You are on page 1of 12

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE PULAU PINANG
2018

ANJURAN
PANITIA SEJARAH
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA KEBIAW,
KAPIT, SARAWAK

1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan
murid tahap 2 Sekolah Kebangsaan Nanga Kebiaw, Kapit. Aktiviti lawatan ini juga
merupakan aktiviti yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang
keunikan masyarakat di negara Malaysia yang berbilang kaum. Di samping itu, aktiviti
ini juga ingin memupuk keseronokan, penghayatan budaya, dan semangat perpaduan
dalam diri murid-murid. Aktiviti lawatan ini juga tidak keluar daripada standard
pembelajaran yang ditetapkan oleh kerajaan. Lawatan ini juga bertujuan untuk
mendedahkan murid kepada suasana yang berkaitan dengan masyarakat di Malaysia.
Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini bakal diaplikasikan oleh murid-
murid dalam menempuhi kehidupan sosial bermasyarakat.

2.0 LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan
semua murid tahun tahap 2 dapat mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak kami
serta mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang.
Lawatan pada tahun 2018, dijangkakan sejumlah 14 orang peserta akan menyertai
lawatan sambil belajar ke tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Lawatan ini
melibatkan 2 orang guru tahun 6, 2 orang pentadbir dan seorang pembantu pengurusan
murid bagi mengiringi murid-murid yang akan mengikuti lawatan ini. Dalam masa yang
sama, guru-guru ini bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai integrasi,
perpaduan dan kehidupan yang berintegriti dalam kalangan murid.

3.0 RASIONAL

Lawatan yang akan dijalankan ini akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum,
mengenali masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,
agama dan kepercayaan serta memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat
kerjasama antara satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.

4.0 MATLAMAT

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan


yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib
menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam
melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui
aktiviti lawatan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan
seharian.

5.0 OBJEKTIF

i. Mengenali masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,


agama dan kepercayaan.
ii. Menyedari keunikan masyarakat di negara kita.
iii. Mengetahui dan menghargai kesenian negara seperti Muzium yang bakal
dilawati.
iv. Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu
sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.
v. Menghargai alam semulajadi yang terdapat di negara kita.
vi. Meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid hasil
pembelajaran berdasarkan Program Kembara Sejarah.

6.0 PELAKSANAAN

6.1 Tarikh Pelaksanaan


 3 OKTOBER – 9 OKTOBER 2018

6.2 Tempoh Pelaksanaan


 6.00 pagi (3/10/2018) – 6.00 petang (9/10/2018)

6.3 Tempat Lawatan


 Muzium Pulau Pinang
 Muzium 3D Penang
 Taman Rama – Rama
 Penang Toys Museum
 Muzium Perang, Batu Maung
 Akuarium Penang
 Penang Trick Art Museum
 Penang Food Museum
 Taman Rimba Pulau Pinang

6.4 Pengangkutan
 Perahu – Pergi dan pulang (dari SK Ng Kebiaw – Pekan Kapit)
 Bot express – Pergi dan pulang ( dari Kapit – Sibu)
 Kapal terbang – Pergi dan pulang ( dari Sibu – Pulau Pinang)
 Kereta sewa – Aktiviti lawatan ( Sibu & Pulau Pinang)

7.0 KUMPULAN SASARAN

7.1 Semua murid tahap 2 digalakkan mengikuti lawatan sambil belajar ini.
7.2 Jumlah peserta : 14 orang (9 orang murid, 5 orang guru/pengiring)

8.0 SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN

8.1 Pihak penganjur perlulah menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga
untuk setiap peserta yang menyertai lawatan tersebut.
8.2 Pihak penganjur juga perlulah memastikan setiap guru pengiring dan peserta
mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang
penyakit kronik.
8.3 Murid-murid perlulah menghantar surat kebenaran berserta surat penyataan
kesihatan (sekiranya mempunyai penyakit kronik) kepada pihak penganjur.

