You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI ADNAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1/(2018)

Tarikh : 28 Disember 2017

Masa : 1010 a.m

Tempat : Bilik Guru Besar SK Pt Hj Adnan

Pengerusi : Pn. Suhana Yop Ahmad Isa (Ketua Panitia Sains)

Kehadiran(Bilangan) : 2/2

Turut Hadir (Jika ada) : Guru Besar


1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi meminta semua yang hadir untuk membacakan Umul Kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Suhana Yop Ahmad Isa
Disokong untuk pengesahan oleh En. Mohd Asrul Effendi Abd Rahman.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Para 4.1.1 Berkenaan dengan RFP Kluster telah pun dihantar.
Tindakan: Ketua Panitia Sains
3.2. Para 4.1.3 Teknik menjawab soalan Sains UPSR akan dilibatkan murid-murid Tahun 4 dan
Tahun 5.
Tindakan: Makluman
4 FOKUS MESYUARAT
4.1. ANALISA PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 6 DAN AKHIR TAHUN 1 HINGGA TAHUN 5.
4.1.1 Perbandingan keputusan Sains UPSR bagi tahun 2016 dan 2017.
Tahun A B C D E GPMP PERATUS

2016 3 4 10 4 0 2.71 100%

2017 0 11 8 4 0 2.70 100%

4.1.2 Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017.


Kelas / Bil. Gred Gred Gred Gred Gred GPMP PERATUS
Tahun Calon A B C D E MENGUASAI
1 CEMPAKA 18 14 4 0 0 0 1.22 100.00%

2 DAHLIA 27 13 7 4 1 2 1.96 92.59%

3 MAWAR 19 6 3 7 2 1 2.42 94.74%

4 MELUR 21 3 4 8 5 1 2.86 95.2%

5 RAYA 18 2 4 7 4 1 2.89 94.44%

Tindakan: Makluman
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.2. Analisa Pentaksiran Akhir Tahun 2017 bagi mata pelajaran Sains
4.2.1 Bagi analisa Tahun1, kesemua murid melepasi tahap minimum, manakala bagi Tahun 2
hingga Tahun 6 masih terdapat murid yang tidak melepasi tahap minimum.
4.2.2 Guru besar menyarankan supaya memberikan fokus yang lebih kepada murid-murid
tersebut. Tindakan: Guru –guru Sains
4.2.3 Guru besar juga menyatakan akan mengadakan perbincangan bersama GPK HEM untuk
mengadakan program khas bagi murid-murid yang dilihat bermasalah.
Tindakan : Makluman
4.3 Program Kecemerlangan UPSR.
4.3.1 Kem Cemerlang Terancang I,II dan III.
- Program ini akan diadakan pada Cuti Sekolah bulan Mac, selepas cuti hari Raya dan pada
minggu ke 33 persekolahan. Tindakan: Makluman
4.3.2 Minggu Bahasa Sains dan Matematik
- Program ini seperti yang terdapat dalam Request For Proposal(RFP) bagi Bitara Sains
Sekolah Kluster Kecemerlangan akan diadakan pada Minggu ke 13 hingga ke 16 jika tiada program
lain yang bertindih.
Tindakan: Makluman
4.3.3 Program 100 hari sebelum UPSR
- Program ini dijalankan 100 hari sebelum UPSR di mana murid akan dibahagikan kepada
dua kumpulan untuk membuat latihan soalan-soalan Sains UPSR yang daripada negeri-negeri lain.
Tindakan: Makluman
4.3.4 40 Hari bersamaku
- Program ini menekankan latihan soalan-soalan Sains UPSR tahun-tahun lepas.
Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Buku Latihan Murid
- Guru Besar menekankan latihan murid mengikut kesesuaian DSKP dan Tahap Penguasaan.
Tindakan: Makluman
5.2 Ketua Panitia menyatakan akan membuat penambahbaikan pondok Sains.
Tindakan: Makluman
5.3 Alatan Sains juga akan ditambah mengikut keperluan. Tindakan: Makluman
5.4 Guru Besar memaklumkan kewangan Panitia Sains iaitu sebanyak RM546.92.
Tindakan: Makluman
5.5 Guru Besar mencadangkan supaya menubuhkan bog Bitara Sains sejajar dengan subjek Sains
merupakan subjek bitara sekolah kluster kecemerlangan dengan bantuan Juruteknik Komputer.
Tindakan : Ketua Panitia

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1147 a.m

Disediakan oleh,

( )
Urus Setia
Tarikh : (2 Januari 2018)

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like