You are on page 1of 6

SEJARAH PANDU PUTERI MALAYSIA

Sejarah Bermulanya Pandu Puteri Di Malaysia 

Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di
Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin
berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah
1917
didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah
YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik
sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya

1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang

1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak

Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan


1920an
Kampung Baru, Kuala Lumpur

1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang

1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924

1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan

Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.


1925
Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.

Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada
masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah
1928
memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya
memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.

Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan
1932 merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam
bahasa Melayu.

Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell
1934
telah mengadakan lawatan ke Malaya.

Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta


1937-1946
pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.

Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-
usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila
penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan
1947 Tanah Melayu. 

Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil
bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya.

Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di


1948-1960
seluruh negara.

1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS

1
SEJARAH PANDU PUTERI MALAYSIA

(Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang
diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan.

PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan


1960
Dunia ke-17 di Athens, Greece.

PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah


1962 Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur
pada bulan Disember.

Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan


Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah,
1964
Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari
pembentukan negara Malaysia pada 1963.

Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti –


1967-1976
aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.

Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu
Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh
1969
DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah
Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.

Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan
Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan
Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa
1977-1986
KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada
TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan
Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.

PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan


1986
PPP Selangor.

Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan


dengan sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di
seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat
Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan
Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah
1987-1996
penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana
semua urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru pelatih
dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf
dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World,
Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.

1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.

Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan


1998
Komanwel ’98.

Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula
1999
dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.

2000 8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri


2
SEJARAH PANDU PUTERI MALAYSIA

Malaysia oleh Jan Mac Intyre.


Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen


Bilateral Exchange Programme with China.

Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000.


di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah
Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara
mengambil bahagian.

20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;


‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia
with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)

7-12 September – Kem Integrasi 2001:


Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives,
Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan
2001
Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.

Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand

April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung
2002 Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.

Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di


Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini
akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan
Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan
ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat
di wad kanak-kanak (pediatrik).
2003
Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di


setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki
Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang
bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.
2004
Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli
WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu
kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek
ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun

3
SEJARAH PANDU PUTERI MALAYSIA

untuk mencapai beberapa matlamat.

Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer
Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana
untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah
dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan
Terengganu.

Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya


memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita
yang Terbesar di Malaysia".

21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di


Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah.
Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan
Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara
ini.

Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran


dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh
Kementerian Pertahanan.

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS


diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia.
Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.
2005
16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung
Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific
WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang
peserta dari 12 negara.

17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah


Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan
Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja
Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September -
Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan
Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon
Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.

2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:


Nama Lama Nama Baru

Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet

4
SEJARAH PANDU PUTERI MALAYSIA

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada
Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu
Puteri Renjer.

13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan


diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang
peserta.

1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian


Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia,
Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS,
APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif
WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda
Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat
kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran
Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja
Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.

26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari


4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri.
PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.

9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan


diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.

9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika


Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku
Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek


Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah
di negeri Selangor.

Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 

Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative


Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering
Potential Consultancy.

19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong


2007
Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia
di Istana Negara

1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan


Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9

3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional

5
SEJARAH PANDU PUTERI MALAYSIA

Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua


acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara
di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM
berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan
Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang
Pemimpin Muda.

6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan


sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja
dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.

7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli


PPPM

6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah,


Yang Di Pertua baru PPPM

9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said,
Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke
Wisma Pandu Puteri

25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan


Pandu Puteri Malaysia

19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat


Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah

6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri


Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan
2008 pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011 

17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di


Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri
oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong
dan United Kingdom

Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti,


bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan
perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua
pihak dalam pelbagai program baru 

Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah
kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpin-pemimpin yang
berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus Membina Imej Pandu Puteri untuk Pesuruhjaya
Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih Tahunan, PPPM
akan terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin dan
terlibat dalam aktiviti antarabangsa.

You might also like