You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEPAR HILIR

26300 GAMBANG, KUANTAN,


PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
PROJEK PENGGANTIAN DAN PENYELENGGARAAN
TIRAI PENTAS DI DEWAN BESTARI

1.

PENDAHULUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon bajet bagi tujuan mengganti dan
menyelenggara tirai pentas di Dewan Bestari SMK Lepar Hilir.

2.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Program ini bertujuan untuk menceriakan kawasan dewan sekolah selaras dengan
keperluan dan kehendak pihak sekolah ke arah mewujudkan suasana sekolah
yang ceria.

Di samping itu, program ini juga bertujuan mencetus rasa sayang pelajar kepada
sekolah dan memberikan perasaan yang seronok untuk datang ke sekolah kepada
semua lapisan atau peringkat.

Memandangkan kedudukan dewan sekolah yang merupakan bangunan pertama


yang akan dilihat oleh pengunjung, secara tidak langsung dewan ini akan menjadi
tumpuan yang mana, persekitaran tersebut perlulah dijaga dan di tambahbaik dari
masa ke semasa.

Menjadikannya lebih mesra pengunjung dan dalam masa yang sama memberi
keselesaan kepada pelajar sekiranya ingin mengadakan pembelajaran secara
berkumpulan.

Tambahan lagi, tirai sekolah ini sudah lama tidak berganti dengan warnanya yang
semakin luntur dan tidak menyenangkan mata memandang.

3.

4.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Mengganti tirai pentas Dewan Bestari.

Menyelenggara sistem suis automatik tirai pentas Dewan Bestari.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil

Perkara

Jumlah (RM)

1.

Kos kain tirai

7,000.00

2.

Upah pasang

1,000.00

3.

Penyelenggaraan suis automatik

2,000.00

JUMLAH KESELURUHAN

10,000.00

5.

PENUTUP
Semoga program yang murni ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua
pihak seterusnya memberi manfaat dalam mewujudkan iklim, suasana dan budaya
sekolah yang kondusif di samping melahirkan murid yang mencintai keindahan dan
kekemasan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..

..

(PN SITI HASMAH BINTI MOHAMAD)

(EN ANUAR BIN MOHD YURID)

Setiausaha PIBG SMK Lepar Hilir

YDP PIBG SMK Lepar Hilir

2014/2015

2014/2015

Disahkan oleh,
..
(PN SITI MARIAM BINTI BAHARUDIN)
Pengetua SMK Lepar Hilir

You might also like