You are on page 1of 3

Kata Alu- Kompang Bergema Pusaka Bangsa

aluan Dipalu oleh Si Anak Muda


Pengacara Hadir Tuan Puan meriah suasana
Majlis Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berbahagia, En Nik Nasrul Ashikin b Nik Mohammad


Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri

Yang dihormati, En Mohamed Wisam b Mejam, Pengurus Besar


Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu

Yang Berusaha Tuan Haji Zainal bin..


Pengerusi Koperasi Peladang Saujana

Ahli-Ahli Jawatankuasa Koperasi Peladang Saujana serta ahli-ahli


yang dihormati sekelian

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah
rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung Koperasi
Peladang kali 1 ini.

Pihak majlis turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya En Nik Nasrul
Ashikin dan En Mohamed Wisam kerana sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung kita pada kali ini.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami

Bacaan Doa Anak ayam turun sembilan


Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan


dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh ………………………….. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

................................ SELESAI BACAAN DOA ......................


Pergi mengail ikan haruan
Buat selendang kain pelekat
Terima kasih kepada tuan
Doa dipohon semoga berkat

Amin ya rabbalalamin

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


…………………………………………… atas pimpinan bacaan doa
itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Penubuhan Koperasi Peladang Saujana ini merupakan satu inisiatif


para penduduk di Kampung Saujana dalam menampan perkembangan
ekonoomi yang semakin pesat. Ibarat kata pepatah, bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah. Setiap koperasi yang ditubuhkan
mempunyai tujuan yang sama, iaitu menjamin keberhasilan peserta
serta meningkatkan ekonomi para pesertanya

Ucapan Alu- Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Tn
aluan oleh Haji Zainal Abidin b Mohamed selaku pengerusi koperasi peladang
Pengerusi untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya,
Koperasi dipersilakan,’

……………….SELESAI UCAPAN .....................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Haji Zainal Abidin


atas ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan Seterusnya bagi meneruskan majlis kita, saya mempersilakan En Nik


Perasmian Nasrul Ashikin b Nik Mohammad,Pengarah Suruhanjaya Koperasi
Malaysia Negeri bagi menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis
kita pada hari ini

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


………………….SELESAI UCAPAN VIP.....................

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Majlis
Penyerahan
Saguhati

Mesyuarat Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan mesyuarat agong koperasi


Agung peladang saujana bagi membincangkan agenda-agenda yang telah
tersenarai. Diminta para peserta untuk mencadangkan pengerusi
sementara bagi meneruskan mesyuarat kita

Cadangan disuarakan…………………………….

Diminta en nik nashrul ,selaku Penolong pengarah wilayah bahagian


utara dan Encik Wisam untuk jadi pemantau dalam usaha koperasi
peladang saujana untuk menjadi yang terbaik

Majlis akan diserahkan kepada Pengerusi sementara untuk


mempengerusikan Mesyuarat Agong kita pada kali ini,dipersilakan

You might also like