You are on page 1of 45

A RAM SAM SAM

A ram sam sam ( 2x)


Goolie ( 5x )
Ram sam sam
Ah Ravi ( 2x )
Goolie ( 5x )
Ram sam sam
The Pizza Hut (2x)
Kentuncky Fried Chicken
And the Pizza Hut
MacDonald ( 2x )
Kentucky Fried Chicken
And the Pizza Hut

Mee Rebus ( 2x )
Char Kuey Teow
And Mee Rebus
Capati ( 2x )
Char Kuey Teow
And Mee Rebus

Pandu Puteri
(dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di
Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap
untuk gadis dan pemudi.
World Association of Girl Guides and Girl Scouts
(WAGGGS) adalah badan penyelia antarabangsa
kepada pergerakan pengakap puteri.

Persatuan Pandu Puteri


1910 : Persatuan Pandu Puteri
ditubuhkan oleh Agnes Baden-Powell
1914 : Brownie ditubuhkan (Rosebud)
1916 : Senior Guides (15 - 21 thn)

Persatuan Pandu Puteri Malaysia


(PPPM)
1917 - ditubuhkan secara rasminya
didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran
ialah di Singapura, sehingga tahun 1956.
Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma
Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur
sejak tahun 1957.

Pertubuhan Pandu Puteri


ditubuhkan sebagai versi wanita kepada pengakap
1910 ditubuh oleh Lord Robert Baden-Powell, dengan
bantuan saudara perempuannya Agnes Baden-Powell.
September 1908 - sejumlah kecil gadis hadir untuk
Perhimpunan Pengakap "Scout Rally" pertama di Crystal
Palace, memanggil diri mereka Pengakap Puteri.
Lord Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai
pergerakan selari bagi mereka, diselenggarakan oleh
saudara perempuannya Agnes Baden-Powell.
Agnes memainkan peranan utama sehingga kematiannya
1918 - Isteri Lord Baden-Powell, Lady Olave BadenPowell, menjadi Ketua Pandu Chief Guide England dan
Ketua Pandu Sedunia pada tahun 1930.

Sejarah Pandu Puteri Malaysia


1917 - Pasukan Pandu Puteri Pertama ditubuhkan oleh
Cik Gertrude Ballard di SM Perempuan Methodist, Kuala
Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat
Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett.
Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri
di Calcutta, India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady
Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish
dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya
1919 - Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang.
Puan A. Cavendish telah dilantik sebagai Pesuruhjaya
Tadbir.

1920 - Pek Brownie pertama ditubuhkan di Kuala


Lumpur.
1921 - Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak
1920an - Pek Tunas Puteri yg pertama pula ditubuhkan di
Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur
1923 - Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau
Pinang
1924 - Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan
1924 - Ibu Pejabat Pandu Puteri pertama ditubuhkan di
Bangunan Hong Kong & Shanghai , Kuala Lumpur.
1925 - Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan
1925 - Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.
Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit
Renjer Puteri Malaya.

1926 : Hari Peringatan dimulakan (22 Feb)


1928 : WAGGGS ditubuhkan
1928 - Kepanduan mula mendapat perhatian
pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini.
Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan
Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi
dlm bentuk sokongan & kerjasama seterusnya
memberi sumbangan &peruntukan tahunan
sebanyak dua ribu ringgit.

1929 - Perkhemahan Pandu Puteri Malaya


pertama diadakan di Port Dickson.
1930 : Bendera dunia digunakan
1932 - Pasukan Pandu Puteri Johor & Pasukan
Pandu Puteri Kedah ditubuhkan & merupakan
Pasukan Pandu Puteri yg pertama mengadakan
kegiatan dlm bahasa Melayu.Perkhemahan
seluruh Malaya diadakan di Melaka.

1934 - Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan


Ketua Pandu Puteri, Lady Olave Baden Powell
telah mengadakan lawatan ke Malaya.
1937-1946 - Kegiatan kepanduan di Malaya
tergendala disebabkan perubahan takhta
pemerintahan kerajaan yang mana Malaya
mula diperintah oleh kerajaan Jepun.
1941 : Lord Baden Powell meninggal
1943 : Penubuhan Trefoil Guild bagi ahli yang
melebihi 21 tahun, tetapi tidak mempunyai masa untuk
membimbing kumpulan beruniform.

1946 : Lencana dunia. Gerakan bergerak semula


1947 - Kegiatan kepanduan yg tergendala telah
dihidupkan semula dgn usaha-usaha menggalakkan lebih
ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apb penubuhan
Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri
Persekutuan Tanah Melayu.
Puan A.W. Pinnick dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya.
Beberapa orang ahli pandu puteri & pemimpin dr PPPM
telah mengambil bahagian dlm perhimpunan
antarabangsa buat pertama kalinya.
Perwakilan dihantar utk menyertai Jambori antarabangsa
di Australia (Peserta termasuk DYMM raja Perempuan
Perlis).

