You are on page 1of 5

Ahli Kumpulan:

NUR HANI NADHIRAH BT SYUHAIME


NUR ATHIRAH BT ZULKEPLI
NURUL IMAN BT NOOR AZMI
NUR SYAZRIENA BT ARIFFIN
NUR NISA BATRISYIA BT NAZRI

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS KLCC DAN PUSAT


SAINS NEGARA 2020
KELAB SAINS DAN TEKNOLOGI, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PAGI

1.0 PENDAHULUAN
Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti yang dapat memberi
pendedahan kepada murid terutamanya berkaitan perkembangan sains dan teknologi masa
kini, di samping dapat melahirkan murid yang minat terhadap sains serta menghargai
sumbangan sains dan teknologi terhadap manusia. Sehubungan dengan itu, program
lawatan sambil belajar ini direncanakan sebagai pemangkin dalam membina sahsiah murid
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

2.0 OBJEKTIF
1. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai sains dan teknologi
2. Melahirkan pelajar yang minat terhadap mata pelajaran sains dan matematik
3. Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk memahami lebih
mendalam terhadap ilmu sains
4. Memberi peluang kepada murid kepentingan mengikuti aktiviti luar sekolah

3.0 SASARAN
Semua ahli Kelab Sains dan Teknologi SK Seri Pagi serta 5 orang guru pengiring.

4.0 TARIKH DAN MASA PROGRAM


Tarikh: 6 Mac 2020
Hari: Rabu
Masa: 8 pagi - 4 petang

5.0 TEMPAT
Petrosains KLCC dan Pusat Sains Negara

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Rujuk Lampiran 1 (lengkap)

Bil. Jawatan Nama Guru

1. Penasihat En Azizan bin Abdullah (Guru Besar)

2. Pengerusi Pn Noraini bt Kamaruddin (GPK Ko-Kurikulum)


3. Penyelaras Cik Hani Nadhirah bt Syuhaime

4. Setiausaha Cik Nurul Izzah bt Nor Azmi

5. Bendahari Cik Atiqah binti Abdul Rahman

6. AJK Kebajikan dan Keselamatan En Baharuddin bin Ahmad

7. AJK Makanan dan Pengangkutan Pn Phanneka A/p Chompthorn

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran 2

8.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran 3

9.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah bermatlamat mencapai objektif yang telah
digariskan. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada murid dalam bidang sains
dan teknologi. Diharapkan semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan
kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, Terima Kasih

Disediakan oleh:

________________
(CIK NURUL IZZAH BINTI NOR AZMI)
Setiausaha Program,
Kelab Sains dan Teknologi,
SK Seri Pagi

Disahkan oleh:

__________________
(EN AZIZAN BIN ABDULLAH)
Guru Besar,
SK Seri Pagi.
Lampiran 1
AHLI JAWATANKUASA GURU

Penasihat: En. Azizan bin Abdullah


(Guru Besar SK Seri Pagi)

Pengerusi: Pn Noraini bt Kamaruddin


(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Penyelaras: Cik Hani Nadhirah bt Syuhaime


(Guru Pembimbing Kelab Sains dan Teknologi)

Setiausaha: Cik Nurul Izzah bt Nor Azmi

Bendahari: Cik Atiqah bt Abdul Rahman

AJK Dokumentasi: - Membuat poster program


Cik Wacinta binti Wahi - Mengambil gambar sepanjang kem

AJK Pengangkutan: - Menguruskan penempahan bas


Pn Phanneka a/p Chompthorn - Memastikan perjalanan pergi dan balik
berjalan lancar

AJK Kebajikan dan keselamatan - Memastikan keselamatan pelajar terjaga


En Baharuddin bin Ahmad sepanjang program dijalankan

AJK Makanan: - Menempah makanan dengan pihak kantin


Pn Phanneka a/p Chompthorn - Menyediakan tempat makanan murid

AJK Cenderamata dan Sijil - Menyediakan sijil penyertaan


Penyertaan: - Mencari cenderamata yang bersesuaian
Cik Nisa Betty binti Johnson - Mengenal pasti bajet, kuantiti, kategori dan
Cik Ariana binti Grande kualiti hadiah
- Mendapatkan senarai nama peserta terlebih
dahulu
Lampiran 2
ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Sumber Kewangan

Bil. Sumber Amaun (RM)

1. Yuran murid (RM 25.00 X 40) RM 1000

2. Sumbangan PIBG RM400 RM 400

Jumlah: RM 1400

2. Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perbelanjaan Harga X Bilangan Amaun (RM)

1. Sewa Bas RM 700 RM 700

2. Tiket Petrosains RM 4 X 45 RM 180

3. Tiket Pusat Sains Negara RM 2 X 45 RM 90

4. Makan Tengahari RM 7 X 45 RM 315

5. Runcit RM 2 X 45 RM 90

Jumlah: RM 1375

Lampiran 3
TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara Tindakan

7.30 pg Peserta melapor diri Urusetia pendaftaran

8.00 pg -Sarapan AJK Makanan


-Taklimat ringkas

8.30 pg Bertolak ke Petrosains KLCC AJK Pengangkutan

10.30 pg -Dijangka tiba di Petrosains KLCC


-Melawat sekitar Petrosains KLCC

12.45 tgh -Makan tengahari AJK Makanan


-Solat zuhur

2.00 ptg Bertolak ke Pusat Sains Negara AJK Pengangkutan

2.30 ptg -Dijangka tiba di Pusat Sains Negara


-Melawat sekitar pusat Sains Negara

4.00 ptg Bertolak balik AJK Pengangkutan

You might also like