You are on page 1of 2

KERTAS KERJA MEMOHON PEMBAIKAN STRUKTUR TAPAK TANGKI

AIR
1.0 PENDAHULUAN
SK Ladang Sungai Bendera bercadang untuk melakukan pembaikan terhadap
struktur tapak-tapak tangki air yang terdapat di sekolah dan di rumah penginapan guru.
Hal ini adalah kerana struktur tapak tangki air yang sedia ada hampir reput dan boleh
mengakibatkan kerosakan kepada tangki air yang sedia ada. Di samping itu, keadaan
struktur tapak yang sedia ada juga mampu mengundang keadaan yang tidak selamat
terhadap warga sekolah.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Jumlah struktur tapak tangki air yang memerlukan pembaikan ialah sebanyak 3
unit iaitu 2 di kediaman guru dan 1 di sekolah.
2.2 Keluasan bagi struktur tapak tangki di kediaman guru ialah dan keluasan tapak
tangki di sekolah pula ialah
2.3 Reka bentuk struktur tapak tangki yang sedia ada adalah seperti di lampiran.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memastikan keadaan tangki air sentiasa berada dalam keadaan boleh
digunakan oleh warga sekolah.
3.2 Mengekalkan persekitaran sekolah dan kediaman guru yang selamat kepada
semua murid dan guru.
4.0 RASIONAL
4.1 Dapat menjamin keadaan tangki air yang sentiasa baik dan boleh digunakan
secara berkekalan.
4.2 Dapat mengelakkan tapak tangki air sedia ada dari runtuh dan menghindarkan
warga sekolah dari terdedah kepada bahaya

5.0 PERANCANGAN

5.1 Satu projek jangka masa panjang yang boleh memastikan keadaan tangki air
yang menjadi punca utama air kepada warga sekolah sentiasa berada dalam
keadaan baik.
5.2 Menggantikan atau memperbaik pulih struktur tapak tangki air yang telah reput
yang menjadi ancaman keselamatan kepada warga sekolah.
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
7.0 RUMUSAN
Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah amat
terhad. Justeru, dengan sukacitanya pihak pentadbiran SK Ladang Sungai Bendera
memohon

sumbangan

merealisasikannya.

daripada

pihak

Pejabat

Pelajaran

Daerah

untuk

You might also like