You are on page 1of 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN TAMBAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN

BELURAN

BIL PERKARA UCAPAN CATATAN


Mengumumkan ketibaan yang berbahagia Datuk Hajah Maimunah Haji >>Tim
1 KETIBAAN VIP Suhaibul, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah diiringi
oleh Pegawai Pendidikan Daerah Beluran dan Guru Besar SK Pekan
Beluran.

2 NYANYIAN LAGU Hadirin dipersilakan berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah >>Tim
Tanah Airku
**Hadirin dipersilakan duduk

3 MUKADIMAH
Renyai menyapa gerimis petang
Mari berteduh di pohon bidara >>Mahani
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

bismillahirahmanirahim...............

assalamualaikum wbt,..salam sejahtera dan salam sehati sejiwa

Yang berbahagia Datuk Hajah Maimunah Hj Suhaibul,Pengarah


Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, yang dihormati Pn Arnie
Ryziana Zohari Jurutera Kanan Jabatan Kerja Raya Sabah Bahagian Projek
Bangunan, yang dihormati Tn Hj Soje bin Hj Abd Hassan, Pegawai
Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Beluran,yang berusaha Pn
Salasiah Said, Guru Besar Sk Pekan Beluran, En Suhaili Riman Pegawai
Daerah Beluran, ASP Kamarudin wakil ketua Polis Daerah Beluran, En
Jerry @Johnny Chan pengurus projek Kini Unggul Sdn.Bhd, rombongan
daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah seterusnya hadirin yang
dikasihi.
Selamat datang ke Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Sekolah
Kebangsaan Pekan Beluran.

4 BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah, >>Tim


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kita menadah,
Mohon berkat pada yang Esa

untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadhil


ustaz Muhammad Ibrahim Mansor untuk memimpin bacaan
doa.dipersilakan..

**majlis merakamkan terima kasih kepada al-fadhil ustaz Muhammad


Ibrahim Mansor atas doa itu tadi.

5 UCAPAN OLEH >>Tim


PENGURUS Sudilah puan jalan berlapan,
PROJEK Jalan Berlapan di malam kelam,
Sudilah puan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam

Hadirin yang dihormati..

Majlis pagi ini kita mulakan dengan ucapan yang akan disampaikan oleh
Pn Arnie Ryzianna Zohari Jurutera Kanan Jabatan Kerja Raya Sabah
Bahagian Projek Bangunan selaku wakil Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah.

**terima kasih diucapkan kepada Pn Arnie Ryzianna Zohari atas ucapan


yang disampaikan sebentar tadi.

6 AMANAT DAN
HARAPAN Terbang di awan burung jentayu, >>mahani
PENGARAH JPN Kerana penat gugur ke bumi,
SABAH Tampillah puan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan


Yang berbahagia Datuk Hajah Maimunah binti Hj Suhaibul untuk
menyampaikan amanat dan harapan sempena majlis penyerahan ini.
Dipersilakan.

***majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk


Pengarah atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

7 MENANDATANGA >>Tim
NI DOKUMEN Tuan-tuan dan puan-puan..
PENYERAHAN
Majlis diteruskan dengan upacara menandatangan dokumen
penyerahan. Dengan itu majlis mempersilakan yang berbahagia Datuk
Hajah Maimunah Hj Suhaibul pengarah pendidikan,Pn Arnie Ryzianna
Zohari mewakili Jabatan Kerja Raya dan En Jerry @ Johnny Chan selaku
pengurus projek Kini Unggul Sdn.Bhd. untuk menandatangani dokumen
penyerahan bangunan tambahan Sk Pekan Beluran. Majlis turut
menjemput Tn Hj Soje bin Hj Abd Hassan pegawai pendidikan daerah
Beluran selaku saksi kepada pengarah pendidikan, En Kenny Paping
Jurutera kerja Jabatan Kerja Raya cawangan Sandakan sebagai saksi
kepada jurutera Jabatan kerja raya Sabah dan En Pang Chi Guan selaku
saksi kepada pengurus projek kini unggul sdn.bhd.

8 PENYERAHAN Hadirin yang dikasihi.. >>mahani


REPLIKA KUNCI
Sebagai simbolik penyerahan bangunan tambahan Sk Pekan Beluran
majlis dengan sukacitanya sekali lagi menjemput Pn Arnie Ryziana
Zohari, yang berbahagia Datuk Hajah Maimunah hj Suhaibul, Tn Hj Soje
bin Hj Abd Hassan dan Pn Salasiah Said.

Replika kunci ini akan diserahkan oleh Pn Arnie Ryziana Zohari selaku
wakil Jabatan Kerja Raya kepada yang berbahagia Datuk Hjh Maimunah
Hj Suhaibul, kemudian diserahkan oleh Datuk Pengarah kepada Tn Hj
Soje bin Hj Abd Hassan dan seterusnya diserahkan oleh Pegawai
Pendidikan Daerah Beluran kepada Pn Salasiah Said Guru Besar SK
Pekan Beluran.

**majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas upacara itu sebentar


tadi.

9 CENDERA >>Tim
KENANGAN Bagi menterjemahkan penghargaan dan sokongan kepada jabatan
PERASMI pendidikan, maka majlis dengan sukacitanya menjemput Pn Arnie
Ryziana Zohari untuk menyampaikan cendera kenangan pengarah
pendidikan Negeri Sabah dan Pegawai pendidikan Daerah Beluran.

Untuk itu majlis menjemput YBhg. Datuk Hajah Maimunah Hj Suhaibul


pengarah Jabatan Pendidikan Negeri untuk menerima cendera kenangan.
Seterusnya dipersilakan Tn Hj Soje bin Hj Abd Hassan.
**terima kasih kepada Pn Arnie Ryziana Zohari kerana sudi
menyampaikan cendera kenangan sebentar tadi.

10 FOTOGRAFI Tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk sesi fotografi bersama tetamu >>mahani
kehormat kita di ________________________________

11 LAWATAN TAPAK Majlis menjemput Datuk Pengarah dan para jemputan untuk bersama- >>mahani
sama membuat sesi lawatan di sekeliling tapak projek Sk Pekan Beluran.

12 PENUTUP Selepas lawatan tapak para hadirin dijemput untuk menjamu makanan >>mahani
di __________________.

Sekian.

You might also like