1948-1960 - Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala


akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.
1950 - Jurulatih dari U.K. diundang Cik A. Wilson
yang kemudiannya diganti oleh Cik Mary Bowers.
1951 - Pakaian seragam ke warna biru
1953 - Majlis Kounsel bersetuju untuk mengasingkan
Kounsel bagi Malaya dan Singapura.Unit Udara Renjer
yang pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur.
1955 - Sebuah bangunan telah didirikan sebagai Ibu
Pejabat baru di Kuala Lumpur dan dinamakan Agnes
Pinnick Hut mengenang jasa beliau memimpin Pandu
Puteri.Puan R.C. Heath dilantik sebagai Ketua
Pesuruhjaya baru.

1957 - Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima


bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu
Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu
Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan
negara mula digunakan.DYMM Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong dirasmikan sebagai penaung
DiRaja dan Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid
sebagai Yang DiPertua.
1958 - Lady Baden-Powell melawat Malaysia dalam
rangka lawatannya ke Negara-negara Timur.
1960 - PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot
WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di
Athens, Greece.

1962 - PPPM telah diberi penghormatan menjadi


penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin
Pandu Puteri Kebangsaan Rantau Asia National
Leaders of the Asia Area of the World Association
yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan
Disember.
1964 - Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia
telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah,
Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
(Malaya) hasil dari pembentukan egara Malaysia
pada 1963.
1965 - Singapura telah keluar dari Malaysia.

1962 - PPPM telah diberi penghormatan menjadi


penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin
Pandu Puteri Kebangsaan Rantau Asia National
Leaders of the Asia Area of the World Association
yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember.
1964 - Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia
telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah,
Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
(Malaya) hasil dari pembentukan egara Malaysia pada
1963.
1965 - Singapura telah keluar dari Malaysia.
1966 - Malaysia - ahli penuh WAGGGS

1917-1967 - Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut


meriah dengan aktiviti aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.
1969 - Perletakan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan
Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh
DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku
Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja
Terengganu.
1973 - DPU Renjer diterjemahkan ke Bahasa Malaysia
sempena Kursus Pentadbiran dari 9 hingga 13 April.
1974 - Malaysia menjadi tuan rumah bagi seminar Renjer
bagi Rantau Asia-Pasifik: Negara-negara New Zealand,
Filipina, Singapura, Thailand turut serta.
1977 - Lady Baden Powell meninggal

1977-1986 - Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dgn


Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia,
Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan & UndangUndang (DPU) Perkhemahan & Perkhemahan
Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju
menukarkan BROWNIE kpd TUNAS PUTERI. Pakaian
seragam baru utk Pandu Puteri, Tunas Puteri &
Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.
1982 - Seminar Renjer diadakan di Kangar, Perlis dari 711 Ogos.
1985 - Pertukaran rekabentuk pakaian Brownies
Malaysia yg bertukar gelaran menjadi tunas Puteri &
lambangnya ditukarkan drpd pari-pari kpd bunga-bunga
tempatan.

1986 - PPP Selangor dipecahkan utk membentuk PPP Wilayah


Persekutuan & PPP Selangor.
1987-1996 - Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu
cabaran yg dimulakan dgn sambutan 70 Tahun Kepanduan di
Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah
menjadi tuan rumah kpd Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik,
Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel & Jambori pandu
Puteri Kebangsaan.
Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet
Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua
urusan latihan & program kepanduan guru-guru pelatih
dipertanggungjawabkan kpd Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri
yg setaraf dgn Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our
Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96
telah dilaksanakan.
1987 - Persidangan Renjer Kebngsaan di Sekolah Tun Fatimah,
Johor Bahru dari 12-17 April.

1990 - Persidangan Ketua-Ketua Pesuruhjaya


Negara-negara Komanwel di UPM Serdang dari 4-8
Jun.Persidangan Dunia di Singapura.
1991 - Penubuhan Majlis Renjer Puteri Kebangsaan
di Dek. Tun Fatimah, JB.Seminar Pesuruhjaya dan
Mesyuarat Agung tahunan di tropical Inn, JB.
1992 - Perayaan 75 Tahun Kepanduan di Malaysia
dimeriahkan dengan Larian Kepanduan di Seremban,
Negeri Sembilan dan Ekspedisi Muhibah berkereta
menjelajah Semenanjung Malaysia.
1993 - Lawatan tinjauan oleh Jan Holt, Pengarah Biro
Dunia dan Makoma Ngapodiso, AJK Lembaga Dunia
ke Malaysia.