9.0 AHLI JAWATANKUASA

9.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung : Y.B. Tan Sri Datuk Amar Dr.James Jemut Ak. Masing /
Y.B. Datuk Alexander Nanta Linggi / YB. Datuk Wilson
Ugak Ak. Kumbong
Penasihat : En. Gudang Ak. Kamarau
Pengerusi : En. Sabang Ak. Manjai
Setiausaha : Cik Mira Emilia Binti Drahman
Bendahari : En. Ibrahim Mosli

9.2 Ahli Jawatankuasa Kecil

AJK Kertas Kerja : Cik Mira Emilia Binti Drahman


AJK Pengangkutan : En. Wan Muhamad Firdaus bin Wan Abdul Hamid
AJK Penginapan : En. Wan Muhamad Firdaus bin Wan Abdul Hamid
AJK Makanan : Cik Charity Ak. Dari
AJK Keselamatan/ : En. Wan Muhamad Firdaus bin Wan Abdul Hamid
Disiplin
AJK Kebajikan : Cik Charity Ak. Dari
AJK Laporan Program : Cik Mira Emilia Binti Drahman

10.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

10.1 Pengerusi
 Mengetuai jawatankuasa untuk merancang dan melaksanakan
program ini.
 Bertanggungjawab untuk memantau perjalanan program.

10.2 Naib Pengerusi


 Membantu Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa bagi merancang dan
melaksanakan program ini.
 Mengambil alih tanggungjawab pengerusi sekiranya pengerusi ada
sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
10.3 Setiausaha
 Menyediakan dan menyiapkan kertas kerja program.
 Menyediakan dan menyiapkan segala jenis surat yang diperlukan oleh
jawatankuasa kerja untuk perjalanan program.
 Mencatat minit mesyuarat dan menyiapkan laporan mesyuarat.
 Mengambil alih tugas pengerusi atau naib pengerusi sekiranya
mereka tidak dapat menghadirkan diri.

10.4 Bendahari
 Bertanggungjawab untuk membuat perjalanan kewangan program.

10.5 AJK Kertas Kerja


 Bertanggungjawab menyediakan kertas kerja sebelum lawatan
dijalankan.

10.6 AJK Pengangkutan


 Memastikan pengangkutan pergi dan balik ada
 Memastikan kereta mencukupi
 Menempah tiket bot ekspres
 Menyediakan pengangkutan sekiranya berlaku kecemasan

10.7 AJK Penginapan


 Memastikan tempat penginapan sepanjang lawatan telah ditempah
dan mencukupi
 Menyediakan tempat penginapan yang bersesuaian dan selesa

10.8 AJK Makanan


 Bertanggungjawab menyediakan makan minum semua murid dan
guru yang terlibat sepanjang lawatan

10.9 AJK Keselamatan/Disiplin


 Mengiringi murid – murid sepanjang lawatan
 Pastikan kawasan lawatan selamat
 Memasikan dan memantau keselamatan peserta sepanjang program
dan terutama sekali semasa melakukan aktiviti.

10.10 AJK Kebajikan

 Mengiringi murid-murid sepanjang lawatan


 Mengambil tahu tentang kebajikan murid-murid sepanjang lawatan
11.0 TENTATIF

3 Oktober 2018 (RABU)


6.00 a.m - Berkumpul di gelanggang SK Nanga Kebiaw
- Taklimat keselamatan, disiplin dan etika
6.30 a.m - Makan pagi
7.00 a.m - Bertolak ke Wharf Kapit, Sarawak.
9.30 a.m - Bertolak dari Wharf Kapit ke Wharf Sibu
11.30 a.m - Tiba di Wharf Sibu
- Makan Tengahari
12.15 p.m - Bertolak ke Lapangan Terbang Sibu
4.15 p.m - Bertolak ke Pulau Pinang
11.30 p.m - Tiba di Pulau Pinang
- Makan malam
- Check-in hotel

4 Oktober 2018 (KHAMIS)


7.00 a.m - Berkumpul di Hotel
- Taklimat aktiviti, keselamatan, disiplin dan etika
7.30 a.m - Makan pagi
8.00 a.m - Bertolak ke Batu Feringghi
12.00 p.m - Makan tengah hari
2.00 p.m - Melawat Muzium Pulau Pinang
- Muzium 3D Penang
8.00 p.m - Makan malam
9.00 p.m - Pulang ke hotel

5 Oktober 2018 (JUMAAT)


6.30 a.m - Makan Pagi
7.30 a.m - Bertolak ke Batu Feringghi
9.30 a.m - Melawat Taman Rama - Rama
12.30 p.m - Makan tengah hari
1.30 p.m - Melawat Penang Toys Museum
5.00 p.m - Riadah bersama murid di Pantai Batu Feringghi
7.00 p.m - Makan malam
8.30 p.m - Pulang ke hotel

6 Oktober 2018 (SABTU)


7.30 a.m - Makan pagi
8.00 a.m - Bertolak ke Muzium Perang, Batu Maung
12.00 p.m. - Makan Tengahari
2.00 p.m - Melawat Akuarium Penang
8.00 p.m. – Makan malam
9.00 p.m - Pulang ke hotel.

