You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

PROJEK ENGLISH GARDEN 2022


ANJURAN KELAB BAHASA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BONGOR

1.0 PENGENALAN

Projek ini adalah salah satu aktiviti Jawatankuasa Sekolah Lestari Anugerah
Alam Sekitar (SLAAS) . Kertas kerja ini merupakan salah satu pengisian program
SLAAS dengan mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan
daripada semua guru, murid, staff sokongan, pekerja kebersihan dengan sokongan
PIBG sekolah.
Selain itu, aktiviti ini bertujuan menanam semangat kecintaan di samping
dapat menceriakan lagi kawasan sekolah. Oleh sebab itu, Unit Jawatankuasa
SLAAS sekolah memohon agar kerjasama dari semua pihak sekolah untuk
menjayakan projek ini untuk kebaikan bersama.

2.0 NAMA PROJEK

PROJEK ENGLISH GARDEN

3.0 MATLAMAT

Menceriakan taman dan memberi pengalaman sebenar kepada murid-murid


dalam penghasilan taman di dalam salah satu aktiviti English Society.

4.0 OBJEKTIF

Program ini diharap dapat:

i. Meningkatkan peratus keceriaan sekolah.


ii. Memberikan impak keceriaan dan keindahan kepada persekitaran
sekolah untuk menarik minat murid-murid hadir ke sekolah.
iii. Memberi pengalaman sebenar murid-murid dalam aktiviti Kelab
Bahasa.
iv. Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
v. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme
keguruan secara berterusan.
5.0 PELAKSANAAN

Tempoh : Mac hingga November 2022


Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Bongor

6.0 AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN

i. Projek mengecat tiang taman yang sedia ada


ii. Menghias Kawasan English Garden

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

i. Projek Mengecat tiang taman yang sedia ada = RM 150.00


ii. Menghias Kawasan English Garden = RM 50.00

JUMLAH = RM 200.00

8.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada
semua pihak.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

........................................... .............................................
(KARTINI BINTI MD JAMAL) (MOHAMAD NASER BIN SAAD)
Setiausaha SLAAS Pengetua
SMK Bongor, SMK Bongor,
Baling, Kedah. Baling, Kedah

You might also like