You are on page 1of 6

SK TAMAN UNIVERSITI 3

TAMAN KEMULIAAN, TAMAN UNIVERSITI


81300 SKUDAI, JOHOR

KERTAS KERJA
PROJEK
TANAMAN SERAI

TARIKH :
8 OGOS 2023 – 8 OGOS 2024

ANJURAN :
UNIT KELESTARIAAN
SK TAMAN UNIVERSITI 3
PROJEK TANAMAN SERAI
ANJURAN UNIT KELESTARIAAN
SK TAMAN UNIVERSITI 3

1.0 RASIONAL

Program ini bertujuaan untuk menjadikan sekolah sebagai salah satu tempat mengusahakan tanaman
yang secara tidak langsung projek ini dapat menjadi food basket kepada warga UNITI.Ia juga adalah
menyokong pihak Jabatan Pelajaran Johor yang kini semakin giat mengusahakan pelbagai program
kelestariaan di peringkat sekolah.Ia juga diharap dapat memberi ilmu pengetahuan kepada warga sekolah
dan komuniti khasnya bahawa semua rumah perlu mempunyai food basket masing-masing dalam
menjamin belakan makanan yang berterusan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan warga UNITI dan komuniti agar berusaha untuk berfikir tentang
kelestariaan alam dan mempunyai usaha untuk mancapainya.
2.2 Memupuk semangat kerjasama secara berkumpulan dalam bekerja secara berpasukan apabila diberi
tugasan dalam menjaga tanaman masing-masing.
2.3 Meningkatkan sikap perihatin tentang kepentingan sekuriti makanan di kala bekalan makanan dunia
semakin merosot atas pelabagai sebab.

3.0 MATLAMAT

Matlamat projek adalah warga UNITI dapat mempunyai ilmu dan steerusnya berminat untuk menjadikan
projek tanaman ini sebagai salah satu sumber makanan dan sumber kewangan yang sekaligus dapat
meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.
4.0 STRATEGIK PERLAKSANAAN

BIL PERLAKSANAAN BULAN

1 Bertukar pendapat dengan pihak pengurusan 8 Ogos

-Mendapat persetujuan dari pihak yang terlibat

-Menyediakan 100 anak benih serai dengan kerjasama pihak pembersihan 20 Ogos
sekolah
2 -Menyediakan tapak tanaman serai di belakang blok 21 Ogos

3 Mengajar pelajar tahun 6 tentang cara menanam serai 23 Ogos

4 Mengadakan taklimat penanaman serai kepada semua murid 24 Ogos

5 Menjual hasil serai tuaian pertama 24 Januari 2024

6 Mengadakan pelbagai intervensi jika terdapat masalah sepanjang Hingga kini


penanaman serai

5.0 CARTA ORGANSASI

Penasihat : Pn Wan Normawati Binti Wan Abdul Malik


(Guru Besar)

Pengerusi : Tn Hj Khairul Nizam Bin Md Sor


(GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1 : Pn Suraya Bin Hj Chek


(GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En. Ezihan B. Zainal


(GPK Hal Ehwal Murid)

Penyelaras Program : Pn Camellia Binti Mohd Kamal


AHLI JAWATANKUASA KELESTARIAAN

Pn. Siti Aminah Binti Ismail


Pn. Helmi Hazlin Binti Shaari
En Nor Hakeem Bin Hashim
Pn Intan Surya Binti Jamaluddin

6.0 JANGKA MASA


1 Tahun

7.0 TARIKH
8 Ogos 2023-8 Ogos 2024

8.0 SASARAN
Warga UNITI dan komuniti Taman Universiti

9.0 KOS

9.1 PUNCA KEWANGAN


Pihak pengurusan UNITI

9.2 PERBELANJAAN

BIL ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)


(RM)
1 Polibag 100 kpg 1.30 /kpg 130.00
2 Tanah organik 30 beg 2.00 60.00
3 Anak serai PERCUMA - -
4 Papan Tanda 1 buah 50.00 50.00
JUMLAH 240.00
10.0 PENILAIAN

1. Guru Besar
2. GPK Kokurikulum
3. GPK Pentadbiran
4. GPK Hal Ehwal Murid
5. MBIP
6. SWM CORP
7. KKM

11.0 PENUTUP

Diharap dengan program ini akan dapat memberi impak yang positif dan dapat melahirkan bakat
keusahawanan dalam diri murid dalam kemahiran untuk menguruskan bekalan makanan
sendiri.Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak maka akan tercapai segala matlamat dan
dapat melahirkan generasi yang berfikiran lestari dan sentiasa mencintai alam sekitar.

Disediakan: Disahkan:

……………………………………. ………………………………..
(CAMELLIA BINTI MOHD KAMAL)
Penyelaras Program
SK Taman Universiti 3

You might also like