You are on page 1of 6

SK FELDA LEPAR UTARA 1

26400 BANDAR JENGKA,


PAHANG

KERTAS KERJA

LED BOARD SEKOLAH


2020

PROJEK SEKOLAHKU
INDAH
ANJURAN : JAWA+TANKUASA KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

DENGAN KERJASAMA PUSAT SUMBER SEKOLAH


KERTAS KERJA

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah


kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat
menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di
sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan
indah.

2.0 RASIONAL
Kebersihan dan keceriaan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah sekolah. Oleh
itu, projek Sekolahku Indah ini dijalankan berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi
pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang
bersih dan sihat akan memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Pandemik Covid 19 telah memberi kesan yang mendalam dalam jiwa kita semua. Oleh itu, pihak
sekolah mengambil inisiatif untuk menyediakan papan LED Board bagi memperingati murid menjaga
keselamatan dan kebersihan diri.

3.0 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara tidak
langsung di sekolah.
3.2 Menjadikan suasana bangunan dan gambaran bilik darjah supaya lebih efektif dan
kondusif bagi meningkatkan keberkesanan P&P di sekolah.
3.3 Meningkatkan kemudahan prasarana sekolah.
3.4 Memupuk dan membangkitkan semangat cintakan sekolah di kalangan warga
guru,PIBG,ibu bapa dan murid.
3.5 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
3.6 Memastikan murid jelas tentang SOP Covid 19

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah.
4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan integriti
dalam melaksanakan tugas.
4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara
berterusan.

5.0 NAMA PROGRAM


Projek Sekolahku Indah ( Papan LED Board)

6.0 ANJURAN
Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan

7.0 TEMPAT
Bangunan blok A SK Felda Lepar Utara 1

8.0 ORGANISASI
Penasihat : En Azman Bin Yaacob Guru Besar)

Pengerusi 1 : En Azmi Bin Hj Zainal (GPK Hem)

Pen. Pengerusi 1 : En Abdul Aziz Bin Awang ( GPK Pentadbiran)

Pen. Pengerusi 2 : En Ahmad Aswadi Bin Abdullah (GPK KO)

Setiausaha : Pn Nurul Afifah Bt Rahim ( Ketua)

En Zulman Safari bin Zakaria (Penolong)

Ajk : En Mahadi Bin Ismail

En Mohd Puat Bin Jali

Pn Ruzilawati Binti Razali

Pn Nazifah Binti Mohd Soib

Pn Noor Ainirah Binti Mohd Sajzee


Pekerja Swasta Sekolah

9.0 SUMBER KEWANGAN


Peruntukan dari PIBG Sekolah ( Sawit Sekolah) RM1000.00

Peruntukan dari PIBG Sekolah (Kertas Ujian Luar) RM1348.00

JUMLAH RM2348.00

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Perkara Unit Perbelanjaan


1 LED Board 1 set RM 2348.00
Jumlah RM2348.00

11.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah dikemukakan.
Sesungguhnya kejayaan Projek Sekolahku Indah peringkat sekolah yang dirancang ini bergantung
kepada sikap serta komitmen yang positif daripada semua pihak yang terlibat. Konsep
permuafakatan menjadi tunjang ke arah kejayaan program ini. Semoga semua perancangan yang
diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak Tuan.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

....................................
(NURUL AFIFAH BINTI RAHIM)
Setiausaha Kebersihan dan Keceriaan
SK. Felda Lepar Utara 1

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

................................ ..................................
(AZMI BIN HJ ZAINAL (AZMAN B YAACOB)
Penolong Kanan HEM Guru Besar
SK. Felda Lepar Utara 1 SK. Felda Lepar Utara 1

You might also like