You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HJ ADNAN

PEKAN NANAS 81500 PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA
PERKONGSIAN PINTAR AQUARIA DAN PETROSAINS
KLCC

TARIKH
22 Disember 2018 ( Sabtu )

MASA
1000 pagi – 200 petang
KEBITARAAN SAINS
SK PARIT HJ ADNAN
81500 PEKAN NANAS PONTIAN,
JOHOR DARUL TAKZIM
TEL : 07-6952826

KERTAS KERJA PERKONGSIAN PINTAR KE AQUARIA DAN PETROSAINS KLCC

1. Pendahuluan.

Perkongsian pintar merupakan salah satu aktiviti yang dapat


memberi pendedahan kepada murid terutamanya berkaitan dengan perkembangan
sains dan teknologi masa kini, disamping itu juga dapat melahirkan pelajar yang
minat terhadap sains serta menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap
manusia. Sehubungan itu Panitia Sains dibawah peruntukan Kebitaraan Sains
Sekolah Kluster Kecemerlangan mengambil inisiatif merencanakan program ini
sebagai pemangkin dalam membina pelajar yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

2. Objektif.

2.1 Melahirkan pelajar yang berminat terhadap kehidupan alam sekitar.


2.2 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepelbagaian kehidupan di dalam
laut.
2.3 Melahirkan murid yang menghargai alam sekitar dan sumbangan sains teknologi
terhadap manusia.
2.4 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai kehidupan alam
sekitar dan sains & teknologi.
2.5 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan alam sekitar dan sains &
teknologi kepada manusia.
2.6 Melahirkan pelajar yang minat terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

4. Sasaran.

4.1 Murid SK Parit Hj Adnan seramai 40 orang, khususnya murid Tahun 2 hingga
Tahun 6 yanng dipilih serta 7 orang guru pengiring.

5. Tarikh, masa dan tempat lawatan.

Tarikh : 22 Disember 2018


Hari : Sabtu
Masa : 730 pagi hingga 200 petang
Tempat Lawatan : Petrosains KLCC dan Aquaria KLCC.
6. Ahli Jawatankuasa Program Perkongsian Pintar Kebitaraan Sains

PENASIHAT
En. Abd Latiff Ahmad
(Guru Besar)
En. Zulizan Amit
(Yang Dipertua PIBG)

PENGERUSI
Pn Hjh. Norlee Hj Ismail (GPK Kurikulum)

NAIB PENGERUSI
Pn. Norrasidah Musuroh (GPK HEM)
En Ismali Ismail (GPK Ko-Kurikulum)
PENYELARAS/SETIAUSAHA
En. Mohd Asrul Effendi Abd Rahman
PEN. SETIAUSAHA
Pn. Suhana Yop Ahmad Isa

BENDAHARI
Pn. Rosliah Shaary

AJK
Pn. Fatimatuzzahrah Abd Mutalib
Ustaz Mohd Nor Hassan
En. Anizam Mohd Zain

7. Kewangan (pendapatan/anggaran perbelanjaan)

7.1 Sumber Pendapatan


Bil Pendapatan Amaun (RM)
1 Peruntukan Bitara Sains 5710.00 5710.00
JUMLAH 5710.00

7.2 Anggaran perbelanjaan


Bil Perbelanjaan Harga x Bil murid Amaun (RM)
1 Sewa bas 2000.00 x 1 hari 2000.00
2 Tiket Petrosains RM25 x 40 1000.00
3 Tiket Aquaria RM40 x 40 1600.00
5 Makan RM20 X 40 800.00
6 Runcit 310.00
JUMLAH 5710.00
8. Syarat dan peraturan lawatan

8.1 Terbuka kepada murid SK Parit Hj Adnan (terutama tahap 2)


8.2 Tiada bayaran tambang dikenakan kepada murid yang terlibat.
8.3 Semua murid adalah terdiri daripada pasukan bola tampar sekolah yang aktif
menjalankan latihan.
8.4 Murid yang terlibat dalam lawatan akan dibahagikan kepada lima kumpulan
(satu kumpulan terdiri dari 8 orang murid) dan setiap kumpulan dibawah
bimbingan seorang guru.
8.5 Setiap kumpulan akan diberikan tugasan dan kumpulan terbaik akan
diistiharkan sebagai pemenang. Hadiah akan diberikan kepada pemenang
pertama, kedua dan ketiga.

9. Aturcara Program

1200 tengah malam ( 21 Dis.2018). - Rombongan memulakan perjalanan


5.00 pg - Sampai di Masjid Putrajaya
- murid siapkan diri ( mandi dan solat)
7.30 pg – 900 pg - Sarapan pagi
930 pg - Bertolak ke KLCC
1000pg – 1200tgh hari - Perkongsian pintar di Aquaria
1200tgh ari – 200 petang - Perkongsian pintar di Petrosains
200 petang- 230 petang - Solat dan makan tengah hari
230 petang - Rombongan memulakan perjalanan pulang
530 petang - Anggaran sampai di sekolah

10. Penutup

Diharap aktiviti lawatan ini dapat dilaksana dengan jayanya supaya dapat memberi
pendedahan dan kesedaran kepada murid berkaitan dengan perkembangan sains dan
teknologi masa kini, disamping itu juga dapat melahirkan pelajar yang berminat terhadap
sains serta menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap manusia. Sehubungan
itu pihak pengajur berharap agar semua pihak dapat memberi sokongan dan kerjasama
dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh

……………………………………………
(SUHANA YOP AHMAD ISA)

Disahkan oleh

……………………………………………
(EN. ABD LATIFF AHMAD)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Parit Hj Adnan
Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8

You might also like