7 Oktober 2018 (AHAD)


7.00 a.m - Berkumpul di Hotel
- Taklimat aktiviti, keselamatan, disiplin dan etika
7.30 a.m - Makan pagi
8.00 a.m - Bertolak ke Penang Trick Art Museum
12.00 p.m. - Makan tengahari
2.00 p.m. – Melawat Penang Food Museum
5.00 p.m. – Beriadah bersama murid di Pantai Batu Feringghi
8.00 p.m. - Makan Malam
9.00 p.m. – Tiba di hotel

8 Oktober 2018 (ISNIN)


7.00 a.m - Berkumpul di Hotel
- Taklimat aktiviti, keselamatan, disiplin dan etika
7.30 a.m - Makan pagi
8.00 a.m - Bertolak ke Taman Rimba Pulau Pinang
12.00 p.m - Makan tengah hari
1.00 p.m - Bertolak ke Lapangan Terbang Penang
2.25 p.m - Berlepas ke Sibu (kapal terbang)
10.00 p.m - Tiba di lapangan Terbang Sibu
11.00 p.m - Tiba di hotel

9 Oktober 2018 (SELASA)


7.30 a.m - Makan pagi
8.30 a.m - Bersiar – siar di Pasar Sibu
10.45 a.m - Bertolak pulang ke Kapit
2.00 p.m - Tiba di Kapit
- Makan tengah hari
4.00 p.m - Pulang ke sekolah
6.00 p.m - Murid pulang ke rumah masing - masing

12.0 PERATURAN DAN ARAHAN LAWATAN


12.1 Arahan Umum
12.1.1 Lawatan ini adalah aktiviti yang bersifat lawatan formal. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti
sepanjang lawatan.
12.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh ketua / guru pengiring adalah
menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada
keperluan semasa lawatan.
12.1.3 Semua guru pengiring dan peserta adalah tertakluk kepada
peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga
akhir / tamat lawatan.
12.1.4 Semua peserta perlulah mengikuti semua aktiviti yang telah
ditetapkan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak
berkuasa atau pegawai perubatan.
12.1.5 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
12.1.6 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di
sepanjang lawatan.
12.1.7 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan
panggilan hormat diutamakan
12.2 Komunikasi / Alat Komunikasi
12.2.1 Guru pengiring haruslah sentiasa membekalkan alat komunikasi
seperti telefon bimbit bagi keperluan semasa kecemasan.
12.2.2 Guru pengiring dibenarkan menggunakan alat komunikasi untuk
menghubungi pihak pengangkutan sebelum atau selepas aktiviti
lawatan selesai.
12.2.3 Peserta tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sepanjang
aktiviti lawatan berlangsung bagi melancarkan pergerakkan aktiviti.

12.3 Keselamatan
12.3.1 Keselamatan haruslah diutamakan dan menjadi tanggungjawab
semua pihak untuk mengutamakan keselamatan.
12.3.2 Guru pengiring perlu memastikan peserta-peserta lain dalam
keadaan selamat.
12.3.3 Peserta dilarang merayau-rayau keluar daripada kawasan aktiviti
lawatan.
12.3.4 Jika berlaku kecemasan, guru pengiring akan membawa peserta
yang cedera ke hospital dalam kadar yang segera.
12.3.5 Peserta-peserta lain haruslah dipastikan di dalam keadaan
selamat.

12.4 Ketetapan Masa


12.4.1 Peserta tidak dibenarkan pergi ke tempat lain selain daripada
kawasan aktiviti lawatan.
12.4.2 Peserta perlulah menepati masa sepanjang aktiviti lawatan ini.

