You are on page 1of 2

Persatuan Pandu Puteri Malaysia 

(PPPM) merupakan salah satu daripada 144 organisasi


anggota Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Persatuan Pandu
Puteri Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan
di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956.
Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala
Lumpur sejak tahun 1957.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan
wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi
kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif
untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang
selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk
menjadi pemimpin berwibawa hari esok.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan
bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang
fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita
dewasa Malaysia.
Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah
dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga
menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 75,00 orang ahli dan sukarelawan di
seluruh Malaysia.
Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis
Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia
(NCWO).
Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan
Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga
merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), satu anugerah
yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Antara pencapaian terkini Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti berikut:

 Ekspedisi Kinabalu (April 2004) - 49 orang ahli remaja dan dewasa berjaya naik ke
puncak Gunung Kinabalu.
 Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) – 290 ahli Pandu Puteri Remaja dan Pandu
Puteri Renjer berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk
kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung
Amal yang dilancarkan oleh KDYMM Sultanah Terengganu.
 Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) – berjaya memasuki Malaysian Book
of Records sebagai “Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia”.
 Ekspedisi Berakit Sungai Pahang (April 2006) – 140 orang ahli Pandu Puteri Renjer,
Pemimpin dan Sukarelawan menyertai ekspedisi berakit antarabangsa ini yang berlangsung
selama enam hari lima malam. Peserta mengayuh rakit sepanjang 180 km menyusuri
Sungai Pahang. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mendapat hadiah penyertaan terbanyak.
Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia turut menerima pengiktirafan dan penghormatan
daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan, di dalam dan di luar negeri. Antaranya ialah
seperti berikut:

 KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti
Al-Mutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J., Timbalan Yang
Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, telah dilantik sebagai Penaung Diraja Asia
Pasifik WAGGGS pada Ogos 2005
 Pengurus Kepanduan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Yang Hormat Dato’ Nik Faizah
Mustapha menerima Anugerah Tokoh Belia Berjasa (Wanita) daripada YAB Perdana Menteri
Malaysia sempena Hari Belia Negara 2005
 Penolong Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah, Puan
Normah Datuk Jaffar menerima Anugerah Tokoh Belia Negara Kategori Wanita daripada
YAB Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Belia Negara 2006

You might also like