunan wanita remaja
dan dewasa
Objektif Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa
5
Objektif Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan
6 memantapkan struktur dan pengurusan
Objektif Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan
7
Sejarah Bermulanya Pandu Puteri Di Malaysia 

Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude


Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang
pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett.
1917
Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan
dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan
Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya
1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang
1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak
Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan
1920an
Kampung Baru, Kuala Lumpur
1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang
1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924
1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan
Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.
1925
Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.
Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa
pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan
1928 telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama
seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua
ribu ringgit.
Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah
1932 ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama
mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.
Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden
1934
Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.
Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan
1937-1946 takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh
kerajaan Jepun.
Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan
usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis
remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua
negeri Persekutuan Tanah Melayu. 
1947

Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah
mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama
kalinya.
Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat
1948-1960
di seluruh negara.
Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS
(Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu
1957
Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula
digunakan.
PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam
1960
Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.
PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah
1962 Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala
Lumpur pada bulan Disember.
Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri
1964
Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)
hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.
Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti –
1967-1976
aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.
Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan
Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri
1969
oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan
Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.
Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan,
Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar
Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan
1977-1986
Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan
BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu
Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.
PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan
1986
dan PPP Selangor.
Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang
dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara
besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah
kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua
Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi
1987-1996 detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab
Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program Pandu
Puteri guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya
Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai
Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem
Cabaran 96 telah dilaksanakan.
Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni
1997
bermula.
Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan
1998
Perkhemahan Komanwel ’98.
Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah
1999
mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.
2000 8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu
Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre.
Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua


Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.

Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival


2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah
Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11
negara mengambil bahagian.

20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;


‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association
Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran
Malaysia – China)
7-12 September – Kem Integrasi 2001:
Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari
Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan
2001
dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.

Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand


April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas
2002 Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.


2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah
dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-
Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan".
Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).

Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan


Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk


dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah
mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan
Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke
Puncak.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi


ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP),
satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM.
Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation
selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat.
2004

Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan
Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi
menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil
kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri
Malaysia Cawangan Terengganu.

Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya


memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal
Wanita yang Terbesar di Malaysia".
21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di
Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan
sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari
Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut
diadakan di acara ini.

Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan


penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos
penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS


diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS
Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS
2005 berjaya dihasilkan.

16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung


Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific
WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190
orang peserta dari 12 negara.

17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah


Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan
Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja
Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September -
Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan
Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon
Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.
2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:

Nama Lama Nama Baru


Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja
Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer
Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah
kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan
Pasukan Pandu Puteri Renjer.

13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan


diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600
orang peserta.

1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian


Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari
Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro
Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation.
Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global
Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM
mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi,
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga
menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong
Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.

26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5


hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan
Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.

9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang


dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.
9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika
Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum
Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia
di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour,
Kota Kinabalu.

Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek


Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9
daerah di negeri Selangor.
2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri
Malaysia. 

Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative


Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama
Empowering Potential Consultancy.

19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri


Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu
Puteri Malaysia di Istana Negara

1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi


Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9

3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific


Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS
Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri
oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang
ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini.
Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh
enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.

6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan


sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri
Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.

7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli


PPPM

6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne


Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM

9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman


Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia
dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri

25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90


Persatuan Pandu Puteri Malaysia
19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat
Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah

6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri


Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan
membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun
2008
2011 

17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja


diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak.
Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives,
Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom
Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti,
bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan
perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan
semua pihak dalam pelbagai program baru 

Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah
kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpin-pemimpin yang
berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus Membina Imej Pandu Puteri untuk
Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih
Tahunan, PPPM akan terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda
menjadi pemimpin dan terlibat dalam aktiviti antarabangsa.

Tujuan PPPM

PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli
persatuan ini supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa, berketerampilan
dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia,
berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan
selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain.

Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan melalui program Pandu
Puteri mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama
dalam pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

Latar Belakang PPPM

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917
Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di
Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura
sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan
dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan
oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja


wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai
Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik
dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan
menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan
wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri yang bercorak
pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan
perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan
remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan
Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk
memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan
program dan aktiviti Pandu Puteri relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri
dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk
perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah
melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol
System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang
Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :
 Boleh dipercayai

 Sentiasa taat dan setia

 Suka menolong orang lain

 Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain

 Sentiasa bersopan santun

 Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar

 Sentiasa menurut perintah

 Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan

 Sentiasa berjimat cermat

 Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri,
sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program Pandu
Puteri juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi,
kerohanian dan kognitif.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah
melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol
System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli
melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan
berusaha supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala
Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN.

RANCANGAN Pandu Puteri yang bersesuaian disediakan di semua peringkat –


pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan.

 Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga


Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan
 Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat
negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta
Pemimpin

 Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam


Pasukan

 Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau


dua bulan sekali

 Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya

Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan
sukarelawan di seluruh Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan


Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita
Malaysia (NCWO).

Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl
Guides and Girl Scouts – WAGGGS).

Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja
Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
adalah edisi tempatan untuk Anugerah “Duke of Edinburgh’s Award” atau kini dikenali
sebagai“International Award Association”.

Persetiaan Pandu Puteri


Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Dengan Sedaya Upaya
Menunaikan Kewajipan Saya
Kepada Tuhan
Raja Dan Negara Saya Malaysia
Menolong Orang Setiap Masa, dan
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri

Piagram
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:

 Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti

 Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu Puteri

 Melahirkan ahli yang berkaliber

 Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni

 Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna

 Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran

Nilai-nilai Teras
PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap
masa:

 Integriti

 Kejujuran

 Hormat-menghormati

 Tolerasi

 Kasih Sayang

 Bantu-membantu

Objektif Am
 

Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan
dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat,
berinisiatif dan berdaya kreatif.

Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, bersih,
cekap, amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain

Bendera PPPM
Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia
 Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.

 Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di


Malaysia.

 Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari
menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

Kepimpinan
 

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun


Penaung Diraja

YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor


Yang Di Pertua
DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah
Timbalan Yang Di Pertua

YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib


Ketua Pesuruhjaya

Lembaga Eksekutif Kebangsaan


Bil
Jawatan Pegawai Tempoh
.
YABhg Datin Paduka Seri
1. Yang Di Pertua
Rosmah Mansor
DYAM Raja Puan Muda Perak
2010 -
2. Timbalan Yang Di Pertua Raja Nor Mahani Binti Raja Haji
2013
Shahar Shah
YBhg Datin Seri Hajah Zalillah 2008 -
3. Ketua Pesuruhjaya
Bte Mohd Taib 2013
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian 2009 -
4. Cik Jeyadhevi Subramaniam
Antarabangsa 2012
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian 2011 -
5. Puan Tee Huey Ghee
Pandu Puteri Tunas 2014
Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri 2010 -
6. Cik Margaret Lim Pei Tee
Remaja 2013
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Puan Hajah Habibah bt. Abdul 2009 -
7.
Pandu Puteri Renjer Rahman 2012
2011 -
8. Pesuruhjaya Kadet Puan W. Hasnah bt Abdullah
2012
Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi dan 2011 –
9. Puan Nurulain bt Hj. Ngah
Dewasa 2014
2011 -
10. Pesuruhjaya Guild Kebangsaan Puan Lucy Lee
2014
2011 -
11. Pesuruhjaya Program dan Latihan Puan Tek bt Mohd Noor
2014
2010 -
12. Pesuruhjaya Keahlian Puan Zaini bt Mohd Noor
2013
Pesuruhjaya Perhubungan dengan 2011 -
13. Cik Joyce Ong Choon Kim
Masyarakat 2014
14. Pesuruhjaya Struktur & Pengurusan Puan Hjh Salbiah bt Ma'arof 2011 -
2014

Ahli Ex-Officio 

Bil. Jawatan Pegawai


1. Setiausaha Kehormat
Puan Zahridah Hanum bt
2. Bendahari Kehormat
Mazlan
3. Penasihat Undang-Undang Puan Rusnita bt Noor

You might also like