12.5 Pakaian / Tag Nama


12.5.1 Semasa lawatan ini, peserta haruslah memakai pakaian yang telah
ditetapkan (formal / semi-formal).
12.5.2 Setiap peserta dan guru pengiring haruslah sentiasa memakai
tanda nama bagi tujuan identiti peserta di dalam rombongan
lawatan.

12.6 Kebersihan
12.6.1 Peserta dan guru pengiring haruslah sentiasa memastikan tiada
sampah di sekeliling kawasan tempat makan.
12.6.2 Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.
12.6.3 Mengamalkan kebersihan tangan sebelum makan.
12.6.4 Peserta dan guru haruslah memakai pakaian yang bersih untuk
keselesaan bersama.
13.0 SUMBER KEWANGAN
 Memohon sumbangan Y.B. Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Ak. Masing
/ Y.B. Datuk Alexander Nanta Linggi / Y.B. Datuk Wilson Ugak ak.Kumbong
 Yuran murid – murid dan guru

13.1 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

13.2 Jumlah Peserta


 Murid 9 orang
 Guru 5 orang
 Keseluruhan 14 orang

13.3 Yuran (Pendapatan A)


 Setiap pelajar yang mengikuti lawatan ini dikehendaki membayar
yuran sebanyak RM50.00 sebagai yuran penyertaan.
 Guru pengiring turut diwajibkan membayar RM100.00 sebagai yuran
penyertaan.

Bil Perkara Yuran Bilangan Jumlah


1 Murid 50.00 9 450.00
2 Guru 100.00 5 500.00
Jumlah Besar 950.00

13.4 Makanan (Perbelanjaan A)


Bil Perkara Harga Peserta Hari Jumlah
(RM) (orang) (RM)
1 Sarapan 3.50 14 7 343.00
2 Makan Tengahari 7.00 14 7 686.00
3 Makan Malam 7.00 14 6 588.00
JUMLAH BESAR 1617.00

13.5 Pengangkutan ( Perbelanjaan B)


Bil Perkara Harga Peserta/unit Hari Jumlah
(RM) (RM)
1 Bot Express 50.00 14 - 700.00
(pergi / balik)
2 Kapal Terbang 700.00 14 - 9800.00
(pergi / balik )
3 Van Sewa 200.00 1 7 1400.00
JUMLAH BESAR 11 900.00
13.6 Yuran Kemasukkan Tempat Lawatan (Perbelanjaan C)
Bil Perkara Harga Peserta Jumlah
(RM) (RM)
1 Muzium 3D Penang 12.50 14 175.00
2 Taman Rama - Rama 7.00 14 98.00
3 Penang Toys Museum 12.50 14 175.00
4 Akuarium Penang 12.50 14 175.00
5 Penang Trick Art Museum 12.50 14 175.00
6 Penang Food Museum 12.50 14 175.00
JUMLAH BESAR 973.00

13.7 Penginapan (Perbelanjaan D)


Bil Perkara Harga Unit Hari Jumlah
(RM) (RM)
1 Hotel 100.00 3 6 1800.00
JUMLAH BESAR 1800.00

13.8 Kecemasan (Perbelanjaan E)


 RM 500.00

13.9 Anggaran Perbelanjaan


Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Perbelanjaan A 1617.00
2 Perbelanjaan B 11 900.00
3 Perbelanjaan C 973.00
4 Perbelanjaan D 1800.00
5 Perbelanjaan E 500.00
JUMLAH BESAR 16790.00

13.9 Kewangan yang diperlukan

Bil Perkara Jumlah (RM)


1 Pendapatan 950.00
2 Perbelanjaan 16790.00
JUMLAH DIPERLUKAN 15840.00

14.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang diperolehi di dalam aktiviti
lawatan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu,
kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
15.0 PERAKUAN

Disediakan Oleh:

Mira Emilia Binti Drahman,


Setiausaha Program Lawatan Sambil Belajar,
Sekolah Kebangsaan Nanga Kebiaw, Kapit.

Disemak Oleh : Diluluskan/Tidak diluluskan Oleh:

En. Ibrahim Mosli, En. Gudang ak Kamarau,


Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Besar,
SK Nanga Kebiaw, Kapit. SK Nanga Kebiaw, Kapit.

You might also like