1996 - Skim Jurulatih PPPM diiktiraf oleh


WAGGGS.Kem Cabaran di Ulu Bendul, N.
sembilan sebagai kem latihan CC 98.
1997 - Sambutan 80 Tahun PPPM dengan
Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.Acara
kemuncak Kuiz Kepanduan sempena Majlis Renjer
Puteri di Meru, Selangor.
1998 - Perjumpaan OBPS (Olave Baden Powell
Society) diadakan di Kuala Lumpur.Pengarah Biro
Dunia, Lesley Bulman, melawat Wisma Pandu
Puteri.Sempena SUKOM 98 di Malaysia, PPPM
telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel 98
di Ulu Bendul, N. Sembilan.

1999 - Bagi menyahut cabaran perkembangan era


ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan
dengan peningkatan maklumat dari semasa ke
semasa.Program Lima Tahun Kepanduan
dilaksanakan di sekolah-sekolah. Pelayaran antara
Abad.Perancangan Strategik 1999-2003 bagi
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
dibentangkan.Pelancaran Titian Emas di Wisma
Pandu Puteri.Majlis Menjunjung Kasih untuk
DYMM Raja Permaisuri Agong, Tuanku
Najihah.Persembahan selepang Penaung DiRaja
kepada DYMM Permaisuri Siti Aishah.

2000
815 Febuari Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas PPPM
oleh Jan Mac Intyre.
Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau
Pinang.
Melancarkan Projek Biskut & Penyerahan Jalur Gemilang
Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.
Majlis Menandatangani Laman Web PPPM
Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000/International Brownies
Festival 2000 di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama
Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia (Global Cooperation
For A Better World) 11 negara mengambil bahagian.
2026 Nov. Aktiviti Antarabangsa;
Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides
Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers
(Program Pertukaran Malaysia China)

2001
7-12 September Kem Integrasi 2001:
Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara
dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat
Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap,
Mersing, Johor.
Projek Asia Pasifik: PPPM Fiji GGA: Lend A Hand
2002
April Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku
Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri
Malaysia
Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di
Malaysia.

2003
Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan
telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan,
Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di
setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan
Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia.
Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan".
Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanakkanak (pediatrik).
Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di
setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima
untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.

2004
Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta
sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai
Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju
ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu
organisasi ahli WAGGGS untuk projek International
Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS
Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM
menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga
tahun untuk mencapai beberapa matlamat.

Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu


Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri
Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang
upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan
ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan
Terengganu.
Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya
memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi
Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".

2005
21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "Girl Guides'
Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk
ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang
peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan
Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut
diadakan di acara ini.
Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq.
Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri
dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana


HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri
dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang
Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya
dihasilkan.
16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada
Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik
WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang
diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang
peserta dari 12 negara.

17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang


Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti
Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K.
(Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau
Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi
membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober
YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua
PPPM kembali ke Rahmatullah.

2006
Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM
berkuatkuasa:
Nama Lama

Nama Baru

Tunas Puteri

Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri

Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri

Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri

Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer


Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas,
Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri
Renjer.
13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja
Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara,
Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.

1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar


Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27
peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta
pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points
of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley BulmanLever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama
dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada
YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri
Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen
Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri
Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku
Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.

26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai


Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140
orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat
hadiah Penyertaaan Terbanyak.
9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia
dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat
kuasa serta-merta.
9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru
"Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah
disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul
Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera
Harbour, Kota Kinabalu.

Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan


Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan
dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri
Selangor.

2007
Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara
Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk
ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering
Potential Consultancy.
19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB
Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai
Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di
Istana Negara

1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS


untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia
Pasifik WAGGGS yang ke-9
3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th
Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia
Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini
diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang
dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang
ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai
sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke
Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam
orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.

6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young


Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia
Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia
dan Singapura mengambil bahagian.
7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary
McPhail dengan ahli PPPM

6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin


Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM
9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti
Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama
rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma
Pandu Puteri
25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang
Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia

2008
19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran
Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah
6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia
menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika
Selatan dan membentangkan pembidaan untuk
Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011
17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri
Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala
Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta
dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong
Kong dan United Kingdom

Rujukan
http://en.wikipedia.org/wiki/Robert_BadenPowell,_1st_Baron_Baden-Powell
http://www.pinetreeweb.com/B-P.htm
http://www.panduputeri.org.my/sejarah/sejarah.sh
tml

You might also like